Beliau berkata minyak keluaran Malaysia lebih sesuai untuk pasaran antarabangsa manakala untuk keperluan dalam negara, kerajaan terpaksa mengimport dan memproses minyak dari negara-negara seperti di Timur Tengah.
Malah selain itu, kerajaan juga dakwa beliau memberi sumbangan besar kepada rakyat melalui subsidi melebihi RM2 bilion pada setiap tahun bagi setiap liter petroleum produk yang dikeluarkan termasuk LPG dan diesel.
"Kalau kita lihat sebagai contoh satu liter RON95 ada jumlah subsidi RM0.82 sen satu liter. Maknanya kalau kita bayar RM1.90 satu liter kita sepatutnya bayar RM1.90 campur RM0.82 sen tambahan.
"...dan kalau kita kira satu tangki penuh maknanya lebih kurang 25 liter kita akan jimat perbelanjaan antara RM25 hingga RM30 sekali kita isi tangki kereta kita sepenuhnya. Ini merupakan penjimatan sebenar yang kadangkala kita tak sedari," katanya menjawab soalan dikemukakan seorang daripada Rakan Online Najib Razak yang dimuat naik dalam blog www.1malaysia.com.my, semalam.
Beliau menjawab pertanyaan Malaysia sebagai pengeluar minyak sepatutnya perlu menetapkan harga, bukannya mengikut harga minyak dunia serta adakah Malaysia mengimport minyak dari negara lain dan jika begitu, apakah gunanya Petronas.
Najib yang juga Menteri Kewangan turut menambah Kerajaan memilih untuk mengamalkan dasar yang berhemah dan tidak mampu mengeluarkan subsidi yang terlalu tinggi kerana dana itu boleh diguna untuk perkembangan ekonomi negara.
Beliau menjelaskan harga minyak di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia.
Katanya jika kerajaan menggunakan semua kekayaan (dana) itu untuk memberi subsidi minyak, ia akan menambah penggunaan, dan jika ini bertambah, ia tidak akan membina aset produktif untuk masa depan negara.
"Suatu hari nanti minyak pasti akan pupus, minyak akan berkurangan, jumlah minyak pengeluaran akan berkurangan dan pada masa itu kita akan menghadapi satu keadaan yang cukup berat dan sebab itulah kita mesti gunakan sumber minyak kita dengan bukan saja untuk kepentingan jangka pendek tetapi juga kepentingan jangka panjang negara," katanya.
KATA MP:
Emmm... Renung-renungkan lah ye. Pikir-pikirkanlah nasib dan masa depan anak cucu kita tu.
0 comments:
Post a Comment