Bertempat di Pasir Puteh Kelantan semalam selepas acara ceramah bersama Abby Abadi, PAS macam biasa melakukan aktiviti 'merompak' duit rakyat melalui sumbangan menuju ke syurga.
Menurut pak lebai PAS lagi banyak menyumbang kepada perjuangan mereka, lagi banyaklah pahala yang diperolehi.
Gambar-gambar pemimpin maksum mereka dilelong di atas pentas ceramah dengan harga mencecah ribuan ringgit. Tetapi malangnya rakyat Kelantan tidaklah sebodoh dahulu, gambar yang ingin dilelong pada harga RM1,000 nampaknya tidak mendapat sambutan.
Sebaliknya ianya berjaya terjual dengan harga RM600, itu pun hanya sekadar gimik lakonan PAS. Kerana menurut maklumat yang kita perolehi, pembida tersebut adalah individu yang berjawatan dalam PAS.
Sessi lelongan umpama 'syarikat gila babi' hanyalah gimik untuk mengaburi mata rakyat Kelantan kononnya, masih ada rakyat yang sudi menyumbang kepada perjuangan mereka.
Nanti saya paparkan gambar tabung PAS yang tidak lagi penuh sebagaimana dulu-dulu. Hahaha!
Saksikan video ini...
Sumber: Double-Y
0 comments:
Post a Comment