#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

5 July 2012

Tak payah tukar kerajaan, minyak RON97 turun harga hari ini.

Ramai sedia maklum, harga minyak ada saat naik ada kalanya turun, tak begitu jauh beza dengan urusniaga matawang yang mana permintaan & penawaran di pasaran dunia yang akan memainkan peranan dalam menentukan harganya.

Tapi bab sebegini tak begitu difahami oleh para lobai malang totok hijau dan pemuja mata dajjal di negara ini dek kerana mereka dah terbiasa dengan amalan bangkang dari longkang sejak azali lagi.

Pantang sepuluh sen minyak naik, sekalipun yang naik itu adalah petrol RON97 yang digunakan oleh hanya lebih kurang 10% saja pengguna kenderaan, tapi tukang komplen paling ramai datangnya dari lobai malang & pemuja mata dajjal yang saban hari menggunakan minyak RON95.

Dikalangan pengguna rutin RON97 jarang kita dengar mereka merungut bila minyak RON97 terpaksa dinaikkan sebab masing-masing maklum harga RON97 ditentukan mengikut pasaran dunia walau sebenarnya harga di Malaysia masih lagi lebih rendah berbanding beberapa negara jiran lain.

Lagipun sebahagian besar pengguna RON97 dah lama mengetahui, adakala bila faktor pengeluaran minyak dunia rendah tapi permintaan tinggi minyak akan naik dan bila pengeluaran lebih manakala permintaan rendah maka akan turunlah harganya.

Sekarang, harga pasaran dunia mula menunjukkan penurunan ketara, tentulah ada sebab untuk pengguna RON97 bergembira meraikannya tambahan pula dalam jangka masa sebulan, ini adalah penurunan kali kedua menjadikannya kini berharga RM2.60 untuk satu liter RON97.


Tapi dikalangan lobai malang totok hijau dan pemuja mata dajjal tentu saja penurunan ini disambut dengan muka masam mencuka sambil akal di lutut sibuk berkira-kira mencari idea bangang untuk memperlekehkannya.

Paling tidak mereka akan masih membandingkan kenapa minyak di Brunei sangat murah berbanding negara kita tanpa sedikitpun terlintas dalam kepala mereka untuk mengambil kira jumlah penduduk Brunei hanyalah 400,000 orang sahaja.

Soal turun naik minyak dunia dan status negara kita yang masih lagi mengimport sebahagian besar bekalan minyak untuk kegunaan dalam negeri tentu sahaja takkan masuk dalam perkiraan si totok hijau dan pemuja mata dajjal.

Pendek kata bagi lahanat jenis totok hijau bila saja minyak naik, BN yang dipersalahkan, waktu minyak turun harga pula, pun mereka cuba cari salah BN. Spesis longkang sungguh, tak reti bersyukur sama taraf dengan perangai syaitan latnatullah.

Apapun, penulis percaya segelintir rakyat Malaysia yang biasa menggunakan RON97 amat bersyukur dengan penurunan dan harga baru ini.

Sekiranya dalam sebulan dua ini harga minyak terus turun, ada kemungkinan pengguna RON95 dan Diesel pun akan menikmati harga baru yang sedikit rendah, semuanya bergantung pada harga semasa pasaran dunia.

Sumber : MyKMU.net

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.