#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

6 July 2012

Kenyataan bersara Anwar, retorik politik semata-mata. Baca ni!

Hasrat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu bersara dari dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hanya satu permainan psikologi semata-mata.

Pengakuan terbaru Anwar itu dilakukan kerana beliau tidak yakin mampu menandingi usaha pembaharuan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat.

Tak akan semudah itu untuk Anwar bersara daripada dunia politik. Inilah jalan terakhir Anwar untuk membendung sokongan rakyat kepada usaha pembaharuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengakuan ini hanyalah permainan psikologi beliau, sememangnya begitu sikap Anwar yang suka merayu untuk meraih simpati Kalau benar Anwar mahu bersara, beliau sepatutnya berbuat demikian ketika dibebaskan daripada penjara, pada 2004 lagi.

Kaedah meraih simpati adalah salah satu senjata utama Anwar dalam usaha mencapai matlamat utama menjadi perdana menteri. Ini hanya satu kenyataan politik, bukan semudah itu Anwar mahu bersara daripada politik.

MP juga percaya orang ramai meluat dengan cara meraih simpati seperti itu. Walaupun pengakuan ini bertepatan dengan tarikh PRU13 yang semakin hampir, namun usahlah percaya dan tertipu dengan permainan Anwar. 

"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri saja," tambahnya lagi.

Tun Mahathir juga berpendapat kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar.

Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.

"Kita buat dua jawatan Perdana Menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara," katanya.

MP: Kah...kah...kahhhh!!! Puiiihhh la Anwar!


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.