Akhbar Financial Times (FT) menyiarkan wawancara dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang agak menarik semalam. Ianya dianggap menarik kerana inilah kali pertama kita mendengar Anwar bercakap sebagai seorang manusia biasa dan bukannya ‘Anugerah Tuhan’ yang kononnya penyelamat ummah dan tidak mungkin berundur, jauh sekali kalah dalam perjuangannya.
Kata Anwar, “kita membentangkan manifesto dan polisi kita, dan sudah tentu jika saya diberi mandat, saya akan teruskan, jika tidak, saya fikir saya akan kembali mengajar.”
Akhbar tersebut juga menggambarkan Anwar, sekarang 65 tahun, sebagai kelihatan letih bagi seorang yang berhadapan dengan peluang terbaiknya untuk memimpin negara setelah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 dan kemudiannya dipenjarakan atas dua kesalahan iaitu liwat dan salahguna kuasa.
Bagaimanapun, PKR dan juga Pakatan Rakyat menafikan cakap-cakap mengenai Anwar akan bersara. Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, perkara itu langsung tidak dibicarakan sama ada di kalangan jawatankuasa kerja pusat mahupun biro politik.
Rakyat Malaysia rata-rata menyaksikan sendiri bagaimana Anwar kelihatan semakin hari semakin letih walaupun anaknya, Nurul Izzah pernah membuat kenyataan yang papanya hebat – yakni dari segi fizikal dan mental sehingga mengalahkan orang muda. Tapi, apa yang ktia lihat ialah penampilan Anwar kelihatan merosot dari sehari ke sehari, tidak pasti sama ada disebabkan oleh kesihatan, kerohanian atau tekanan mental yang terlalu menginginkan jawatan Perdana Menteri.
Walaupun begitu, sesiapa yang mengikuti perkembangan Anwar pasti meragui yang Anwar sanggup bersara atas apa jua alasan. Malah jika mampu, Anwar ingin terus berjuang untuk menjadi Perdana Menteri walaupun dari dalam kubur kerana Anwar adalah manusia yang percaya bahawa takdirnya ditentukan oleh dirinya sendiri.
Anwar tidak pernah mengaku kalah, walaupun telah beberapa kali kalah, kantoi dan tersungkur. Biar tubuh bogelnya ditatap seluruh dunia, Anwar tetap berlagak selamba, menafikan segala-galanya.
Justeru, bagaimana kita boleh percaya yang Anwar sanggup dan akan bersara jika PR kalah lagi dalam pilihanraya kali ini?
Ramai yang percaya bahawa Anwar hanya ingin meraih simpati. Anwar juga ingin mengikis imej ‘gila kuasa’ yang tertepek di dahinya. Anwar ingin dilihat sebagai seorang pemimpin yang rendah diri dan bukan lagi ketua pemberontak yang ganas. Harapannya agar rakyat memberi peluang kepadanya untuk menang kali ini.
Namun, jika dicongak dan diteliti secara mendalam perkembangan politik akhir-akhir ini, tiada siapa boleh menafikan yang Anwar sememangnya sudah tidak relevan lagi dan tidak mustahil Anwar sendiri menyedarinya.
Segala permainan politik perkaumannya sudah boleh dihidu dan dibongkar. Segala janjinya telah terbukti sebagai ilusi. Segala retoriknya pula hanyalah fantasi.
Anwar berjuang berlandaskan air liur dan penampilan peribadi yang berubah-ubah mengikut audience sahaja selama ini. Hasil nyata dari perjuangannya tidak ada langsung.
Partinya, PKR juga hanya melukut di tengah-tengah PAS dan DAP. Walaupun Anwar adalah Ketua di antara ketiga-tiga parti di dalam carta pembangkang, tetapi PKR itu sendiri tidak punya signifikan langsung dalam politik Malaysia. Parti yang telah berkali-kali bertukar nama ini langsung tidak mempunyai pemimpin yang berwibawa yang boleh dibawa ke atas. Khabarnya, meletakkan calon dalam pilihanraya juga amat sukar sekali bagi parti ini kerana tiada yang layak dan sesuai.
Sepertimana Anwar merosakkan UMNO ketika beliau di dalam UMNO dulu, begitulah Anwar merosakkan PKR hari ini. Masing-masing bergaduh, berebut dan bercakaran gilakan jawatan dan wang.
Oleh itu, tidak mustahil Anwar sudah benar-benar letih dan sanggup bersara jika kalah lagi. Anwar sudah letih berlakon dan menipu. Tetapi, jika beliau menang, bermakna beliau akan terpaksa meneruskan lakonan dan penipuannya. Dan selama mana seorang manusia boleh terus hidup dalam menipu sebelum menjadi sakit mental dan sakit jiwa?
Maka, Anwar mungkin juga sudah belajar insaf dan perlahan-lahan cuba menerima hakikat dan takdir yang tertulis ke atas dirinya sama ada kalah, kantoi, dipenjara, sakit, mahupun mati.
Apapun, jika beliau benar-benar bersara nanti, kita ucapkan tahniah kepadanya dan Alhamdulillah kerana kita pasti, tanpa kelibatnya dalam politik, negara ini pasti lebih aman sejahtera.
Irregular and peculiar transactions of Fashion Valet
-
The tip-off by Thick as a Brick (TAAB) on November 4th on the takeover of
Vivy and Fadza's company, 30 Maple Sdn Bhd towards the end of 2018 by the
Khaza...
1 month ago
0 comments:
Post a Comment