GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

23 October 2014

'MELAYU PENDATANG'... Jangan cari pasal!


Ahad lepas, wakil Gerakan Johor, Tan Lai Soon dalam ucapannya pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di Shah Alam, Selangor mengingatkan pemimpin Umno agar tidak menggunakan kenyataan pendatang kepada kaum lain dan turut mendakwa orang Melayu juga sebenarnya pendatang di negara ini.

Tan mendakwa orang Melayu, Cina, India adalah pendatang, kecuali Orang Asli, Sabah dan Sarawak yang menjadi penduduk asal negara ini.

“Orang Melayu bukan pendatang … orang Melayu tinggal di sini sebagai satu Kepulauan Melayu. Wujudnya Malaysia, Indonesia, Filipina dan juga negara lain adalah disebabkan oleh penjajah yang datang yang membahagi-bahagikan negara ini.

Jadi, tidak timbul soal orang Melayu pendatang ataupun tidak.

Perkara ini telah menyentuh emosi dan rasa kesal Badan Perhubungan UMNO N.Sembilan. Datuk Seri Hj. Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan turut menyuarakan rasa tidak puas hati dan berkata apa yang keluar dari mulut perwakilan parti Gerakan itu semuanya adalah salah baik dari segi fakta sejarah, fakta geografi dan sebagainya

Datuk Seri Hj.Mohamad Hasan
“Saya hendak nyatakan di sini bahawa sikap sebegini kita tolak dan kita merasa amat marah kerana masih ada lagi orang bersikap sebegini,” katanya.

Datuk Seri Hj. Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, berkata, perkara itu terkandung dalam pernyataan yang diputuskan pada mesyuarat BadanPerhubungan Umno Negeri Sembilan dan Umno Bahagian Rembau semalam.

“Saya harap Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan partinya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius, bukan ditolak begitu sahaja dengan menyatakan ini suara perseorangan dan jangan minta maaf dengan cara yang sambil lewa,” katanya.

22 October 2014

Bila kita bela kaum dan agama dianggap rasis...


“Orang Melayu itulah yang menerima perantau Cina, India dan segala rupa pelarian perang dan pelarian ekonomi. Hasilnya, perantau yang kebuluran dan dianiaya di bumi sendiri menemui kesenangan di bumi Melayu (Malaysia, Indonesia dan Brunei),” katanya.

Itulah antara baris ayat yang telah di catatkan oleh Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times Datuk Dr A. Kadir Jasin di dalam laman blognya. (KLIK)

Kadir turut berkata, ramai pemimpin Melayu Islam tidak faham asas kuasa Melayu. Yang mana asas Melayu bukan ekonomi tetapi asas mereka adalah politik.

Selepas era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad kepimpinan sekarang mula melakukan kesilapan satu demi satu sehingga mereka menjadi bahan caci, fitnah dan benci oleh orang Cina dan India, kata beliau lagi.

Walaupun ada segelintir orang Melayu yang berani bersuara mempertahankan hak mereka namun mereka tetap dilabel ‘racist’ (perkauman) serta dianggap ‘extremist’ (pelampau) apabila mempertahankan Islam.

Jelas beliau, apabila orang Cina dan India mempertahankan bangsa dan agama mereka, mereka ini digambarkan sebagai orang yang terpinggir yang dianaktirikan.

“Kini semakin ramai orang Melayu dan orang Islam mula sedar bahawa mereka tidak lagi boleh bergantung semata-mata dan bulat-bulat kepada parti-parti politik Melayu Islam.

“Mereka mula bersuara di luar kerangka politik parti. Mereka tidak lagi yakin sepenuhnya terhadap komitmen kepemimpinan Melayu Islam sama ada di sebelah pihak Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Melayu dan Islam,” katanya.

Jelas Kadir, pada era Abdullah dan Najib bukan sahaja kuasa politik Melayu yang semakin luntur malah undang-undang yang dibuat oleh orang Melayu semasa mereka kuat sudah mula disia-siakan dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kini cadangan memansuhkan Akta Hasutan pula diperjuangkan oleh golongan liberal.

“Semua ini adalah hasil ketohoran pemikiran dan kebutaan sejarah di kalangan elit politik Melayu Islam masa kini. Mereka mudah termakan dan menelan “hook, line and sinker” segala bentuk diayah golongan liberal Barat,” ujarnya.

Tambah beliau, untuk melihat UMNO terus menjadi tunjang kepada kuasa Melayu Islam akan dapat diterjemahkan pada Perhimpunan Agung 25-29 November ini sama ada perhimpunan yang menandakan pengakhiran UMNO atau perhimpunan yang memulihkan UMNO.


#MP: Selagi ada 'dalang', selagi hidup 'petualang'... Bukan saja UMNO, Melayu juga akan hilang.

20 October 2014

VIDEO: FELDA buktikan Wan Azizah 'fitnah'.



Pada 16 Ogos tahun lepas, Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, memfail saman RM200 juta terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan lima lagi kerana telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap agensi itu menerusi artikel yang disiarkan Suara Keadilan.

Selain Dr Wan Azizah, turut dinamakan Felda sebagai defendan ialah Naib Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Pelita Koridor Sdn Bhd, Percetakan NPK Sdn Bhd, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, dan Rusnizam Mahat, yang menulis artikel itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Felda selaku plaintif, mendakwa akhbar itu menerbitkan artikel pada 22 dan 29 Jun 2010 yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap Felda.


Felda mendakwa artikel pertama bertajuk ‘Felda Bangkrap’ dan artikel kedua berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ berunsur fitnah yang boleh menyebabkan reputasi plantif terjejas.



Setelah beberapa kali turun naik dalam membicararan kes ini... Kelmarin pada 17 September 2014 di Mahkamah Tinggi, Tuan Hakim Datuk Kamaluddin Md Said memutuskan Felda dan Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd (FGVH) menang dalam saman mereka terhadap Presiden PKR, Wan Azizah bersama dua individu lagi.

Dalam saman sebelum ini, Felda menuntut ganti rugi sebanyak RM200 juta dan Yang Arif Hakim Datuk Kamaluddin Md Said memutuskan agar jumlah ganti rugi yang akan diterima Felda dan FGVH dalam saman itu ditaksirkan oleh penolong kanan pendaftar mahkamah kelak.



Sudah tentu sekali, tindakkan pihak pakatan pembangkang yang tidak henti-henti menyerang Felda tidak lain kerana dari berniat dan tujuan mencapai agenda peribadi untuk menyemaikan kebencian serta memusnahkan kepercayaan umum terhadap Felda yang semakin berjaya dan berkembang maju.

Selain itu, apabila mereka melihat situasi dimana meningkatnya sokongan peneroka Felda terhadap kerajaan dan bagi mereka Felda sumber kekuatan UMNO membuatkan mereka terus berusaha menyerang Felda.

Semata-mata tujuan nak meraih undi, mereka ghairah mendekati peneroka dengan pelbagai isu yang sengaja direka dan dicipta bagi menghilangkan keyakinan warga Felda kepada kerajaan.

Sebelum ini,Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali diarahkan membayar ganti rugi RM100,000 dan Harakah kepunyaan PAS turut mengalami nasib yang sama didapati bersalah memfitnah FELDA kononnya menjual minyak sawit kepada Israel.
Maka, dengan kemenangan Felda bersama FGVH atas saman terhadap seorang lagi pemimpin tertinggi pakatan pembangkang Wan Azizah (Presiden PKR) bersama dua individu lagi, kali ini... 

Sekali lagi menunjukkan kita dimana gaya perjuangan mereka dalam membena kekuatan parti selama ini, sememangnya banyak berasaskan tindakkan dengan cara berbohong, menyebarkan fitnah dan propaganda jahat semata-mata.

Bawa-bawa la diri tu, bertaubat!

13 October 2014

BUDGET 2015: Pasti meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam darat - SPAD


Bajet 2015 yang diumumkan YAB. Perdana Menteri, baru-baru ini telah diterima dengan baik oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) setelah melihat langkah yang diputuskan sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk mengubah pengangkutan darat.

Beberapa peruntukan projek infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam yang diluluskan, tentunya akan meningkatkan kualiti perkhidmatan, meningkatkan mobiliti orang awam dan juga meningkatkan mod pengangkutan awam.

Dalam pada itu, SPAD mensasarkan agar peratusan perkongsian mod menjelang tahun 2020 adalah 40%.
Pengerusi SPAD Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, bajet ini merupakan satu bajet holistik dan menyeluruh yang memberi penekanan kepada rakyat.

Ikuti selanjutnya kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di bawah seperti berikut: 

Berita terdahulu, pihak SPAD telah membuat keputusan bagi memansuhkan harga siling untuk tambang bas sekolah bermula Januari 2015, tahun depan. Selanjutnya KLIKSINI

6 October 2014

Kucar kacirnya 'Langkah Kajang'


Dari perhitungan logik berasaskan fakta perkembangan yang berlaku sebelum muktamar Pas 2011 hingga kini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidaklah berada pada kedudukan yang mantap dan bermaruah dalam Pas dan dalam pakatan pembangkang.

Keadaan ini lebih jelas apabila berlaku krisis dalam pakatan tersebut yang bermula daripada 'Langkah Kajang' yang membawa kucar-kacir kepada kerajaan negeri Selangor.

Dalam keadaan ini Abdul Hadi tidak mendapat dokongan sepenuhnya daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang terbentuk oleh grand design dalam kalangan politik bukan ulama dalam parti itu yang bertunjangkan kekuatan kewangan yang tidak lagi mementingkan prinsip dan ideologi tetapi dipandu oleh keperluan politik semasa.

Beberapa hari sebelum Muktamar Pas 2011 yang menyingkirkan ulama progresif Nasharudin Mat Isa, Astora Jabat seorang penulis agama yang terkemuka dan saya bertembung dengan Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Mohamad Sabu di Hotel Kuala Lumpur. Mengetahui Mat Sabu sebagai pencabar kepada Timbalan Presiden saya mengesyaki suatu konfrastasi sedang berjalan.

Saya percaya hal ini berlaku dengan rastu Abdul Hadi sendiri yang melihat masa depan Pas bergantung kepada kerjasama dengan pakatan pembangkang termasuk harapan pimpinan Pas sebagai Perdana Menteri dan hanya dengan kerjasama ini dapat menggulingkan kerajaan BN.

Pegangan ini mendorongkan Pas untuk membuang seorang inteletual Islam yang dihormati untuk digantikan dengan tokoh yang kekuatannya bergantung kepada aksi dan kontroversi serta membuang dokumen negara Islam yang menggerunkan bukan Islam untuk digantikan kepada Negara Berkebajikan.

Dengan pengumuman itu dalam ucapannya di muktamar Pas 2011 maka Abdul Hadi meletakkan hala tuju baharu yang secara tidak langsung memberikan sokongan moral kepada Mat Sabu yang mencabar Nasharudin untuk menggerakkan Pas ke arah dasar baru itu dan menghapuskan imej tradisi Pas sebagai parti agama.

Di bawah dasar tahaluf siyasi yang membolehkan kerjasama dengan semua pihak termasuk parti bukan Islam dan orang bukan Islam demi untuk menegakkan sebuah kerajaan eutophian yang bersih, adil dan amanah untuk menggantikan UMNO yang kata Abdul Hadi "Telah menjahilkan Melayu Islam di negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan".

Tidak ada sesiapa yang dapat disalahkan apabila tahaluf siyasi itu akhirnya mele­takkan kepimpinan Pas tidak lagi berada di tangan ulama malah kedudukan Abdul Hadi sendiri sebagai Presiden Pas tidak lagi pasti yang jelas terserlah dalam krisis pakatan pembangkang sekarang.

Dalam keadaan ini, tidak mustahil kepimpinan ulama Pas sekarang akan tersingkir atau diketepikan. Abdul Hadi akan menerima nasib yang sama dengan pemimpim agama nasionalis seperti Datuk Asri Muda dan lain-lain lagi untuk digantikan oleh pimpinan ulama yang diketuai oleh beliau sendiri.

Kini giliran Abdul Hadi pula akan disingkirkan oleh pemimpin liberal, sekular, profesional dan tidak berideologi dan bukan terdiri daripada barisan ulama yang tidak realis.

Pergantungan pucuk pimpinan Pas kepada kekuatan Majlis Syura Ulama dipandang kecil oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan juga beberapa orang anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Pas kerana mereka tidak mempunyai legal authoriti dan kuasa mereka boleh dibatalkan oleh Pas pusat yang dipilih oleh muktamar Pas pada bila-bila masa menerusi proses demokrasi.Mereka sedar kekuatan Pas berpaksikan Majlis Syura Ulama tetapi ini tidak akan menjadi masalah jika telah sah kekuatan berada di tangan mereka.

Bukti bahawa Pas sebagai parti tunjang dalam pakatan pembangkang yang mewakili orang Melayu dan Islam tidak lagi mempunyai kekuatan seperti sebelum bersama pakatan tersebut diakui Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz apabila beliau menegaskan, Pas menjadi mangsa buli parti sekutunya dalam pakatan pembangkang malah dalam kenyataan terakhirnya beliau meminta ahli ahli Pas bertahan kerana sedang diserang dari dalam (oleh team Anwarinas?).

Serangan dari luar menampakan keangkuhan mereka untuk demoralised kepimpinan Abdul Hadi yang berpaksikan kepada wahyu dan emosi. Dengan menyingkirkan orang Pas daripada kedudukan penting yang berada di bawah kuasa mereka. Umpamanya tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyingkirkan Bendahari Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). (Berapa banyak elaun tetap dan pendapatan yang hilang?)

DAP juga memberikan penghormatan kepada dua orang ADUN Selangor daripada Pas yang dianggap barua oleh Presiden Pas dan membalas kecaman pedas Abdul Hadi dengan kecaman yang keras yang menunjukan keberanian DAP untuk menghadapi apa keadaan pun sekalipun Pas meninggalkan pakatan. DAP memerlukan ini untuk tidak terlihat sebagai dibuli oleh parti Islam dan Melayu. Mereka tahu bahawa hubungan Pas dengan pakatan berada dalam keadaan dibuang mati anak dan ditelan mati emak.

Lebih memburukkan lagi moral pimpinan Pas apabila dalam keadaan tercabar ini, Abdul Hadi hanya nampak mundar mandir dalam permainan politik, tidak dapat membuat keputusan yang tegas atau sekeras apa yang diucapkannya kerana beliau seniri tidak berada dalam keyakinan diri tentang sokongan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Pas dan juga tentang kekuatan Pas dalam kerajan Selangor.

Kecaman pedas Abdul Hadi terhadap dua ADUN tersebut tidak diikuti dengan tindakan pantas kerana beliau tidak mempunyai keyakinan terhadap kekuatan dan sokongan kepada kepimpinannya.

Hal ini menampakkan kepada musuh bahawa beliau lebih bergantung kepada kekuatan "lidah" sebagai kuasa tanpa lebih dahulu mengukur kekuatan sebenar yang dimilikinya dan bila tidak dapat bertindak sekeras ucapannya maka semakin terhakis aura kepimpinannya sendiri.

Keceluparan mulut tanpa memperhitungkan keupayaan bertindak menyebabkan Abdul Hadi tidak terlihat sebagai pemimpin yang rasional, berkaliber dan berkualiti.

Cara politik lama dengan menggunakan autoriti agama untuk memburuk-burukkan musuh dengan mengecap mereka sebagai kafir atau barua sudah tidak lagi menggempar atau menggerunkan musuh malah dilihat oleh umum dan ahli-ahli Pas yang terpelajar dan profesional bahawa kata-kata itu tidak wajar digunakan oleh seorang pemimpin besar parti politik di negara ini.

Dengan itu Abdul Hadi menyamai taraf­nya dengan seorang imam yang meng­imamkan sembahyang hajat beramai-ramai di sebuah padang tidak lama dahlu yang mendokakan agar UMNO K.O , K.O UMNO.

Anwarinas dalam Pas dari sejak awal lagi secara bijak dan halus berusaha untuk menghakiskan imej kepimpinan Abdul Hadi dengan berbagai cara yang halus dan pintar. Selain daripada tidak memberikan tempat yang sewajarnya kepada Abdul Hadi dalam berita yang boleh memperkukuhkan dan meningkatkan imej, Abdul Hadi juga menggambarkan beliau hanya layak menjadi seoarang nelayan.

Umpamanya dalam Harakah Daily menjelang muktamar Pas yang lalu telah menyiarkan gambar Abdul Hadi sedang menjala ikan dengan keterangan gamabr bahawa beliau mahu kembali menjadi nelayan.

Ternyatalah perhitungan Abdul Hadi untuk selamat dengan dikelilingi oleh Anwarinas dan bukannya daripada gulongan terpelajar dan modenis Islam merupakan perhitungan yang salah. Sebenarnya beliau menggali kuburnya sendiri dari sejak muktamar Pas 2011.

Strategi beliau untuk menyelamatkan Pas dengan mengorak langkah radikal dan dinamik samalah dengan langkah Tun Dr. Mahathir Mohamad membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dengan tujuan untuk menyelamatkan masa depan UMNO daripada ditelan oleh Pas tetapi akhirnya Dr. Mahathir hampir ditelan oleh Anwar tetapi beliau bernasib baik dalam keadaan lemas ada anggota Majlis Kerja Tertinggi yang sanggup menyelamatkannya.

Pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim daripada UMNO setelah dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri pada 3 September 1998, jika tidak kerana tindakan pantas Datuk Ibrahim Ali mungkin usia Dr. Mahatir sebagai Perdana Menteri telah berakhir pada malam itu juga.

Seorang anggota Majlis Kerja Tertinggi telah meminta pemecatan itu dibuat menerusi undi sulit tetapi Ibrahim segera membantah keras dan terus bertanya siapakah yang bersetuju supaya Anwar dipecat yang mendorongkan majoriti bersetuju termasuk mereka yang sedang berura-ura untuk mencari jalan selamat.

Apakah ada orang seperti Ibrahim dalam Jawatan Kerja Pas Pusat yang sanggup berkorban untuk Abdul Hadi bagi menyelamatkan beliau dan masa depan Pas sebagai satu satunya parti Islam yang terkuat di Malaysia?

Abdul Hadi telah mengorbankan dokumen negara Islam Pas, mengorbankan imej agung Pas sebagai parti yang mahu menegakkan negara Islam, memperkenalkan tahaluf siyasi untuk bekerjasama dengan golongan bukan Islam bagi menegakkan sebuah negara berkebajikan yang bebas rasuah, bersih dan amanah tetapi akhirnya Abdul Hadi dan Pas terpaksa bersekongkol untuk menolak sebuah kerajaan di Selangor dan terpaksa bertolak ansur dengan pemimpin-pemimpin yang moral mereka disyaki demi untuk mengekalkan kuasa.

Pas sekian lama membiarkan dirinya dimanipulasi oleh Anwar yang disingkirkan oleh UMNO kerana masalah peribadi tetapi diterima oleh Pas sebagai pimpinan besar pakatan pembangkang untuk menegakkan negara bersih dan membunuh UMNO.

Hukuman hudud dan negara Islam mimpi Pas tinggal retorik yang amat memedihkan perasaan penyokong-penyokong Pas yang fanatik, jumud dan ekstrem. Dalam keadaan sekarang DAP dan PKR melihat Pas tidak lagi mempunyai peluang ntuk kembali kepada kekuatan asalnya malah sedang mencari jalan untuk survival dan bukannya untuk memulihkan kekuatan. Pas sekarang berada dalam keadaan cedera parah.

DAP dan PKR hanya menunggu untuk melihat tindak-tanduk Abdul Hadi yang lebih membuka peluang kepada mereka untuk menolak beliau ke dalam jurang yang lebih dalam dan melemaskannya. Bila perlu mereka akan menunjukan keberanian yang lebih besar dan bukannya menunjukkan kerjasama atau kompromi yang akan memberi laluan kepada tahaluf siyasi.

Kepada umum amat jelas bahawa Pas sedang menggali kuburnya sendiri menerusi tahaluf siyasi.

PENULIS adalah bekas Menteri Penerangan.- Sumber 

5 October 2014

VIDEO: Deregulasi tambang bas sekolah bukan bertujuan 'lepas tangan' - SPAD



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyerahkan kuasa kepada sekolah dan ibubapa untuk menetapkan kadar tambang bas sekolah mulai tahun depan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, keputusan itu dibuat setelah suruhanjaya mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak yang berkepentingan.


"Dengan keputusan deregulasi tambang bas sekolah ini, bermakna SPAD menukar peranannya daripada menetapkan tambang kepada memantau dan mengawal selia sahaja. (KLIK)


Dalam pada itu, telah timbul pendapat serta riaksi berbeza dari pihak-pihak tertentu dengan menunjukkan rasa tidak puashati mendakwa keputusan yang dikeluarkan oleh SPAD dianggap sebagai 'lepas tangan' kerana menyerah bulat-bulat hal itu kepada pengusaha kenderaan berkenaan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) serta pihak ibu bapa dalam menentukan kadar tambang bas sekolah.

Bukankah tindakkan seperti ini dimana pihak pengusaha bas berunding terus tanpa mengambil kira harga yang ditetapkan telah dilakukan sebelum ini? 




Kalau kita lihat kadar tambang yang telah dipersetujui antara pengusaha bas dan pihak ibu bapa, kebanyakkannya tidak pun mengikut kadar yang ditetapkan LPKP atau mengikut persetujuan bersama SPAD.

Selama ini pun yang kedengaran hanya rungutan, namun tidak ada ibu bapa yang tampil membuat laporan. Sedangkan SPAD telah menyediakan kemudahan dengan membuka talian bebas tol untuk ibu bapa membuat laporan, agar tindakan dapat diambil kepada mana-mana pengusaha bas sekolah yang memandai-mandai naikkan kadar tambang dengan sesuka hati.

Jadi, tidaklah salah kenyataan yang dikeluarkan SPAD sebelum ini bahawa kenaikan kadar tambang ini tidak akan berlaku kalau tidak kerana ibu bapa yang sanggup membayarnya.


Walau apa pun, pihak SPAD telah menyatakan dengan jelas dimana suruhanjaya itu hanya menukar peranannya untuk tidak menetapkan kadar tambang sahaja. Bagi kerja-kerja pemantau dan mengawal selia tetap akan menjadi tanggungjawab SPAD dan tidak akan melepaskannya begitu sahaja sepertimana yang tercatat pada Deregulasi (Deregulation) Tambang Bas Sekolah yang di bentangkannya, baru-baru ini.




Pada sidang akhbar lalu, Pengerusi SPAD turut menjelaskan, walaupun kuasa menentukan tambang telah diberikan kepada pihak sekolah, SPAD akan mengenakan tindakan jika menerima laporan pengendali meletakkan harga yang tidak munasabah.

"Kita (SPAD) sebagai pemantau akan pastikan tiada pihak yang sewenang-wenang mengambil kesempatan mengenakan harga yang melampau dan sekiranya ini berlaku, tindakan seperti membatalkan lesen operasi boleh dilakukan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat," katanya lagi.

Dalam pada itu, SPAD akan terus berusaha meningkatkan keselamatan pengendalian bas sekolah seperti mewajibkan semua pengendali bas sekolah menghadiri latihan SPAD ICOP-Keselamatan bagi memastikan pelajar selamat semasa menaiki bas sekolah selain memuaskan hati ibu bapa pelajar itu sendiri.


Maka, dengan apa yang di laksanakan SPAD. Jelas disini tiada langsung unsur 'lepas tangan' dilakukan oleh suruhanjaya itu sepertimana dakwaan sesetengah pihak sebelum ini.

Pihak sekolah dan ibubapa juga digalak menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna bagi memastikan tidak ada pengendali yang cuba mengambil kesempatan.

Selanjutnya klik saksikan video dibawah ini sebagai melengkapkan penjelasan ...




2 October 2014

Dalam PR semuanya kaki buli... Bukan UMNO. KLIK baca ni!


PKR dan DAP dikatakan tidak henti-henti membuli rakan seperjuagan politiknya iaitu parti Pas. sehingga ke hari ini. Berdepan dengan keadaan itu, PAS juga turut kelihatannya seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Segala yang dirancang dan ingin dibuat, semuanya macam tak menjadi.

Seorang daripada pemimpin PAS hari ini secara terbuka, beliau mengakui parti itu kini menjadi mangsa buli sekutunya dalam pakatan pembangkang selain terdapat usaha membakar sentimen masyarakat dan penyokong mereka supaya membenci PAS.

"Masih dalam Pakatan Rakyat pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong pakatan pembangkang agar membenci Pas. Pas ini tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba sahaja. Melawan pun macam tak melawan mana.. Itulah Pas, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli,'' katanya menerusi entri bertajuk 'Pas dan Kisah Buli' hari ini.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dilaman di Facebooknya berkata, keadaan itu menyebabkan PAS seolah-olah berada dalam keadaan serba tidak kena dan kelihatan seperti sukar untuk menentukan pegangannya. Terdapat pemimpin DAP yang mengatakan bahawa Pas akan dihukum rakyat berikutan isu di Selangor yang kelihatan belum berakhir meskipun pelantikan Menteri Besar baharu negeri itu sudah dilakukan.

Umum juga mengetahui dan bukan lagi suatu yang tersembunyi... Dari apa yang di luahkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, sudah tentu bukan lagi sekali atau dua kali, tapi sudah lebih tiga kali nampak gayanya PAS merasakan begitu teruk di buli dek rakan sekerajaannya mereka sendiri.


Antara katanya,yang terbaru bila melihat kepada situasi PAS dalam tahaluf siyasinya bersama PKR dan DAP begitu jelas terumbang ambing. Termasuk melibatkan isu pengurangan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor serta tindakkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menyingkir Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetapnya .

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh turut mengingatkan DAP bahawa PAS tidak akan terkubur kerana nyawa dan ideologinya adalah Islam, Akan menjadi satu kerugian besar kepada pakatan pembangkang seandainya DAP yang menyokong PKR terus membuli PAS.

"Mungkin susah DAP nak terima. Itu pandangan saya. DAP akan rugi lama nanti jika PAS marahkan DAP," tegas Nik Mohamad Abduh.

Selanjutnya, ikuti kenyataan penuh seorang pemimpin PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dipetik terus dari FB Post: Nik Mohamad Abduh.


Namun, sudah tentu tidak seperti apa yang dinyatakannya sama sekali, apabila Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz itu menyebut tentang UMNO dan manyamakan sikap rakan politiknya yang di lebelkan sebagai 'pembuli' itu

Pada MP, kenyataan ini tidak lain hanyalah kenyataan yang berniat mahu menutup kesalahan diri. 


Dalam perjuangan politik sudah tentu sikap buli membuli tidak sepatutnya berlaku. Lagi-lagi terhadap parti lawan. MP percaya UMNO serius menentang dalam semua isu-isu yang dibangkitkan PAS yang sama sekali tidak memberi faedah untuk rakyat khususnya untuk kepentingan orang-orang Melayu dan Islam di negara ini.

Berapa ramai yg bercerai, berapa ramai yang bercelaru mengamalkan Amanat Haji Hadi, tiba-tiba PAS bertentangan dengan apa yang mereka percaya dahulu dan bersekongkol dengan DAP hanya gunakan alasan 'tahaluf siyasi' nya. Daripada parti Islam bertukar kepada

PAS yang dulunya gah sebagai parti yang dilihat memperjuangkan Islam boleh mengubah matlamat menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan kerana kedudukan dalam meletakkan PAS sebaris dengan rakan pakatannya dalam PR


Musuh umat Islam yang kebanyakan orang Melayu bukannya sesama sendiri. Kalau kita malu untuk bersatu kerana Melayu yang kononnya rasis atau kolot, kenapa tidak bersatu atas nama Islam dan perpaduaan ummah itu sendiri. Saya tidak menyatakan agar PAS itu masuk Umno, atau Umno masuk Pas, tetapi berjuanglah atas platform yang sama pada perkara yang boleh menguntungkan ummah Islam, PAS masih tidak mahu.

Malah lebih merasakan dengan ujudnya PAS hanya merugikan ummah dan ada kalanya merosakkan ummah apabila bersama-sama dengan PR khususnya DAP. Lihat isu 'Khalimah Allah', isu murtad dan apa sudah jadi dengan isu 'Hukum Hudud' serta banyak lagi. Kemana perginya PAS?


Kesimpulannya, sikap 'membuli' itu... Lebih tepat diletakkan gelarannya kepada golongan pimpinan parti yang ada di dalam PR itu sendiri.

Kita tidak pernah lupa perlakuan kepimpinan DAP dalam pemilihan CEC yang bercelaru keputusannya sehingga ke hari ini... Pemilihan dalam PKR yang bermacam-macam tipu muslihat terjadi. Berlaku pengundian hantu dan bergaduh sesama sendiri. Jadi apa nak pelik dengan sikap DAP serta PKR yang sanggup membuli rakan partinya PAS pada hari ini?

Dalam PR semuanya kaki buli... Tapi tidak dalam UMNO dan Barisan Nasional.


Itu pun PAS masih mahu bersekongkol dengan parti  'Fuckatan Pembangkang'. Renung-renungkan laaa...


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.