GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

28 February 2015

Tertubuhnya Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia Berhad ( KPPM )


Siang tadi majlis persidangan Lembaga Pengarah Yayasan Pondok Malaysia (YPPM)  telah diadakan bertempat di Sri Pondok, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur yang di pengerusikan oleh Datuk Dr Mashita Ibrahim. 

Apa yang menariknya pada persidangan tersebut, impian dan harapan kumpulan YPPM mahu menubuhkan Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia Berhad akhiirnya dapat dicapai seperti yang dirancang.

Secara tidak langsung Mesyuarat Agung kali pertama Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia Berhad (KPPMB) turut selamat dijayakan dengan lancarnya pada majlis berkenaan. 



Ahli mesyuarat keseluruhannya sebulat suara melantik Datuk Dr Mashita menjadi peneraju (Pengerusi) KPPM dan  Juhaidi Yean Abdullah di lantik sebagai Setiausaha KPMM yang pertama serta Datuk Seri Amir Hussien diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Bendahari KPMM.

Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia atau nama singkatnya KPPM ini adalah hasil kerja dan usaha dari apa yang di susun pada mesyuarat Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia yang lalu.

Dengan kehadhiran lebih 70 bakal ahli yang mana jauh lebih ramai dari jangkaan awal kehadiran yang hanya dianggarkan 50 sepertimana yang di tetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) , tentu sekali menambah kesungguhan dan semangat untuk membawa nama KPPM ke mercu kejayaan.




Sesungguhnya dengan terbentuk badan koperasi ini hasrat YPPM (KLIKSINI) mahu keluar dari terus bergantung kepada pemberian dana pihak lain kepada satu yayasan yang boleh berdikari sendiri juga diharap akan tercapai.

Ketika mesyuarat di ada kan SKM di wakili oleh Saudara Muhamad Amran Che Abdullah sebagai Penolong Pengarah Kanan Nasional A, SKM Cawangan Wilayah Persekutuan bagi memantau mesyuarat ini.

Untuk mengetahui apa kata Datuk Dr Mashitah, Pengerusi KPPMB berhubung penubuhan dan mesyuarat agung permulaan Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia Berhad sepenuhnya sila KLIKSINI


27 February 2015

Bahayanya Gerakan Militan IS - Dr Mashitah Ibrahim


Islam adalah satu agama perdamaian. Ia bukan agama yang menganjurkan keganasan seperti yang dilabelkan oleh orang asing hanya kerana perbuatan segelintir ekstremis yang berkepentingan. 

Malah, semua agama termasuk Islam tidak pernah menganjurkan penganutnya untuk melakukan keganasan.

Malangnya pada hari ini, timbul kumpulan-kumpulan yang menggunakan taktik ganas termasuk pembunuhan beramai-ramai, lakukan penculikan, juga memenggal kepala yang mengelarkan diri mereka sebagai pejuang 'IS ( Islamic State )' ataupun 'Daulah Islamiah" dengan membawa matlamat kononnya untuk mewujudkan sistem pemerintahan khalifah, iaitu negara yang diperintah oleh seorang pemimpin politik dan agama cuba berleluasa di merata dunia termasuk Malaysia.


Negara ini turut mengenalpasti wujudnya pengganas-pengganas yang kini menggunakan Islam sebagai asas mereka. Keselamatan negara juga pernah diancam oleh kumpulan yang diketuai Ibrahim Libya di Kedah pada pertengahan tahun 80an. Ini telah disahkan oleh mantan Ketua Polis Negara...DI SINI )

Dalam konteks ini, semua pihak termasuk rakyat, pihak berkuasa, institusi pendidikan, agensi perisikan serta pihak-pihak yang berkaitan tentunya perlu berganding bahu dalam memastikan propaganda serta ideologi ekstrem sebegini tidak betapak di negara ini.

Penegasan serta komitmen oleh kerajaan dalam memerangi ancaman IS seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib amat tepat pada masanya.



Kelmarin, sempat MP menonton sebuah rancangan  "Soal Jawab" diterbitkan oleh TV3 DI SINI ) yang membicarakan tentang tajuk "Jerat IS (Islamic State)". Rancangan yang bersiaran secara langsung itu turut menampilkan dua tokoh berpengetahuan luas diundang sebagai panel iaitu Yang Di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Senator Dr Ashraf Wajdi Dasuki dan Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Sepanjang program tersebut pelbagai persoalan dibangkitkan serta pendapat telah diluahkan oleh kedua-dua tokoh undangan. Namun, antara isi penting yang menjadi perhatian dan ingin MP kongsikan disini adalah soalan dimana ianya 
berkaitan dengan penyebab remaja terutamaya wanita terjebak ke dalam "Jerat IS" dengan mengambil contoh remaja perempuan 14 tahun yang hampir terlepas ke Syiria. 

Soalan itu di jawab oleh Datuk Dr Mashitah dengan memberikan 3 sebab kenapa remaja-remaja mudah terjebak dalam kancah "IS (Islamic State)" seperti berikut :

1. Aspek jiwa remaja itu sendiri yang kosong. Ramai yang pergi ke Syiria kerana melihatkan IS menawarkan satu harapan kepada mereka. Remaja-remaja ini perlukan idola dan IS telah memanipulasikan perkara ini. Jiwa remaja yang kosong mudah menjadi terikut-ikut.

2. Faktor tarikan Agama. Kebanyakan mereka yang terlibat dalam jerat IS terdiri daripada remaja-remaja yang bermasalah yang perlukan bimbingan Agama. Remaja-remaja ini ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Remaja-remaja ini melihat IS sebagai jalan pintas untuk menuju ke syurga.

3. Pengaruh media sosial itu sendiri yang mana tiada remaja-remaja ini tidak diimbangi dengan input-input media sosial yang baik. Lambakan isu IS tidak dimbangi dengan dengan isu-isu positif tentang Islam. Dr Mashitah melahirkan kebimbangan dengan pengaruh media sosial yag mudah diperolehi di hujung jari. Malah beliau menambah, penyaringan maklumat yang negatif tidak sempat ditapis kerana begitu cepatnya penyebaran teknolgi maklumat berkenaan.


Kesimpulannya, Datuk Dr Mashitah berpendapat maklumat media sosial perlu disekat, disaring dan dikawal untuk memastikan penyebaran dakyah IS ini dapat dikawal. 


Dalam pada itu, merangkap sebagai Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) antara tunggak utama didalam memartabatkan pelajar serta pendidikan sekolah-sekolah pondok dalam negara... Datuk Dr. Mashitah turut menyatakan bahawa salah seorang pejuang IS yang telah meninggal dunia datang dari salah satu pondok di Kedah, 

" Ia sangat mengejutkan dan YPPM merasakan ia menjadi satu tanggungjawab...Imej sekolah pondok perlu dihindarkan dari dibabitkan dengan keganasan terutamanya IS. Yang berlaku hanya segelintir kecil sahaja,", jelas beliau.

Usaha YPPM mendekatkan diri dengan semua sekolah-sekolah pondok dengan mendapatkan pandangan mereka dan mendengar permasalahan mereka untuk diselesaikan bersama adalah antara pendekatan yang diambil.


Dalam hal ini juga, MP berpendapat ibu bapa juga boleh memainkan peranan penting dengan memantau kandungan yang cuba dilayari oleh anak-anak mereka di Internet. Langkah ini perlu kerana kebanyakan usaha merekrut pengikut berlangsung di media sosial. Media sosial menjadi medium paling efektif untuk merekrut kerana ia mudah, menjimatkan masa dan berkesan dari segi penyampaian mesejnya.

Selain itu, rakyat digesa supaya tidak terbawa-bawa dengan emosi dengan isu yang cuba dijaja oleh IS. Mereka harus bijak membezakan apa sebenarnya yang betul dan dibenarkan dalam agama. Mereka perlu sedar juga bahawa sebarang perbuatan yang tidak bertanggungjawab hanya akan memberi gambaran negatif kepada agama Islam.

FIC: Buka Restoran Pertama Di Jeddah.


Setelah memiliki hotel di London (baca di sini) dan memiliki Encorp Berhad, sebuah syarikat gergasi hartanah di Malaysia, kini Felda Investment Corporation
Sdn Bhd (FIC) telah membuka restoran pertama Malaysia di Jeddah.

FIC adalah anak syarikat FELDA yang bertanggungjawab dalam aktiviti perniagaan bukan perladangan dan kini terlibat dalam pembangunan hartanah, hospitaliti dan aktiviti pelaburan strategik.

Perancangan membuka restoran di Jeddah ini telah dicadangkan sejak Februari tahun lalu berikutan sambutan menggalakkan terhadap masakan Melayu yang ditawarkan restoran Felda D’Saji di Mekah. Malahan cadangan ini telah mendapat sokongan Konsulat Malaysia di Jeddah dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Pada masa yang sama, Restoran Felda D'saji telah pun bertapak di Mekah dan dari inspirasi itulah maka membuka restoran di Jeddah pula. Restoran dengan 112 tempat duduk yang terletak hab komersil paling eksklusif di Jeddah, Tahlia Street, dikendalikan oleh Felda D'Saji Sdn Bhd, anak syarikat Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd.

Tahlia Street, Jeddah juga dikenali sebagai Prince Mohammad bin Abdulaziz St., terletak di tengah-tengah Jeddah dan daerah paling kaya di Arab Saudi. Di sini juga terletaknya kawasan membeli-belah dengan butik bagi jenama seperti Prada, Gucci, Versace, Cartier, Chanel, Louis Vuitton, Dolce & Gabbana, Ralph Lauren and Giorgio Armani


Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah melancarkan restoran di Jeddah baru-baru ini dan yakin peluang terbaik untuk Malaysia dan Arab Saudi mengukuhkan hubungan dengan pencambahan antara budaya. Turut hadir ialah Konsul Besar Malaysia di Arab Saudi, Khalid Abbasi dan Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil.

Restoran ini merupakan tambahan kepada pelbagai pilihan makanan di Jeddah, terutama sekali kerana FIC dan D'Saji bukan sahaja mahu menarik pelanggan Malaysia dan Asia tetapi juga mahu memanfaatkan kedudukan Jeddah sebagai pintu masuk ke Arab Saudi.

Walaupun Felda sedang mengalami cabaran perniagaan di sektor perladaganan, dengan pelaburan hartanah dan hospitaliti menunjukkan Felda akan sentiasa berdaya saing. Ini menunjukkan kepelbagaian sektor perniagaan terutama hartanah dan hospitaliti yang dijalankan Felda mampu meletakkan kedudukannya sentiasa mampan dan bertahan di dalam apa jua keadaan.

26 February 2015

Tuduhan PERS1M tidak berasas terhadap SPAD.


Pelik bila sesuatu berita yang sudah tersebar luas dan telah diketahui ramai, tetapi masih ada pihak menafikan berita tersebut. Sedangkan mereka bukannya pihak yang tidak ada kaitan ataupun orang jauh. Malah mereka semua bukan yang berada di bawah bumbung industri yang sama.

Baru-baru ini, seramai 25-30 orang ahli Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) bertindak adakan berdemo menentang dan memburukkan nama Suruhanjaya Penangkutan Awam Darat (SPAD) dan dilihat tidak beretika kerana membuat tuduhan tidak berasas. 

Tindakan PERS1M yang mahu Tan Sri Syed Hamid Albar untuk letak jawatan kerana tidak mengambil tindakan terhadap UBER adalah fitnah semata. Sedangkan apa yang dituduh, SPAD telahpun di ambil tindakkan yang sewajarnya.


Jika pembaca KLIKSINI, pembaca akan dapati bahawa SPAD telah mengeluarkan kenyataan dan memberi amaran termasuk beberapa tindakkan juga sudah dikenakan kepada UBER Teksi akibat tidak mengikut undang-undang negara.


25 February 2015

MCA : 'Kai Gung' Dan 'Yang Yee Sang' Memupuk Semangat Dan Ikatan Lebih Rapat


Kepimpinan MCA yang diketuai oleh Presiden parti DS Liow Tiong Lai telah mengadakan majlis "Kai Gung" dengan paluan irama gendang dan simbal yang kuat dan bertenaga, pagi ini. 


"Kai Gung" yang bermaksud majlis memulakan kerja, diadakan pada hari kelima Tahun Baru Cina, yang merupakan tahun kambing mengikut kepercayaan kaum Cina. Majlis ini diadakan di Ibu Pejabat MCA yang terletak di Wisma MCA, Jalan Ampang.

Sekumpulan penari singa dan naga memberikan persembahan yang meriah dan bertenaga di pintu masuk wisma berkenaan. Seperti tradisi masyarakat Cina, Ketua Parti dan Timbalan beliau, Dr Wee Ka Siong kemudiannya turut memberikan ang pau kepada "singa" berkenaan dengan harapan tahun berkenaan membawa tuah kepada MCA.


Pelancong asing dan penyewa di Wisma MCA 
kelihatan terpesona dengan persembahan penari naga dan singa berkenaan selain sempat merakamkan foto bersama para penari di pintu masuk wisma berkenaan. Kumpulan penari naga dan singa berkenaan kemudiannya mengadakan persembahan di setiap tingkat bangunan yang terdapat jabatan-jabatan di bawah MCA.

Sebagai menyambut tahun kambing yang di percayai penuh kemakmuran serta dipenuhi dengan tenaga positif, Majlis "Kai Gung" yang dianjurkan warga MCA 
 untuk Tahun Baru Cina yang baru dan penuh bermakna itu diharap akan menganugerahkan nama baik untuk parti, diberikan kesihatan yang baik untuk pemimpin dan selururuh kakitangannya. 



Untuk memupuk ikatan yang lebih rapat dengan kakitangan, kepimpinan parti turut meraikan kira-kira 50 kakitangan dari Ibu Pejabat MCA dan Koperasi Jayadiri (Kojadi) dalam makan tengah hari di mana majlis "yang yee sang". 

Majlis ini diharap akan memberikan semangat baru kepada pimpinan MCA untuk terus berusaha untuk mengambil hati masyarakat Malaysia khasnya kaum Cina untuk sama-sama bersama parti Barisan Nasional dalam memajukan negara.



Selain Presiden dan Timbalan Presiden, antara pemimpin MCA yang hadir ialah Setiausaha Agung Dato 'Seri Ong Ka Chuan, Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat.

24 February 2015

#PRKPermatangPauh: Pilih Calon BN Untuk Wakil Rakyat Yang Lebih Bertanggungjawab - DS Liow



Seluruh dunia pun tahu, penyandang kerusi Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini disabitkan kesalahan terhadapnya dengan hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 lalu.

Perkembangan terbaru turut melaporkan bahawa Anwar secara automatik akan hilang kelayakan sebagai anggota parlimen mulai Selasa memandangkan pihak PKR turut menetapkan keputusan untuk tidak memohon pengampunan diraja bagi pembebasan ketua pembangkang tersebut..

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli dimana PKR tidak akan memohon pengampunan diraja bagi pembebasan Anwar dan tiada arahan diterima daripada 
Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbuat demikian.yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Maka hal ini sekaligus menunjukkan kemungkinan berlakunya PRK bagi memilih pemimpin baru apabila kelayakan Anwar sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya sejak 2008, disahkan terlucut susulan hukuman mahkamah itu.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata walaupun Permatang Pauh dilihat sebagai kubu kuat PKR, namun penduduk di situ memerlukan wakil rakyat yang dapat memberi khidmat sepenuhnya dan BN bersedia berbuat demikian, sekali gus memberi pilihan untuk pengundi melakukan pembaharuan.

Menteri Pengangkutan itu berkata demikian dalam menjawap pertanyaan kumpulan pemberita ketika menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Orang Ramai Sungai Penjuring di sini,semalam..

Walaupun pakatan pembangkang kini menerajui Pulau Pinang, namun hakikatnya jelas parti itu mengalami masalah perpecahan dalaman.

"Dalaman mereka memang berkecai, gagal mencapai kata putus serta persefahaman dalam beberapa isu seperti pelaksanaan hukum hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT)," ujarnya lagi.

DS Liow berkata keadaan itu jauh berbeza dengan BN yang menunjukkan kesepakatan dalam sesuatu perkara demi kepentingan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Walau bagaimanpun, pengundi di Parlimen Permatang Pauh bakal mempunyai wakil rakyat lebih bertanggungjawab jika calon Barisan Nasional (BN) diberi peluang mewakili mereka menerusi pilihan raya kecil (PRK) dipercayai diadakan tidak lama lagi.

20 February 2015



MCA anggap isu seruan boikot Datuk Seri Ismail Sabri ' tutup buku' setelah Menteri Pertanian dan Asas Tani itu mengeluarkan kenyataan kesal dengan apa yang berlaku dan hingga ianya telah mencetuskan sentimen perkauman.

Presiden parti itu Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan Khamis malam harap isu ini tidak dipanjangkan lagi.

Katanya beliau telah menyuarakan pendirian MCA semasa mesyuarat kabinet minggu ini.

Liow memberitahu beliau menghormati keputusan bersama Perdana Menteri dan kabinet tentang perlunya isu ini ditamatkan.

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH DATUK SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB KHAMIS MENGENAI HAL BERKENAAN:
Kontroversi yang tercetus pada 1hb Februari 2015 baru-baru ini berhubung komen saya di status laman rakan facebook saya telah menarik perhatian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Komen saya yang dibuat secara tertutup telah di ‘viral’. Saya rasa kesal kenyataan itu telah menimbulkan sentimen perkauman. Segala kegusaran dikesali.

Saya tidak pernah berniat untuk mewujudkan ketegangan dan polarisasi kaum kerana niat saya ketika membuat komen itu adalah jelas ditujukan kepada peniaga-peniaga yang masih enggan menurunkan harga barang-barang tanpa mengira kaum

Perkara tersebut telah dibincangkan secara mendalam di Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Razak.

YAB Perdana Menteri juga menyeru agar semua pihak menumpu perhatian kepada usaha-usaha yang dapat memupuk perpaduan nasional.

Kabinet telah bersetuju bahawa isu ini perlu dihentikan serta-merta kerana Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.

Saya menyeru semua pihak perlu bergerak ke hadapan dan sama-sama memberi fokus kepada usaha untuk menurunkan harga barang.

Para pengguna tanpa mengira kaum di negara ini juga perlu bersatu menggunakan kuasa dan hak pengguna bagi mendorong peniaga-peniaga menurunkan harga barang-barang sejajar dengan penurunan harga minyak.

12hb Februari 2015

19 February 2015

Kedangkalan pimpinan tiada kemahiran dalam mentadbir


Melihat keadaan parti-parti puak pembangkang yang sentiasa tidak sefahaman dalam menyelesaikan banyak isu, ianya mampu membawa kepada politik kehancuran dan ini juga jelas menunjukkan pembangkang tiada kemahiran dalam mentadbir negara yang akhirnya rakyat menjadi mangsa.

Paling ketara adalah pengetahuan mereka dalam sejarah tanahair serta pengetahuan perlembagaan Malaysia.

Baru-baru ini Nik Abduh dalam satu kenyataanya ingin sistem beraja di Malaysia ditukar kononnya demi keadilan. Jelas menunjukkan Nik Abduh seorang ahli parlimen yang tidak mengetahui sejarah dan perlembagaan negara.

Punca Nik Abduh timbulkan kenyataan dangkal ini adalah sebenarnya ingin mengalihkanan isu perang mulut dan perang media di antara DAP dan PAS yang cabar mencabar di antara pemimpin mereka. DAP berkeras menolak isu hukum hudud dan PAS pula berkeras menolak pilihanraya PBT. PAS juga berbalah dengan rakan sekutunya PKR dan DAP dalam perlantikan Menteri Besar Selangor.

Seperkara lagi, tertanya-tanya pula apakah Nik Abduh sedang mencadangkan Malaysia dijadikan sebuah negara republik? Apakah Nik Abduh berani meminta PAS Kelantan membawa cadangannya ke persidangan Dun Kelantan nanti? Apakah Nik Abduh lupa, Kelantan adalah negeri beraja?

Malahan di dalam Rukun Negara ke dua pun terang dan jelas ... Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Apakah Nik Abduh sedang membuat gerakan derhaka kepada Sultan Kelantan dan Seri Paduka Baginda YDP Agong. Ini juga adalah satu pengkhianatan.

Apa pun niat Nik Abduh, kenyataan dangkalnya hanyalah satu provokasi dan taktik PAS mengalihkan isu pertelingkahan mereka dengan DAP yang tidak mungkin ada penyelesaiannya.

Walaupun Datuk Ehsan dan Nik Abduh baru sepenggal dilantik sebagai Ahli Parlimen, namun nampaknya Nik Abduh perlu membaca semula sejarah dan perlembagaan negara atau mungkin perlu menduduki semula SPM agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang bakal memalukan PAS.

Ramai juga pemimpin UMNO seperti Nik Abduh yang bergelar Ahli Parlimen untuk parti PAS dan baru menduduki barisan kepimpinan utama, termasuklah Datuk Ehsan yang belum sampai sepenggal menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Kota Tinggi. Namun apa yang kita lihat Datuik Ehsan dan kebanyakkan pemimpin UMNO terlalu jauh beza cara mereka dalam bergelar pemimpin tertinggi berbanding kalangan pemimpin pembangkang yang ada tu... Dangkal sungguh!                                                                                                                                                       
Kepada pemimpin-pemimpin Pakatan yang dilihat sering tidak sepakat... Belajarlah dari cara meja bulat Barisan Nasional selesaikan pandangan berbeza dan bukan dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan di media sosial untuk mencari populariti tetapi akhirnya mampu menimbulkan ketegangan sosial di negara.

Nah tengok bawah ni..! Antara gelagat kata-kata antara mereka...






18 February 2015

GONG XI FA CAI: Tingkat Permuafakatan Antara Rakyat - Dato' Seri Liow


Memetik pada perutusan sempena Tahun Baru Cina (KLIK) yang akan disambut Khamis ini oleh Presiden MCA, Dato' Seri Liow Tiong Lai berkata, masyarakat pelbagai kaum di negara ini diseru untuk terus mengamalkan semangat perpaduan, mengekalkan hubungan baik antara kaum serta meningkatkan persaudaraan..

Sehubungan itu, keikhlasan adalah formula paling berkesan untuk mempertingkatkan permuafakatan antara rakyat negara ini, kata Dato' Seri Liow.

Beliau turut berpendapat, bagi Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum. Menanam sifat kesederhanaan dalam diri untuk tidak bersikap keterlaluan serta berlebih-lebihan dalam membuat atau memperkatakan sesuatu (ekstremisme) juga antara salah satu cara yang mungkin bagi kita untuk terus maju ke arah menjadi sebuah negara yang progresif dan aman..

“Sememangnya, perjalanan negara kita setakat ini penuh dengan ujian dan kepayahan tetapi kita telah bersama sebagai satu pasukan dalam menempuhi semua itu dan menjadi lebih kuat,” katanya lagi.

Oleh yang demikian, beliau mengesa agar rakyat Malaysia terus bersatu serta berdaya tahan dalam mendepani cabaran dan peluang yang mendatang"Setiap rakyat perlu belajar untuk saling menghormati dan mengelakkan kata-kata yang menyakitkan serta melukakan hati satu sama lain.

"Perlu diingat bahawa dalam era teknologi maklumat ini, kita mesti lebih mendisiplinkan diri dalam mengeluarkan kata-kata kita bagi mengelak kesangsian antara kaum dan kekecohan orang ramai," tambahnya.“Kita juga khuatir dengan ke­nyataan-kenyataan ekstremis yang dilihat berleluasa sehingga menyebabkan keharmonian sosial dan penyatuan nasional berada dalam keadaan bahaya,”

Ketika menyampaikan perutusan Tahun Baru Cina beliau, semalam. Dato' Seri Liow yang juga Menteri Pengangkutan sempat meluahkan tiga hasrat yang ingin beliau lihat pada tahun akan datang.

Pertama sekali, keinginannya untuk melihat satu kejayaan dalam ekonomi demi pembangunan negara yang mampan. Kedua, beliau mahu lihat perpaduan dalam politik yang belum pernah terjadi sebelum ini ditampilkan menerusi kesederhanaan demi generasi masa depan negara dan akhir sekali, melihat usaha yang berterusan bagi memperkasakan bidang pendidikan dalam melahirkan lebih ramai bakat tempatan.




Dalam menikmati musim perayaan ceria ini. Dato' Seri Liow mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh kaum Tiong-Hwa, semoga kehadiran Tahun Kambing yang dianggap sebagai tahun damai dan membawa banyak kebahagiaan kepada semua orang kali ini turut membawa kepada nasib yang lebih baik dan kesihatan yang baik untuk semua.

Rakyat Malaysia juga diingatkan agar memandu dengan berhati-hati. Sesungguhnya keselamatan di jalan raya, tanggungjawab kita bersama.


17 February 2015

GONG XI FA CAI: Tambang Bas Ekspres Kekal Pada Harga Biasa - SPAD


Bila harga minyak turun, akan kedengaran suara-suara dari pihak pengguna meminta harga barangan keperluan harian di kurangkan, termasuklah kadar tambang pada pengangkutan awam.

Begitu jugalah sebaliknya akan berlaku. Semuanya dikatakan berpunca dari isu turun naiknya kadar harga bahan api. Bila harga minyak naik sebelum ini, macam-macam benda dan keperluan harian mengambil kesempatan menaikkan harga, termasuklah timbul tuntutan oleh pihak pengusaha pengangkutan awam mahu kadar tambang dinaikkan hingga ada yang ketahap agak melampau.

Bila harga bahan api naik, bukan sahaja pihak pengusaha bas sekolah, bas ekspres dan teksi meminta tambang dinaikkan tetapi harga barangan keperluan termasuk makanan mula naik.

Seperti`pesta naik harga' pula jadinya.

Kenaikan kadar harga pada sesetengah keperluan pengguna, sampai satu tahap berlarutan dan menjadi teruk terutama tibanya musim perayaan.

Keadaan itu pasti akan membebankan orang ramai terutama yang berpendapatan rendah bagi membuat persediaan menyambut perayaan dan juga disaat pembukaan sesi persekolahan di awal tahun.

Namun begitu, menjelang tibanya Tahun Baru Cina tahun ini. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menetapkan kadar tambang bas ekspres di seluruh negara kekal pada harga biasa.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar, 
, walaupun berlaku penurunan harga minyak sebelum ini, ia tidak boleh dijadikan asas untuk pengusaha bas menurunkan harga tambang sepertimana diminta pihak pengguna. 

Banyak faktor lain perlu diambil kira sebelum syarikat bas itu dapat menurunkan kadar tambang selain minyak. Antaranya kos penyelenggaraan bas itu sendiri termasuk tayar dan insurans juga diambil kira

"Minyak itu hanya membabitkan antara 11 hingga 20 peratus daripada faktor keseluruhan kos, melainkan penurunan itu (minyak) mengambil tempoh masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra sempena Tahun Baharu Cina di Terminal Bas dan Teksi Segamat, Isnin lalu.

Menurut Syed Hamid, SPAD bagaimanapun akan memantau keadaan itu dari semasa ke semasa sebelum membuat keputusan mengenai perubahan kadar tambang bas ekspres.
Dalam hal ini, para pengusaha dan juga pengguna, seharusnya mengambil kira segala faktor sebelum mengambil keputusan atau membuat apa-apa tindakkan dan harus diingat bahawa kadar harga yang ditetapkan pada bahan api menjadi asas bagi menetapkan turun naiknya harga barangan atau keperluan harian yang lain.

Dalam pada pihak SPAD membuat ketetapan di mana harga tambang masih kekal. Diharap tidak ada mana-mana syarikat bas ekspres dalam diam mengambil kesempatan menaikkan harga tambang dengan menggunapakai khidmat "ulat" bagi menjual tiket bas pada harga tinggi terutama pada hari-hari perayaan, ketika ini.

Sementara itu, mengenai Lesen Perubahan Sementara (LPS), beliau berkata sempena Tahun Baharu Cina ini, SPAD telah meluluskan sebanyak 140 LPS kepada syarikat bas ekspres di seluruh negara.

"LPS itu mungkin bertambah lagi jika ada permohonan dan ini semata-mata bagi memastikan pengguna tidak mempunyai masalah untuk pulang beraya," katanya.

Mengenai dakwaan berlaku kenaikan tambang bas sekolah, Syed Hamid menasihatkan ibu bapa agar memboikot pihak yang sengaja mengambil kesempatan itu.

"Sebagai pengguna carilah bas sekolah yang masih mengekalkan tambang yang munasabah dan syarikat bas sekolah itu mestilah berdaftar," katanya.


15 February 2015

LIWAT II : Bukan Konspirasi


KES Liwat II melibatkan Anwar Ibrahim yang bermula sejak 2008 telah menemui noktahnya pada 10 Februari lalu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan Ketua Pembangkang itu bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Namun, pelbagai teori konspirasi dan tuduhan yang mengatakan Anwar tidak bersalah, sebaliknya dianiaya oleh “orang jahat” masih dicanang oleh penyokong setianya terutama puak-puak pembangkang bagi meraih simpati dan mengelirukan rakyat.

Bagi menjawab tuduhan-tuduhan yang masih berlegar itu, selanjutnya ikuti penjelasan berikut dan KLIKSINI.


Perhimpunan nyalaan lilin turut diadakan setiap malam dikatakan sebagai tanda solidariti kepada Anwar di hadapan Penjara Sungai Buloh. Persoalannya, benarkah..?

Ataupun ianya satu tindakkan 'protes' terhadap apa yang telah diputuskan pihak mahkamah?

Kenapa lagi ada dikalangan kita masih tidak dapat menerima atau berpuashati dengan proses perbicaraan yang telah berlalu hingga memakan masa bertahun-tahun dengan berbagai bahan dan bukti yang dipertaruhkan kedua belah pihak.

Apa lagi yang boleh membuktikan Anwar tidak bersalah? 

Aktiviti 'candlelight vigil' mengandungi unsur-unsur "tasyabbuh"



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini menegaskan, Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

Oleh itu, upacara 'candlelight vigil' atau berhimpun bersolidariti sambil menyalakan lilin adalah dilarang bagi umat Islam kerana ia menyerupai upacara agama lain.

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah memutuskan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti 'candlelight vigil' kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam," menurut kenyataan muzakarah tersebut yang dikeluarkan menerusi laman rasmi Facebook Fatwa Malaysia.

Mengulas lanjut, Jawatankuasa muzakarah berkata di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan.

"Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia.

"Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha," jelas jawatankuasa tersebut.

Terbaru, upacara 'candlelight vigil' kembali hangat diperkatakan apabila para pemimpin dan penyokong pembangkang berhimpun bersolidariti sambil menyalakan lilin di hadapan Penjara Sungai Buloh sebagai simbol untuk pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut kenyataan ketua Anak Muda Keadilan berkata, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, usaha mereka berhimpun sambil memegang lilin adalah semata-mata untuk menunjukan solidariti terhadap Anwar dan bukannya melakukan upacara keagamaan.
Hal ini juga telah mendapat perhatian seorang lagi tokoh keagamaan iaitu Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. Beliau merasakan terpanggil untuk berkongsi pandangan disamping mengingatkan kita melalui sepotong hadith Bagiunda Rasulullah yang memberi maksud: 

“Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mengambil hati manusia nescaya dimurkai Allah ke atasnya dan menjadikan orang yang hendak diambil hatinya, menjadi marah kepadanya dan sesiapa yang menyebabkan keredaan Allah kerana menyebabkan kemarahan manusia kepadanya nescaya dia diredai Allah dan menjadikan hati orang yang marah kepadanya itu tadi bertukar menjadi sayang dan menyukainya.”  (Riwayat Tabrani)

Apa yang jelas dari maksud hadith ini, perbuatan tersebut mengundang pelbagai fitnah dan spekulasi negatif. Tambahan perbuatan menyalakan lilin dalam upacara “candlelite vigil” mempunyai unsur-unsur keagamaan bagi penganut Kristian.

Datuk Mashitah mengingatkan bahawa kita telah ditegur oleh ALLAH sendiri didalam banyak ayat didalam Al Quran dan hadis Rasulullah supaya tidak melakukan perbuatan menyerupai Nasara, Yahudi maupun musyrik. Dengan sendiri kita boleh berfikir untuk tidak langsung melibatkan diri samada upacara “candlelite vigil”, demonstrasi, pengkebumian atau apa-apa upacara berkaitan keagamaan mahu pun dalam bentuk memprortes.


Datuk Dr Mashitah dalam ulasannya turut menyebut bahawa musuh Islam sentiasa akan cuba membawa umat islam kearah kesesatan dengan cara membudayakan setiap amalan secara beransur ansur sehingga ianya menjadi satu amalan kebiasaan.

Oleh yang demikian itu, dikira haram (salah) bagi umat Islam yang tahu dan sedar untuk mengikuti upacara tersebut, melainkan kerana terpaksa atau tanpa disedari dan sebagainya. Dalam hal ini. Allah berfirman yang bermaksud:

 “Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab Allah) melainkan mereka yang dipaksa (melakukan kerja-kerja kekufuran tersebut ) sedangkan hatinya masih tetap dengan iman, tetapi sesiapa yang lapang hatinya dengan kekufuran itu, maka atasnya kemurkaan Allah  dan untuk mereka azab seksa yang amat besar.” (al-Nahl:106)

Dalam ulasannya lagi berkata,’Terlalu banyak “candlelight”yang telah dilakukan oleh sesetengah pihak tanpa mengira batas batas agama , isu ini bermula apabila mereka mula menterjemahkan hal hal yang berkaitan dengan agama yang  mana  tiada perbezaan diantara agama agama yang dianuti.”

Beliau juga sempat mengingatkan kita kembali dimana hukum penglibatan orang Islam dalam akitiviti orang bukan Islam dalam upacara “Candlelite Vigil” adalah haram dan kata beliau, Muzakarah Jawatankuasa  Fatwa Majlis Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia  kali ke 88  yang telah bersidang pada 2 Oktober 2009  lalu... 


Muktamat telah memutuskan bahawa umat islam dilarang sama sekali menyertai apa juga ritual yang bersifat upacara keagamaan bukan Islam yang mengandungi usur tasyabbuh dan boleh menjejaskan Aqidah umat Islam.

Sebagai umat Islam, ada batasan yang perlu kita hormati dan patuhi dalam semua perkara. Ada larangan larangan yang perlu kita hindarkan, bukan setakat isu lilin ini, malahan banyak lagi perkara yang telah berlaku.

Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan kita agar tidak hanyut dan menjadi ‘pak turut’ sepertimana sabda baginda yang bermaksud:

“Jangan kamu jadi pak turut yang bersikap ’aku bersama-sama orang ramai; kalau mereka baik, baiklah aku, kalau mereka tidak baik, aku juga tidak baik’, malahan hendaklah kamu cekalkan hati kamu kalau orang ramai baik, ‘aku akan mengikut jejak mereka,’kalau mereka tidak baik, aku akan menjauhi kejahatan mereka’.” (Riwayat Tirmizi)


Sesungguhnya, kita kadangkala meremehkan perilaku meragukan yang muncul daripada dalam diri kita demi mengejar sesuatu yang sama ada kita sedar atau tidak sebagai sesuatu yang sementara dan tidak kurang pula bersifat fatamorgana. Demi memenuhi bisikan naluri, kita tergamak melakukan sesuatu yang ‘membimbangkan’ masyarakat, khususnya di kalangan Muslim. Dan lebih parah jika kita sanggup ‘membelakangkan’ agama, semata-mata mengejar sesuatu yang entah apa.

Renung-renungkanlah!!!

13 February 2015

Makmal Transformasi PLKN Di Laksanakan


Dengan tujuan bagi mendapatkan maklum balas dari semua pihak yang berkepentingan berhubung transformasi yang ingin  dilaksanakan terhadap Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada masa hadapan. Makmal Transformasi PLKN diujudkan dan dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin Tun Hussein, hari ini.

Perlaksanaan makmal ini juga bermatlamat untuk menghasilkan satu resolusi yang seterusnya dibentuk menjadi "blueprint" bagi menjayakan transfirmasi PLKN.

Makmal Transformasi PLKN ini akan berlangsung selama 5 minggu bermula 23 Februari sehingga 28 Mac 2015. Seramai 85 orang pihak berkepentingan yang terdiri daripada wakil kementerian, pihak swasta, badan bukan Kerajaan (NGO), pemain-pemain industri, golongan muda, operator kem PLKN, Alumni PLKN, jurulatih PLKN serta pihak ibu bapa bakal terlibat sepanjang pengajuran dijalankan.


Makmal Transformasi PLKN ini akan dilaksanakan dengan Kerjasama Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Kementerian Belia Dan Sukan dan PEMANDU. Fokus perbincangan adalah tertumpu kepada perkara pokok utama iaitu modul latihan, pengurusan sumber dan penjenamaan komunikasi.

Perlaksanaan makmal ini amat penting dan kritikal selaras dengan hasrat Perdana Menteri sewaktu ucapan Bajet 2015, yang mengumumkan strategi pertama di dalam Pelan Transformasi Belia Negara, iaitu untuk mengkaji semula PLKN dengan satu konsep baru yang menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.


Turut hadir di dalam majlis berkenaan ialah Menteri Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin dan tidak ketinggalan Pengerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

 

11 February 2015

SCHOOL BUZZ: Skim Pemasangan Iklan Di Badan Bas Sekolah


Berikutan peningkatan kos operasi dan alat ganti kebelakangan ini, serba sedikit telah menyukarkan pengusaha-pengusaha bas sekolah untuk kekal kompetitif. Jadual waktu operasi yang terhad juga memberi pulangan yang agak terhad dalam mengimbangi kos operasi dan meningkatkan mutu perkhidmatan.

Demi pembangunan industri dan sekaligus memberi tambahan pendapatan kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah di seluruh negara, pihak Kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menambah satu lagi inisiatif dengan mengujudkan satu skim membenarkan pemasangan iklan di badan-badan bas sekolah.




Hal ini telah mendapat perhatian dan telah di suarakan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat bulan lalu dimana langkah itu juga adalah salah satu daripada cadangan SPAD supaya pengusaha bas sekolah tidak mempunyai alasan lagi untuk menaikkan tambang sewenang-wenangnya. (KLIK)

Diatas nama School Buzz, skim pengiklanan ini telah dilancarkan dengan jayanya oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar, semalam


Iklan mesra pelajar dijangka dipaparkan di atas kira-kira 15,000 bas sekolah seluruh negara menerusi School Buzz, sebuah projek pengiklanan yang baharu dibawah usahasama Kumpulan Media The Star dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Kolobrasi antara SPAD dan Star Publication ini turut membabitkan Persatuan Operator Bas Sekolah Malaysia.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, suruhanjaya itu hanya akan membenarkan bas sekolah berusia dibawah 20 tahun untuk terlibat dengan projek tersebut.

"Adalah diharap dengan cara ini, lebih banyak pengendali bas sekolah akan mengambil pikiran untuk menukar kepada bas sekolah baharu supaya mereka boleh mendapat manfaat daripada projek tersebut," katanya.


Beberapa perbincangan dan mesyuarat telah dijalankan dengan Persatuan-Persatuan bas sekolah untuk memuktamadkan inisiatif ini dan rata-rata pengusaha telah memberikan maklumbalas yang positif mengenai inisiatif tersebut.

Dengan pengenalan skim ini juga, pengusaha bas akan lebih teliti menjaga bas sekolah mereka kerana hanya bas-bas sekolah yang dijaga dengan baik sahaja akan dibenarkan menyertai skim ini. Sekaligus menjadikan bas sekolah kelihatan lebih menarik serta menggalakkan pengusaha untuk menjaga keadaan dalam dan luar bas sekolah tanpa mengabaikan ciri-ciri keselamatan penumpang juga bas sekolah.

Di peringkat permulaan ini, pengusaha bas sekolah akan diberikan pendapatan tambahan sekitar RM200 hingga RM400 sebulan berdasarkan saiz iklan yang diletakkan pada badan bas sekolah.




SPAD berharap dengan pelancaran skim ini, ia dapat menjadi pemangkin kepada syarikat-syarikat pengiklanan lain untuk mendapatkan pengusaha-pengusaha bas sekolah yang layak di seluruh negara untuk tujuan pengiklanan.

Pengiklan boleh memilih beberapa siri pakej bermula dari ruang iklan kecil, sederhana dan besar dengan minimum 10 buah bas untuk sekurang-kurangnya selama tiga bulan.



Mereka yang ingin mendaftar sebelum 31 Mac akan menikmati pakej istimewa selama enam bulan dengan tambahan dua bulan secara percuma.


Kepada syarikat-syarikat produk yang berminat. Sila hubungi 03-79668230 atau e-mel ke outdoor@thestar.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.


10 February 2015

DAP mendesak kerajaan mansuhkan PLKN



Usaha DAP untuk menghapuskan Program Latihan Khidmat Negera (PLKN) bukanlah satu perkara yang baru. Pada tarikh 13/05/2008, Dewan Rakyat telah menolak usul seorang wakil pembangkang yang mencadangkan supaya PLKN dihentikan serta-merta. Yang Dipertua Dewan Rakyat, TS Pandikar Amin Mulia berkata, usul yang dibawa oleh Fong Po Kuan (DAP- Batu Gajah) itu ditolak kerana ia tidak perlu disegerakan memandangkan Kementerian Pertahanan telah mengambil pelbagai cara untuk memastikan keselamatan pelatih pada tahap tinggi. Po Kuan memberi alasan bahawa PLKN perlu dihentikan serta-merta kerana menimbulkan banyak masalah terutamanya melibatkan keselamatan pelatih.

Terbaru, Naib Presiden DAP, M Kulasegaran ketika mengulas di sini berkata, DAP menggesa kerajaan untuk memansuhkan program Khidmat Negara menyalurkan wang yang diperuntukkan kepada program berkenaan ke arah program yang lebih progresif. Kula juga turut mempertikaikan 22 peserta telah meninggal dunia di kem-kem PLKN dan bekas jurulatih PLKN yang ditahan baru-baru ini kerana disyaki merancang laluan baru ke Timur Tengah untuk merekrut ahli-ahli untuk menyertai kumpulan militan IS.

Keceluparan cadangan DAP mendesak kerajaan mansuhkan PLKN telah dibidas sendiri oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrasshid yang mendakwa tindakan DAP ini hanya ikut kepentingan politik sahaja dan tidak melihat kepada pembangunan perpaduan.

"Dari dulu DAP suruh mansuh PLKN. Mereka tak suka, apa benda yang kita lakukan baik untuk perpaduan mereka tak suka. Di negara kita terdapat lebih 200 suku kaum, masyarakat berbilang agama, berbilang bahasa, berbilang bangsa dan budaya. Kita sudah ada satu program yang membina ke arah itu (PLKN), ia diwajibkan dan dilaksanakan dalam suasana terkawal. Pelatih PLKN sendiri mengakui yang mereka suka akan program ini. Di Gua Musang baru-baru ini ketika memindahkan mangsa banjir, pelatih-pelatih ini diarahkan pindah ke kem lain, mereka semua menangis. Mengapa mereka menangis?

Kerana mereka sudah ada satu pasukan melakukan aktiviti bersama, punyai semangat setiakawan.

Apapun pendapat negatif yang dilemparkan oleh DAP, kami merasakan program PLKN wajar diteruskan. Malah dalam persidangan Dewan Negara pada 29 April tahun lepas, dewan dimaklumkan bahawa PLKN telah mencapai matlamat penubuhannya dan perlu diteruskan demi pembangunan jati diri generasi muda.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata ia berlandaskan kaji selidik oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menunjukkan lebih 85 peratus daripada 60,000 responden yakin PLKN berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan generasi muda.

Kajian meliputi pelbagai kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak pada 2009 itu juga menyimpulkan modul kesukarelaan dan kecergasan menepati matlamat PLKN dalam menyediakan golongan muda yang cergas dan sedia menumpahkan khidmat mereka untuk negara, katanya menjawab pertanyaan Senator Zaiton Mat Amin.

Bagi memastikan kurikulum PLKN kekal relevan dan berkesan dalam mencapai matlamatnya, kementerian melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara akan terus mengekalkan empat modul teras, iaitu pembinaan karektor, kenegaraan, khidmat komuniti dan fizikal, malah telah ditambah baik dengan menekankan semangat patriotisme dan volunterisme.

Kerajaan tambahan lagi telah menangguhkan program PLKN untuk menambahbaik program berkenaan dengan mewujudkan makmal menerusi usahasama daripada Kementerian Pertahanan, Kementerian Belia Dan Sukan serta pihak-pihak yang berkaitan.



Perhatian penuh terhadap mangsa serta madrasah 'Pondok' dilanda banjir - YPPM


Beberapa madrasah yang dilanda banjir baru-baru ini terus mendapat perhatian dan bantuan daripada pelbagai pihak dalam usaha meringankan sedikit bebanan mereka, baru-baru ini.

Dua madrasah tersebut ialah Madrasah Raudhah Al-Muhibin, Seberang Chenor dan Madrasah An Najah, Pondok Bukit Keledang, Seberang Chenor.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, bantuan yang disalurkan mengambilkira kawasan sekolah pondok yang terjejas teruk akibat banjir.

“YPPM menyalurkan bantuan kepada dua buah madrasah setelah melihat keadaan madrasah yang teruk akibat terjejas bencana banjir.


Kedua-dua buah madrasah itu difahamkan ditenggelami air banjir sedalam dua kaki sehinggakan merosakkan keadaan struktur bangunan dan barang-barang keperluan dapur pelajar,” katanya.

Sehubungan dengan itu katanya, YPPM sudi menghulurkan bantuan berbentuk atap zink, prabong, tong gas, tilam, buku log dan kitab-kitab agama bagi meringankan bebanan pihak pondok.

Selain musibah banjir, Mashitah turut meninjau keadaan Madrasah An Najah yang baru-baru ini terbakar.


“Ada empat rumah penginapan pelajar lelaki di Madrasah An Najah terbakar dan ini benar-benar menguji kesabaran pihak sekolah pondok tersebut yang baru sahaja melanda banjir.

“Saya berharap mereka bersabar dengan ujan terbaharu ini,” katanya.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.