GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

27 February 2012

Video 'Bapak Setan' Badrulamin yang di tangkap basah tu! Saksikan...

Baru-baru ini kecoh kesah Ostad Badrulamin di tangkap basah... Tu la nasibnya kalau tak sudah-sudah menyebarkan keburukkan orang lain. Hari ini segala tindakkannya memakan diri. Saksikan lah videonya ini...



 Hari ini siapa yang 'BAPAK SETAN'?


Ostad PKR Badrulamin semakin tertekan. Sebelum ini beliau cuba menegakkan benang yang basah untuk melepaskan diri beliau daripada dakwaan khalwat. Kelmarin JAIP telah menjawab tuduhan Ostad PKR itu. Di antaranya :
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menafikan dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron yang ditangkap khalwat semalam bahawa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz menegaskan, tindakan tersebut dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain.

"JAIP tidak pernah merancang atau berkomplot untuk membuat tangkapan terhadap kedua-dua individu terbabit.

"Lagipun sebarang tangkapan dibuat atas aduan orang ramai. Perkara seperti merancang atau komplot tidak pernah terjadi dalam tangkapan sebelum ini kerana JAIP mempunyai prosedur yang ditetapkan," katanya kepada Utusan.
Yang terbaru ialah pendedahan bahawa isteri orang itu sudah 3 hari bersama Ostad PKR tersebut!

Dan pendedahan itu dibuat oleh blogger pro-pembangkang sendiri! Lihat di bawah :



Selanjutnya sila baca di sini : Klik Sini

25 February 2012

@NajibRazak : Tak ada sudahnya melayan debat Anwar ni!


Perdana Menteri tidak perlu membuang masa melayan tuntutan tidak berfaedah dari Anwar dan pembangkang untuk berdebat dengannya. Memandangkan cadangan berdebat berkenaan bukan sahaja bertujuan bagi mengalih isu tetapi juga sememangnya strategi pembangkang untuk meraih simpati rakyat.

Sememangnya meraih simpati adalah strategi pembangkang dan Anwar sejak 1998 lagi. Apa sahaja isu yang berkaitan dengan Anwar akan dijadikan modal kononnya beliau adalah mangsa konspirasi politik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Hakikatnya dalam soal mengajak Perdana Menteri berdebat, pembangkang sudah kehabisan modal dan isu bagi menentang BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Tidak perlulah BN melayan cadangan debat atau apa sahaja desakan pembangkang yang bertujuan menganggu kelancaran BN untuk terus melaksanakan agenda untuk rakyat.

Kerajaan masih mampu memberikan sumbangan RM500 melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia, RM100 untuk pelajar sekolah dan baucer buku RM200 untuk pelajar institusi pengajian tinggi di saat-saat pembangkang siang malam menuduh BN tidak pandai menguruskan ekonomi Negara

Pembangkang tidak ada kerja lain, tugas mereka hanya mencari salah kerajaan BN, mereka ibarat berusaha mencari isu di siang hari dan bertempik di pentas-pentas ceramah di malam hari. Oleh itu tidak perlulah BN melayan politik buang masa pembangkang itu. Kenapa perlu melayan satu pihak yang kononnya mampu mentadbir lebih baik tetapi apabila diberi kuasa memerintah beberapa negeri sudah kelam-kabut.

Tindakan melayan pembangkang termasuklah berdebat hanya akan menyebabkan BN masuk ke dalam perangkap pembangkang yang sememangnya mahu parti itu melayan kerenah remeh-temeh mereka agar agenda kerajaan untuk rakyat akan tergendala atau terbantut.

Sudah menjadi sikap pembangkang sejak dahulu lagi, dalam apa hal pun mereka hanya bermodalkan air liur, sebab itulah mereka mudah menabur janji, suka berceramah dan berdemonstrasi.

Ini berbeza dengan pendekatan BN yang melaksanakan segala janji dan tidak akan sesekali mencipta mimpi untuk rakyat seperti pembangkang 'membuai' penyokong-penyokong mereka berhubung impian ke Putrajaya.

Tiada apa yang harus digeruni dengan pembangkang, mereka hanya tahu meraih simpati tetapi tiada visi dan misi.

Perjuangan yang ikhlas demi kesejahteraan rakyat, bangsa, agama dan negara pasti akan menumbangkan perjuangan yang berlandaskan kepada matlamat menghalalkan cara.

24 February 2012

Tempias projek hab minyak dan gas di Pengerang

“Ia (Pengerang dan Teluk Ramunia sebagai hab minyak dan gas) akan menjadi pembangunan utama, memberi khidmat ke seluruh rantau Asia Pasifik,” kata YAB Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Asiaflex Products Sdn Bhd di Tanjung  Langsat, dekat Pasir Gudang, pada November lalu.
KALAU pada satu masa dulu warga Johor di daerah Gelang Patah mengalami fenomena "bulan jatuh ke riba" apabila tanah mereka di situ ditransformasi menjadi Bandar Nusajaya (kini menjadi sebahagian daripada kawasan Iskandar Malaysia, "The Jewel of the South"), kini nampaknya giliran warga Pengerang pula.

Mengikut maklumat daripada sumber rasmi, projek Hab Minyak dan Gas (HMG) Pengerang yang bernilai RM60 bilion melibatkan 10 buah kampung - dengan jumlah penduduknya lebih kurang 4,000 orang, daripada 1,268 keluarga.

Selain pampasan dalam bentuk wang (yang masih lagi belum diketahui amaunnya), setiap keluarga yang terlibat dan terpaksa dipindahkan akan diberi sebuah rumah kediaman dengan tanah seluas 0.8 hektar (hampir 2 ekar).

Kita difahamkan bahawa dalam fasa pertama pemindahan, 570 keluarga daripada tiga buah kampung (iaitu Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang dan Kampung Langkah Baik) terpaksa berpindah bagi memberi laluan kepada projek HMG ini yang dijangka akan mula beroperasi pada Oktober 2013.

Dalam fasa kedua nanti, operasi pemindahan akan melibatkan penduduk tujuh kampung selebihnya, iaitu Kampung Sungai Buntu, Jawa, Lepau, Bukit Buluh, Batu Mas, Sebong dan Penyerang. 

Kesemua penduduk kampung ini akan dipindahkan ke suatu lokasi penempatan baru seluas 474.8 hektar terletak di Teluk Ramunia ke arah sebelah timur dari pusat bandar Johor Bahru.

Ketika mengumumkan kerja pemindahan besar-besaran itu, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dipetik berkata bahawa kerajaan negeri "belum dapat menetapkan nilai pampasan yang akan dibayar" kepada setiap keluarga penduduk terjejas kerana "proses penilaian" pampasan tanah masih lagi berjalan.

Ghani bagaimanapun "memberi jaminan" kepentingan penduduk akan terpelihara, memandangkan kerajaan negeri ada "cukup pengalaman menyelesaikan isu sama" membabitkan pengambilan lebih 12,000 hektar tanah bagi projek Nusajaya pada masa dulu.

Ghani juga berjanji dalam tempoh 18 bulan mulai Mac depan ini, rumah penduduk yang dibina di penempatan baru itu akan siap sedia untuk dihuni.

Pendek kata sebelum matahari terbenam di akhir tahun 2013, setiap seorang warga 10 kampung yang dipindahkan itu akan menikmati hidup di rumah baru mereka dengan wang pampasan ratusan ribu ringgit (mungkin ada yang mencecah sejuta ringgit) yang diterima daripada Kerajaan Negeri Johor.

Ghani menyambung " Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan, kerajaan bersetuju mengurniakan dua ekar tanah (0.8 hektar) kepada setiap keluarga penduduk terbabit.

"Bagaimanapun, tanah seluas dua ekar itu bukan di kawasan penempatan sama, sebaliknya kita akan usahakan pada satu kawasan lain untuk diberikan secara kelompok."

Perhatikan perkataan "kita akan usahakan" itu. Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT) mengandungi beberapa prinsip penting yang mesti dipatuhi.

Pertama, proses pengambilan tanah hendaklah disempurnakan oleh Pentadbir Tanah dalam tempoh tiga tahun, mulai tarikh Notis dikeluarkan kepada pemilik tanah di bawah seksyen 4 (Borang A).

Kedua, segala prosedur yang digariskan dalam APT hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Jika prosedur tidak dipatuhi, pengambilan tanah boleh menjadi tidak sah dan batal. Pematuhan APT belum dikira sempurna kecuali pampasan sepenuhnya telah dibayar kepada pemilik tanah.

Ketiga, sekiranya ada mana-mana pemilik tanah masih tidak puas hati dengan amaun pampasan yang dianugerah oleh Pentadbir Tanah, pemilik tanah masih boleh membuat rujukan kesnya itu ke Mahkamah Tinggi.

Apa yang boleh kita lihat dalam kes pengambilan tanah 10 kampung di Pengerang ini adalah proses pengambilan tanah masih lagi di peringkat permulaan. Kita kurang pasti sama ada siasatan (enquiry) di bawah seksyen 12 APT telah pun dijalankan oleh Pentadbir Tanah. 

Pemilik tanah perlu diingatkan bahawa mereka perlu mendapatkan nasihat secukupnya daripada pihak yang ada kemahiran dalam hal penilaian tanah. Di bawah APT, setiap pemilik yang kehilangan tanahnya berhak mendapatkan pampasan atas "nilai pasaran" tanahnya.

Mengikut Prof. Madya Dr. Ismail Omar dari UTM Johor, pemilik tanah disyorkan mendapatkan khidmat jurunilai yang bertauliah dan berpengalaman untuk menasihati mereka dalam hal ini. "Nilai sentiment" tanah tidak diambil kira bagi menentukan pampasan.

Bukan semua orang yang tanahnya diambil di bawah APT berhak merujuk kes pengambilan tanahnya ke Mahkamah Tinggi. Hanya pemilik tanah yang termasuk dalam kategori yang disebutkan dalam seksyen 37 APT yang berhak berbuat demikian. 

Dalam bahasa mudah, jika ada pemilik tanah yang terus mendiamkan diri, menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri, tidak membuat apa-apa tuntutan kepada Pentadbir Tanah dalam masa yang ditentukan, sebaliknya rela dan reda menerima sebanyak mana wang yang diberi kepadanya tanpa sebarang protes, dia sudah hilang hak merujuk kesnya ke Mahkamah Tinggi.

Tanpa kita mengetahui jadual sebenar proses pemindahan penduduk 10 kampung di Pengerang ini ke Teluk Ramunia, sukar diramalkan apakah mereka akan berpindah hanya setelah bayaran pampasan sepenuhnya telah diterima atau pun sebaliknya. 

Walaupun APT membenarkan Pihak Berkuasa Negeri memasuki atau menggunakan tanah yang diambil sebelum proses pengambilan sempurna dilaksanakan dalam kes-kes tertentu (ada disebutkan dalam seksyen 19), hendaklah Pihak Berkuasa Negeri Johor peka dan prihatin tentang semangat sebenar APT, yang mencerminkan jaminan yang termaktub dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. 

Amalan yang paling baik dan adil sekali adalah setiap pemilik tanah yang akan hilang tanahnya akan dibayar pampasan sepenuhnya sebelum ia dipindahkan ke tempat lain. Kebajikan pemilik tanah perlu diutamakan.

Sumber:Utusan Online.
Oleh PROF. SALLEH BUANG

PENDAPAT MP:
MP percaya bahawa kerajaan BN akan terus membangunkan ekonomi negara dengan bertujuan untuk mensejahterakan rakyatnya. 
Rakyat di dahulukan,pencapaian diutamakan..  
Syabas dan tahniah Barisan Nasional.

Pecoh pulok kepalo Nik Ajis dengan lagu ni, weiii!!! Klik tengok lah...

Kini rakyat Kelantan ramai dah pakat sedar, lari nak tinggalkan PAS masuk mengundi BN.

Klik audio player di bawah... Sama-samalah kita dengar, apa ceritaynya ye!

Mat Glamour - Dikir Acu Test Sepenggal by eizwan1m

23 February 2012

Anwar kata macam-macam kepada PAS... Klik tengok sini!

Berikut adalah petikan-petikan daripada akhbar,semasa Anwar Ibrahim dalam kerajaan.sekiranya anda kurang percaya,cari balik kesemua tajuk ini di google...

Pas gagal hormati prinsip Islam

KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya,melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri,khususnya kaum Kurdis.Naib Presiden Umno,Datuk Seri Anwar Ibrahim,berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu.     (Berita Harian,04/05/1991)

Anwar: Supporters of Pas brainwashed

KUALA TERENGGANU,Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics.  
(New Straits Times, 17/04/1992)

Pas gagal majukan umat Islam

RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)

kepada penyokong PAS,jangan percaya kepada pemimpin PAS,kerana Anwar kata mereka menipu rakyat !!!

Anwar bidas taktik kotor Pas

DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)

Pas hanya tonjol imej Islam palsu

PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)

Pas rela korbankan umat Islam : Anwar

KUALA TERENGGANU, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS),kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut Timbalan Perdana Menteri,tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)

anwar kata pas gadai masa depan bila bersetongkol dengan DAP sekarang boleh pulak anwar bersetongkol dengan DAP ??? Nampaknya demi kuasa,Anwar heran apa maruah dan masa depan orang Melayu....

Anwar seru rakyat tolak Pas

HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)

anda lihat sendiri !!! Anwar pun mengaku DAP melenyapkan kepentingan orang Melayu.bukan saya kata !!!

Pas khianati orang Melayu

CENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995)

Pas cemar ukhuwah Islam

BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng.(Berita Harian, 20/04/1995)

Parti lawan tak ada akhlak

KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995)

Lihatlah perangai Anwar.Bukankah ini menunjukkan Anwar penipu terbesar Malaysia ??? ada hati nak jadi PM Malaysia ??? Bukankah pemimpin-pemimpin PAS dulu seangkatan dengan Anwar semasa zaman Anwar sebagai ahli politik mahasiswa ??? Namun bila Anwar berkuasa, rakan-rakan lamanya di PAS dihina.Semasa PAS tak diperlukan,Anwar mencaci PAS sebagai pengkhianat kepada umat Melayu.Anwar sendiri tahu apa agenda DAP, tapi demi kuasa sekarang ini dia sanggup biarkan DAP berleluasa.

TOLONG SEBARKAN !!!

RENUNG-RENUNGKAN
 


SIRI I: Bukti PAS bukan parti Islam.. Baca lah


PAS GUNA “ISLAM” UNTUK MENGHALALKAN CARA SALAH DAN MERAIH SOKONGAN MELAYU

Pengajaran daripada ayat-ayat surah al-Mukminun ayat 53 dan surah al-Mujadalah ayat 19. Kita dapati PAS mempunyai sekurang-kurangnya 3 sifat sepertimana yang tersebut dalam ayat tersebut.

Antaranya ialah;

1. PAS memperalatkan agama untuk menimbulkan perpecahan.

Iaitu, mereka membuat pelbagai dalil agama untuk menuduh Islam dalam UMNO dan BN sebagai kafir, taghut, jahiliah dan lain-lain, sehingga mengakibatkan kesan terhadap orang lain tidak mahu bergaul dan memusuhi orang-orang Islam yang ada di dalam UMNO dan BN.

2. PAS menerima system politik demokrasi dan politik pilihan raya yang dianggap menyeleweng sebagai saluran menegakkan Islam.

Buktinya, dalam buku AMANAT HAJI HADI di tulis oleh DS Haji Abdul Hadi Awang pada muka surat 23 dan 24, berbunyi; “ Walaupun demokrasi adalah ciptaan Barat bukan Islam, dimana di dalamnya terdapat pelbagai kelemahan dan penyelewengan yang ketara, namun Islam menerima kebebasan dan hak-hak yang diberi oleh demokrasi dan mengambil faedah daripadanya untuk menyuarakan ajaran Islam” Selanjutnya beliau menyambung;     “ PAS tetap menyertai pilihanraya dan menyertai sistem demokrasi…”

Kenyataan Haji Hadi ini bertentangan sekali dengan firman Allah yang bermaksud; “Jangan kamu mencampur-adukkan kebenaran dengan kebatilan…” (Surah al-Baqarah ayat 42). Ini menandakan PAS menganut falsafah Mechievalle; “ Matlamat menghalalkan cara”

Bahkan DS Haji Hadi mendakwa pula dengan mengatakan “Islam menerima kebebasan dan hak-hak yang diberi oleh demokrasi,” Dari mana sumber yang mengatakan “Islam menerima sistem tersebut.” Ulama muktabar mana yang mengeluarkan fatwa sehingga Haji Hadi berani mengaitkan kenyataannya dengan Islam. Sedangkan pada awal ayat itu diakuinya sendiri bahawa sistem “demokrasi adalah ciptaan Barat dan terdapat penyelewengan,” Pada akhir ayat dinyatakan pula bahawa Islam menerima sistem yang diciptakan Barat lagi menyeleweng itu.

Kenyataan ini menunjukkan bahawa kenyataan Haji Hadi member maksud; “Islam menerima sistem yang menyeleweng.” Haji Hadi tidak sepatutnya mengaitkan kenyataannya dengan Islam, kerana ia boleh mengelirukan umat Islam. Tidak semua umat Islam, termasuk para ulama, sama ada ulama dalam Negara ataupun di luar Negara bersetuju dengan pendapat beliau. Sebabnya, pendapat beiau itu lebih kepada pendapat PAS yang dalam keadaan terdesak, lalu “beralaskan atas nama Islam”. Atau dengan kata lain FATWA PAS HANYA UNTUK PAS, BUKAN UNTUK UMAT ISLAM SECARA SECARA UMUM.

PAS jangan cuba menggunakan dan memperalatkan “ISLAM” untuk “menghalalkan cara” dan menghalalkan tindakkan PAS yang bertenangan dengan ajaran Islam. Sebabnya Nabi saw menegaskan bahawa Islam itu jelas, tanpa kabur-kabur atau tanpa boleh dikaburkan oleh sesiapa.

Sabda Nabi saw, maksudnya; “Halal itu jelas dan haram pun jelas, diantaranya ada perkara samar-samar (syubahat) dan tidak semua orang memahaminya. Barang siapa yang menjaga yang samar-samar itu (tidak terlibat dengannya), bererti ia menjaga kesucian dalam beragama dan menjaga kehormatannya…” ( Riwayat Bukhari )

DS Haji Hadi sepatutnya berkata; “PAS menerima sistem yang menyeleweng.” Gantikan perkataan “Islam” dengan perkataan “PAS”, kerana itu lebih tepat, kerana kenyataannya hanya melibatkan orang PAS sahaja, tidak membabitkan dengan orang Islam lain yang di luar PAS.

Datuk Seri Haji Hadi tidak dilantik sebagai wakil untuk bercakap bagi pihak umat Islam, sama ada di Malaysia atau di dunia amnya. Bila DS Haji Hadi mendakwa sesuatu perkara atas nama “Islam” ertinya seolah-olah seluruh umat Islam bersetuju dengan pendapat dan pandangannya. Kecuali hal itu jelas ada keterangan dalam Al-Quran ataupun Hadith atau telah di ijmak oleh para ulama yang ada autoriti. 

Wallahualam... 



Hadi Awang sampai kata celaka dunia akhirat?


Setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah. Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata Abdul Hadi dan sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat", tambahnya lagi.

Dalam hal ini sekali lagi PAS mengulangi sikapnya menakut-nakutkan ahli dengan cara membuat bai’aih kerana “ia adalah isu akhirat.”

Hadi lupakah bahawa soal akhirat adalah ditentukan oleh Allah? Hingga boleh menentukan mereka yang melanggar bai’iah akan celaka dunia akhirat.

Itulah antara kenyataan yang di keluarkan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang ditemui di pejabatnya di Ipoh yang kecewa diatas kenyataan Hadi dengan tindakan PAS untuk mengikat calon-calon parti itu yang bertanding dalam PRU ke13 dengan melakukan bai’ah.

Katanya soal akhirat adalah ditentukan oleh Allah.

“Menakut-nakutkan saja, macamlah kita boleh menentukan mereka yang melanggar bai’iah akan celaka dunia akhirat dan pada saya dia boleh buat perjanjian tapi masalah di akhirat bukan masalah kita, ia adalah masalah Allah” tambahnya lagi.

Mufti Perak itu kemudian menasihatkan supaya “ tak usah kita menakutkan orang dengan perkara akhirat sedangkan kita sendiri tidak pasti apakah orang berwajib baiah untuk tujuan berpolitik”.

Menjawab satu soalan, Harussani berkata kalau cara demokrasi, sebagai lslam dia mesti wajib bersikap jujur tetapi kenapa kita harus ikat dengan bai’ah pula.


Terpaksa atau dipaksa? Renung-renungkanlah...

"Pemimpin-pemimpin politik berhentilah daripada menggunakan agama sebagai “senjata politik” kerana ia dilihat merendahkan martabat Islam dan boleh mengelirukan orang ramai dan m
emisahkan agama daripada politik mungkin dianggap negatif, tetapi kalau agama sering digunakan untuk tujuan politik yang menjurus kepada penyalahgunaan itu, ia lebih buruk", k
ata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika berucap pada majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012



ARTIKAL BERKAITAN: Klik!Bai’ah hanya kepada Allah



16 February 2012

PRU 13: Tolak PR... Rakyat Sejahtera.

Apa yang MP bentangkan disini adalah perkembangan tiga parti yang mengaku berada dalam satu pakatan, tapi ntah dimanakah yang dikatakan 'Pakatan' dan di mana agakya ia sebuah pakatan yang bersatu.

Segala yang MP catatkan di bawah ini, bukan hanya terpampang terlentang di hadapan mata rakyat yang mendokong serta menyokong kerajaan hari ini. Tetapi turut juga di akui dan datangnya dari luahan serta catatan pendapat sesetengah pihak dari kalangan ahli dalaman pakatan mereka.

Apa yang hendak MP perjelaskan disini adalah tentang rentak sikap dan telatah para pemimpin pembangkang, khasnya PAS dan PKR yang seakan berada dalam sebuah lautan yang mereka sendiri tidak sedar di mana hujung dan di mana tepian. Ada kalanya mereka nampak segak, penuh pengertian...penuh persefahaman ditunjukan dengan memakai logo tiga parti... Tetapi ada diwaktu lain mereka dilihat berperang sesama sendiri.

Tindak tanduk yang berlaku di antara mereka lebih menunjukkan akan betapa mereka tidak ada pengertian dan persefahaman sebenarnya. Keadaan itu berbeza dengan apa yang mereka nyalakkan dalam meraih undi rakyat. Kononnya mereka hendak menjadi pembela rakyat dengan mengambil alih tempat UMNO. Mereka melambungkan harapan besar kepada rakyat kononnya merekalah terbaik. Kononnya PRU 13 adalah pilihan raya yang akan merubahkan segala-galanya dan akan terbentuk Malaysia Baru... Jangan mimpi la...


Tetapi malang seribu kali malang, apa yang pastinya di kalangan pemimpin Pas, DAP dan PKR bersandiwara semata-mata... Menabur fitnah merata-rata, mengajak rakyat membuat dosa.

Masing-masing bersikap keakuan dan bercanggah sesama sendiri. Apa dinamakan persefahaman dan nilai politik tinggi sememangnya tidak wujud di antara mereka. Persefahaman hanya di kalangan para pemidato semasa bersama di pentas saja tetapi dari dalam parti masing-masing terus dan tetap dengan agenda lapok dan kepentingan diri terus menebal.

Perkara paling nyata ialah tidak bersependapat dalam setiap menggubal fikiran atau mereka tidak boleh melendikkan pemikiran dan idea yang disampaikan oleh sesama mereka dan minda mereka terus menjadi minda anjing dan minda kucing menjadi kelemahan nyata Pakatan Rakyat yang kekal dan tidak boleh di perbetulkan.

Banyak kejadian dan contoh menunjukkan pemimpin pakatan haram ini yang entah dimana kebijaksanaannya untuk memimpin rakyat juga mentadbir negara. Sikap kepimpinan yang lebih menunjukkan kehebatan diri di perhebatkan daripada mahu bertindak mempersatukan rakyat langsung tiada. Menyalak lebih, habuk pun tarak... Itu lah gayanya.


Siapa lagi yang tidak tahu bahawa ketiga parti itu tidak mempunyai persamaan dalam ideologi perjuangan. Pas dengan Islam ortodoksnya, DAP dengan sosialis demokrat otordoks dan PKR dengan liberalisme ortodoksnya.

Setiap tindak tanduk mana-mana pemimpin dari ketiga parti itu terbukti berbeza. Kalau dihalusi batuk dan berdeham pun berbeza, bukan lagi soal makan dan minum.

Apa yang pakatan pembangkang ini ada? Ntah dimana keistimewaannya. Tidak perlulah nak cuba membanding-banding dengan kerajaan BN yang sedia ada hari ini... Jauh panggang dari api ceritanya.

PAS dengan caranya tetap hendak menunjukkan ia Islam lebih. DAP pula nak menunjukkan dia sosialis lebih dan begitu juga PKR.


Lihat saja lah Anwar, gambarannya jelas dia seorang pemimpin ego, yang sentiasa mahu menunjukkan kehebatan diri. Tidak pandai menjaga diri, sebuk melayan dan membuat kenyataan bersama akhbar asing hanya kerana hendak menunjukkan partinya hebat dan dialah pemimpin bertaraf dunia. Sanggup pula meluahkan kenyataan sokongan terhahap Israel kepada akhbar Wall Street Journal (WSJ). Inikah pemimpin Islam yang di cari? Hingga Israel yang disebut di dalam al-Quran, bahawa kaum itu jahat pun tergamak dia menyokongnya.

Tak perlulah nak menyalahkan UMNO yang kononnya sengaja menyalah tafsirkan kenyataan Anwar itu. PAS juga ikut sama membatai Anwar. Pas juga membenarkan apa yang diperkatakan oleh UMNO. Jadi dimana hal ini boleh dikatakan UMNO sengaja perbesarkan atas dasar kepentingan politik? Apa pula nak kita katakan kepada PAS?

Tapi... Begitu lah juga sikapnya PAS. Pagi haram, malam halal, siang makruh. Sikap dan pendirian Syura Ulamak tidak konsiten dan istriqamah dan sebenarnya majlis ini memang sudah rosak bersama PAS.


Nik Aziz yang tak sudah-sudah dengan fatwanya yang kadang-kadang boleh menyongsang akidah umat. Sedarlah diri tu... ' Kubur kata mari... Rumah dah kata pergi...'


Terkini, isu valentine day - hari mengingati kekasih. Bergegas Pemuda PAS bangun mencanak membenteraskan maksiat yang berlaku pada hari valentine day. Itu kira ok lah... Yang herannya, kenapa pula Pemuda Pas menukar valentine day ini kepada hari mengingati suami isteri? Bagi MP, pi mai, pi mai tang tu jugak.... Pertukaran itu juga menunjukkan Pemuda ikhtiraf perayaan seharian itu cuma dalam bentuk lain.  Huhhh!!!

Si Karpal Sigh pula bangkit mempertahankan valentine day dan tindakan itu kontras dengan Pemuda Pas. Masing-masing ada hujah dan alasan sendiri dalam hal ini. Tengok lah, kemana nak perginya pakatan haram ini? Berbalah lagi. Pertengkaran yang tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah melainkan sekadar nak tunjuk telor siapa lebih bulat saja. Begitu lah, tak kemana pun...


Kesimpulannya cukup dari kedua contoh keadaan ini, isu Anwar dan Israel dan PAS meminta agar Anwar tarik balik atau saman surat khabar Wall Street Journal dan isu valentine day itu adalah menggambarkan kelemahan dan kecetekan politik pakatan ini. Di mana layaknya pakatan haram ini hendak mengganti UMNO / BN kalau sesama sendiri pun asyik berkekah belah sampai ke ke Subuh, akhirnya rakyat akan duduk melopong.

Ternyata kesudahannya, puak-puak pemimpin yang ada didalam ketiga-tiga parti ini tidak layak untuk memimpin... Apa tah lagi bercita-cita nak menerajui kerajaan negara...


Sebagai rakyat... Renung-renungkan lah.... 
Berpijaklah di bumi yang nyata... Undi BN, rakyat sejahtera.

7 February 2012

Ustaz Fathul Bari pula bantai Anwar Ibrahim.. KLIK, Baca sini!

Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim agar berhenti mengeluarkan kenyataan yang meragukan kerana ia boleh memecahbelahkan umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, perbuatan ketua pembangkang itu menafikan apa sahaja yang diperkatakan setelah perkara tersebut menerima kritikan dan menjadi kontroversi, mengakibatkan kekeliruan kepada orang ramai.


"Kemungkinan orang yang bercakap dalam isu ini (menyokong Israel) tidak bermaksud hendak menyokong, tetapi perkataan dia itu dianggap jelas menyokong.


"Jadi nasihat saya kepada orang yang selalu mengeluarkan kenyataan seperti ini, lebih baik dia tak bercakap. Kalau meragukan atau memecahbelahkan manusia, buat apa dia bercakap," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Surau Ehsaniah, Kelana Jaya dekat sini hari ini.


Baru-baru ini, Anwar dalam wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) menyatakan sokongan terhadap semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel.


Ia telah mencetuskan bantahan umat Islam malah ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu termasuk diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.


Menurut Fathul Bari, Islam tidak pernah memberi pengiktirafan kepada agama Yahudi dengan menyatakan sokongan mahupun melakukan perkara yang menggembirakan mereka.


Sementara itu, mengulas mengenai tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah', beliau menjelaskan, ia adalah selaras dengan konsep kebaikan yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.


"Sehubungan itu, umat Islam di negara ini perlu bermuhasabah tentang kepentingan untuk bersatu padu.


"Tambahan pula dalam negara kita telah wujud manusia yang cuba memecahbelahkan umat Islam di kalangan mereka sendiri. Maka kita perlu mengorak langkah untuk bersatu padu kembali," ujarnya.

Sumber : KLpos. 

Saksi video di bawah dalam program Soal Jawab TV3 bertajuk “Akidah dan Homoseksual”, 18 Jan, dua orang ahli panel, Harussani dan Fathul Bari dipertontonkan rakaman jawapan Anwar (tanpa soalan wartawan) rakaman dari BBC tersebut.
Rujuk rakaman video TV3, di bawah

6 February 2012

Agen PKR rangka agenda jahat keatas Malaysia di Indon? Baca sini!

Gambar Hiasan
Pihak PKR menghantar Agen nya ke Indon dengan memalsukan Kartu Keluarga, Akta Kelahiran Negara Indonesia untuk melakukan satu modus operandi?  

Mengikut kenyataan yang di keluarkan KLIK DISINI MEDIA INDONESIA , seorang warganegara Malaysia tertangkap ketika sedang menguruskan pasport perjalanannya di Imegrasi Batam, Indonesia... Yang herannya individu itu turut mengakui telah dibiayai oleh Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) dalam modus operandi di Indoensia. 
Apa kes ni PKR? Kena jawab ni...
Selanjutnya KLIK tajuk di bawah:

Agen PKR Ditangkap Di Indonesia Miliki Identiti Pengenalan Palsu

5 February 2012

Sekali lagi Nik Aziz kata selama ini sambutan Maulidur Rasul tiru Kristian.. Saksi video ini!

Adakah selama ini umat Islam yang menyambut Hari Kelahiran Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. Semata-mata untk bertanding dan meniru golongan Kristian ke? Inilah yang dikatakan oleh Nik Aziz bila mengulas tentang Sambutan Maulidurrasul.

Saksikan video di bawah:


Seperti kata Nik Aziz, kaum kristian menutup kedai dan pejabat pada 25 Disember dan budaya itu ditiru oleh orang Islam. Kalau begitulah yang dinyatakan oleh Nik Aziz, maka tibanya hari Maudul Rasul nanti, beliau dan kerajaan PAS Kelantan akan kerja seperti biasa lah... Tak de la cuti.

Jangan bercuti pulak, nanti sudah dikira mengikut budaya Kristian sepertimana yang Pok Nik katakan tu ye...

Hai..Pok Nik, Pok Nik... Ape-ape aje lah.


Di kesempatan ini, MaelPengerang mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua rakan-rakan pembaca... 

 

4 February 2012

Perjuangan PAS yang 'Kosong'... Baca sini!

Kepimpinan PAS kini dikuasai 72 peratus oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Golongan itu sanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Itulah kenyataan Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dalam ceramahnya di hadapan kira-kira 3,500 orang, di Bukit Naning malam tadi.

Hasan turut mendedahkan bagaimana kepimpinan PAS cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.

"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam," katanya.

Hasan dalam ceramahnya itu turut mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan pakatan PAS, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.

Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara liberal jika diberi peluang.

2 February 2012

Hadi Awang nak berhenti dari berpolitik... Fatwa UMNO kafir tu, kasi clear lah ye!

Selak punya selak, terbaca kolum Awang Selamat dengan bisik-bisiknya itu. MP sangat-sangat bersetuju dengan pendapat serta harapannya dimana jika benarlah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk tidak bertanding pilihan raya akan datang, MP juga minta agar Haji Hadi dapat tunaikan harapan ini.

Bukan saja Awang, tapi MP juga minta sangat-sangat beliau bertanggungjawab untuk membetulkan kembali akidah pengikut Pas yang percaya UMNO adalah parti kafir dan gugur sebagai mati syahid kerana menentang UMNO.

Teryata betapa teruknya umat Islam negara kita berpecah belah akibat Amanat Haji Hadi itu. Ada suami isteri bercerai-berai, sembahyang dua imam dan banyak lagi kerana berbeza fahaman politik.

Bukan Awang saja, MP juga percaya ramai ahli dan penyokong Pas sudah terpesong akidah mereka angkara amanat itu.

Tak tahulah berapa berat dosa atau pahala yang dipikul Haji Hadi, agaknya Awang.... Tetapi memang nyata 'fatwa' dalam amanat itu sama sekali bertentangan dengan Islam.

Jadi sebelum berundur, Haji Hadi kena tarik balik amanatnya itu dan bertaubat. Kembalikan keyakinan orang Melayu Islam bahawa kedudukan seseorang bukan terletak pada sokongan politiknya, tetapi ketakwaannya kepada Allah.

Pesanan MP kepada puak-puak PAS di luar sana tu.... Ingat-ingatkan lah Haji Hadi tu yek!

1 February 2012

Siapa lagi berani terima Anwar dengan sikapnya begini? Klik tengok!

Merujuk kepada temubual Anwar oleh WSJ, Anwar dengan WSJ bukan perkara baru. Kenyataan Anwar dalam WSJ dulu-dulu dan kini membuktikan bahawa WSJ bukan silap petik kenyataan Anwar [kalau salah petik dah lama WSJ disamannya], dan bahawa ianya menyerlahkan sikap dan pendirian Anwar dalam isu mempertahankan akidah umat Islam apabila bertembung dengan kepentingan politik. Hayati kenyataan Anwar dalam video di bawah:



Bukan hanya blogger pro kerajaan saja yang menyangkal tindakkan Anwar ini... Malah blogger pembangkang juga turut tidak menerima dan bersekongkol dengan Anwar yang semakin mencabar keagongan Islam... Baca sini, KLIK tajuk dibawah:

Sikap Anwar dan temubual Wall Street Journal
 

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.