GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

31 May 2013

60,000 untuk Pahang? Ini tidak adil!

TINDAKAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi 60,000 tiket kepada Pahang daripada 80,000 tiket yang diperuntukkan untuk perlawanan separuh akhir Kedua Piala FA menentang Johor Darul Takzim (JDT) melahirkan rasa kurang senang Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) apabila mereka mendakwa badan induk bola sepak itu bersikap berat sebelah.

Kenyataan dikeluarkan PBNJ hari ini menyebut FAM sepatutnya menjadi organisasi pentadbir bola sepak Malaysia yang telus dan adil, tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila badan induk bola sepak itu seolah-olah menyebelahi Pahang.

Katanya, tujuan bermain di gelanggang berkecuali adalah supaya berlaku adil kepada kedua-dua pasukan, namun FAM jelas menunjukkan bahawa mereka berat sebelah berkenaan agihan tiket dan bersikap menyebelahi Pahang.

"Tindakan FAM yang memberikan mereka keistimewaan bermain dan bertindak selaku tuan rumah di Stadium Nasional Bukit Jalil termasuk agihan tiket tidak seimbang seolah-olah Pahang tidak bersalah di atas insiden yang berlaku di Stadium Darul Makmur.

"Harus diingat bahawa Pahang dihukum kerana gagal mengambil langah-langkah keselamatan yang cukup dalam perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 28hb Mei yang lalu, tetapi...ini bukanlah satu denda, tetapi hadiah buat PBNP," jelasnya.

Tambahnya: "Agihan tiket juga tidak seimbang, dengan 60,000 tiket diperuntukkan bagi Pahang dan lebihan 20,000 tiket lagi untuk jualan umum, dan tidak dkhususkan untuk penyokong Johor.

 "Sebaliknya PBNJ perlu membuat rayuan bertulis kepada FAM untuk mendapatkan peruntukan tiket dan itu pun atas budi bicara FAM. "Secara realitinya, penyokong Johor yang dihukum kerana perlu membayar lebih untuk mendapatkan tiket, belanja tambahan untuk perjalanan serta trauma fizikal dan mental setelah insiden Selasa lalu, selain kerosakan harta benda," katanya.

Hari ini, satu mesyuarat jawatankuasa pengelola perlawanan di Wisma FAM membuat keputusan bahawa sejumlah 60,000 tiket untuk aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan JDT di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini akan diberikan kepada PBNP.

Penolong Setiausaha Agung (Tempatan) FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud berkata jumlah berkenaan diberikan kepada PBNP berdasarkan hak mereka selaku tuan rumah.

Terdahulu, perlawanan tersebut yang sepatutnya diadakan di Stadium Darul makmur, Kuantan, Isnin lepas tidak dapat diteruskan berikutan kekecohan penyokong. Pada masa sama, PBNJ turut menyelar sikap FAM yang lebih mengutamakan mendapatkan hasil jualan tiket untuk Pahang berbanding keselamatan penyokong. Ini kerana katanya, meskipun PBNJ telah memohon supaya perlawanan pada hari Sabtu ini diadakan dalam stadium tanpa penonton, kerana mengutamakan keselematan penyokong, memandangkan situasi masih lagi tegang daripada insiden Selasa lepas, namum perkara itu tidak diendahkan oleh badan induk bola sepak itu.

"Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini di Stadium Bukit Jalil, siapa yang akan bertanggungjawab, PBNP atau FAM?.

"Jika berlaku insiden yang sama di Stadium Larkin Johor Bahru, atau di Perak, Selangor, atau mana-mana negeri yang lain, adakah keistimewaan menggunakan Stadium Bukit Jalil akan diberikan dan hasil jualan tiket akan disalurkan kepada persatuan-persatuan bolasepak yang berkenaan.

 "FAM telah menunjukkan bahawa mereka boleh berat sebelah berkenaan agihan tiket.

Adakah pengadil juga boleh menjadi berat sebelah, kerana mereka di bawah bidang kuasa FAM," ujarnya. Untuk rekod, JDT menang 1-0 ke atas Pahang pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lepas.

 Pemenang perlawanan itu akan menentang juara bertahan, Kelantan pada final Piala FA, 29 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil selepas pasukan itu menundukkan jiran mereka, Terengganu dengan keputusan agregat 6-5, Isnin lepas. - SinarHarian.

28 May 2013

DAKWAT KEKAL: Membiarkan Anwar serta beribu lagi puaknya lapor Polis... Adakah kita percaya dakwaan mereka?

Anwar dan Azizah membuat laporan di Balai Polis Damansara, berhubung dakwaannya bahawa dakwat  yang digunakan pada PRU13 yang lalu tidak kekal dan ia satu penipuan yang telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, tengahari semalam.
Sejarah pilihan raya negara ini sudah 12 kali diadakan sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955. PRU 13 Malaysia mencatat sejarah kerana menggunakan dakwat kekal.

Isu dakwat kekal ialah usul yang dibawa oleh pembangkang terutama Pas dan Pkr. Umno dari awal memang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Pembangkang juga memohon supaya tempoh kempen dilanjutkan selama 21 hari seperti tahun-tahun 60an dahulu.

Cadangan 21 hari kempen pun tidak di persetujui oleh Umno kerana negara kita mempunyai sistem jalan raya yang baik, kemudahan komunikasi yang baik setanding negara-negara maju yang lain walaupun agak ketinggalan sedikit.

PRU 13 tempoh kempen dua minggu ternyata minggu pertama kempen menjadi sepi dan perlahan. hanya pada saat-saat akhir sahaja keadaan menjadi lebih rancak dan agresif. Oleh itu untuk pilihan raya akan datang cukup setakat seminggu sahaja..

Idea pembangkang menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya juga merupakan satu idea kuno dan ia menggambarkan Malaysia sebuah negara yang mundur dan tidak maju. Setakat hari ini negara yang menggunakan dakwat ialah Indonesia, India, Mali dan mungkin beberapa negara lain yang ramai penduduknya dan sistem pendaftaran yang kuno,

"Dakwat kekal" (indelible ink) bererti "tidak dapat di hilangkan". Tanda dakwat kekal biasanya kalis air dan tahan selama beberapa hari, atau hampir seminggu. ( kalis air bukan kalis peluntur)

Tanda ini akan hilang apabila sel kulit lama mati dan digantikan dengan sel kulit baru, oleh itu sebarang tanda pada kutikel dijamin hilang dalam tempoh 2-3 minggu. Namun begitu, sesetengah dakwat kekal memiliki jangka hayat simpanan yang pendek kerana pelarut yang digunakan cepat terpeluwap.

Penggunaan dakwat kekal dianggap tidak sempurna kerana ia boleh digunakan dalam penipuan pilihan raya dengan menanda penyokong parti lawan sebelum mereka berpeluang membuang undi. Selain itu, terdapat juga laporan mengenai "dakwat kekal" boleh dicuci dengan peluntur daripada tangan pengundi.

Mungkin bagi negara mundur dakwat yang dicalit pada jari sukar dicuci, ia berlawanan pula dengan negara kita yang serba moden dan maju, dalam pasaran terdapat pelbagai jenis bahan peluntur dan bahan pencuci.

Sebab itu lah di negara-negara maju mereka tidak menggunakan amalan lapuk ini. Pada 2008 SPR telah membelanjakan RM 2.4 juta untuk membeli dakwat tersebut, tetapi apabila mendapat tahu bahawa pihak pembangkang juga sudah membeli dakwat tersebut untuk dicalitkan di jari-jari warga emas menyebabkan penggunaan ketika itu dibatalkan/

Selepas satu suruhan jaya penambah baikan sistem pilihan raya diadakan, suruhanjaya telah bersetuju agar dakwat tersebut digunakan buat pertama kali pada PRU yang lepas.

Pada 30 April hari pembuangan undi secara pos telah dilakukan dan menyebabkan pembangkang telah memainkan isu ini awal-awal lagi. pada 8.00 pagi mereka telah mainkan isu bahawa dakwat boleh dicuci. pada hal jam ditangan salah seorang pelakon menunjukkan jam 8.00 pagi.

Salinan Report Polis yang dibuat oleh Anwar
Hari ini Ketua Umum sebuah parti pembangkang telah membuat laporan polis mengenai dakwat yang tidak kekal. TM juga mengundi pada 5 Mei dan selepas itu dakwat kekal untuk beberapa hari dan kesannya hilang sepenuhnya selepas satu minggu.

Ketahanan dakwat akan kekal ini bergantung kepada cara hidup seseorang. jika pengundi seorang tukang cuci pinggan di restoran rasanya selepas 12 jam dakwat tersebut akan hilang terus. tetapi pada kaum Afrika di Mali dan India yang susah jumpa air, dan pencuci, seminggu pun kesannya masih ada.

Apabila SPR bercadang untuk menggunakan sistem biometrik yang 100 kali lebih baik berbanding dakwat, tetapi pihak pembangkang juga yang menolak dengan pelbagai alasan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata antaranya pelaksanaan sistem itu diharap dapat mengatasi isu pengundi hantu yang sering di bangkitkan pihak pembangkang setiap kali menjelang pilihan raya.

“Dengan adanya sistem biometrik ini, ia akan dapat membantu mengelak seseorang individu ataupun pengundi itu membuat pembuangan undi dua kali,” katanya pada sidang media, di sini Isnin. 8 Ogos 2011.

Puak-puak pembangkang di Malaysia ini jenis dajal dan engkar, hanya mereka saja yang betul, orang lain semua salah. Sekarang malu sendiri lah. dulu sibuk nak guna dakwat, kini dakwat pun tak betul.

Eloknya dalam PRU 14 eloklah SPR bawa pisau pemotong daging untuk kerat jari mereka yang sudah mengundi atau besi panas untuk cap di dahi mereka - Taiping Mali


Cadangan MP:
Apa kata... Kalau puak mereka rancang untuk buat report Polis beramai mengatakan dakwat tidak kekal... Ada baiknya , semua rakyat yang menolak dakwaan Anwar itu khususnya pihak UMNO serta BN juga dapat turun beramai-ramai melaporkan kepada Polis terhadap perlakuan Anwar bersama kumpulannya yang cuba memutar belit ketelusan PRU13 serta cubaan mengelirukan lebih ramai rakyat.



27 May 2013

CELAKA POLIS : Puak pembangkang mula buat provokasi kes mati N Dharmendran. Klik saksi video!


Kira-kira jam 11 pagi tadi, Ahli Biro Politik PKR, S. Jayatas dan N Surendren (Naib Presiden PKR / Peguam) muncul di IPD Dang Wangi bersama Sivamalar juga Peguam untuk membuat laporan polis berkaitan kes Dharmendran a/l Narayanasamy yang mati ketika dalam tahanan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelmarin. KLIK

Turut hadir adalah 10 orang ahli keluarga si mati.

Seperti biasalah puak-puak ni, selain muncul untuk meraih perhatian masyarakat... Nak tunjuk hero la, apa lagi.

Antara yang wajib muncul, N.Surendran. Peguam yang sering mewujudkan persepsi nagetif terhadap polis dimata orang India. Ingatkah lagi kes Kugan, cerita yang bertahun di ulang ulang bagi menunjukkan betapa 'jahat' nya polis di Malaysia. Penghasut yang membawa cerita itu, tak lain tak bukan ialah peguam N Surendran lah. KLIK

Tetapi, apa yang telah berlaku di IPD Dang Wangi pagi tadi amat melucukan. Macam drama Tamil dah!

Lebih kurang jam 11:38 pagi, dihadapan lebih kurang 25 orang, S.Jayatas yang merupakan Ahli Biro Politik PKR memulakan drama Tamilnya dengan bertengkar dengan anggota-anggota polis menyebabkan beliau diminta meninggalkan kawasan IPD.


Sebaik-baik sahaja dia disentuh oleh seorang anggota polis, serta-merta dia tergolek di atas jalan. Lebih tepat lagi, S.Jayatas telah menjatuhkan diri dan kemudian dengan berang menuduh pihak polis yang menolak dia sehingga terjatuh.

Kehadiran Sivamalar yang merupakan seorang peguam, telah dipergunakan oleh Jayatas dengan sebaik-baiknya. Dia sengaja mencetuskan provokasi apabila dengan lantang menyatakan, “CELAKA INI POLIS TOLAK.”


Selepas drama di pekarangan IPD tersebut dah reda , Jayatas kemudiannya dibenarkan masuk ke Inquiry Office.

Difahamkan, S.Jayatas akan membuat satu lagi laporan polis berkaitan kejadian tersebut. Entah apa lah lagi, niat puak-puak pakatan haramjadah ni... Nah... Tengok lah perangai mereka ni!


Provokasi Pembangkang!!!

25 May 2013

HOT GILER!!! Nah, bukti yang sampai puak-puak 'blackout' tu percaya gila pada Anwar...


Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

24 May 2013

Himpunan 505: Bermulanya tindakan ke atas aktivis pembangkang... KLIK lihat ni!

  • Aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim dituduh dibawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948
  • Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar ditahan polis
  • Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin tidak ditahan polis
  • Dr Chen Man Hin, Ong Kian Ming, Chow Yu Hui dan Lee Chin Chen telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi kenyataan
  • Kementerian Dalam Negeri merampas suratkhabar-suratkhabar yang dimiliki oleh pembangkang
  • Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak campur tangan dalam penahanan ituAhli Parlimen Batu Tian Chua, aktivis politik Haris Ibrahim dan anak bekas timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar akan ditahan di Balai Polis Jinjang semalaman sebelum permohonan reman esok pagi.

23 May 2013

Karpal Singh Singa Bapok? KLIK baca ni!


Walaupun diancam dengan ugutan untuk diambil tindakan mahkamah, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim jelas berani dan tetap dengan pendiriannya untuk terus mendedahkan semua rancangan jahat DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.

Sebagai seorang yang tinggi dengan jati diri Melayu, beliau tegas mempertahankan tindakannya dengan mengambil pendekatan untuk tidak menjual ‘rohnya’ kepada parti ‘ultra kiasu’ itu.

HIMPUNAN 505: Puak-puak PAS yang kedepan... KLIK baca ni!

Sandiwara PAS Untuk Guling Kerajaan 

Kebelakangan ini kerap pula para pemimpin PAS tampil membuat kenyataan di media massa menegaskan parti itu tidak menyokong sebarang bentuk bantahan jalanan serta turut menafikan penglibatan atau kaitan langsung dengan dengan penganjuran Himpunan 505.

Nama lain bagi himpunan itu ialah Suara Rakyat 505 atau pun popular juga dengan panggilan Black 505, dikelolakan oleh geng Asal Bukan UMNO (ABU) yang mana ketuanya ialah Badrul Hisham Shaharin dan Haris Ibrahim yang cukup rapat dengan PKR.

Tujuan penganjuran kononnya untuk

22 May 2013

Ada lagi yang cium punggung Anwar? Puiiihhh,sudah sudah laaa!!!


Guling Kerajaan : PAS, DAP Dah Tolak, Anwar bila lagi?


Sabtu lalu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Dalam dakwaan Tunku Aziz, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Namun, hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu. Mungkin mereka telah sedar impak yang buruk bakal melanda negara jika terjadinya rusuhan dan demonstrasi tersebut.

Walaupun Karpal Singh mengecam tindakan Tunku Aziz kerana mendedahkan rahsia DAP, tindakan DAP untuk bersama membantu polis adalah satu tindakan yang bijak.

Ini kerana, jika benar perkara ini terjadi ianya akan menggugat keamanan negara dan menjatuhkan imej negara.

Sekali gus, ekonomi negara dan juga industri pelancongan akan turut terjejas. Dalam pada itu, dua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP telah menyatakan keterlibatan mereka membantu polis untuk menjalankan siasatan konspirasi tersebut.

Tetapi, Anwar Ibrahim masih belum mengambil apa-apa tindakan ataupun pendirian berkenaan perkara ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Menurutnya, Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara.

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh. "Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook.

Lim Kit Siang dalam satu temubual dengan Radio Australia juga menolak sebarang bentuk kacau bilau ala Arab Spring dan apa juga bentuk kacau ganggu seumpamanya.

Nampaknya, hanya Anwar yang memang bercita-cita untuk mewujudkan kekacauan dalam negara yang nyata menjadi salah satu agendanya apabila gagal dalam pilihan raya.

Mungkin itu merupakan cara beliau untuk menunjukkan protes sehingga menggadaikan keselamatan dan masa depan negara. Sedarlah bahawa rakyat tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dengan konspirasi sebegini. Negara yang mengalami konspirasi sebegini tidak pernah aman dan kekal mundur tanpa ada sebarang pembangunan dan itu adalah satu kerugian besar buat negara.

Untuk sedarkan Anwar Ibrahim adalah satu perkara yang mustahil, namun masih belum terlewat untuk anak-anak muda yang terikut-ikut cara demonstrasi Anwar ini untuk berfikir dengan lebih waras.

Jangan sampai terlewat untuk membetulkan keadaan sehingga negara kita berada dalam keadaan yang terumbang-ambing.

18 May 2013

BONGKAR!!! Mulanya gerakkan DAP bersama Lim Kit Siang membeli Melayu di Johor.. Wajib baca KLIK!


Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang akan mulakan langkah dengan berpantun adat Melayu untuk menawan hati dan jiwa orang Melayu Johor agar menerimanya sebagai peminpin di Johor. Bapa Komunis Melaya ini akan gunakan pelbagai strategi bagi membeli pengaruh Melayu, sedangkan agenda utama mereka adalah "Berkuasa Secara Total" di negara ini.

Berikut adalah antara strategi yang akan dilakukan dan dilancarkan oleh Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah yang antaranya adalah seperti berikut;

1. Mempengaruhi orang-orang Melayu menerima DAP dengan cara memberi sumbangan kepada surau-surau dan masjid-masjid di sekitar pekan Gelang Patah dan kampung-kampung sekitarnya. Mereka menganggap dengan cara ini akan membuatkan perasaan marah orang Melayu terhadap DAP akan menjadi kendur.

2. Mewujudkan banyak kedai runcit yang dijamin lebih murah daripada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang mereka akan namakan sebagai Kedai Rakyat. Kedai rakyat ini akan dimonopoli oleh oarng-orang cina.

3. Menarik anak-anak muda Melayu menyertai DAP dengan tawaran wang ringgit. Mereka telah mulakannya dengan memberi wang RM100 dengan memakai baju t-shirt yang ada lakaran gambar Lim Kit Siang seramai 100 orang anak Melayu.

4. Melantik Ketua Pemuda DAP Bahagian Gelang patah dan beberapa jawatan kuasanya dikalangan anak-anak muda Melayu. Cara ini akan membuatkan pertelagahan yang besar dikalangan Melayu Gelang Patah iaitu antara Ketua Pemuda UMNO, PAS dan DAP.

5. Mewujudkan ramai agen DAP dikalangan anak-anak muda Melayu dengan menawarkan ganjaran wang yang besar kepada mereka. Agen-agen ini akan menyebarkan cerita2 tentang kebaikan Lim Kit Siang untuk mempengaruhi minda orang-orang Melayu di pekan dan kampung-kampung di Gelang Patah supaya percaya dan sayang kepada DAP.

6. Mengumpulkan beberapa anak muda Melayu yang mahir dalam ICT untuk mewujudkan satu pasukan khas seperti Red Bean Army untuk perang saraf di Parlimen Gelang Patah. DAP tidak akan gunakan mereka di kalangan ahli Pas lagi. Kumpulan anak muda ini akan berada terus di bawah DAP.

7. Mewujudkan golongan pemikir dari Singpura yang akan memantu setiap perkembangan di Parlimen Gelang Patah dan mereka akan merangka strategi untuk dilaksanakan oleh Lim Kit Siang untuk terus DAP mencengkam kemenangan di Parlimen Gelang Patah pada PRU akan datang manakala Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen lain pula. Strategi ini bagi memastikan pertambahan kemenangan kerusi Parlimen buat DAP. 

Perlu diingat, ketika ini Lim Kit Siang sedang sibuk meracau mengadakan ceramah bersama Anwar Ibrahim ke seluruh Negara.

Selepas ini Kit Siang, Dr. Bo dan Salahudin Ayub akan tumpukan perhatian sepenuhnya untuk melancarkan beberapa strategi di Parlimen Gelang Patah.

Saya berpendapat Wakil Rakyat DUN Nusajaya perlukan bantuan yang komprehensif daripada peringkat BN Negeri mahupun Pusat untuk berhadapan dengan mereka dan agen-agen yang akan mereka wujudkan.

InsyaAllah, pihak Johor Bangkit bersama rakan di Gelang Patah akan membantu apa yang terdaya.

Mohon raka-rakan FB yang dimuliakan di luar sana dapat memanjangkan doa ke hadrat Allat agar ADUN Nusajaya sentiasa diberi kekuatan dan otak yang cerdas serta kesihatan yang baik menghadapi tentera-tentera kafirun dan talibarutnya.

Tolong share dan sebarkannya kepada Saudara-Saudara Islam kita yang lain supaya tidak mudah terpengaruh dengan habuan yang ditawarkan oleh Lim kit Siang dan koncu-koncunya.

INGAT!!! 
LIM KIT SIANG GUNAKAN WANG RINGGIT SEBAGAI HABUAN UNTUK MENUNDUKKAN ORANG-ORANG MELAYU... 
INI SATU PENGHINAAN YANG WAJIB KITA ELAKKAN!



17 May 2013

TERKORBAN!!! Mangsa pertama 'Himpunan 505' Anwar. KLIK baca ni!

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim ke hulu-ke hilir menganjurkan bantahan melalui 'Himpunan 505' yang kononnya menolak keputusan Pilihan Raya Umum 13 yang jelas tidak memihak mereka, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad  pula  didakwa kerana dituduh gagal untuk memberikan notis 10 hari behubung perhimpunan selepas pilihan raya di stadium Kelana Jaya, Rabu lepas.

Anwar sebaliknya lepas tangan apabila anak buahnya didakwa di mahkamah yang mana sekiranya Nik Nazmi dijatuh hukuman bersalah, beliau akan kehilangan kerusi DUN Seri Setia selain denda RM10,000.

Nik Nazmi bagaimanapun tidak mengaku bersalah apabila pendakwaan di bawah di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Seksyen 9 (1) PAA 2012, dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Nik Nazmi Nik Ahmad
Apa jadi kepada Anwar? Sedangkan himpunan di seluruh negara adalah ideanya sendiri kerana majoriti pemimpin dalam Pakatan Rakyat menolak cara sedemikian untuk meluahkan bantahan.

Dan mangsanya adalah 'agas-agas' di bawah ini. Apa komen Nik Nazmi selepas di 'game' Anwar? Kasihan Nik Nazmi, sebab sayangkan bos, terpaksa korbankan diri sendiri menjadi kambing hitam.

Pemimpin PKR seperti N Surendran dan Latheefa Koya sebaliknya memarahi kerajaan kerana mengambil tindakan terhadap Nik Nazmi yang tidak memohon permit untuk himpunan tersebut, atas alasan ianya himpunan aman.

Marahlah Anwar, sebab itu semua agenda beliau. Bukan salah kerajaan dan pihak berkuasa kerana ia terletak di bawah bidang kuasa pasukan keselamatan. Habislah Nik Nazmi jika kerusi DUN beliau hilang. Adakah Anwar akan membantunya dalam kes tersebut?

Anwar mungkin tergelak besar kerana beliau terselamat daripada sebarang tindakan.

Malah, Anwar masih lagi akan meneruskan 'jelajah 505' untuk menyuarakan ketidak puasan hatinya kepada Barisan Nasional (BN) kerana menggagalkan usahanya untuk menjadi perdana menteri.

Siapa pula akan menjadi mangsa selepas ini? Adakah kepimpinan Pakatan yang lain bersedia menanggung akibat daripada tindakan Anwar dengan menjadi 'kambing hitam' untuk melepaskan Anwar?

Risiko kehilangan kerusi disandang seperti yang dilalui Nik Nazmi mungkin akan berulang sekiranya Anwar terus dengan agenda 'bodoh' untuk menentang keputusan PRU13.

Anwar harus menerima nasihat Tan Sri Harussani agar redha dengan ketentuan Tuhan, kerana ianya adalah takdir Anwar.

Anwar Ibrahim leka bermain api... KLIK baca ni!

Tengok angka tu... Nah, sapa yg popular?
Dalam perhimpunan haram di Ulu Tiram Johor, Anwar dengan muka tidak malunya bertanya mana ada dalam dunia ini pemimpin yang mendapat undi popular sebanyak 47% boleh menjadi Ketua Negara.

Rakan sekongkolan dan peminat tegar dia dari Amerika yang bernama Algore pernah juga mendapat undi popular melebihi Bush dalam pemilihan Presiden Amerika namun yang ditabalkan menjadi Presiden Amerika ialah G.W. Bush bukannya dia. Itu sistem yang mereka guna pakai.

Sebab itu dia sepatutnya jangan meroyan dan mematuhi undang-undang. Perbuatan menghasut yang beliau lakukan sekarang ini adalah tidak baik untuk keamanan dan kestabilan negara.

Tambahan sekarang ini kelihatan orang Melayu sudah berkurangan menyertai perhimpunan beliau terutamanya penyokong-penyokong PAS sudah amat berkurangan. Membakar semangat penyokong terutamanya yang berketurunan Cina dan muda-muda pula boleh mengundang mala petaka dalam negara ini.

Nuar ingin mengguna pakai kaedah negara luar iaitu mengwujudkan suasana tidak tenteram, kerajaan seolah-olah hilang kawalan serta segala sistem perundangan dan pentadbiran menjadi tidak menentu, maka ketika itu sekutunya dari luar negara akan memainkan peranan yang lebih untuk menjatuhkan kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat ini.

Satu persatu negara Arab jatuh dan tumbang serta pertukaran regim berlaku namun keamanan sebenar tidak juga wujud di negara-negara tersebut walaupun kerajaan berjaya digulingkan melalui protes jalanan. Agenda barat ini amat mudah difahami. Bezanya di negara Arab itu, pemimpin pembangkangnya berada di luar negara dan menggerakkan rusuhan atau bantahan melalui NGO.

Segala bantuan akan disalurkan oleh negara luar tadi dan Amerika hanya menjemput pemimpin pembangkang ini pulang untuk mengambil alih kerajaan apabila kelihatan suasana sudah memihak kepada perusuh tadi.

Di Malaysia ini pemimpin pembangkang masih berada di sini dengan segala kebebasan yang dia dakwa sudah tidak wujud lagi, sebaliknya dia menyalah-gunakan kebebasan tersebut untuk tujuan yang salah.

Nuar jangan bermain dengan api. Dia jangan ingat hati masyarakat Melayu tidak sensitif melihat bangsa asing dengan pakaian yang menjolok mata turut serta memaki hamun pemimpin negara ini dengan alasan PRU13 tidak bersih, tidak telus dan tidak adil.

Nuar tidak akan mendapat keadilan seperti yang dia nikmati di negara ini sekiranya dia berada di Pakistan, Indonesia, Bangladesh atau Nigeria. Wan Azizah juga jangan tersengeh setiap malam di sisi Nuar apabila mengadakan perhimpunan kerana dia juga bersubahat dalam memporak- perandakan kestabilan negara ini.

Nuar jangan hendak mengalihkan isu sebenar tentang masalah yang dia hadapi dan sepatutnya berhenti menghasut rakyat untuk menyebelahi dia. Dia tidak sepopular mana jika diambil kira sebagai seorang pemimpin yang boleh diharapkan untuk menerajui negara ini. Dia mungkin popular dalam dunianya yang tersendiri.

Dengan 63,000 pengundi Permatang Pauh yang keluar membuat pilihan, dia hanya mendapat majoriti sebanyak 11,000 orang sahaja lebih kurang. Jumlah undi yang dia terima jika dibandingkan dengan jumlah undi yang Perdana Menteri terima adalah jauh lebih kecil.

Dengan sejumlah 66,000 orang pengundi yang membuat pilihan di Pekan Pahang, Perdana Menteri telah mendapat majoriti sebanyak lebih 35,000 undi. Ini dengan sendirinya mengesahkan bahawa Perdana Menteri lebih disukai oleh pemilih di tempatnya berbanding dengan pemilih di tempat Nuar sendiri. Dari segi peratusan pun Perdana Menteri jauh mengatasi Nuar.

Kenapa pula Nuar secara tiba-tiba sahaja tidak bersetuju dengan sistem yang telah diguna pakai sejak merdeka ini, semata-mata kerana niatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian. Dia memang amat sedar bahawa pengundi Cina telah bersama pakatan dan memberikan kelebihan dari segi undi popular di negeri-negeri yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Sikap pengundi Cina ini sudah nyata tidak rasional lagi. Mereka hanya hendak menukar kerajaan dan kepimpinan negara walau dalam apa cara sekalipun. Sebab itu Karpal Singki yang ternyata tidak akan mampu memberikan khidmat bakti kepada rakyat di kawasan yang diwkilinya akibat kekurangan dari segi fisikalnya tetap juga menang.

Sekiranya DAP meletakkan pokok pisang sebagai calon di Jelutong atau Bukit Bendera, maka pengundi Cina di sana akan tetap memilih pokok pisang dari DAP, kerana bagi mereka bukan calon yang mesti dimenangkan tetapi sebaliknya parti.

Pengundi Cina amat memahami bahawa calon atau individu sudah pasti tidak akan mampu memberikan mereka kuasa, sebaliknya yang memberikan mereka kuasa ialah parti. Sebab itu mereka bertekad untuk memenangkan parti mereka dengan majoriti yang tinggi.

Kenapa Nuar masih dengan cara atau pendekatan lamanya menabur fitnah dan mengajak rakyat menjatuhkan kerajaan ini dengan cara yang salah dan tidak bertamadun. Dan kenapa masih ramai rakyat yang percaya dengan sandiwara serta lakonan Nuar sekiranya tidak ada udang di sebalik batu.

Kaum Cina nampak ada cara untuk mereka mendapat kuasa dengan melayan segala tindak tanduk Nuar Brahim ini walaupun mereka sebenarnya sedar bahawa PRU Malaysia adalah paling bersih dan teratur. Nuar hanya bercakap melalui corong pembesar suara tanpa perlu mengemukakan bukti-bukti yang kukuh tentang berlakunya lampu padam, beg undi datang dari langit, dakwat boleh hilang sekelip mata dan pelbagai lagi penipuan yang kononnya dilakukan oleh SPR.

Nuar tidak perlukan bukti, yang dia perlu hanyalah mengwujudkan persepsi buruk ke atas SPR kerana hanya itulah satu-satunya cara yang beliau ada dan beliau mahir. Dia terlupa satu perkara iaitu dia juga turut kehilangan harga diri apabila memilih jalan yang salah ini. Rakyat akan meghukum beliau satu hari kelak.

ARTIKAL BERKAITAN KLIK URL DIBAWAH: 



GEMPAR!!! : Karpal Singh lapor Polis terhadap Anwar yang dikatakan keras kepala!


Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee petang tadi bagi membantah rancangan kumpulan pro-pembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan.

Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai.

Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya Ke-13 (PRU13).

Menurut Karpal Singh lagi, rakyat sekarang sudah dapat melihat siapakah yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim untuk terlibat dalam HIMPUN HITAM 505.

Sedangkan pada masa yang sama, para pemimpin utama PAS seperti menjauhkan diri daripada Anwar Ibrahim, sekaligus memberi isyarat bahawa PAS juga tidak bersetuju dengan cara Anwar Ibrahim yang sudah terdesak untuk menyelamatkan batang tengkuknya daripada tali gantung kerana kes Lahad Datu - 

Karpal Singh turut mengulas kenyataan pengasas ASAL BUKAN UMNO (ABU), Haris Ibrahim yang mahu menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan kekerasan atas alasan porses PRU13, hampir dua minggu lepas, tidak telus dan tidak jujur.


16 May 2013

Anwar terus meroyan menghasut rakyat di Johor... KLIK baca ni!


Sudah dua minggu PRU-13 berlalu dan dalam tempoh ini semua Kerajaan Negeri sudah selesai upacara angkat sumpah MB dan KM masing-masing, namun sepanjang dua minggu ini jugalah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim masih meroyan sakan menghasut rakyat supaya menolak keputusan PRU-13.

Dalam jelajah propagandanya di Johor semalam, Anwar turut menggunakan alasan undi popular 51% gabungan tidak berdaftar itu sebagai asas utama dalam penegasannya untuk tidak bersara dari dunia politik.

Kenyataan itu adalah reaksi Anwar bagi menjawab desakan pelbagai pihak mengenai janjinya untuk menjadi pensyarah sekiranya gagal dalam PRU-13. Gempak yang dilakukan dulu kini memakan diri, mahu tak mahu kenalah ada alasan untuk mengalih perhatian khalayak.

Hakikatnya Anwar lupa untuk menjelaskan soal undi popular untuknya tidak wujud pun kerana PKR yang diketuainya hanya memperolehi 20% sahaja berbanding BN yang mendapat 49% daripada keseluruhan undi popular.

Anwar juga tidak menyatakan hakikatnya sebahagian besar undi popular PR datangnya dari 5 buah negeri sahaja iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Perak dan Kelantan, sedangkan BN pula menguasai majoriti undi popular di 9 negeri yang lain.

Satu persatu negeri dijelajahnya semata-mata untuk menyebarkan propagandanya memburukkan SPR sambil menuduh BN melakukan penipuan, tapi di ketika yang sama boleh pula Anwar berbangga dengan undi popular yang diperolehi gabungan rapuh parti pembangkang yang dikenali sebagai PR.

Kini Ketua Umum PKR itu sedang dalam keadaan tersepit, bukan sahaja kerana gagal menunaikan janji tapi juga kerana sukar menerima ketentuan Illahi yang menetapkan BN kekal mendapat sokongan dan terus berjaya memerintah negara ini.

Selanjutnya KLIK SINI

Himpunan 'BLACKOUT 505' di Johor gila-gila hina Perdana Menteri!


Saksikan video dibawah yang menghina Perdana Menteri.


Anwar dan pemimpin pakatan nampaknya terus-terusan menghasut rakyat untuk terus memaki hamun kerajaan dan Perdana Menteri selain Suruhanjaya Pilihanraya digelar 'penipu'.

Apa majoriti rakyat Malaysia mahu berdiam diri dan terus membiarkan kelompok yang tidak bertanggungjawab ini mencemar amalan demokrasi?

Setiap undi yang kita buat pada 5 Mei lepas dikatakan tipu, takkan kita nak biarkan. Bangunlah rakyat majoriti Malaysia, sedang puak-puak ini seronok sebar fitnah merata-rata, apakah kalian mahu lihat dan membiarkan sahaja?

Jika mereka pemimpin pembangkang sewenang-wenangnya melanggar undang-undang dan tiada tindakan, kenapa pihak yang berkenaan mahu bertindak ke atas kita pula?

Undang-undang tidak mengira siapa.

Sudah cukuplah demokrasi diperlekehkan, cukup-cukuplah majoriti rakyat Malaysia dari terus menikus.

Dan buat pemimpin UMNO, BN, jangan leka sangat dengan dunia politik kalian sehingga terlupa pada tanggungjawab untuk mempertahan kedaulatan negara! Jangan jadi bacul sedang orang lain perlekeh demokrasi negara sendiri!

Tak lupa kepada pihak yang berkuasa... Pikir-pikirkanlah!
Betul ke cara mereka ini, untuk kita biar-biarkan!



15 May 2013

Senarai Penuh Barisan Kabinet Malaysia - 2013

Berikut senarai penuh barisan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 15 Mei 2013

PERDANA MENTERI 
Datuk Seri Najib Tun Razak


TIMBALAN PERDANA MENTERI 
Tan Sri Muhyiddin Yassin


MENTERI-MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:
1. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
2. Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
3. Datuk Seri Idris Jala (Senator)
4. Tan Sri Joseph Kurup
5. Datuk Seri Shahidan Kassim
6. Nancy Shukri
7. Joseph Entulu Anak Belaun
8. Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. P. Waytha Moorthu (Senator)


MENTERI KEWANGAN:
1. Datuk Seri Najib Tun Razak
2. Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

TIMBALAN MENTERI KEWANGAN 
Datuk Ahmad Maslan


MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin
2. Datuk Seri Idris Jusoh

TIMBALAN MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI
1. Datuk Mary Yap Kain Ching
2. P. Kamalanathan


MENTERI PERTAHANAN: 
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN 
Datuk Abdul Rahim Bakri


MENTERI PENGANGKUTAN: 
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (memangku)

TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN 
Datuk Ab. Aziz Kaprawi


MENTERI DALAM NEGERI 
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI 
Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar


MENTERI KERJA RAYA 
Datuk Fadillah Yusof

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA 
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI 
Datuk Seri Mustapa Mohamed

TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI 
Hamim Samuri


MENTERI LUAR 
Datuk Seri Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI LUAR 
Datuk Hamzah Zainuddin


MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN 
Datuk Hasan Malek

TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN 
Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Senator)


MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 
Datuk Jailani Johari


MENTERI SUMBER MANUSIA 
Datuk Richard Riot Anak Jaem

TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA 
Datuk Ismail Abd. Muttalib


MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH 
Datuk Seri Shafie Apdal

TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH 
Datuk Alexander Nanta Linggi


MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Abdul Rahman Dahlan

TIMBALAN MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 
Datuk Halimah Mohd Saddique


MENTERI BELIA DAN SUKAN 
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN 
Datuk M. Saravanan


MENTERI KESIHATAN 
Datuk Seri Dr. S.Subramaniam

TIMBALAN MENTERI KESIHATAN 
Datuk Seri Hilmi Yahaya


MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN 
Datuk Dr. J.Loga Bala Mohan (Senator)


MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI 
Datuk Seri Douglas Uggah Embas

TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI 
Datuk Noriah Kasnon


MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR 
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili

TIMBALAN MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR 
Datuk Seri Mahdzir Khalid


MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI 
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI 
Datuk Tajuddin Abdul Rahman


MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN 
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN 
Datuk Joseph Salang Anak Gandum


MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI 
Datuk Dr. Ewon Ebin

TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI 
Datuk Dr. Abu Bakar Mohd. Diah


MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR 
Datuk Seri G.Palanivel

TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR 
Datuk Dr. James Dawos Mamit


MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT 
Datuk Rohani Abdul Karim

TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT 
Datuk Azizah Mohd. Dun


BARISAN KABINET BARU 2013. Saksikan!


Perdana Menteri telah memasuki perkarangan
Istana Negara pada jam 12.00 tengahari tadi untuk mengadap
Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan
barisan Kabinet baru...
Selanjutnya
SIDANG AKHBAR KHAS 
Pengumuman Barisan Kabinet oleh 
Perdana Menteri akan di siarkan secara 
langsung menerusi TV1 
pada jam 5.00 petang ini.
 Jangan ketinggalan. Saksikan!

Kepada yang tidak berpeluang menonton secara langsung...

KLIK TAJUK DIBAWAH:


#PRU13 : Apa kata pencabar Anwar di Permatang Pauh... KLIK saksi video!


“Saya mendesak dan mencabar,kalau Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang anak jantan,you balik Permatang Pauh,you buat report polis dan kita minta SPR buka semula kertas undi,kita kira semula untuk membuktikan sama ada berlaku atau tidak election fraud (penipuan pilihanraya) yang you jaja seluruh Malaysia,”kata Dr. Mazlan


ARTIKAL BERKAITAN KLIK:  

#PRU13 : Luahan khas untuk Anwar serta peserta 'Himpunan Hitam 505'. KLIK!!!


Jangan dok sebuk dengar kata-kata pihak yang entah
dari mana datangnya itu...
Nah, ni MP kongsikan luahan dari seorang petugas SPR
semasa PRU13 yang lalu. 
Berfikir, gunakan akal... Bukan otak letak di lutut...
Baca... Jangan tak baca! Renung-renungkan lah...
............................................................................................................................

Assalamualaikum. 

Sedikit komen saya berkaitan isu peti undi hilang & isu blackout dll.
Saya menjadi petugas spr utk proses pengundian semalam. Utk pengetahuan anda semua, dari proses undi yg pertama seawal jam 8pagi, sudah ada Polling Agent (PA) dari setiap parti yg duduk betul2 depan peti undi sebagai saksi sepanjang proses pengundi menjalankan tanggungjawab. Selesai proses undi jam 5 ptg, CA pula akan menjalankan tanggungjawab sbg saksi utk pengiraan undi. Jadi tiada SATU SAAT pun peti undi itu terlepas dari pandangan agent setiap parti! 

Jika anda menyalahkan kami petugas SPR yg menghilangkan peti undi itu, anda juga WAJIB menyalahkan agent parti anda kerana tidak menjalankan tugas ataupun bersubahat dengan SPR. Selesai proses pengiraan, keputusan akan ditulis di dalam borang 14. Manakala kertas undi akan dibungkus dalam sampul, disimpan dalam peti undi, disimpan bersama maklumat berkaitan dan dikunci peti itu. 

At this stage, peti sudah tidak penting, yg penting adalah keputusan BORANG 14. Borang ini akan di tandatangai oleh setiap agent parti yg ada. Keputusan borang 14 yg telah ditandatangani ini kemudian akan dihantar kepada tempat undi dikumpul. Lupa apa istilah tempat ini. Di sinilah semua keputusan dalam borang 14 dari setiap UDM akan ditambah.

Isu blackout pula, jika pun blackout berlaku, amatlah mustahil ada peluang peti undi ditukar. Bayangkan, jika ada 2 parti yg bertanding, ada 4 org CA di depan peti undi. Takkan lah semua tidak akan bertindak apa2. At least suluh lampu handphone. Jarak peti undi dan agent juga sangat dekat, jika ia ditukar pun PASTI agent akan perasan. Anda semua pernah mengalami keadaan blackout kan, at least kita masih nampak samar-samar objek dihadapan kita.

Sedikit luahan hati saya ....Saya telah keluar dari rumah jam 3.00 pagi menuju ke Pusat Pengumpulan Kertas Undi. Kami berkumpul di sana sebelum kul 4. Saya bergerak ke Pusat mengundi dengan membawa kertas undi pukul 5.00 pagi bersama saya ialah seorang kawan saya petugas SPR dan seorang anggota polis Saya bertugas di kawasan jaraknya lebih kurang 87km dari rumah saya ..Kami sampai ii pusat mengundi jam 6.00 pagi kami solat subuh dulu... Kami seramai lima orang bertugas di sana dengan melayan pelbagai karenah pengundi ada yang x puas hati dan provok kami.. nak solat dan makan pun kami terkejar2 mencari masa. 

Selepas tempoh pengundian tamat kami semua bersiap untuk proses pengiraan undi. Kami cuba yang terbaik demi Allah dan negara kami. Kami selesai pengiraan lebih kurang 8 malam kami bergegas balik ke tempat pengumpulan peti undi.Sudahlah penat, balik rumah buka fb kena provok pula kata kami kerja tak bersih.. apakah perasaan kami… dah lama kami letih gila dah tu lah kerja kami x dihargai malah dimaki lagi huhuhuhu

Berkaitan isu dakwat kekal, itu saya juga tidak bersetuju kerana dakwat itu kerana tak tepati dengan apa yg SPR kata. Kita nak bangkang, biarlah rasional. Mungkin ada tempat yg hebat penipuannya, saya tidak tahu. Jika semua tempat pengundian sama keadaan dgn UDM saya, saya pasti tiada penipuan boleh dilakukan semasa proses kiraan. 

Sekian dari budak mentah yg baru first time involve dgn PRU. (rimas tgk fb default picture color hitam)... Saya percaya Allah maha mengetahui kepada semua kawan-kawan fb saya , saya mohon renungkanlah apa yg berlaku seandainya kita masih bertelagah macam ini.. tidak boleh kah kita bersatu demi agama kita Islam tidak mustahi kita akan merempat dinerara sendiri... 
Allahualam. 

Ihklas dari saya Muhamadiah Iskandar b Mohamed

May 06, 2013


ARTIKAL TEDAHULU KLIK : 


14 May 2013

TERKINI: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin & Senarai Exco Negeri Johor


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu, Selasa.

Datuk Seri Mohamed Khalid yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini kira-kira 10.40 pagi tadi.

Beliau mengambil alih jawatan menteri besar Johor daripada Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan itu selama 18 tahun bermula daripada 1995.

Turut mengangkat sumpah ialah sembilan ADUN daripada Barisan Nasional (BN) bagi mengisi sembilan jawatan sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) seperti berikut:


SENARAI EXCO NEGERI JOHOR

1. YB. Puan Hajjah Asiah Bt Md Ariff                  
     ( ADUN JOHOR LAMA )
 -  Exco Pembangunan Wanita & Keluarga.

2. YB. Tuan Haji Md Jais Bin Sarday                                                                      
     ( ADUN MAHKOTA )                                            
 -  Exco Pendidikan, Pembangunan Usahawan & Koperasi.

3. YB. Datuk Tee Siew Kiong                                    
     ( ADUN PULAI SEBATANG )                                
 -  Exco Pelancongan, Perdagangan & Kepenggunaan.

4. YB. Datuk IR. Haji Hasni Bin Haji Mohammad    
     ( ADUN BENUT )
 -  Exco Kerja, Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.

5. YB. Vidyananthan A/L Ramanadhan                    
     ( ADUN KAHANG )      
 -  Exco Perpaduan & Sumber Manusia

6. YB. Tuan Haji Abd. Mutalib Bin Abd. Rahim              
     ( ADUN LAYANG-LAYANG )
 -  Exco Agama.

7. YB. Datuk Abd. Latif Bin Nor Sebandi                
     ( ADUN ENDAU )
 -  Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan.

8. YB. Tuan Haji Ismail Bin Mohamed                    
     ( ADUN BUKIT SERAMPANG )
 -  Exco Pertanian & Industri Asas Tani

9. YB. Dato' Zulkurnain Bin Haji Kamisan                
     ( ADUN SRI MEDAN ) 
 -  Exco Belia, Sukan, Kebudayaan & Warisan.


# Sekalung Tahniah Dari MP #

Buat DS Khalid Nordin sebagai MB Johor.
Semua barisan Exco yang baru dilantik...
Semoga Johor terus segar di mata umum dengan pembangunan terbaik
di bawah kepimpinan kalian...


UMNO Pasca PRU-13: Apa Seterusnya?



Pilihanraya yang digelar sebagai ‘ibu segala pilihanraya’ telah pun berlalu.  Apa yang dijangka, iaitu kekecohan di waktu pengundian telah pun berlaku.  Seterusnya, percubaan melakukan huru-hara membantah keputusan PRU juga sedang berjalan sepertimana yang dijangka juga, seiring dengan upacara angkat sumpah menerima kemenangan masing-masing.  

Oleh itu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa inilah senario pilihanraya paling kelakar di dunia.  

Bayangkan saja, yang membantah keputusan demokrasi ini adalah mereka yang mendabik dada sebagai pejuang demokrasi tulen.  

Yang menuduh SPR tidak telus itu adalah parti yang sedang disiasat kerana menipu dan memanipulasi pemilihan ahli jawatankuasa pusat mereka sendiri.

Yang mempersoal dakwat kekal itu adalah mereka-mereka yang berguling-guling melompat berjihad mendesak penggunaannya.

Yang menuduh SPR menipu itu adalah mereka yang telah pun menang di kawasan masing-masing.

Yang menyeru agar memboikot media perdana itu adalah mereka yang menggelar diri sebagai pejuang hak kebebasan bersuara.  

Tidak cukup dengan itu, mereka juga meminta bantuan asing, merayu agar sesuatu dilakukan bagi menafikan kemenangan Barisan Nasional.   Kononnya kerajaan BN yang telah 2 kali bertukar Perdana Menteri ini kejam, zalim dan tidak adil sejak dahulu sehinggalah ke PRU-13 ini.  BN kononnya terlalu berkuasa untuk menentukan segala-galanya termasuk keputusan mahkamah dan juga keputusan Pilihanraya.

Tetapi, BN telah melalui pertandingan yang sengit di mana parti ini ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina dan kalah di 3 negeri.  Malah, yang menyeru bantuan asing konon dizalimi BN itu juga bukannya berada di penjara, tetapi lepas bebas bagai unggas rimba.  Maka, tidak hairanlah tiada pihak asing yang melayan karenahnya.

Jika dilihat dari satu segi, yang kalah hanyalah BN, bukan UMNO.  Ini kerana kerusi UMNO meningkat dari 79 pada 2008, kepada 88 dalam PRU kali ini.  Namun,  apakah ini bermakna bahawa UMNO sudah boleh mengambil sikap selesa?  Apakah ini bermakna rakyat sudah memaafkan UMNO?

Hakikatnya, Melayu yang dahulunya mewakili pengundi senyap, pengundi atas pagar dan pengundi yang marah kepada UMNO telah turun beramai-ramai dalam PRU-13 ini untuk mengundi UMNO kerana tidak sanggup membiarkan negara jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.  

Mereka ini mungkin memaafkan UMNO, tetapi mereka tidak pernah lupa apa yang membuatkan mereka marah kepada UMNO.

Dengan itu, mereka mengundi UMNO dengan harapan setinggi langit bahawa UMNO di bawah mandat baru ini akan mengambil langkah yang tepat dalam menangani segala kesilapan sebelum ini.  Sedangkan secara dasarnya mereka masih ragu-ragu apakah UMNO faham apa yang mereka marah itu.  

Walaupun mereka yakin dengan keikhlasan kepimpinan baru untuk memperbaiki segala kerosakan tetapi mereka masih tidak yakin yang ia mampu dilakukan sekiranya tiada perubahan besar yang dapat dilihat dengan segera.

Oleh itu, UMNO wajar bertanya, apa yang mereka inginkan di sebalik pertanyaan ‘apa yang Cina inginkan’?

Rakyat hanya ingin melihat ‘tindakan’.   Rakyat rimas melihat bagaimana perosak negara dibiar bermaharajalela tanpa diambil sebarang tindakan.  Kenyataan demi kenyataan berkenaan siasatan dan amaran sudah terlalu amat menjengkelkan.  Rakyat dahagakan tindakan atau aksi yang berkesan.    Tidak keterlaluan dikatakan bahawa inilah antara punca masyarakat Cina menjadi bosan sehingga akhirnya melihatnya sebagai tanda ‘kelemahan kerajaan’.

Secara umumnya, rakyat tahu siapa perosak, siapa pembodek, siapa perasuah, siapa bodoh dan siapa yang bijak.  Namun, rakyat tidak mampu menyampaikan suara mereka ke atas.  Justeru, harapan rakyat amatlah tinggi agar kepimpinan mengambil sepenuh masa untuk benar-benar menilai mereka yang berada di sekelilingnya.

Yang tampak bijak dan berkarisma, fasih berbahasa Inggeris lulusan luar negara, belum tentu bijaknya.

Yang tampak professional itu kadangkala hanyalah pada gaya, sedang hatinya membawa agenda lain yang tidak selari dengan aspirasi negara.

Yang tampak bersih dan amanah, memuji dan menyokong mungkin hanya membodek tetapi tidak tahu apa-apa.

Yang tampak malu-malu, jarang membantah dan sering mengangguk mungkin jauh lebih bijak cuma tiada karisma atau mungkin juga memang tidak berguna.    

Ingatlah, rakyat tahu bahawa UMNO bukanlah sempurna tetapi rakyat dari kaum Melayu tetap memilih  UMNO kerana ia adalah satu-satunya parti yang masih rasional, yang mempunyai patriotisme dan nasionalisme yang kukuh, serta hala tuju yang jelas.  

Justeru, apa yang kepimpinan perlukan adalah mereka-mereka yang mempunyai ciri-ciri yang diingini rakyat iaitu rasional, patriotik, nasionalis serta bijak dan berkarisma.   UMNO perlu membawa imej baru sebagai parti yang professional tetapi bukan liberal, matang tetapi bukan ketinggalan, selain cekap, pantas dan tegas.

Jika UMNO ingin mengubah Melayu menjadi bangsa yang berdaya saing, maka UMNO perlu terlebih dahulu mempamerkan kualiti yang sama.    Untuk itu, UMNO perlu mulakan dengan ‘bertindak’ bukan ‘memberi amaran’.


Perhimpunan Hitam 505 di Johor 'HARAM'!!!


Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai Perhimpunan Hitam 505 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Bandaraya di sini malam esok kerana program itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, penganjuran perhimpunan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa dan polis akan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang menyertainya.

"Pihak kami menerima notis pemberitahuan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri mengenai perhimpunan itu, tetapi mereka gagal mengemukakan surat kebenaran daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk menggunakan lokasi berkenaan.

"Notis pemberitahuan perhimpunan itu dikemukakan lewat dan tidak memenuhi kehendak di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKAL BERKAITAN KLIK : http://maelpengerang.blogspot.com/2013/05/pru-13-wujudkan-keadaan-ketidakstabilan.html


13 May 2013

PRU 13: Wujudkan keadaan ketidakstabilan politik... Aman apa?


UNDI POPULAR TAKTIK ANWAR TUTUP KEGAGALAN

Rakyat berpeluang melihat telatah dan gelagat Anwar Ibrahim di perhimpunan lebih kurang 40,000 penyokong-penyokong pembangkang di Stadium Kelana Jaya dua hari lalu yang diadakan kerana membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 yang memihak kepada Barisan Nasional.

Anwar nampaknya tidak berkesudahan meroyan sejak hari Ahad lalu, 5 Mei, kerana kempunan tidak berjaya merealisasikan impiannya untuk menawan Putrajaya dan seterusnya menduduki kerusi empuk sebagai Perdana Menteri Malaysia ke tujuh.

Begitu terdesak beliau mahukan jawatan itu sehingga kini satu jenaka yang berlegar di laman-laman sesawang sosial seperti Facebook bahawa Anwar telah berjaya dilantik akhirnya sebagai 'Perdana Menteri' Kelana Jaya oleh 40,000 penyokong ang kebanyakannya berbangsa Cina.

Anwar mendakwa pakatan pembangkang telah ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sehingga kemenangan yang sepatutnya dirangkul oleh mereka kononnya telah dirampas secara penipuan oleh BN.

Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain juga turut menggila seperti Anwar juga sehingga dilihat sudah hilang pedoman dan pemikiran rasional melempar bermacam-macam fitnah terhadap BN dan SPR.

Bagaimanapun penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media selepas perjumpaan dengan semua ahli-ahli parlimen dan dewan undangan negeri BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Selasa lalu berjaya merungkai secara jelas kedudukan sebenar isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang berhubung proses pilihan raya yang baru selesai.

Jelas Datuk Seri Najib, pengundi Cina khususnya telah berjaya ditipu oleh parti rasis, cauvinis Dap sehingga termakan propaganda pembangkang bahawa kerajaan BN akan tumbang pada PRU13.

Disebabkan pengundi Cina sudah terpedaya dengan pelbagai tipu muslihat Dap dengan bermacam slogan yang merangsangkan perasaan seperti 'Ubah', 'Tukar', 'Ini Kalilah' serta ABU mereka berduyun-duyun keluar mengundi pada 5 Mei lalu dengan penuh harapan kerajaan baru yang akan dibentuk oleh pembangkang akan berjaya didirikan pada keesokan harinya.

Malang seribu malang bagi Anwar dan kuncu-kuncu pembangkangnya, majoriti rakyat lebih bijak daripada pengundi Cina lalu terus memberi mandat dan kepercayaan kepada BN untuk menerajui kerajaan.

Inilah sebenarnya yang berlalu sehingga peratusan yang keluar mengundi mencatat 80 peratus, tertinggi dalam sejarah PRU di negara ini sejak merdeka.

Perdana Menteri menjelaskan tidak mungkin kerajaan BN dapat ditumbangkan tanpa sokongan kaum Melayu, India serta Bumiputera Sabah dan Sarawak walaupun jika semua pengundi Cina menyokong pembangkang.

Inilah pembohongan besar yang dilakukan oleh Anwar, Dap, PKR dan Pas sehingga pengundi Cina tersilap perhitungan politik pada kali ini dengan menolak majoriti calon-calon daripada MCA yang mewakili suara moderat masyarakat Cina di negara ini.

Pada pandangan orang Melayu kini, pengundi Cina telah mengkhianati semangat setiakawan yang terjalin sejak merdeka dengan ikatan kerjasama politik terawal antara UMNO, MCA dan MIC.

Disebabkan pengundi menjadikan emosi sebagai asas keputusan mereka mengundi pembangkang, mereka telah membuat silap besar dalam pertimbangan politik pada kali ini walaupun sebelum ini mereka dianggap sebagai satu bangsa yang pragmatik dan praktikal.

Yang mengaut keuntungan paling besar hasil pembohongan pembangkang ialah Dap yang berjaya menambah jumlah kerusi parlimen kepada 38 berbanding 28 pada PRU 2008 sementara kerusi Dewan Undangan Negeri meningkat mendadak kepada 95 daripada 63 kerusi sebelumnya.

Poin kedua yng ditekan oleh Perdana Menteri ialah berhubung dakwaan undi popular yang dicanang oleh pihak pembangkang untuk menuntut kemenangan bagi mereka.

Atas dasar jumlah undi popular yang diperolehi oleh pembangkang sebanyak 5,623,984 atau 50.87 peratus daripada keseluruhan undi berbanding 5,237,699 atau 47.38 peratus yang dimenangi oleh BN, maka Anwar mendakwa pembangkang telah dinafikan kemenangan oleh SPR.

Hakikatnya jelas Datuk Seri Najib, undi popular adalah sistem pengundian yang diamalkan oleh negara seperti Amerika Syarikat yang mempunyai sistem presiden.

Sistem pengundian bagi memilih presiden dijalankan mengikut amalan 'electoral college' dan bukannya undian terus oleh rakyat.

Sebaliknya sistem undi popular tiudak terpakai di Malaysia kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan sistem pengundian adalah berdasarkan kepada kawasan parlimen dengan kaedah 'first-past-the-post' bagi menentukan pemenang bagi mana-mana kawasan yang ditandingi.

Ini bermakna mana-mana calon yang mendahului pencabarnya walaupun mendapat kelebihan satu undi sekalipun akan dikira sebagai pemenang.

Anwar sengaja menimbulkan isu undi popular bagi mengeksploitasi emosi penyokong pembangkang yang kecewa kerana impian mereka ke Putrajaya hancur.

Mereka perlu ingat taktik Anwar menggunakan helah undi popular adalah bagi mengalih pandangan penyokong-penyokong pembangkang daripada mempersoal serta meletakkan kegagalan ke Putrajaya ke atas bahu Anwar.

Seperti juga pembohongan 16 September 2008 di mana Anwar berjanji akan menumbangkan kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui jalan belakang, kali ini bekas Ketua Pembangkang itu mengulangi pembohongannya.

Perdana Menteri menyanggah hujah Anwar dengan berkata mengapa pembangkang mengiktirafkan keputusan PRU13 pada peringkat negeri tetapi menolaknya pula di peringkat parlimen?

Ini adalah sikap hipokrit Anwar yang sengaja mahu mencetuskan demonstrasi jalanan bagi mewujudkan keadaan ketidakstabilan politik.

Hakikatnya rakyat memilih BN dan bukannya Pakatan Rakyat, mahukan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan bukannya Anwar. KLIK




Psssstttt.... Black 505 semakin tidak mendapat sambutan... Hanya 30,000 hadir di Ipoh semalam berbanding di Kelana Jaya dan Bukit Tmabun sebelum ini, malah pemimpin-pemimpin DAP Perak tidak hadir pun. Ketua DAP Perak Ngeh Koo Ham berkata bahawa Black 505 tidak dianjurkan oleh Pakatan Rakyat tetapi oleh PKR! Bukan PAS je yg tolak Black 505, DAP pun dah tolak! Kehkehkehhhh....

Berdemo di Singapura ditangkap... Anwar bagaimana? KLIK baca ni!


TINDAKAN polis republik Singapura menahan 21 orang rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan haram membantah keputusan pilihanraya di negara tersebut membuktikan bahawa negara itu mampu menjadi negara maju, walaupun menyekat kebebasan bersuara seperti itu.

Malaysia juga sepatutnya mencontohi Singapura dalam soal menghalang demonstrasi haram ini kerana ia terbukti berkesan dalam mengawal emosi masyarakat di negara yang mempunyai masyarakat majmuk, dengan Singapura telah membuktikannya.

Sebaliknya, negara kita terlalu terikut-ikut dengan kehendak hak asasi manusia sedangkan negara jiran kita yang lebih maju, mampu mengecap banyak kejayaan dengan mengekalkan undang-undang menghalang protes jalanan, pedulilah apa orang lain di dunia ini nak kata. Selain itu, Singapura mengawal ketat media mereka, termasuk akses Internet.

Di kala ramai balaci Pakatan Rakyat menjadikan Singapura sebagai contoh, dalam bab demokrasi dan kebebasan media ini, mereka taknak pula minta kerajaan meniru amalan di Singapura.

Penulis rasa, sudah sampai masanya kerajaan Malaysia mengadaptasi undang-undang anti demonstrasi di Singapura. Penulis bukan nak bersifat negatif, tapi nampaknya Akta Perhimpunan Aman negara kita ni jadi bahan lawak jenaka saja.

Pasca pilihanraya umum ini sahaja, pembangkang mengadakan 2 perhimpunan besar-besaran tanpa permit dan mereka terlepas begitu sahaja tanpa dikenakan apa-apa tindakan undang-undang (setakat artikel ini ditulis) - Sumber

Jadi, apa guna kewujudan akta tersebut?

MP juga berpendapat, Polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertindak tegas terhadap penganjur perhimpunan haram itu khususnya Ketua Pembangkang (Anwar Ibrahim) yang terang-terang menghasud dan membantah keputusan majorti rakyat dalam PRU13 baru-baru ini...Bertindaklah!!!

Kepada 21 rakyat Malaysia yang ditahan oleh Singapura atas kesalahan berdemo dijalanan tu... Untuk dijadikan pengajaran... Lantakkan saja, untuk apa mintak polis Malaysia bantu? Pandai-pandailah jawab sendiri. Memalukan negara!!!





POST MORTEM PRU13 : Adakah nak tungggu sampai ranap, Nik Aziz?


Hahahaaa... Mujur Nik Aziz tidak dipanggil untuk turut serta dalam siri wacana 'Post Mortem PRU13' yang telah berlangsung, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Kalau tidak, sudah pasti Nik Aziz akan rasai seperti ditendang terajang selepas mendengar kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, ketika menjadi ahli panel dalam wacana tersebut bertajuk 'Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah', semalam.

Menurut Nasharuddin, "UMNO dan PAS perlu menjadikan penyatuan umat Melayu Islam sebagai satu agenda berterusan demi memastikan agama dan bangsa dapat diperkukuhkan sepanjang zaman".

"Insafilah bahawa masa depan bangsa dan agama kita sedang mula dirobek. Tetapi, akan ada yang mentohmah kenapa saya memilih pentas bangsa ini. Salahkah kita berbicara tentang bangsa kita? Adakah ia salah di sisi agama?

"Adakah nak tunggu sehingga ranap umat ini baharu nak bicara soal perpaduan? Saya tak boleh terima sampai ada yang kata nak meludah muka yang nak bawa usaha penyatuan Melayu ini. Ajaran agama mana yang kata begitu?" soalnya... (KLIK SAKSI VIDEO)

"Tidak semua Melayu Umno itu iblis, dan tidak semua Melayu dalam Pas itu malaikat," tambahnya lagi.

Selain Nasharuddin, beberapa tokoh termasuk tokoh pendidik, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mantan hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar.


Program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan Dan Survival Ummah' ini dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM. - Selanjutnya KLIK


Kata MP:
Fuhhh.... Bukan main tinggi harapan serta semangat ahli panel dan perserta, dapat MP lihat ketika disana tadi... Apa pun MP ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat. 

Mudah-mudahan usaha kalian berjaya sepertimana yang di harapkan, insyaAllah. Anda memang terbaik! Dan kepada bangsa ku Melayu yang berada diluar sana tu.... 
Bersatulah!!! 

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.