GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

27 August 2013

BAJET 2014: Salurkan idea dan saranan anda! KLIK SINI


Salam 1Malaysia,

Masanya telah tiba untuk kita sekali lagi bertemu minda dan berkongsi idea, kali ini untuk Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada 25hb Oktober 2013.



Justeru itu, saya menjemput anda untuk menyalurkan idea dan saranan anda tentang Bajet 2014, secara langsung di www.1malaysia.com.my/bajet2014.

Sepanjang beberapa tahun lepas, saya dan pihak kementerian kewangan amat menghargai setiap maklum balas yang kami terima apabila bajet tahunan negara dibentangkan.

Pada tahun lepas sahaja, sebanyak lebih 2,500 cadangan telah kami terima untuk Bajet 2013. Terima kasih saya ucapkan.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar, adalah penting untuk kita merangka bajet tahunan yang mapan dan seimbang. Hanya melalui bajet tahunan yang mapan dan seimbang, kita dapat memacu ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, insya-Allah.

Oleh itu, saya amat mengalu-alukan idea dan pandangan anda untuk Bajet 2014 ini.



Najib Razak.




26 August 2013

Mampukah UMNO memilih pemimpin yang mampu mengharungi zaman untuk kekal menjadi pemerintah?


Menunggu Pemilihan UMNO Yang Paling Penting Dalam Sejarah

Dalam kita memandang sinis pemilihan CEC DAP yang paling korup dalam sejarah, kita juga tidak lupa memerhati keadaan politik UMNO. Rata-rata, keadaan di peringkat Cawangan dan Bahagian telah pun panas di mana bahang pemilihan mula terasa. Taktik dan strategi sama ada kotor atau bersih bercampur-baur dalam perjuangan antara cita-cita peribadi dengan agama, bangsa dan tanahair.

Ada sesuatu tentang pemilihan kali ini yang membuatkan ramai melihatnya sebagai pemilihan paling penting dalam sejarah iaitu ia dikatakan bakal menentukan jatuh bangunnya, hidup matinya atau hilang kekalnya umat Melayu di dunia.
Pada dasarnya, UMNO telah berjaya meningkatkan jumlah kerusi kemenangan dalam PRU-13 yang lalu. Namun begitu, walaupun telah memberi kemenangan kepada UMNO, orang-orang Melayu menyimpan semacam keraguan terhadap parti ini kebelakangan ini. Seimbas membaca blog-blog yang menyokong UMNO akhir-akhir ini, kita tidak dapat mengelak dari mengesan perasaan ragu-ragu, yang sama ada diluahkan secara berlapik mahupun dengan cara menempelak keras.

Menepis bahawa perasaan ragu-ragu itu sebagai ‘dengki’ atau sebagai ‘suara pembangkang’ bukanlah tindakan bijak. Seharusnya, pengajaran ini telah pun difahami dengan baik oleh UMNO dalam PRU-12.

Sebaiknya, UMNO mengkaji apakah yang diragui oleh orang-orang Melayu terhadap parti ini. Apakah benar ia merupakan masalah peribadi atau masalah sikap para blogger? Apakah setiap komen dan setiap rungutan di laman sosial individu yang membawa rentak yang sama degnan blog-blog itu juga bertitik tolak dari masalah peribadi dan sikap blogger tersebut?

Jika kita memberi sedikit perhatian, kita akan dapati bahawa isu yang diperhatikan oleh orang-orang Melayu secara dekat pada hari ini ialah isu jenayah, isu menghina Islam, TPPA dan juga pengurusan GLC. Sebagai langkah awal, kepimpinan wajib memahami apakah yang dikhuatiri oleh orang-orang Melayu dalam semua isu ini.

Secara dasarnya, orang-orang Melayu melihat isu jenayah dan isu menghina Islam yang semakin menjadi-jadi pada hari ini adalah berpunca dari keputusan kerajaan untuk tunduk kepada tekanan pembangkang dan orang-orang Cina.

Orang Melayu yang telah dikejutkan dengan tindakan kerajaan memaafkan Namewee dan memberi beliau berbagai kemudahan, telah sekali lagi tersentak apabila kerajaan menghapuskan Akta Hasutan yang dilihat bakal membuka lebih ruang kepada orang-orang seperti Namewee untuk menghina Islam dan Melayu.

Ternyata apa yang dikhuatiri itu benar-benar berlaku. Begitu juga dengan peningkatan kadar jenayah yang berlaku sejurus selepas kerajaan tunduk kepada pembangkang dengan menghapuskan Akta EO dan ISA.

Kerajaan mungkin menafikan yang penghapusan Akta tersebut merupakan satu kesilapan dan mengerahkan seluruh jentera untuk memberi berbagai alasan untuk membela diri di samping menunjukkan keterbukaan. Namun, dukacita dimaklumkan bahawa ia tidak mampu mengembalikan keyakinan orang-orang Melayu terhadap UMNO, sekurang-kurangnya setakat hari ini.

Bagaimanapun, setakat hari ini juga, harapan terus diberikan kepada UMNO kerana orang-orang Melayu tidak mampu mempercayai Pakatan Rakyat untuk membela nasib mereka.

Persepsi bahawa kerajaan lebih mengutamakan pembangkang dan orang-orang Cina menjadikan orang-orang Melayu bimbang terhadap keputusan yang bakal diambil oleh kerajaan dalam isu-isu yang berkaitan ekonomi, terutama TPPA. Orang-orang Melayu melihat pembangkang sebagai pengkhianat negara yang bersekutu dengan kuasa besar untuk menguasai dunia. Sekiranya kerajaan terlalu tunduk kepada kehendak pembangkang, dikhuatiri kerajaan akan terperangkap dalam strategi kuasa besar untuk menguasai ekonomi negara ini.

Bertitik tolak dari persepsi itu juga, orang-orang Melayu turut bimbang jika kerajaan membuka peluang kepada orang-orang Cina untuk menguasai GLC dan juga jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan. Ini kerana orang-orang Cina masih lagi terlalu bersifat perkauman dan menyerlahkannya tanpa segan silu dalam pengurusan syarikat swasta dan juga perniagaan.

Kebimbangan orang-orang Melayu terhadap sikap perkauman orang Cina ternyata berasas apabila orang-orang Cina menolak Barisan Nasional mentah-mentah dalam PRU-13 yang lalu walaupun setelah diberikan hampir segala-galanya oleh kerajaan.

Berdasarkan senario ini, mana-mana individu yang ingin bertanding dalam pemilihan yang akan datang wajib menangani persepsi ini dengan baik. Sikap sesetengah pihak yang terlalu ingin membodek dan mengampu perlu dikawal kerana bimbang mereka meningkatkan lagi persepsi rakyat bahawa UMNO telah rosak. Pendek kata, tingkah laku pemimpin UMNO dalam menghadapi pemilihan ini akan turut memberi kesan kepada pilihanraya yang akan datang. Apa guna menang dalam pemilihan jika parti hanya mampu bertahan selama sepenggal?

Orang-orang Melayu (baca: penyokong UMNO) ingin melihat UMNO yang menepati slogan ‘transformasi’ dari segi minda dan sikap. Transformasi tidak seharusnya bermakna membuang roh asal UMNO sebagai pejuang agama, bangsa dan negara. Transformasi harus dilakukan dengan cara meningkatkan lagi semangat juang y
ang asal serta mengadaptasinya dalam mengharungi zaman untuk kekal menjadi pemerintah di negara ini. 

Mampukah UMNO memilih pemimpin yang menepati ciri-ciri ‘transformasi’ ini?


Kerajaan Malaysia tidak meneruskan penyertaan dalam rundingan TPPA...? KLIK baca ni!

KERAJAAN PATUT BERHENTI DARIPADA BERAHSIA - Tun M.
Asalamuaalaikum...

"Kerajaan tidak patut berahsia kerana ia melibatkan rakyat Malaysia," kata bekas Perdana Menteri.

"Menyembunyikannya daripada pengetahuan awam bermaksud terhadap perkara dalam perjanjian itu yang (perunding) tidak mahu orang awam tahu," kata Mahathir, yang telah membaca keseluruhan 29 bahagian dalam perjanjian itu.

"Perjanjian ini akan meningkatkan import kita dan mengurangkan eksport. Ia tidak bagus untuk kita. Saya secara tidak langsung mem
beritahu kerajaan supaya tidak tandatangan perjanjian ini. (Tun Dr Mahathir)

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) -12 negara 
Selepas kegagalan dalam menentukan haluan agenda perdagangan dunia dalam perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Amerika Syarikat (AS) sekarang sedang berusaha memperluaskan pengaruh perdagangannya melalui Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).

Adalah diharapkan kerajaan dapat teliti agenda tersurat AS melalui perjanjian TPPA ini. Ia dirunding antara Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam.

Ia adalah sebahagian usaha korporat gergasi AS yang mendesak kepada agenda memperluas dan mengukuhkan penguasaan mereka dengan mengetepikan hak warga dunia negara Selatan. Apa yang kita bimbangkan Malaysia akan menandatangani rundingan TPPA yang dijangka dimeterai pada Oktober 2013 di Brunei.

Perjanjian itu antaranya akan melibatkan peraturan ubat generik yang murah dan mempunyai kandungan dan kesan sama dengan ubat asli tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini. Ini bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung daripada syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat mahal.

Ini berlaku kerana dalam perjanjian TPPA dalam Hak Harta Intelektual ke atas ubat dikuatkuasakan untuk melindungi syarikat gergasi farmaseutikal antarabangsa. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari USA yang menerima subsidi tinggi akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

Termasuk dalam agenda rundingan TPPA ialah juga bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain akan berhadapan persaingan pasaran terbuka. Persoalannya sejauh manakah industri perkhidmatan kita sedia berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?

Apa yang harus diketahui rakyat Malaysia ialah rundingan TPPA ini sangat berisiko tinggi untuk Malaysia kerana klausa yang terkandung di dalamnya boleh merangkumi hampir semua industri dan mewujudkan persaingan yang akan merugikan ekonomi tempatan.

Seperti FTA, kesan perjanjian TPPA akan berakhir dengan kerugian yang akan ditanggung oleh usahawan tempatan serta membebankan kualiti hidup rakyat dan meningkatkan kos hidup rakyat keseluruhannya.

Terdapat agenda-agenda dalam pelaburan yang hendak diwujudkan tidak dipersetujui oleh negara seperti Australia dan New Zealand kerana menggugat kedaulatan negara tersebut dalam hak membuat keputusan.

Jika Australia dan New Zealand dua buah negara maju pun menolak isu-isu pelaburan seperti layanan status tempatan maka Malaysia juga harus memikirkan mengenainya.

Sehubungan itu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membuat gesaan supaya:

• Rundingan TPPA ditangguh sehingga segala teks dan semua dokumen relevan mengenainya didedahkan kepada penelitian orang awam dan NGO.

• Rundingan berhubungan dengan pelaburan seperti status layanan tempatan yang merugikan itu harus dibuang daripada TPPA. Namun jika kerajaan ingin teruskan dalam bahagian berkaitan pelaburan, perkara-perkara seperti penyelesaian pertikaian antara pelaburan dan negara dikecualikan sebagaimana dilakukan Australia.

• MITI harus memberi penerangan mengenai hal ini.
Pada asasnya TPPA adalah versi baru dari FTA dengan USA. Perjanjian FTA menerima bantahan pelbagai pihak yang akhirnya tidak ditandatangani oleh Malaysia dan FTA mengikut jadual asalnya.

Malah kebanyakan isu dan isu kandungan TPPA adalah perkara-perkara yang diutara dan dirundingkan dalam Perjanjian Langkah-Langkah Pelaburan Berkaitan dengan Perdagangan (TRIMs), Perjanjian Hak-Hak Harta Pemilikan Intelektual Berkaitan Dengan Perdagangan (TRIPs), Perjanjian Perdagangan Berkaitan dengan bidang Perkhidmatan (TRiS) serta perjanjian perdagangan dengan pertanian yang terkandung dalam WTO.

Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas adalah diharapkan kerajaan Malaysia tidak meneruskan penyertaan dalam rundingan TPPA sehingga analisis terperinci dapat dihasilkan untuk dibahaskan kepada umum mengenai kebaikan dan keburukan perjanjian TPPA tersebut.
Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia mendesak supaya tidak menanada tangani perjanjian tersebut

Waasalam.

Sumber: 
Kelab Antii Anwar Ibrahim III

24 August 2013

Anak-anak muda 'Cina' wajar kenali warna sebenar DAP... KLIK maaa, lu baca ini!!!

"Tanda Putera" filem yang dikatakan mencetus kontroversi arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba bakal ke pawagam bermula 29 Ogos ini, setelah beberapa kali tarikh tayangannya ditunda.

Sesungguhnya, sifat angkuh tidak akan memberi kebaikan mahupun keuntungan kepada sesiapa. 

Sendili mau ingat maaa.... Cukup-cukup looo!!!  

Sudah sampai masanya kaum Cina bersama-sama dengan kaum lain menghayati sejarah negara ini serta menerima hakikat kebenaran akan asal usul mereka mahupun sejarah nenek moyang mereka seadanya. Belajarlah dari kesilapan dan bukannya menafikan kesilapan. Sebagai permulaan, tontonlah filem Tanda Putera agar mendapat sedikit pengetahuan.



Filem sejarah, Tanda Putera, arahan Shuhaimi Baba menjadi kontroversi apabila DAP menuduhnya sebagai membangkitkan ketegangan. Kita faham kebimbangan DAP kerana filem tersebut telah menyerlahkan warna sebenar parti itu yang bersifat perkauman dan angkuh. DAP merupakan pencetus tragedi 13 Mei 1969 yang menyaksikan kaum Cina dan Melayu berbunuhan sehingga membawa kepada keadaan darurat.

Hakikat inilah yang cuba dinafikan oleh DAP. Untuk itu DAP telah berusaha sedaya upaya sejak sekian lama untuk mengubah sejarah dan menuduh bahawa 13 Mei dicetuskan oleh UMNO.

Malangnya, sejarah tidak mungkin diubah-ubah dan hakikatnya DAP merupakan parti yang lahir dari fahaman komunisme dan bertonggakkan perkauman. Mereka-mereka yang telah melalui tragedi 13 Mei mampu menjadi saksi kepada sejarah ini.

Roh DAP sentiasa membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Institusi Raja-raja. Matlamat akhir mereka ialah menegakkan Ketuanan Cina serta meminggirkan kaum-kaum lain. Kita percaya bahawa matlamat ini terus dipegang oleh DAP sehingga ke hari ini.

Oleh itu, apabila filem Tanda Putera berjaya melepasi halangan dan bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini, DAP mencuba sekali lagi untuk membersihkan namanya. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua membuat kenyataan bahawa filem tersebut boleh saja ditayangkan asalkan ia diisytiharkan sebagai filem cereka.

Soalnya, siapa Tony Pua untuk memberi syarat kepada sesiapa? 


Sepatutnya Tony Pua menggalakkan kaum Cina menonton filem ini bagi menghayati sejarah negara ini. Biar betapa pahitpun kebenaran itu, ia wajib ditelan oleh semua kaum Cina negara ini yang mengaku sebagai warganegara. Menerima kebenaran merupakan langkah pertama ke arah perubahan kepada kebaikan. Melainkan, Tony Pua atau DAP tidak pernah dan tidak ingin berubah dan masih membawa roh yang sama iaitu membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Raja-raja. 

DAP tidak mungkin akan begitu gelabah jika mereka benar-benar tidak bersalah dalam tragedi 13 Mei. Segala keresahan mereka adalah bukti bahawa mereka benar-benar terlibat dalam mencetuskan ketegangan kaum. Malah, sifat perkauman dan perangai angkuh serta gemar menghasut DAP masih kekal sehingga ke hari ini dan boleh dilihat dengan jelas oleh semua rakyat Malaysia. 


Dengan sifat dan perangai yang sama masih terserlah, pastinya sukar bagi pihak DAP untuk menafikan bahawa merekalah dalang pencetus 13 Mei. 
Hujah Tony Pua lagi, walaupun filem ini mungkin memaparkan kisah benar ia tetap mampu mencetuskan ketegangan kaum. 

Kita tidak faham kenapa sebuah kisah benar yang berlaku berdekad lalu mampu mencetuskan ketegangan kaum?

Apakah Tony Pua cuba berhujah bahawa sejarah bagaimana kulit putih Amerika menindas dan merampas tanah puak Red Indian tidak wajar difilemkan kerana bimbang menyebabkan kaum Red Indian memberontak? Atau kisah Jepun menyiksa rakyat China tidak boleh dipaparkan kerana takut menyebabkan orang Cina hari ini bertindak ke atas orang Jepun?

Sebenarnya kebimbangan DAP hanya membuktikan yang segala kebencian DAP terhadap Melayu masih belum menjadi sejarah tetapi merupakan sesuatu yang berkekalan sehingga ke hari ini. 


Oleh itu, ia memberikan alasan yang jauh lebih kukuh agar masyarakat Cina menonton filem ini bagi menimbulkan kesedaran betapa pentingnya kita semua menjaga keharmonian. 

Perbuatan menghasut dan menyebar kebencian hanya menjurus kepada kemusnahan. Sifat angkuh dan perkauman kaum Cina perlu diubah segera atau ia mampu mengulangi sejarah 13 Mei. 


"Nyangan cali pasat... Nyangan bikin hat, maaa!!!"



20 August 2013

Polis tembak penjenayah pun, puak pembangkang tak puas hati... KLIK baca sini!!


Lihat la printscreen twitter diatas... Macam tu lah, takkan ada betulnya tiap kali kerajaan atau pihak berkuasa melakukan tindakkan.  Ada saja yang nak dipersoalkan. 

Lim Lip Eng Ahli Parlimen Segambut dari DAP telah mempersoalkan tindakkan Polis tembak mati sekumpulan anggota kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis di Pulau Pinang, melalui laman twiternya pagi semalam dengan menyiarkan kenyataan berbunyi 'Gangsters! How did you know?



Adakah pemimpin DAP ni sengaja memperbodohkan diri sama seperti kepimpinan anak beranak DAP tentang isu CEC DAP yang menjatuhkan maruah parti itu?


Dalam kejadian berbalas tembak di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong jam 4.30 pagi semalam, Polis berjaya menembak mati 5 orang dan pihak Polis percaya, turut terbunuh ialah ketua kumpulan itu.


Kalau orang yang rajin sikit dan membaca laporan penuh Bernama, sudah dijelaskan modus operandi pihak polis yang telah menyiasat aktiviti geng tersebut sebelum pihak polis bertindak. 


Dan tidak akan ada yang nak jadi bodoh untuk mempertikai tindakan yang dilakukan pihak polis. Untuk selanjutnya... KLIK SINI...

KLIK artikal berkaitan pada tajuk dibawah:

KES TEMBAK MATI 5 KONGSI GELAP: Geng 04 berdendam dengan Polis?


Ekoran kejayaan pihak polis Pulau Pinang menembak mati 5 ahli kumpulan kongsi gelap, awal pagi semalam. Tersebar maklumat mengatakan, geng 04 yang anggotanya kebanyakan dari ahlinya datang dari kaum India sedang merancang untuk menyerang balas pegawai dan anggota-anggota polis.

Selanjutnya KLIK SINI.


11 August 2013

LAPOR POLIS: Upacara ritual keagaaman Buddha di dalam 'Surau'... Klik baca ni!

KAMI menemui satu lagi video( KLIK http://www.youtube.com/watch?v=IL7Qn5Hz05U ) berkaitan agama yang mengajak kita berfikir lebih lanjut. Ia berkaitan satu kumpulan dipercayai agama Budhha menjalankan upacara sembahyan atau ritual keagamaan mereka dalam sebuah surau.

Lokasinya ialah di Surau Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor.

Video berkenaan telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan resort.

Video itu turut dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.com ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah.

Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau.

Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.

Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat bersifat sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletakkan dan tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam resort.

Pada saya, mereka ini mungkin menjalani sejenis program Budhha di resort berkenaan dan tiada lokasi untuk menjalankan upcara sembahyang sehingga pihak resort memberi mereka kemudahan surau untuk menjalankan ucapara itu.

Mynewshub kemudian menghubungi Pengurus Tanjung Sutera Resort Syed Ahmad Alkaff bagi mendapatkan penjelasan.

Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan anggota rombongan terlibat datang dari Singapura. Menurut beliau pihaknya kerap menerima banyak rombongan dan lawatan dari pertubuhan keagamaan di resort mereka.

“Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan.

“Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa,” katanya kepada Mynewshub.my ketika dihubungi hari ini.

Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.

Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya.

Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan – Mynewshub.my

JANJI DITEPATI: BR1M akan dinaikkan tahun depan. KLIK baca sini!


Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Katanya perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.

"Kita melihat untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kepada rakyat. Kita melihat untuk dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang. Untuk tahun depan kita naikkan sedikit," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini.

BR1M yang diberi kerajaan sejak tahun lalu adalah antara inisiatif untuk membantu golongan berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM3,000 sebulan, dengan kadar RM500 untuk satu isi rumah.

Ahmad Husni berkata kerajaan juga melihat kemungkinan untuk melaksanakan dasar rasionalisasi subsidi yang memastikan hanya kumpulan sasar yang layak menikmatinya.

Ini kerana katanya kaedah pelaksanaan sekarang dinikmati oleh semua golongan termasuk yang berpendapatan tinggi dan orang kaya, sekali gus tidak memenuhi matlamat sebenar pemberian subsidi itu. 
- BERNAMA

10 August 2013

LAPOR POLIS: Siasat ucapan raya hina Islam


Ucapan kad Aidilfitri itu berbunyi ‘for malay muslim...Selamat hari raya buat semua, nikmati hidangan head roast pork with ketupat’ seolah-olah mencabar pihak berkuasa dan sengaja menguji kesabaran umat Islam.

Kepada pihak berkuasa diharap dapat menyiasat laporan laman sosial yang memuat naik ucapan Aidilfitri itu seberapa segera. 

Tolong bertindak segera dan tegas terhadap pemilik akuan Facebook itu atas sebab memaparkan gambar kepala babi bersama makanan tradisi hari raya, ketupat dan lemang dalam ucapan Aidilfitri.

Suka hati mak bapak dia je, menghina kita. 

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.