Pendedahan secara terbuka berserta tunjuk bukti dokumen berkaitan isu RM2.6 oleh DS Najib Tun Razak yang sering ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan termasuk di Dewan Negara dan demonstrasi BERSIH tak lama dulu...
Nahhh baca niii, antara kenyataan yang telah beliau siarkan melalui laman FB Najib Razak seperti berikut;
"Hari ini, saya tunjukkan kepada anda bukti bahawa semua RM2.6b sudah dipulangkan selepas 4 bulan saya menerimanya."
"Mengapa pula mahu menerima wang sebanyak itu di dalam akaun peribadi tetapi tidak digunakan dan kebanyakannya dikembalikan? Baca seterusnya."
"Yang dimaksudkan RM2.6 bilion sebenarnya merujuk kepada dana US$681 juta yang saya terima di dalam akaun peribadi saya pada akhir bulan Mac 2013 - iaitu kira-kira sebulan sebelum PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013."
"Seperti pernah diulas beberapa kali sebelum ini, saya diamanahkan mengikut perlembagaan parti untuk mencari sumbangan dan mengurus wang parti secara peribadi dan secara khusus."
"Seperti kebanyakan orang lain, saya ada beberapa akaun peribadi di bank-bank berlainan dan akaun peribadi yang menerima dana ini bukanlah akaun untuk kegunaan peribadi setiap hari tetapi bagi kegunaan aktiviti politik."
"Analisa-analisa sebelum PRU13 menunjukkan bahawa BN mungkin kehilangan lebih banyak kerusi parlimen berbanding PRU12. Saya menghadapi pilihanraya yang agak mencabar dan membimbangkan."
"Saya juga menerima beberapa laporan bahawa setelah mentadbir Selangor dan Pulau Pinang sejak PRU12, Pakatan sudah mengumpul dana yang besar dari sumber dalam dan luar negara."
"Oleh itu, saya bimbang bahawa peristiwa "916" (16 September 2008) besar kemungkinan akan berulang pada PRU13."
"Peristiwa 916 ialah percubaan yang gagal Pakatan sejurus selepas PRU12 untuk membeli dan mempengaruhi berpuluh-puluh ahli-ahli parlimen BN untuk melompat ke Pakatan bagi menjatuhkan kerajaan BN."
"Walaupun pergolakan "Arab Spring" sudah berakhir pada bulan Disember 2012, tetapi pada awal tahun 2013, saya sekali lagi meminta Raja Arab Saudi untuk membantu dengan dana "contingency".
"Baginda bersetuju. Saya membuat keputusan untuk tidak meminta dana dari ahli perniagaan dan taikun tempatan sebagaimana dilakukan PM ke-4 kerana tahu jika berbuat demikian maka mereka akan meminta balasan projek yang bernilai jauh lebih tinggi."
"Saya tidak bersetuju dengan amalan kronisme."
"Oleh itu,, Putera Abdulaziz Al-Saud sekali lagi menulis surat kepada saya pada 1 Mac 2013 bahawa dana sebanyak US$800 juta (yang saya terima tidaklah sampai US$800 juta) akan disalurkan kepada saya secara berperingkat-peringkat untuk tahun itu."
"Di dalam surat itu, Putera Abdul Aziz Al-Saud menyatakan dana ini akan disalurkan samada dari akaun bank baginda ataupun dari sumber-sumber pihak baginda yang lain termasuk syarikat Tanore."
"Mengikut dakwaan DOJ dan WSJ, wang dari syarikat Tanore secara tidak langsung dan berlapis-lapis ini ialah dari 1MDB."
"Tetapi Putera Abdulaziz Al-Sad inilah yang selama ini mewakili Raja Abdullah bagi menyalurkan dana kepada akaun saya termasuk pada tahun 2011 dan 2012 di mana dana diberi dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi dan Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud."
"Tiada sebab pada masa itu untuk saya ataupun bank-bank penerima menyoal ataupun menyelidik dengan sangat mendalam bagi mengenalpasti sumber wang ini ialah dari mana apatah lagi, wang itu dilampirkan bersama surat dari wakil Raja Abdullah."
"Saya meminta bantuan dari Raja Abdullah, baginda bersetuju dan wakil baginda yang menguruskannya."
"Salinan surat-surat ini turut dilampirkan bersama dana yang dipindahkan ke akaun saya di Ambank yang digunakan khusus untuk tujuan politik bagi tempoh beberapa tahun. Sama ada BNM mahupun bank berkenaan tidak pernah mempersoal atau menyatakan kebimbangan terhadap dana ini."
"Saya menerima pemberian berjumlah US$681 juta ini dalam dua transaksi pada 21 Mac dan 25 Mac 2013 - iaitu kira-kira sebulan sebelum PRU13 pada 5 Mei 2013. Dana ini semua telah ditukarkan kepada matawang Ringgit apabila diterima dalam akaun saya."
"Selepas PRU13, saya lihat peristiwa 916 tidak akan berulang dan saya membuat keputusan pada bulan Julai untuk memulangkan semua duit yang saya terima ini kerana tidak lagi memerlukannya."
"Maka selepas Ambank menggunakan masa seketika untuk menukarkan Ringgit dalam akaun saya kembali kepada Dolar Amerika Syarikat, kesemua dana ini dikembalikan kepada sumber yang diterima iaitu Tanore."
"Oleh kerana kadar pertukaran wang berbeza dengan penyusutan sebanyak 10% dari bulan Mac sehingga Ogos, hanya US$620 dikembalikan berbanding dengan US$681 yang diterima."
"Kesimpulannya ialah saya tidak simpan RM2.6b ini. Jika seseorang mahu menyamun pun, tidaklah masuk akal untuk menyimpannya dalam akaun bank di atas nama sendiri dan kita tahu ia bukan dari dana 1MDB di mana kita semua tahu dananya ialah dari sumber pinjaman."
"Wang yang dipinjam mesti dibayar balik dan jika mahu mencuri dari sana tentu akan bermasalah bila sampai masa untuk membayar hutang."
"Sebenarnya, pemimpin-pemimpin Pakatan tahu hakikat ini tetapi tidak mahu mengaku bahawa saya tidak menyimpan RM2.6 bilion ke dalam poket untuk beli cincin atau beg tangan.'
"Tetapi persepsi inilah yang mereka wujudkan di kalangan rakyat kononnya saya merompak, menyamun dan mencuri berbilion-bilion, dan ramai terpengaruh dengan dakyah itu." jelas DS Najib.
Emmm.. Orang kata, makan boleh sebarang makan! Tapi cakap jangan sebarang cakap haaa!!!
Ok, tak tamat lg ni.. Jommm kita terus ikuti penjelasan DS Najib sepenuhnya... Mohhh.. KLIK pada link add dibawah:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155586360370952&id=157851205951
Sekian..
KERAJAAN YG DI ASASKAN SENTIMEN PERSEPSI FITNAH JIJIK TAK KEKAL LAMA
ReplyDeleteArtikel sampah
ReplyDeleteMADEY CELAKA MADEY CELAKA MADEY CELAKA!
ReplyDeleteMAHATHIR MOHAMED LAKNATULLAH!
SEMAKIN LAMA WAYANG TUDUH NAJIB MEROMPAK SEMAKIN JELIK DAN MEREPEK!
semoga Allah ambik balik kuasa kau sebagai perdana menteri wahai mahathir laknatullah, hancurkan parti ph kau dan kau ditangkap polis dilokapkan dibicarakan seaibnya!
kau dah sangat melampau.. dari najib sampai ke jamal hingga ke Shafiee, Tok Pa, sampai Tun Rahah yang sangat mulia pun kau sapu juga demi dendam jahat kau pada Najib dan UMNO.
Apakah kedai roti canai yang najib pernah singgah beli makan juga kau akan heret dakwa dengan Akta AMLA bodoh tu?
berkat malam Jumaat yang makhbul ini aku menadah tangan pada Allah SWT tunjuk segera dan cabutlah kuasa mahathir laknatullah sebagai PM ya Allah!
orang ini terlalu jahat dan zalim melampau sepeti Zionis
hancurkan kuncu2 dan parti2nya seperti dihancurkan tentera Abrahah!
Amiin Ya Allah Ya Arhamarrahimin!
Amiiin..
ReplyDelete