GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

31 December 2013

#LIVE : TERKINI HIMPUNAN HARAM PEMBANGKANG MALAM TAHUN BARU

Berikut adalah sebahagian daripada foto-foto terkini di sebalik gerakkan himpunan haram yang dianjurkan puak-puak anti kerajaan yang bermula petang tadi.

Blog ini akan menghidangkan gambar-gambar terkini dari masa ke semasa untuk pengetahuan pembaca.

Teruskan bersama kami!







Suasana di hadapan Pasar Seni (gambar bawah)... Aktiviti jual baju Turun tergendala kerana dihalau pengurus CM.


Pihak keselamatan bangunan Daya Bumi menjumpai 7 bilah parang 
di bangunan tersebut. 
Parang dipercayai disorokkan di dalam payung.


Malam..
Diaorang mula melayan konsert 
di Dataran Merdeka. Ramai juga tu yang berbaju hitam dan kuning...
Heheheheee!



Pasukan polis jumpa senjata dan ancak 
(sejenis sihir) yg ditanam berhampiran kawasan Dataran Merdeka. 


Jam 9.00 malam - Atas, peserta sudah mula bergerak ke bangunan DBKL sebelum ke Dataran Merdeka.
Gambar dibawah, 9.40pm bermula kekecohan di hadapan Kompleks Beli Belah Sogo.




HIMPUNAN GULING KERAJAAN: @zahid_hamidi Menteri KDN bersuara... KLIK baca ni!


Kita dapat dengar bermacam-macan tanggapan dari pelbagai pihak terhadap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi apabila dikatakan mendiam diri tanpa memberikan sebarang kenyataan terhadap puak-puak anti kerajaan yang menganjurkan himpunan haram mengulingkan kerajaan, sebelum ini.

Kali ini kita sama-sama ikuti kenyataan beliau seperti di bawah:


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menyifatkan cubaan pembangkang menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat dengan cara demonstrasi haram pada malam sambutan Tahun Baharu 2014 sebagai tindakan subversif.

Sehubungan itu beliau menegaskan, Kementerian Dalam Negeri tidak akan membenarkan budaya subversif politik ciptaan pembangkang daripada terus menular pada masa hadapan kerana keselamatan negara dan kepentingan rakyat terbanyak perlu diutamakan kerajaan.

"Atas dasar ini, Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi soal keselamatan rakyat terbanyak yang cuba diperjudikan pihak pembangkang melalui demonstrasi jalanan pada malam sambutan Tahun Baharu 2014, bertujuan mencetuskan suasana huru-hara.

"Jadilah pembangkang yang bertanggungjawab dan jangan cuba menangguk di air keruh. Mereka perlu hentikan segera budaya politik (subversif) ini. Hormati sistem demokrasi yang menjadi amalan negara kita," katanya dalam kenyataan perutusan Tahun Baharu kementerian itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menggesa rakyat supaya menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan jangan membenarkan diri diperalat pihak pembangkang kerana sebarang ketidakpuasan hati terhadap kerajaan boleh disalurkan melalui jalan yang betul.

"Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dan bersama-samalah kita memelihara nikmat keamanan tidak ternilai ini kerana kemajuan negara kita hanya akan tercapai jika keharmonian ini kekal. Jangan benarkan diri kita diperalatkan pihak tidak bertanggungjawab," jelasnya.

Beliau seterusnya memberi jaminan bahawa Kementerian Dalam Negeri akan terus memperkasakan semua agensi di bawah kementerian itu bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik pada masa hadapan, khususnya dalam aspek keselamatan.

ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI


2014: Perutusan Tahun Baru YAB. Perdana Menteri


Negara yang terus cekal menghadapi cabaran adalah negara yang ditakdirkan untuk mengecap kecemerlangan.

Hakikat ini menjadi lebih bermakna apabila tahun baru bakal tiba sekali lagi. Semangat kecekalan inilah yang akan menemani kita, dan memperkasakan kita dalam mengharungi masa hadapan. Dalam lembaran sejarah, kemenangan sentiasa berpihak kepada negara yang tabah, terus bersatu dan bersama-sama berusaha untuk menghadapi cabaran yang menguji mereka.

Benar, ketika Tahun Baru semakin hampir, kita bakal menghadapi pelbagai cabaran tersendiri, sama seperti generasi-generasi sebelum kita.

Ada yang berpendapat bahawa dugaan-dugaan kita dewasa ini adalah jauh lebih besar, ada pula yang berpendapat ianya tidaklah sehebat dulu.

Walau apa pun pandangan kita tentang hakikat ini, kita tidak boleh menyerah kalah. Kita harus terus mara ke hadapan dan menghadapi semua ini seperti yang kita lakukan sebelum ini dengan kesungguhan, keberanian dan solidariti.

Kita harus terus mempercayai diri sendiri, dan membuktikan kemampuan kita.

Jangan kita lupa bahawa pembangunan negara adalah tanggungjawab setiap individu di Malaysia. Ia tidak boleh diletakkan di atas bahu hanya seseorang individu atau sekumpulan individu semata-mata.

Ia adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun agama. Ini hakikat sejak zaman berzaman. Jika kita ingin berjaya, kita harus sama-sama berdiri dan memikul tanggungjawab ini. Jadikanlah ia sebagai misi peribadi kita.

Akhir kalam, saya mengambil peluang ini untuk menyeru setiap rakyat Malaysia agar melakukan apa yang selama ini kita laksanakan dengan baik. Bersama-sama memikul tanggungjawab peribadi untuk menjadikan negara kita lebih makmur dan harmoni.

Selamat Tahun Baru 2014.

Selanjutnya,
anda boleh baca dan ikuti perutusan penuh
 YAB PERDANA MENTERI 
sempena
Tahun Baru 2014
KLIK


#flashmob PAS SG.BESAR: Peserta lari bila berlaku kemalangan.


Pagi tadi lebih kurang 10 orang kepimpinan dan ahli-ahli PAS Sg Besar, Sabak Bernam, Selangor menganjurkan #flashmob mambantah kenaikan harga barangan.

Untuk menarik perhatian orang ramai, mereka telah berhimpun di persimpangan lampu isyarat Simpang Tiga Loji, Sg Besar.

Antara yang pemimpin yang dikenali hadir ialah Fadzlin bin Taslimin; YDP PAS Kwsn Sg. Besar, Salleh bin Hussin; Timb. YDP PAS Kwsn Sg. Besar, Rojikin bin Sarbini; Naib YDP  PAS Kwsn Sg Besar dan Zulkifli bin Ibrahim; Ketua Penerangan PAS Kawasan Sg. Besar.

Apa yang berlaku, setelah memasang dua kain rentang dan berkumpul, tiba-tiba satu kemalangan berlaku di lampu isyarat tersebut membabitkan sebuah kereta dan lori.

Menurut maklumat, insiden berlaku apabila pemandu lori leka melihat peserta-perserta flashmob PAS bersorakkan dan berkumpul menyebabkan lori yang dipandu melanggar sebuah kereta yang sudah brhenti di trafik light berkenaan.

Yang menariknya, untuk mengelakkan dari di tuduh sebagai punca... Para pemimpin serta peserta flashmob yang berkumpul segera beredar dari tempat kejadian.

Disebabkan kemalangan itu, program flashmob yang diatur hanya sempat berjalan tidak sampai pun tempoh masa sejam.

Bila kemalangan dah berlaku, semua pergi melarikan diri. Kihkihkihhhh!

@PDRMsia : Amaran dan mencabar kaum Cina Penang terang-terangan. KLIK baca ni!


Lagi MP menemui kenyataan amaran dan mencabar kaum cina Pulau Pinang secara terang-terangan daripada akaun facebook yang sama dengan mengguna pakai nama Pembunuh Cina.

Terdahulu kenyataan seumpama ini MP temui di di laman facebook page Rakyat News. ( KLIK ) Amaran kali kedua yang dimuat turun semalam ditemui berada dilaman Portal Rasmi Kerajaan Pulau Pinang.


Tindakkan ini dilihat, ekoran dari ujudnya rancangan pihak-pihak tertentu mahu menggulingkan kerajaan oleh beberapa kumpulan anti kerajaan dan dijangka akan dilakukan pada malam ini.

Antara kenyataan amaran yang diberikan adalah seperti berikut:


Yang jelasnya, mereka turut melafazkan sumpah janji, bukan hanya memberi amaran sepertimana sebelum ini... sanggup bermandi darah seandainya ada pihak yang cuba mengancam negara ini.

Namun, apa yang penting dan perlu di ambil kira atas maklumat yang ditemui ini.

Rakyat Pulau Pinang khususnya, diminta elakkan diri dari mendekati atau menyokong dalam mana-mana penganjuran demonstrasi haram yang berjalan pada malam ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini menimpa diri dan keluarga selain dapat memudahkan pihak berkuasa menjalankan tindakkan terhadap mereka-mereka yang terlibat.

Harus di ingatkan juga, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012.

30 December 2013

#flashmob pembangkang di Johor Bahru salah guna kanak-kanak. KLIK baca ni!


Bertempat di di persimpangan lampu isyarat, Jln Kebun Teh, Larkin, Johor Bahru, telah diadakan satu lagi #flashmob bagi membantah kenaikan harga tol, tarif elektrik serta barang-barang keperluan dan GST yang dikatakan bakal membebankan rakyat.

Menurut maklumat yang diterima, program tersebut dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Johor Bahru yg diketuai oleh YB Abdullah Husin (ADUN Puteriwangsa) itu turut dihadiri oleh pimpinan pakatan pembangkang antaranya ADUN Pengkalan Rinting Cheo Yee How serta TAN Poh Lai - Ketua Wanita PKR, Johor Bahru.


Program hanya sempat berjalan selama sejam, dari 4.30 dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Namun yang paling menarik ialah, program tersebut GAGAL mendapat sambutan orang awam seperti yang dharapkan. Menurut pemerhati yang hadir di program tersebut, hanyalah dari kalangan penyokong parti serta NGO pro pakatan dengan jumlah keseluruhan tidak sampai 35 orang.
Apa yang mengejutkan apabila ibubapa membawa anak-anak mereka ke program tersebut. Kerana hanya mementingkan kepuasan dalam berpolitk, lupa memikirkan keselamatan anak-anak.

Dalam umur yang setahun jagung, kanak-kanak ini sudah didedahkan kepada unsur propaganda menentang kerajaan oleh mereka.

Begitulah pembangkang... Apa yang dilakukan sudah pasti sesuatu yang amat merbahaya kepada masa depan generasi negara pada masa depan dan sudah tentu tindakkan ini salah disisi undang-undang juga patut diambil tindakkan... Tak terpikir ke?

ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI

@SPADChannel : SPAD perkenal tambang fleksibel bas sekolah untuk kebaikan rakyat.


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan terus melakukan sifat menang-menang kepada semua pihak. Lagipun SPAD tidak sesekali membuang unsur kebajikan dan bebanan kepada rakyat. SPAD akan mengimbangi kepentingan semua pihak tanpa menjejaskan kepentingan rakyat.

Terbaru, SPAD akan memperkenal mekanisma kadar bagi bas sekolah pada pertengahan tahun depan. Tambang fleksibel bagi keseragaman tambang bas sekolah dibandar dan diluar bandar dengan syarat perkhidmatan yang lebih berkualiti harus diujudkan. Pengusaha yang mahu menaikkan kadar tambang perlu memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

Fungsi dan peranan SPAD adalah jelas. Yakni menambahbaik mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia tanpa menjejaskan kepentingan rakyat.

Kita jangan cepat melatah yang bukan-bukan bila mendengar SPAD akan perkenalkan mekanisma Tambang Anjal pada pertengahan tahun depan. Ianya bukan helah menaikkan tambang bas sekolah tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

Jangan diikut mulut pembangkang. Seperti biasa la, kritikkan serta gosip liar terhadap segala perancangan, tidak ada yang betulnya bagi mereka.

Pendekatan rejim mereka memberikan subsidi RM300 dilihat langsung tidak mengambilkira mutu perkhidmatan bas sekolah. Itupun mereka hanya berjanji sahaja, Kerana setakat ini belum nampak pun mereka telah melaksanakannya.

Kerajaan BN tak zalim. SPAD juga tak zalim. Dan kezaliman bukan peel kelaziman BN pun. Yang menuduh kerajaan BN zalim ialah puak-puak anti BN. Mereka membutakan hati mereka dari melihat kebaikan-kebaikan banyak BN. Ramai tidak tahu akan kewujudan bas GO-KL yang percuma disekitar bandaraya Kuala Lumpur. Adakah perkhidmatan percuma itu satu kezaliman kepada rakyat?

Kita tidak perlu menjadi prejudis terlampau dan melampau-lampau dalam hal ini keatas SPAD dan kerajaan BN. SPAD tidak akan sesekali melakukan kezaliman keatas rakyat melalui mekanisma Tambang Anjal nanti.

Untuk bersama SPAD... KLIK SINI.

Polis dicabar dalang perhimpunan haram. KLIK baca ni!


Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak gentar dengan ugutan saman daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang yang dikenal pasti terlibat sebagai dalang utama perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Selasa ini.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dan ugutan saman itu tidak akan menghentikan siasatan yang dilakukan.

"Itu (saman) hak mereka... Tetapi mereka harus ingat polis juga mempunyai bukti berdasarkan siasatan yang telah dibuat," kata Amar Singh ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.

Amar Singh berkata demikiaan ketika diminta mengulas tindakan saman RM100 juta terhadap beliau yang bakal dilakukan oleh oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Turut menyatakan akan mengambil tindakan saman ialah Jingga 13.

Semalam dalam sidang akhbarnya, selain SAMM dan Jingga 13, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) turut didedahkan Amar Singh sebagai empat NGO yang menjadi dalang utama perhimpunan Selasa ini.

Dalam pada itu Amar menjelaskan, beliau tidak menyebut perancangan mengebom itu dilakukan oleh NGO terbabit tetapi risiko itu mungkin dibuat oleh individu lain yang menyertai perhimpunan itu.

"Ketika sidang akhbar, saya menyebut tentang empat NGO itu dikenal pasti akan hadir dan berhimpun di situ. Perhimpunan itu pula salah di sisi undang-undang dan mereka tidak dibenarkan berhimpun kerana tidak memohon sebarang permit.

"Kenyataan saya tentang ancaman bom dan senjata berbahaya itu tidak menjurus kepada NGO terbabit sebaliknya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh individu di laman Facebook, sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Bard dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan itu dan akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta terhadap Amar Singh.

Menurutnya, kenyataan Amar Singh semalam adalah amat mengejutkan kerana mengaitkan dirinya dan SAMM dengan tuduhan menganjur himpunan menggulingkan kerajaan.

Timbalan Koordinator Jingga 13 Malaysia, Amirzudin Ahmat pula berkata, pihaknya telah melantik peguam dan tidak teragak-agak untuk memfailkan saman terhadap PDRM dan beberapa media lain.

"Jingga 13 menyangkal dan membantah serta menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat Amar Singh bahawa kami akan menimbulkan kekacauan serta membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan di perhimpunan itu," katanya. - UtusanOnline.

Babi Tunggal 'moskot' perhimpunan haram di Penang? KLIK baca ni!


Alangkah terkejutnya MP, bila di awal-awal pagi lagi menerima kiriman dari pembaca gambar seekor 'babi tunggal' duduk bersuka ria meragut rumput bersama sekumpulan remaja bermain bola di tengah padang.

MP tidak pasti sama ada babi yang sebesar itu bertuan atau tidak. Tapi, yang pastinya kehadiran babi tersebut telah meresahkan penduduk di sekitar penempatan yang majoritinya Islam disitu.


Berbalik kepada maklumat si pengirim, mengikut penduduk setempat babi ni di bawa oleh sekumpulan geng India sekitar jam 2.30 pagi tadi dengan sebuah lori dan di lepaskan di padang riadah berdekatan Sungai Ara.



Persoalannya, apakah tujuan dan niat mereka meletakkan seekor babi tunggal atau lebih senang MP dengan panggilan 'lembu cina' itu di kawasan tersebut, masih lagi menjadi tanda tanya.

Adakah dek kerana negeri telah di perintah pemimpin cina, Pulau Pinang kini sudah boleh di penuh dengan lembu-lembu cina berkeliaran di tempat awam?


Sehingga ada suara-suara dari penduduk mengatakan, agaknya ini semua persediaan untuk dijadikan moskot dan akan di lepaskan pada perhimpunan haram, esok malam... Betul ke? Hahahahahaaaa!!!


Apa dia SPAD..? KLIK baca ni!


Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar 

SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM (SPAD) ditubuhkan secara rasmi dan mula diperkenalkan pada 3 Jun 2010.

MENERAJU Transformasi Pengangkutan Awam

Penubuhannya dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan secara langsung diletakkan dibawah pengawasan beliau bagi memastikan SPAD dapat melaksanakan tugas dan objektif penubuhannya secara lebih efisyen dan efektif.

Sepertimana yang digariskan di dalam Pelan Transformasi Kerajaan. Di dalam usaha membaik pulih perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia, SPAD mengambil peranan penting bagi menjayakan salah satu agenda utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pengangkutan awam bandar serta luar bandar.

MEMPERTINGKATKAN
Kekerapan dan mempercepatkan masa perjalanan.

Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta mengawalselia pengangkutan awam darat di negara ini seperti keretapi, bus dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi.

SPAD juga turut menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Meskipun SPAD hanya berkuasa di Semenanjung Malaysia, ia tetap tidak mengabaikan Sabah dan Sarawak demi manfaat rakyat.

TEKSI Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma)

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata segala peruntukan yang diluluskan, turut diagihkan kepada dua wilayah tersebut.

Peruntukan itu adalah untuk memperbaiki mutu pengangkutan darat di seluruh negara, katanya.

Bagi mengenali lebih mendalam serta maklumat penuh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau singkatannya SPAD, sila layari portal rasminya di alamat http://www.spad.gov.my 

29 December 2013

GULING KERAJAAN: Laporan dan bantahan besar-besaran di Kluang. KLIK baca ni!


Petang tadi, satu lagi laporan polis dan bantahan yang diterajui oleh Timbalan Ketua UMNO Bahgian Kluang, Md Nurhalim Md Amin berkaitan Perhimpunan Guling Kerajaan yang bakal diadakan pada malam tahun baru 31 Disember nanti.


Bukan sahaja Melayu, malah masyarakat India dan Cina juga turut sama menyertai bantahan tersebut bagi menunjukkan rasa hampa terhadap perhimpunan haram yang telah dirancang.

Noorhafiman, Pengerusi Belia 4B Kluang.

"Demonstrasi atau protes secara haram bukanlah budaya kita. Wakil rakyat setiap kawasan telah oun di lantik, seharusnya wakil-wakil rakyat itu membawa luahan hati rakyat untuk di usul dan dibahaskan. Bukannya bersuara di jalanan," kata Noorhafiman sebagai
Pengerusi Gerakan Belia 4B Kluang yang turut sama menyertai bantahan tadi.


Bantahan dan laporan yang dibuat di Balai Polis Daerah Kluang itu turut disertai oleh sayap-sayap komponen BN, UMNO termasuk lebih 20 gabungan NGO Melayu, Cina serta India.

Antaranya Belia 4B Kluang, Persatuan Bekas Komando, PERKASA, Gabungan NGO Melayu, Belia Sinar Oked, Persatuan Bekas Tentera Kluang, Kelab Rukun Tetangga Kluang, Belia Bell India Kluang, Persatuan Masjid dan Surau Kluang.



ARTIKAL TERDAHULU KLIK DIBAWAH:


ISU 5 BOM: @PDRMsia Selamba Rafizi jawab 'ada'.. KLIK saksi video!


KLIK VIDEO DIBAWAH.


Kalau ini jawapannya, maka benarlah dakwaan yang mengatakan bom akan di pasang pada lima lokasi pada malam 31 Disember sepertimana yang tertulis pada email yang dapat dipintas dan di tujukan kepada Rafizi Ramli tu...

Artikal sepenuhnya KLIKSINI.

TURUN : Protes Tak Pakai Otak. KLIK baca ni!


Sekiranya pihak yang mengajak orang ramai turun menyertai protes jalanan ini bersikap bertanggungjawab maka mereka hendaklah mengambil tanggungjawab berkenaan penganjurannya juga. Inilah yang kita namakan kematangan dalam melaksanakan hak berhimpun. Mereka tidak boleh meletakkan tanggungjawab berkenaan perhimpunan ini ke atas pihak berkuasa seperti polis dan Dewan Bandaraya atau peserta semata-mata.

Inspirasi Akta Perhimpunan Aman adalah untuk meletakkan tanggungjawab kepada penganjur dan peserta perhimpunan, bukan kepada pasukan polis. Pihak polis hanya menjadi pemudah cara dalam perjalanan perhimpunan tersebut. Sekiranya mereka yang berkempen mengajak orang ramai turun dan menyertai protes jalanan ini enggan mengambil tanggungjawab sebagai penganjur, maka kredibiliti dan sikap bertanggungjawab mereka juga boleh dipersoal.

Seperkara lain yang menjadi persoalan adalah keikhlasan protes ini. Adakah ia benar-benar untuk rakyat atau ada dalang atau tujuan lain di sebalik penganjurannya?

Persoalan ini timbul kerana ramai juga yang melihat bahawa protes jalanan ini mempunyai agenda menentang kerajaan dengan cara bercanggah dengan demokrasi atau bercanggah dengan perhimpunan aman yang dibenarkan oleh undang-undang dan sistem demokrasi kita. 

Keengganan TURUN, yang dikaitkan dengan penganjuran protes ini untuk mengambil tanggungjawab penganjuran dan meletakkannya kepada peserta menjadi tanda tanya.

Adakah ada dalang lain di sebalik penganjurannya? 

Sekiranya TURUN menghormati sistem demokrasi dan mendaulatkan undang-undang, maka peruntukan akta dan undang-undang berkaitan perhimpunan hendaklah dipatuhi. Ambillah tanggungjawab sebagai penganjur.

Kita perlu tahu, sekiranya protes ini boleh ditafsirkan sebagai satu aktiviti yang boleh meletakkan sistem demokrasi dalam bahaya, maka pihak penganjur dan peserta perlu mengambil perhatian tentang kedudukan undang-undang jenayah mengenai kesalahan terhadap negara. 

Seksyen 124B Kanun Keseksaan menyatakan, "Barang siapa, dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun". 

Cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen juga satu kesalahan. Ini disebut dalam Seksyen 124C Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Oleh itu, sekiranya protes jalanan 31 Disember ini dikaitkan dengan Himpunan Guling Kerajaan yang pernah disebarkan dahulu, perhatian serius hendaklah diberikan oleh peserta dan juga TURUN kepada peruntukan Kanun Keseksaan ini kerana ia perbuatan atau aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Secara umumnya perhimpunan aman yang dikelaskan sebagai 'kebebasan asasi' dan menjadi milik atau hak rakyat dan seterusnya diterima sebagai perhimpunan dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undang adalah perhimpunan yang menepati kehendak undang-undang. 

Jika perhimpunan itu bercanggah dengan undang-undang maka ia bukan lagi menjadi suatu hak yang boleh dituntut.

Protes jalanan bukan jalan terbaik menangani masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat. Pendekatan protes jalanan seperti ini boleh mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. 

Sekiranya rakyat mahukan keprihatinan kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup, salurkan penyelesaian kepada masalah itu, bukan membuat masalah lain yang bukan sahaja tidak boleh menjamin penyelesaian, bahkan menambahkan lagi masalah sedia ada.

Selanjutnya KLIKSINI.

MP: Kalau nak protes pun, ikutlah undang-undang... Takde otak ke, weiii?

ARTIKAL BERKAITAN KLIKSINI: 
Polis Kenal Pasti 4 Dalang



HANGAT!!! Dalang utama perhimpunan haram 31Disember dikenal pasti. KLIK baca ni!


Polis mendedahkan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro pembangkang sebagai dalang utama perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan pada sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka, Selasa depan.

Empat pertubuhan tersebut adalah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dikatakan turut merancang menimbulkan kekecohan dengan menggunakan senjata.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya telah mengenal pasti kumpulan tersebut berdasarkan hasil maklumat dan risikan.

"Justeru polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang akan menggugat ketenteraman awam pada malam tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam.

Amar Singh seterusnya menegaskan, perhimpunan itu adalah haram kerana pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak penganjur perhimpunan sehingga kini.

Katanya, jika diteruskan perbuatan tersebut melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan peserta boleh ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran agar orang ramai tidak terpengaruh dengan hasutan penganjur kerana perhimpunan tersebut jelas menyalahi undang-undang.

"Mengikut peraturan, penganjur perlu menyerahkan notis kebenaran berhimpun 10 hari sebelum perhimpunan diadakan tetapi sehingga kini pihak kami tidak menerima sebarang notis daripada mereka," katanya.

Menurut Amar Singh, pihaknya turut mendapat maklumat kumpulan tersebut menguar-uarkan ancaman untuk membawa senjata berbahaya termasuk bom tangan dalam perhimpunan itu.

"Selain itu, kami difahamkan ada segelintir kumpulan merancang mendirikan khemah kerana mahu menimbulkan suasana tegang untuk mencabar undang-undang dan kedaulatan negara.

"Bagaimanapun, pihak kami telah mempersiapkan anggota sebagai persediaan jika berlaku sebarang kekecohan dan provokasi yang boleh mengganggu kira-kira 20,000 orang awam yang dijangka hadir menyambut ambang tahun baru di kawasan tersebut (Dataran Merdeka)," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan penutupan Jalan Raja dan Jalan Susur Kinabalu ke Jalan Raja bagi memastikan lalu lintas berjalan lancar sempena sambutan ambang tahun baharu.

"Jalan Raja akan mula ditutup mulai pukul 12 tengah malam pada Isnin ini manakala Jalan Susur Kinabalu ke Jalan Raja akan ditutup mulai pukul 6 petang, hari yang sama. Bagi mengelakkan gangguan lalu lintas, orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan kenderaan awam," jelasnya.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd

28 December 2013

PERHATIAN!!! Kosmetik disahkan beracun. KLIK baca ni!


Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik Sensual Meiji Skin Renewer Cream yang dikesan mempunyai racun berjadual asid azelaik.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Datuk Eisah A. Rahman berkata produk yang dikilangkan di Taiwan itu diuji serta dikesan mengandungi racun yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Katanya produk yang mengandungi asid azelaik, perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, yang bertujuan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi merawat masalah jerawat dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

"Penggunaan asid tanpa mendapat nasihat kepakaran daripada profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini seperti bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, kegatalan, kesan kemerahan, kulit mengelupas dan perubahan warna kulit," katanya.

Beliau berkata syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk itu diarah memberhentikan penjualan atau pembekalan dengan serta-merta dan memanggil balik kesemua stok produk itu dari pasaran dalam tempoh 72 jam.

"Sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta merta," katanya.

Eisah berkata pemilikan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika didapati bersalah boleh dihukum maksimum tiga tahun penjara dan denda RM25,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, beliau berkata syarikat yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 dan hukuman bagi kedua-dua individu ataupun syarikat akan meningkat jika didapati mengulangi kesalahan sama.

Pengguna yang mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik, dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, di talian 03-8835532/5533/5537.
- Bernama


LAPOR POLIS: Rancangan memasang bom di lima lokasi pada malam 31 Disember.

Pengerusi Persatuan Muka Buku P.Pinang, Salleh Ismail (tengah)
menunjukkan laporan Polis yang dibuat, pagi tadi.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Muka Buku Pulau Pinang, pagi ini bertindak membuat laporan polis berikutan pendedahan blog The Unspininner (KLIK) berkaitan satu email yang dipintas dan datangnya dari penama Rahim Ghouse ditujukan kepada seorang ahli parlimen pembangkang, Rafizi Ramli seperti merancang hendak meletupkan bom di 5 lokasi pada malam baru, 31 Disember ini.

Menurut Salleh Ismail sebagai pengerusi persatuan, laporan dibuat bertujuan untuk meminta supaya pihak Polis mendapatkan keterangan lebih jelas dari Rafizi Ramli berkenaan kenyataan yang tertulis pada email berkenaan dan menjalankan siasatan terperinci terhadap pemilik blog serta sesiapa saja yang terlibat dengan hal ini kerana jelas ini telah dan akan melibatkan kepentingan juga keselamatan orang awam, nyawa anggota keselamatan yang bertugas pada malam menyambut tahun baru 2014 itu nanti.



Salleh bersama pihak media.

Memetik dari artikal di ruangan blog
http://theunspinner.blogspot.com pada semalam, pemilik blog tersebut ada menerima satu email dari satu sumber dari Rahim Ghouse ke Rafizi Ramli yang memberi amaran awal akan penggunaan taktik lama bom (KLIK) di beberapa kawasan pada malam 31 Disember nanti.

ARTIKAL BERKAITAN: KLIK SINI

27 December 2013

GEMPAR!!! Bukti pembangkang akan pasang 5 bom untuk guling kerajaan!

Emel Rahim Ghouse kepada Rafizi Ramli Bocor. 5 Bom dipasang pada Perhimpunan Gulingkan Kerajaan untuk cetuskan kekecohan.


Selanjutnya KLIK LINK dibawah:

Dr. Mahaya di balun tentera siber pembangkang. KLIK baca ni!



Prof Mahaya Diserang Tentera Siber “Red Bean Army” Pembangkang

Hanya kerana memberikan pandangan yang berbeza, berhubung isu kenaikan kos sara hidup penceramah terkenal Prof Dr Muhaya Mohamad telah diserang dari pelbagai sudut khususnya dari tentera siber pembangkang yang dikenali sebagai ‘Red Bean Army’.

Prof Mahaya sebelum ini ketika diminta mengulas mengenai isu kenaikan harga barang meminta agar masyarakat berfikiran positif sebagai pendekatan untuk mencetus inspirasi. Menurutnya, umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.

“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.

“Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif, hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif,” katanya.

Mereka bukan sekadar tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan, malah turut melemparkan kata-kata kesat, memaki hamun dan memberikan pelbagai gelaran yang tidak baik kepadanya.

Berikut adalah antara kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap beliau:

#flashmob : Pembangkang Gagal Lagi... KLIK baca ni!


Satu Lagi Program FlashMob Pembangkang GAGAL

Bertempat di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur, telah diadakan satu #flashmob bagi membantah kenaikan tarif elektrik yang dikatakan bakal membebankan rakyat. Program yang dipercayai anjuran pakatan pembangkang itu turut dihadiri oleh pimpinan dari Pas Wilayah Persekutuan.

Selain itu, pihak penganjur turut menyediakan petisyen kononnya untuk ditandatangani oleh orang ramai sebagai tanda sokongan terhadap program yang djalankan. Menurut salah seorang ahli jawatankuasa penganjur yang ditemui, mereka menjangkakan sebanyak 10,000 tandatangan dapat dikumpul dan akan diserahkan kepada pihak menteri yang bertanggungjawab menjelang acara kemuncak yang akan diadakan pada malam sambutan tahun baru.

Program yang bermula dari 5.00 petang itu, berakhir pada jam 7.00 petang di beberapa lokasi LRT antaranya Stesyen Masjid Jamek, Damai, Keramat, Segambut, Kampung Baru, dan Bangsar.

Namun yang paling menarik ialah, program tersebut GAGAL mendapat sambutan seperti yang dharapkan. Menurut pemerhati yang hadir di program tersebut, hanya sekitar 50-70 orang warga kota sahaja yang berminat untuk menandatangani petisyen yang disediakan oleh pihak penganjur itu.


Lebih malang lagi, petisyen tersebut langsung tidak menepati seperti kebiasaanya. Ini kerana mereka yang ingin menurunkan tandatangan, tidak perlu mengunakan nama sebenar, nombor kad pengenalan dan sebagainya. Dalam erti kata lain, sesiapa sahaja boleh menurunkan tandatangan dan orang yang sama boleh mengunakan pelbagai nama dengan berulang kali.

Menarik bukan! Ini bermaksud pengajur cuba menipu orang ramai kononnya program yang dianjurkan mendapat sokongan. Ertinya walaupun mereka hanya mampu mengumpulkan 500 tandatangan, namun ada kemungkinan wujud penipuan bagi memastikan kononnya ia mendapat sambutan.

Kesimpulannya, selepas GAGAL merampas pentadbiran Putrajaya di dalam pilihanraya umum yang lalu, pembangkang tidak lagi mendapat sokongan rakyat secara keseluruhan. Malah pelbagai penipuan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim di dedahkan kepada umum, rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap mereka.

Maka untuk mengembalikan keyakinan rakyat, mereka perlu mementaskan dram penipuan yang baru, bagi memastikan sokongan dapat diraih kembali. Namun bak kata orang dulu-dulu, mana mungkin rakyat tertipu lagi.

#HGK13 Demo Guling Kerajaan : Tipuuu!!! MB Kelantan turun juga...


Keputusan Menteri Besar dan PAS Kelantan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi jalanan yang akan diadakan pada malam sambutan tahun baru ini telah mengejutkan ramai pihak khususnya mereka yang begitu taksub dan fanatik dengan fahaman revolusi.


Apa yang menarik katanya, keputusan tersebut dibuat dengan sebulat suara melalui mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang dipengerusikan oleh MB, Dato Ahmad Yaakob di Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu malam kelmarin.

Keputusan Ahmad Yaakob, turut mendapat pujian dari bebrapa pihak. Hingga ada yang mengatakan, keputusan beliau itu adalah jauh lebih berbeza dan bersikap lebih terbuka dibandingkan MB Kelantan terdahulu.


Namun, apa yang berlaku (KLIK) itu semua hanyalah omong kosong dari tong yang kosong. Tak pun sampai 24 jam, apa yang di sebut semuanya berubah, semalam.

Alasan beliau untuk tidak menyokong dan menolak demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 atas sebab TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, 'GULINGKAN KERAJAAN' dan akhirnya menerima semula, jelas menampakkan sikapnya kira serupa saja macam Nik Aziz, mantan MB Kelantan yang lalu.

Tak tahan tekanan kot...
Tu sanggup menipu lagiii!!!
Kesimpulannya golongan ulama parti itu masih lagi takut untuk menentang kehendak dan kemahuan kumpulan‘liberal’ yang semakin menguasai PAS. Tu la yang sebenarnya.

ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.