GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

31 January 2014

MB SELANGOR: Khalid akui nasib dirinya 50-50... KLIK baca ni!



Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim akhirnya terpaksa mengakui tiada sebarang kepastian untuknya terus kekal menerajui kepimpinan negeri sekiranya Anwar Ibrahim berjaya memenangi kerusi Dun Kajang kelak. Dia yang berkata ketika diwawancara oleh salah sebuah portal pembangkang hanya mampu mengatakan 50-50.

"Dia (Anwar) boleh cakap 'Saya perlukan awak' atau 'saya tak perlukan awak,” katanya seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut.

Walau bagaimanapun menurut Khalid ia bergantung pada keputusan Sultan Selangor sama ada berkenan untuk menerima sebarang cadangan untuk menukar Menteri Besar atau mengekalkan yang lama. Ini kerana perlembagaan Selangor menyatakan Sultan mempunyai kuasa istimewa untuk memilih calon sendiri walaupun calon yang dicadangkan mendapat sokongan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam erti kata sebenarnya memang wujud cadangan untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar yang baru sekiranya PKR berjaya mempertahankan kerusi Dun Kajang. Namun sama ada Anwar mampu merealisasikan impian tersebut atau tidak bergantung pada perkenan Sultan.

Persoalannya ialah sampai bila rakyat ingin terus diperbodohkan dan ditipu oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini?

Ini kerana dia yang juga merupakan Ketua Umum PKR sebelum ini menafikan akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Menurutnya, segala dakwaan mengenainya adalah spekulasi semata-mata.


"Ianya spekulasi semata-mata dan perkara ini telah berlarutan semenjak tahun 2008," katanya sebelum ini.

Persoalannya ialah, sekiranya benar ia hanyalah spekulasi semata-mata, apa rasionalnya bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan? Untuk apa Anwar dipilih untuk bertanding sebagai Adun di kawasan tersebut? Dan yang paling penting, mengapakah Khalid sendiri seperti tidak pasti sama ada meneruskan tugasnya sebagai MB atau sebaliknya?

Kesimpulannya, Anwar sudah berada di satu tahap yang selesa sehingga menyebabkan dia mula merasakan rakyat adalah bodoh dan mudah terpedaya dengan segala kata yang keluar dari mulutnya. Apa sahaja yang dilakukan olehnya tidak menjadi hal, kerana yang penting sebaik sahaja dia membuka mulut semua akan ternganga dan memilih untuk mempercayainya secara bulat-bulat.


Walaupun dengan menjadikan sistem demokrasi negara ini seperti ‘sarkis’ Anwar yakin rakyat akan tetap memilih untuk percaya atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai MACAI (Mempercayai Apasaja Cakap Anwar Ibrahim). Namun apa yang mereka tidak tahu ialah, Anwar sebenarnya layak di angkat sebagai haiwan politik (political animal) kerana sering berubah-ubah demi cita-citanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa di negara ini. Seperti kata orang, tak dapat jadi Perdana Menteri, tapi dapat jadi Menteri Besar pun jadilah.

Berikut adalah di antara penipuan demi penipuan yang pernah dilakukan oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini:

18.08.2012 – Saya akan bersara sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya umum dan menumpukan perhatian untuk menjadi profesor.

07.05.2013 – Saya tidak bersara. Pakatan Rakyat kalah hanya disebabkan oleh bangla (pengundi hantu) dan blackouts.

20.11.2013 – Saya tidak sebut adanya pengundi dari Bangladesh, itu semua adalah fitnah jahat Umno

27.01.2014 – Saya tidak akan menjadi calon untuk kerusi Dun Kajang

28.01.2014 – Khalid akan kekal sebagai Menteri Besar. Saya tidak akan ambil alih jawatan MB.

x.x.2014 – (rasanya ramai yang sudah dapat meneka ungkapan yang bakal Anwar sebutkan nanti, selepas berjaya menang di Dun Kajang)

ARTIKAL BERKAITAN: KLIKSINI

30 January 2014

@SPADChannel : Ujud Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara


SPAD MENYAMBUT BAIK CADANGAN UNTUK MEWUJUDKAN LEMBAGA KESELAMATAN PENGANGKUTAN NEGARA 

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD' atau ‘Suruhanjaya') menyambut baik cadangan untuk mewujudkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara bagi menyiasat dan menangani kes-kes kemalangan ngeri seperti kemalangan di Genting Highland pada 21 Ogos 2013. SPAD akan mengkaji kesemua 20 cadangan dan 51 pelan tindakan penambahbaikan manual prosedur kerja setelah laporan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

Syarikat Genting telah memulakan operasinya setelah mendapat kelulusan lesen daripada agensi yang bertanggungjawab pada tahun 1984, iaitu sebelum SPAD ditubuhkan.

Dalam perkembangan berkaitan, SPAD telah mengkaji semula semua kaedah pemberian permit bagi kenderaan awam yang diamalkan sebelum penubuhan SPAD.

Selain itu, pemeriksaan berjadual bagi kenderaan awam dan perdagangan dilakukan oleh pihak Puspakom bagi menentukan "roadworthiness" manakala struktur reka bentuk setiap kenderaan awam (bas atau lori) termasuk bilangan penumpang bagi bas (duduk dan berdiri) ditentukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan. Disamping itu, Jabatan Pengangkutan Jalan juga bertanggungjawab atas pengeluaran "Public Service Vehicle" (PSV) kepada pemandu pengangkutan awam.

Pihak SPAD hanya mengeluarkan lesen pengendali setelah meneliti beberapa perkara berkaitan dengan syarikat dan sekiranya ada keperluan serta permintaan dari rakyat. Perkara-perkara ini dijelaskan bukannya bertujuan untuk menunding jari malah satu kaedah penyelarasan skop tugas dan tanggungjawab perlu dilakukan dibawah satu agensi dengan kadar segera bagi mewujudkan mekanisme kawalan yang lebih efisien.

Bagi meningkatkan tahap kompetensi pemandu pula, SPAD sedang dalam proses untuk mengeluarkan kad pemandu dalam sistem maklumat pemandu SPAD bagi memantau sikap dan prestasi setiap pemandu pengangkutan awam. Selain daripada itu, SPAD juga telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan SPAD ICOP Keselamatan yang telah berkuatkuasa pada 20 Ogos 2013 untuk semua pengendali bas. Ianya bertujuan untuk memberi garis panduan keselamatan yang praktikal bagi semua pengendali bas demi memastikan keselamatan operasi dan mengurangkan insiden kemalangan. Penambahbaikan ‘Standard Operating Procedure' (SOP) ini telah dimaklumkan kepada Panel Penyiasat.

Hasil utama yang diharapkan melalui program latihan SPAD ICOP - Keselamatan adalah; menjadikan agenda keselamatan sebagai agenda utama bagi setiap pengendali pengangkutan awam darat; menerapkan nilai-nilai moral untuk membantu mengatasi masalah dan kelemahan amalan keselamatan bagi pengendali pengangkutan awam darat; dan menjadikan amalan keselamatan sebagai budaya dan norma industri pengangkutan awam.

Memandangkan lanskap pengurusan keselamatan jalanraya di Malaysia melibatkan beberapa agensi kerajaan, maka SPAD ingin sekali lagi mencadangkan supaya penstrukturan semula agensi-agensi ini dari aspek skop dan tanggungjawab diselaraskan bagi memastikan transformasi keselamatan industri ini dapat dijalankan.

Encik Mohd Nur Kamal Ismal
Ketua Pegawai Eksekutif SPAD.
29 Januari 2014

ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI

#PRKKajang : Permohonan maaf Rafizi 'sarkas' politik Anwar. KLIK saksi video!


Rafizi Jambu Terpaksa Mohon Maaf Bagi Pihak Anwar

Menyedari tindakan bodoh PKR yang popular dengan panggilan Parti Kangkung Rakyat pada ketika ini telah memaksa Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menagih simpati rakyat.

Melalui posting terbaru di laman blognya, Rafizi mengakui tindakan partinya itu, telah mengakibatkan wang rakyat terpaksa digunakan bagi membiayai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang," katanya yang mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu.

Menurut ahli parlimen Padan itu juga, tidak ada penjelasan yang dapat diberikan bagi meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah politik itu. Selaku orang yang bertanggungjawab dia juga akan memikul sepenuh tanggungjawab sekiranya rakyat khususnya pengundi di Kajang bertindak untuk menghukum PKR di dalam PRK yang bakal berlangsung kelak.

Paling menarik dia turut mengakui wujudnya perbezaan pendapat dalam parti itu sehingga mengakibatkan mereka berpuak-puak sehingga menyebabkan rakyat merasa kecewa. Oleh itu langkah yang diambil ini kononnya untuk mengelakkan kerajaan PKR Selangor menerima nasib yang sama ketika Pas memerintah Kedah pada penggal yang lalu.

Dalam erti kata lain, Rafizi akhirnya terpaksa mengakui bahawa parti itu sedang bergolak dan saling berebut kuasa seperti yang dilaporkan oleh pihak media, blog dan laman sosial sebelum ini.


Persoalannya ialah, mereka sebelum ini bukan sahaja menafikan isu pergolakan tersebut malah dengan biadab mengatakan ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh pihak Umno dan BN.

Maka Rafizi sepatutnya perlu terlebih dahulu memohon maaf kepada semua ahli Umno di atas fitnah yang telah dilemparkan selama ini. Kerana pengakuan Rafizi itu jelas membuktikan bahawa PKR selama ini bukan sahaja cuba menutup isu tersebut, malah telah berbohong kepada rakyat bagi mengelakkan parti itu menerima cemuhan masyarakat.

Kesimpulannya ialah, permohonan maaf Rafizi itu hanyalah merupakan taktik murahan demi menagih simpati dan sokongan masyarakat yang jelas marah dengan permainan ‘sarkas’ politik ini.

Ini kerana sekiranya kemarahan tersebut GAGAL diredakan, ia bakal mengundang padah kepada parti itu. Natijahnya, Anwar selaku calon yang bakal diletakkan bertanding bagi mewakili PKR berkemungkinan besar akan menerima kekalahan yang memalukan.

KLIK link dibawah. Saksikan video permohonan maaf Rafizi Ramli :
https://www.facebook.com/photo.php?v=493345657453666

ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI

TRAGEDI BAS GENTING: SPAD dipersalahkan?

Bas terjunam di Jalan Genting Highlands, Ogos lalu.

Apabila pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengatakan dia berasa hairan dengan kenyataan Hishamuddin, persoalannya itu memang punyai asas.

Ia berikutan apabila Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menuding jari kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung tragedi kemalangan bas di Genting Highland tahun lalu.

Hishamuddin dilaporkan berkata jawatankuasa berkenaan menemui kelemahan SPAD meluluskan lesen pengendali sebagai salah satu punca kemalangan itu.

Untuk makluman, SPAD merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam soal perlesenan. Manakala dalam hal ehwal keselamatan pula ia dipertanggungjawabkan oleh agensi-agensi lain.

Padahal sebelum ini, Hishamuddin sendiri telah mengumumkan bahawa antara punca kemalangan adalah bas tersebut didapati dipandu laju melebihi had laju iaitu 50km/jam selain kekurangan kecekapan fungsi brek pada bas berkenaan.

Agak hairan bila Hishamuddin boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu. Apa tujuan dan apa sebabnya masih tidak dapat dipastikan. Samada ada dinasihat atau memandai-mandai, tak tau lah.

Maklumat lain, laporan siasatan Institut Keselamatan Jalan Raya (Miros) juga mendapati kelajuan punca utama kemalangan, Ogos lalu.

Tan Sri Syed Hamid Albar - Pengerusi SPAD

Tan Sri Syed Hamid berkata, "Saya hairan apa pasal nama SPAD sahaja disebut. Jadi saya nak tahulah. Kita nak dapatkan kenyataan dia (Hishamuddin). Untuk bagi komen sekarang tak adil sebab saya tak baca lagi laporan itu. Saya tengok di suratkhabar dan internet. Ia mungkin tak betul.

"Saya tak mahu komen sangat kerana benda itu (laporan) belum lagi dibentangkan di kabinet. Kita pun tak ada salinan. Kita tak tahu apa syor dan apa rasional. Saya pun tak mahu komen lebih kerana kalau kita komen berkenaan liabiliti atau apa-apa ia mungkin mempunyai implikasi undang-undang.

"Menteri boleh cakap apa sahaja dia nak cakap. Tetapi di bawah akta adalah sangat jelas bahawa SPAD adalah di bawah Perdana Menteri. Kalau Menteri ada cadangan, terpulang kepada dia untuk bentangkan kepada Perdana Menteri. Kalau Perdana Menteri membuat keputusan, kita akan laksanakan apa jua keputusan yang dia buat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bas baharu Syarikat Kenderaan S & S Sdn Bhd di Kluang, Johor, semalam. - Sumber


Persoalannya, adakah adil SPAD dipersalahkan? Kenapa Hishamuddin kata begitu? ( KLIK )

ARTIKAL BERKAITAN KLIK DIBAWAH:
- Artikal 01
- Artikal 02






29 January 2014

PRK KAJANG : Tabalkan Anwar sebagai 'Sultan Melaka' ..? KLIK baca ni!

Raja mana ni? Hahahaa!

KJ Sarankan Anwar Ditabal Sebagai Sultan Melaka

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba mempersendakan sistem demokrasi negara. Menurut Khairy, tindakan PKR yang sengaja meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding adalah merupakan pendekatan ‘lawak’ dan menyarankan Ketua Pembangkang menobatkan dirinya sebagai Sultan Melaka.

“Apa punya lawak. Ada baiknya, tabalkan diri kamu sebagai Sultan Melaka” ujar beliau di laman sosial Twitter.


Menteri Belia dan Sukan itu, sebelum ini turut menyindir tindakan tersebut ketika merujuk tweet Timbalan Presiden PKR, Azmin yang mengatakan “zaman kegilaan’. Menurut Khairy “Sekarang saya benar-benar tahu apa maksudnya” sejurus selepas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar telah dipilih untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang.

Manakala bekas calon Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim turut mengecam tindakan tersebut.

“Saya masih tidak jelas kenapa perlu pilihan raya kecil. Anwar patut buat sesuatu yang berwibawa,” ujarnya.

Paling menarik apabila mantan mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang selama ini begitu cenderung mengkritik kerajaan, turut menghantam pendekatan politik pakatan pembangkang itu. Dia secara sinis mengatakan tindakan bekas Adun Kajang hanya bertujuan untuk memberikan laluan kepada kawan-kawan dan menghabiskan duit rakyat.

“Tak ada mana-mana YB nak letak jawatan lagi ke? Boleh bagi laluan (pada) kawan-kawan. Habiskan lagi duit rakyat. Pilihan raya kat main-main saja,” tulisnya.

Disebabkan isu perletakan jawatan dan pilihanraya kecil ini diumumkan, masyarakat turut merasakan ia bukanlah satu tindakan yang bijak.

Tambahan pula ia dilakukan kerana isu perbalahan dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang sebelum ini hangat diperkatakan.

Berikut adalah antara pandangan masyarakat berhubung isu ini.

Mohd Salihin Nadzari : Lantik Anwar bertanding. Anwar ni dah jadi gila macam Sultan Melaka. Eloklah tu Sultan Melaka lak kahwin dengan Nurul Izzah. Nanti bolehlah bawa keturunan Sultan Melaka ke Kajang.

Harimau Malaya II: Kenapa perlu letak jawatan? Kenapa tidak bagi laluan pada Adun Pas sebagai Menteri besar Selangor? Yakinkah kalau Anwar Ibrahim menang dapat restu Sultan sebagai Menteri Besar? Semalam Anwar menafikan bertanding di Dun Kajang, hari ini MB Selangor umum Anwar bertanding. Hari ini Anwar nafikan hendak jadi MB Selangor, nanti dah menang apa yang berlaku? Apa alasan ADUN Kajang letak jawatan? Sakit nazak atau dah mati? Kenapa Anwar jadi calon? Tidak ada ke, anak Selangor yang sesuai jadi calon Dun Kajang?

Harimau Malaya II : KALAU ADE CALON BEBAS MACAM MANA ?? SALAH BN KA ??? KENAPA ADUN KAJANG LETAK JAWATAN WALHAL X NAZAK,XSAKIT DAN X MATI ??? APA KENA MENGENA SELANGOR DAN PUTRAJAYA ???? KALAU BN BERTANDING PON BKN BN DPT RAMPAS SELANGOR .. KENAPA HALANG BN BERTANDING WALHAL MALAYSIA AMALKAN DEMOKRASI ?? SIKIT2 DA NAMPAK BELANG,KEBODOHAN DAN KETAMAKAN ANWAR ......RENUNGKAN

Triton Hilux : Tak tahulah apa alasan yg kukuh utk letak jawatan, dulu rakyat dah mengundi dan menyokong anda, jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada PR (PKR)

Suzana Elani : duk pompang bn barang naik anwar pkr buat pembaziran hanya krn anwar nak jadi SEORANG ADUN

ARTIKAL BERKAITAN : KLIKSINI



WIKIPEDIA : PANASSS!!! Anwar tersenarai sebagai Menteri Besar Selangor. KLIK baca ni!


Dalam pada Anwar cuba menafikan akan menggugurkan Khalid Ibrahim sebagai MB.
Wikipedia dah masukkan nama Anwar Ibrahim dalam list Menteri Besar.
(KLIK DIBAWAH)

List of Menteris Besar of Selangor

Wikipedia, the free encyclopedia - http://en.m.wikipedia.org/wiki/List_of_Menteris_Besar_of_Selangor



ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI


28 January 2014

GEMPAR!!! Masjid Bayan Baru diserang? KLIK baca ni!


Lebih 10 NGO Pulau Pinang membuat laporan Polis dengan mendakwa ada pihak pihak tertentu ingin menyerang Masjid Bayan Baru, sebentar tadi.





Antara NGO yang hadir ialah :

Persatuan Belia Merong 
Persatuan Mukabuku Pulau Pinang
Persatuan Kebajikan Insan Mulia
Perkasa
Squad Rejam
GPMS
Al Ehsan

ADUN KAJANG LETAK JAWATAN: Geng 'fuckatan' tak puas hati. KLIK baca ni!


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh.

Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Selanjutnya KLIKSINI.

MP: Dari maklumat yang diterima sebentar tadi. ANWAR ialah calon PKR untuk pilihanraya kecil DUN Kajang. Ia diumum sebentar tadi dalam PC di Hq PKR.


Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out...

Ini pula kenyataan dari Nasrudin Tantawi.

Pilihanraya kecil ciptaan sendiri. Nak habiskan wang rakyat ? Nak bazirkan masa rakyat ? Nak sia - siakan tenaga rakyat ? 

Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang yang melambung. Tak pasal - pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan. 

Permainkan amanah rakyat yang bekerja, berjuang dan mengundi separuh mati dalam pilihanraya yang lalu. Hanya berlalu beberapa bulan. Cipta pilihanraya kecil ... Ini tidak bagus ! Ini melampau !

Nasrudin Tantawi.

Pas tu PAS ini apa ? Parti Tupper Ware ? Tak bincang sepatah ? Tak runding sikit pun ? Politik apa ini ? Cara dan skil mana digunakan ?

Pas tu nak suruh saya turun berkempen, nak suruh rakan - rakan pimpinan lain turun kempen. Kan dah elok - elok menang. Letak jawatan kenapa ?

Kerana ada yang nak jadi MB ? MB dah ada kan ? Jalan lah dulu. Itu persetujuan dari 3 parti. Kenapa tak sabar nak jatuhkan MB tu ? Dah habis pelan tindakan ? Sampai kena letak jawatan lalu mempertaruhkan masa depan ? Entahkan menang entahkan kalah ?

Kegilaan apa ini ? Sawan politik ?




27 January 2014

Orang Melayu akan bersatu kalau dia pandai... KLIK baca ni!



Setelah terbaca, untuk entri kali ini ingin MP kongsikan bersama satu topik berhubung isu perpaduan dikalangan Melayu yang sering bermain diminda ramai dikalangan kita kebelakangan ini.

Seterusnya ikuti penjelasan serta kenyataan yang disuarakan oleh seorang tokoh akademik negara untuk sama-sama kita fikirkan...


Penyatuan orang Melayu hanya angan-angan - Ungku Aziz

Tokoh akademik, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid (gambar) tidak yakin kaum Melayu akan bersatu kerana faktor sejarah dan penjajahan yang dialami sejak berabad lamanya.

Dalam wawancara disiarkan Berita Minggu hari ini, Ungku Aziz berkata kaum Melayu mempunyai ciri sama dengan masyarakat Arab yang juga sukar untuk bersatu.

"Pada saya orang Melayu tidak mungkin bersatu.

"Orang Melayu seperti orang Arab kerana payah bersatu, tak boleh bercampur. Itu bezanya orang kita dengan orang Jepun," katanya.

Ungku Aziz menegaskan perbezaan yang memisahkan antara orang Jepun dengan bangsa Melayu adalah kerana penduduk negara matahari terbit tersebut berkongsi banyak persamaan, tidak seperti kaum Melayu.

"Mereka (orang Jepun) bersatu dalam satu negara, bangsa dan sejarah yang sama.

"Orang Melayu pula dikacau oleh penjajah Portugis, Belanda dan itu antara faktor yang merosakkan orang Melayu," kata Ungku Aziz merujuk kepada sejarah pembentukan Malaysia yang pernah dijajah oleh beberapa kuasa besar dunia suatu ketika dahulu.

Zaman penjajahan Eropah ke Tanah Melayu bermula pada tahun 1511, apabila Melaka ditakluki oleh Portugis untuk dijadikan tanah jajahan, disusuli pula pengambilalihan Belanda terhadap Melaka pada tahun 1641.

Empayar British kemudian menjejakkan kaki di Semenanjung Melayu pada tahun 1786.

Selain itu, Ungku Aziz juga menyifatkan faktor kepelbagaian etnik dalam kaum Melayu juga dianggap sebagai punca perpecahan.

"Selain itu, orang Melayu ada yang datang dari Jawa dan bercampur-campur.

"Kita suka bergaduh sesama sendiri dan ada saja agenda," katanya.

Ungku Aziz kemudiaan menegaskan penyatuan kaum Melayu adalah suatu angan-angan yang tidak tercapai sehinggalah tahap pemikiran kaum tersebut mula meningkat pandai.

"Pada saya, penyatuan Melayu hanya angan-angan.

"Itu kita mesti terima. Tetapi kalau orang Melayu pandai, dia akan lebih bersatu," katanya.

Ungku Aziz juga menyifatkan orang Melayu sebagai suka mengamalkan sikap dengki dan menjatuhkan sesama sendiri.

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, dimana majoriti 50.4% merupakan orang Melayu dan 11% adalah kaum Bumiputera lain.

23.7% penduduk Malaysia berketurunan Cina, manakala 7.1% lagi berketurunan India.

Walaupun kaum Melayu membentuk majoriti penduduk di Malaysia, kumpulan tersebut masih ketinggalan daripada segi ekonomi walaupun pelbagai dasar diperkenalkan untuk meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup kaum Melayu.

Pegangan ekuiti korporat masih belum mencapai 30% dan golongan tersebut kini masih dalam tempoh transformasi sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Perpecahan Melayu kembali hangat diperkatakan selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sejak merdeka hilang majoriti dua pertiga dalam dua pilihan raya lalu, pada tahun 2008 dan 2013 lalu.

Undi kaum Melayu dikatakan terpecah kepada tiga, iaitu Umno, PAS dan PKR dalam dua pilihan raya lalu.

MP: Adakah kita sanggup ditimpa nasib seperti orang-orang Arab? Apakah memang sudah sampai masanya kita orang-orang Melayu akan menjadi hamba di tanah tumpah darah kita ini.. Atau sebenarnya kita, bangsa Melayu bukan seperti apa yang diperkatakan diatas. Sama-samalah kita renungi sedalam-dalamnya...


ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI



HENTAM NAJIB: Anwar cerminlah diri tu dulu... KLIK baca ni!



PR sering menghentam Dato’ Seri Najib sebagai lemah dan tidak mampu mengawal atau mentadbir negara. Kata mereka, Dato’ Seri Najib dan Menteri-menteri semua bodoh, sering mengeluarkan kenyataan merepek serta tidak berpijak di bumi nyata selain korup dan boros.

Justeru itu, kata mereka, BN perlu ditumbangkan dan diganti dengan PR.

Apa yang mereka terlepas pandang ialah, sekurang-kurangnya, kedudukan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti adalah jelas di mana semua urusan dan permasalahan parti dan negara tetap dirujuk dan dipikul olehnya.

Sedangkan, di dalam PR kita masih keliru siapakah ketuanya. Katanya, Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang tetapi dari apa yang kita lihat, yang tiada siapa pun mengendahkan kata-kata Anwar di dalam PR. Dalam menentukan calon PRU juga, suara Anwar diketepikan dan calon pilihan Anwar ditolak atau dimalukan.

Anwar juga tidak mampu menangani sekecil-kecil masalah seperti perbalahan dalaman PKR antara Azmin dan Khalid Ibrahim. Anwar berada dalam kedudukan tersekat antara orang kepercayaan isteri dengan orang kepercayaannya.

Malah, Anwar sendiri menyeret dirinya ke dalam perbalahan mereka dengan memihak kepada Azmin tetapi di masa yang sama tidak mampu bertegas ke atas Khalid.

Sebagai Ketua Pembangkang, Anwar sepatutnya bukan sahaja bertanggungjawab terhadap PKR, tetapi juga PAS dan DAP.

Namun, pemimpin PAS dan DAP langsung tidak hormat kepada Anwar. Mereka langsung tidak merujuk kepadanya tentang kemelut yang melanda parti masing-masing seolah-olah tidak mengiktiraf beliau sebagai Ketua Pembangkang dan bakal diberi tahta sebagai Perdana Menteri.

Pada hari ini, jawatankuasa pusat DAP masih belum lagi disahkan walaupun telah menjangkau setahun sejak pemilihan diadakan. Rata-rata ahli DAP terus merungut namun rungutan mereka bagai mencurah air ke daun keladi.

Memandangkan masalah terus berlarutan tanpa penyelesaian, Anwar seharusnya memanggil pemimpin DAP bertemunya, memberi kata dua kepada mereka atau mengunjurkan jalan penyelesaian kepada parti itu. Ini hak Anwar sebagai Ketua.

Malangnya, jangankan memanggil pemimpin DAP berbincang, membuat kenyataan tegas agar DAP menyelesaikan masalah mereka segera pun Anwar tidak berani.

Anwar juga membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang Ketua yang prihatin, tidak matang dan tidak bertanggungjawab apabila tidak hadir di Majlis Pengebumian pemimpin besar dari parti sekutunya iaitu Allahyarham Dato’ Seri Azizan Razak dan Dato’ Harun Taib.

Kita faham yang Anwar ‘tidak sebulu’ dengan Ulama-ulama ini, namun kita sangkakan sekurang-kurangnya, sebagai Ketua, Anwar mampu bersikap professional dan hadir juga sebagai tanda hormat. Atau, setidak-tidaknya, Anwar boleh berlakon berpura-pura prihatin dengan hadir ke pengkebumian mereka walaupun sekejap cuma.

Namun, itu tidak berlaku kerana Anwar hanya mampu berlakon prihatin jika kematian itu berpotensi membawa sedikit keuntungan politik kepadanya, sepertimana dalam kes Teoh Beng Hock.

Berdasarkan fakta di atas, kita tertanya-tanya, siapa atau apakah kedudukan Anwar di dalam PR?

Benarkah beliau seorang Ketua atau hanya ketua di atas kertas sahaja?

Apa yang kita lihat, tiada siapapun yang menghormatinya mahupun merujuk dan meminta pendapatnya baik dari parti sekutu mahupun parti sendiri. Anwar mungkin dikatakan mempunyai gaya dan karisma sebagai ketua namun Anwar tidak punya sifat kepimpinan untuk menjadikannya seorang ketua yang sebenar-benarnya. Penyokong PR mungkin ‘meminati’ Anwar tetapi mereka jelas tidak menghormatinya.

Bayangkan bagaimana Anwar boleh menjadi seorang Perdana Menteri yang berkesan jika beliau tidak mampu meraih penghormatan dari partinya sendiri?



DANA 3 JUTA: Program Pembangunan Isi Kandungan Bersepadu (ICON) 3.


Individu, syarikat tempatan dipelawa mohon geran di bawah program ICON3

Individu atau syarikat tempatan yang mempunyai idea inovatif untuk dikembangkan menjadi aplikasi mudah alih berkelas dunia, dipelawa memohon geran berjumlah RM3 juta di bawah program Program Pembangunan Isi Kandungan Bersepadu (ICON) 3.

Secara purata, setiap pemohon yang layak boleh memohon dana antara RM100,000 hingga RM200,000, iaitu anggaran diperlukan untuk membangunkan sebuah aplikasi mudah alih. - Sumber

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

SUAP RUMPUT: Guru terlibat hadapi tindakkan tegas. KLIK baca ni!



Seorang guru sekolah rendah di Sungkai, Perak, yang mendenda dua murid dengan merotan serta mengepin loceng pada baju mereka dan mengkiaskannya seperti lembu berloceng makan rumput (KLIK) Jumaat lepas, ditukar ke sekolah lain.

Selain itu, guru tersebut akan diberi surat amaran yang tegas kerana bertindak keterlaluan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata hasil siasatan oleh Jabatan Pendidikan Perak mendapati tindakan guru berkenaan memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid dengan sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan.

"Hal ini kerana murid berkenaan masih di peringkat sekolah rendah yang mana kaedah bimbingan adalah paling wajar dan sesuai," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Khair berkata isu murid tidak menyiapkan kerja sekolah bukan merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan perlu ditangani menerusi bimbingan berterusan.

Dalam insiden di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng itu, guru Bahasa Inggeris itu mendenda dua murid tahun empat selepas mereka gagal menyiapkan kerja sekolah.

Guru terlibat.

Tindakan guru lelaki berusia 26 tahun itu menyebabkan ibu kedua-dua murid tersebut membuat laporan di Balai Polis Sungkai, semalam.

Isu itu juga mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga menyaksikan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Perak memberi kaunseling kepada murid terbabit bagi mengembalikan semula semangat mereka untuk ke sekolah esok. BERNAMA

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

26 January 2014

PRU14: @khalednordin mampu pertahan Johor - @NajibRazak


Datuk Seri Najib Tun Razak percaya pembangkang mempunyai strategi khas untuk menjayakan matlamat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) akan datang.

Namun, menurut Perdana Menteri bagi tujuan itu pembangkang perlu terlebih dahulu menawan kubu kuat Barisan Nasional (BN) iaitu Johor.

Ini mungkin disebabkan kejayaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah dan beberapa calon pembangkang lain turut menang di Johor pada PRU-13 lalu.

Sehubungan itu, beliau berharap Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin dengan dibantu Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad yang disifatkan mentor kepada Khalid, mampu mempertahankan Johor daripada kemaraan pembangkang pada PRU-14 kelak.


Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Bangunan UMNO Johor Bahru, di Taman Suria, Ahad.Ia turut dihadir Khaled serta Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. Selanjutnya KLIKSINI.

KHALIMAH ALLAH: Tak pernah plak disebut 'atas nama Allah... HARAM TAK PERNAH!

Bible yang dirampas JAIS

Berikut adalah apa yang telah dikirimkan ke email seorang rakan dari seorang yang pernah beragama Kristian Katholik dan kini seorang Muslim dari Sarawak.

Setiap perkataan yang ditulis tidak diedit atau ditokok tambah... Ikuti pendedahannya :

Penganut catholic 'haram' terima holy communion (roti kudus) dlm upacara keagamaan kristian lain. Kita faham lebih kurang 'catholic' dan 'non-catholic'.. mcm muslim dan non muslim..

Tetapi kristian lain setahu aku contoh kristian Anglican (protestant) boleh menerima holy communion gereja catholic

Dlm gereja besar di bandar biasanya ada dua mass (mass = praying session). Satu utk mass berbahasa inggeris dan satu utk bhasa melayu. Dlm mass bahasa melayu ada disebut Allah Bapa merujuk kpd Allah pencipta langit dan bumi. Tetapi dlm mass bahasa inggeris x disebut Allah pun. Sebaliknya ia disebut Lord father.

Itulah yg kita selalu dgr bila dorang wat tanda salib dorang sebut 'in the name of father, the son and the holy spirit'... atau dlm bahasa melayunya berbunyi 'atas nama bapa, putera dan roh kusus' ... x pernah plak disebut 'atas nama Allah, putera dan rph kudus'... HARAM TAK PERNAH!

Tanya la mana2 kristian bila dorang wat tanda salib dlm bahasa melayu dorang sebut Allah tak? Hehe

Cukup tanya itu je nanti dgr la camne plak dorang nak jawab

Dorang ada mcm2 muslihat sbgai hujah. Hmm mmg dah sesat pun. Catholic kata protestant x betul, protestant kata catholic dah menyimpang, methodist plak dgn hujahnya mengatakan dorang pihak krostian yg sebenar dan trrbaru kristian jehovah tersebar utk memurtadkan catholic supaya ikut kepercayaan dorang dan jgn sembahyang ikut cara catholic.. pening kristian nie..

Kristian xde kwalan mcm islam. Syiah jer sikit terus serbu.. mcm2 jenis kaedah terbaru dlm ritual dibuat ikut kesesuaian zaman. Dulu guna Organ (piano barat) skrg dah guna live band dlm gereja masa nyanyi lagu puji2an terhadap tuhan mereka.

Sesat lagi menyesatkan pada kita tapi biasa pada dorang

DAP bukan pejuang utk kristian. Dorang sebenarnya x kesahpun apa anutan agama perdana menteri mereka asal saja bukan islam. KRISTIAN digunakan sebagai modal politik semata2 utk pancing undi Sabah dan Swak. Tengokla Singapura.. ada PAP membentuk negara kristian? 
Selanjutnya KLIKSINI

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI


KALIMAH ALLAH: HANGAT!!! @PDRMMsia Gereja mula naikkan 'banner'. KLIK baca ni!


Umat Islam terus dicabar.
Penggunaan kalimah Allah, kini bukan lagi bermain di mulut mereka.
Kali ini mereka naikkan banner-banner di merata gereja.

Antara gereja yang ditemui di Pulau Pinang menaikkan banner tersebut ialah :

Gereja Assumptions Conception,
Lebuh Farquhar

Gereja St John Britto,
Sg Pinang

Gereja Immaculate Conception,
Lorong Maktab, Pulau Tikus.

Gereja Victory Lutheran,
Lorong Delima 7, Island Glade, Gelugor

Menurut sumber, banyak lagi gereja-gereja yang telah mula melakukan perkara yang sama. 




Diharap, pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan kerja siapakah ini dan ambil tindakkan segera.


SKIM GALAKKAN USAHAWAN: Johor satu-satunya negeri mengeluarkan tawaran.


RM2j bantu wanita Johor berniaga.

Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta di bawah Skim Galakan Usahawan pada tahun ini bagi meningkatkan penyertaan lebih ramai golongan wanita muda menceburi bidang perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Mohamed berkata, peruntukan itu telah diluluskan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dan jumlah dana akan ditambah sekiranya mendapat sambutan menggalakkan.

YB. Ismail Mohamed

"Kita mahu wanita muda khususnya ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO terlibat dalam perniagaan antaranya dalam bidang andaman perkahwinan kerana perniagaan ini boleh dilakukan di kampung dan tidak perlu berhijrah ke bandar.

"Bidang perniagaan atau perkhidmatan ini masih kurang diteroka sedangkan perniagaan ini menjanjikan prospek masa depan yang cerah kerana permintaannya berterusan setiap masa," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Veteran 1Malaysia di Kampung Bukit Batu, Bukit Pasir, dekat sini kelmarin.


Yang turut hadir, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Noriah Mahat; Naib Presiden 1 Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Mejar (B) Sazali Ismail; Pegawai Pemerintah 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja, Mejar Suraihan Md. Lani dan Ketua PBTM Cawangan Muar, Shamsudin Rais.

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berharap mereka yang berminat perlu terlebih dahulu mengikuti kursus kemahiran seperti di Kolej Komuniti ataupun agensi kerajaan berkaitan.

Selain itu, beliau juga mahu wanita muda menjalankan perniagaan jahitan pakaian kerana ketika ini bidang tersebut banyak diusahakan wanita golongan pertengahan.

"Kita mahu melahirkan lebih ramai pelapis dalam bidang ini yang mempunyai kaitan dengan perniagaan andaman perkahwinan. Selain boleh meningkatkan kemahiran diri, secara tidak langsung dapat menambah pendapatan keluarga," katanya.

Menurutnya, Johor merupakan satu-satunya negeri yang menawarkan skim tersebut dan peruntukan itu ditambah setiap tahun khususnya bantuan dan penjenamaan produk kepada RM10,000 tahun ini berbanding RM8,000 seorang tahun lalu.

Walaupun peruntukan tahunan itu di bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday tetapi pihaknya turut mengendalikan dana tersebut. - Sumber

ARTIKAL TERDAHULU KLIK:
Agihan BR1M
RM1j untuk pertanian kaedah fertigasi


25 January 2014

BR1M : Agihan di buat pada pertengahan bulan Fabruari.



Seramai 7.9 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada pertengahan bulan depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengagihan bantuan berkenaan akan membantu mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi negara berada dalam keadaan baik dan meyakinkan namun tidak dinafikan rakyat menghadapi masalah berhubung kenaikan harga barang.

"Kerajaan sedang menangani cabaran ini dengan pelbagai langkah yang diumumkan termasuk program melibatkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

"Kita juga menunggu hasil daripada kajian makmal yang akan mencadangkan langkah tambahan untuk mengurangkan beban rakyat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, selain itu, kerajaan turut melihat kepada masalah rantaian pembekalan yang wujud kerana mungkin ada pihak pemborong menaikkan harga kepada peruncit dan pada bukan dasar berpatutan.

Katanya, kerajaan juga mengambil maklum bahawa kesan musim tengkujuh menyebabkan sesetengah harga barangan itu dinaikkan.

"Namun dengan langkah yang sedang dan akan diambil kerajaan, kita akan dapat membendung perkara itu," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140125/dn_02/BR1M-diagih-bulan-depan#ixzz2rNHk4Wph
© Utusan Melayu (M) Bhd

24 January 2014

Guru SJK (Cina) di Sungkai sumbat rumput di mulut murid Melayu macam lembu.

Gambar Chen Yan Yan, guru terlibat.

Semakin hari semakin hebat nampaknya bangsa Cina membuat tindakkan yang tak sepatutnya terhadap Melayu dan umat Islam di negara ini.

Kalau kita ingat lagi kes Guru Besar memaksa seorang guru mualaf membuka tudung ketika mengajar (KLIK) dan isu penganjur majlis makan malam menghalau seorang artis turun pentas kerana memakai tudung (KLIK), sebelum ini...

Nah, ni satu lagi kerja gila seorang guru berbangsa Cina bernama Chen Yan Yan telah mendera murid Melayu seperti lembu dengan memakaikan loceng di leher dan menyumbat rumput kedalam mulut mereka.


Kejadian berlaku di SJK (Cina) Khai Meng, Sungkai, Perak. Kerana tindakkan melampau guru tersebut, bapa murid bekenaan telah membuat laporan polis dan mendakwa anaknya Mohd Izat Iqbal bersama seorang rakan Muhamad Naswinder telah diberi makan rumput dengan diberi pakai loceng seperti lembu atas kesalahan tidak menyiapkan kerja sekolah.


Tidak cukup dengan itu, guru terbabit telah mengambil gambar anaknya dengan menggunakan telefon bimbit dan ditunjukkan kepada murud-murid lain didalam kelas serta berkata akan memasukkan gambar tersebut ke dalam facebook.

Mohd Izat Iqbal bersama rakannya.

Persoalannya, tiadakah hukuman lain boleh dikenakan terhadap kedua-dua murid Melayu itu? Tak ke menghina namanya tu?

Inilah jadinya, selagi tiada satu hukuman berat di kenakan terhadap mereka-mereka yang suka menghina atau memperbodohkan Melayu serta Islam dinegara ini... Selagi itu lah mereka berani lakukan apa saja mereka suka.

Cukup-cukup lah dengan tindakkan memberi maaf tuuu! Cuba kalau kena pada anak kita, bagaimana?


ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI

NURUL IZZAH BERCERAI: Takkan nak kelentong juga kot!


Berita di Kosmo hari ini menyatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dikatakan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Rendah Syariah di sini awal bulan ini.

Kakitangan mahkamah yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan memberi kerjasama untuk mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes tersebut.

Menurut sumber, Nurul Izzah, 34, yang merupakan anak sulung kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan fasakh mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.


Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35, merupakan ahli perniagaan dan juga kerabat Diraja Johor.

Difahamkan, Nurul Izzah telah memfailkan permohonan cerai dua minggu lalu dan suaminya menerima notis saman tersebut pada 16 Januari lalu.

So... Apa kena mengenanya dengan kenyataan akhbar yang mula tersebar di laman-laman sosial seperti di bawah ini? Adakah ada usaha-usaha untuk menyembunyikan keadaan yang sememangnya dah berlaku atau mahu memutar belitkan fakta yang sedia ada?

Agak-agaklah kalau nak putar belit pun! Tengok ni...


Yang kelakarnya, baca ni... Sultan Melaka tuuu... Kahkahkahhh!


ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

KALIMAH ALLAH: Kenyataan Syahredzan mengelirukan dan usaha menghidupkan isu.


Syahredzan Johan.

Seorang Peguam, Syahredzan Johan semalam memberitahu Malaysian Insider bahawa persepsi pada hari ini ialah Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan alat kerajaan kerana dibiarkan membuat ‘undang-undang’ sendiri. Sedangkan, menurut beliau, Majlis Fatwa tidak mempunyai kelayakan atau hak untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap rakyat.

Kenyataan ini adalah berikutan serbuan JAIS ke atas Bible Society Malaysia (BSM) yang masih menjadi topik hangat sehingga ke hari ini.

Menurut Syahredzan, ‘trend’ ini akan menggugat kredibiliti Majlis Fatwa sebagai sebuah badan yang sah.

Majlis Fatwa Kebangsaan ditubuhkan pada 1970 dengan diwakili oleh Mufti dari semua negeri dan 10 Ulama yang dilantik. Majlis Fatwa perlu menyampaikan pandangan mereka kepada Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam dan perlu digazetkan bagi menjadikannya sebuah undang-undang yang mana hanya tertakluk ke atas orang-orang Islam.

Majlis Kebangsaan secara dasarnya, bertindak sebagai badan penasihat kepada Putrajaya. Oleh itu, sebarang nasihat Majlis ini hasil dari pandangan Majlis Fatwa bukanlah satu undang-undang selagi tidak digazetkan.

Fakta ini sekali gus menangkis hujah Syahredzan kononnya tindakan JAIS adalah bertentangan dengan undang-undang dan hanya berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa.

Ini kerana isu kalimah Allah telah selesai dengan merujuk kepada kes The Herald dan juga Enakmen 1998 Selangor yang menyatakan bahawa kalimah ‘Allah’ merupakan antara perkataan Arab yang dilarang digunakan oleh bukan Islam. Ia bukanlah sekadar pandangan Majlis Fatwa atau nasihat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam.

Oleh itu, kenyataan Syahredzan di atas, dilihat sebagai usaha berterusan untuk mengelirukan di samping menghidupkan isu kalimah ‘Allah’.

Untuk berlaku adil, Syahredzan mungkin berhak mempersoalkan tindakan serbuan oleh JAIS yang dikatakan ‘kasar’ tetapi beliau juga seharusnya berlaku adil dengan turut mengakui bahawa Enakmen 1998 itu masih terus terpakai dan kes The Herald juga telah diputuskan.

Dengan itu, kedegilan pihak Kristian untuk terus menggunakan kalimah Allah, dilihat sebagai sengaja mencabar undang-undang bagi memanjangkan isu ini.

Motif pihak Kristian untuk terus menghangatkan isu kalimah Allah kini semakin meragukan.

Jika Syahredzan bercakap tentang persepsi rakyat (pihak Kristian yang berjumlah 9%) terhadap Majlis Fatwa sebagai alat Putrajaya, maka beliau wajar turut mengambilkira persepsi rakyat dari pihak majoriti Islam juga.

Untuk pengetahuan Syahredzan, persepsi majoriti rakyat ialah pihak Kristian sengaja ingin mencetuskan ketegangan. Objektif pihak yang kononnya mewakili Kristian ini tidak sukar untuk dibaca apabila pembangkang turut menjadi juara isu ini.

Sudah terang lagi bersuluh kini bahawa isu kalimah Allah bukanlah berkenaan agama, tetapi sebenarnya adalah isu politik. Hakikatnya, agama Kristian kini menjadi alat kepada pembangkang untuk mencapai matlamat memecah deposit tetap Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak.

Nampaknya, pihak Kristian (baca: pembangkang) langsung tidak peduli sekiranya tindakan mereka memperlekeh dan menghina undang-undang serta penguatkuasa agama Islam mampu mencetuskan ketidakstabilan, perbalahan ataupun rusuhan antara agama.

Semoga rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah dan Sarawak, mampu berfikir secara rasional dan tidak mudah terkeliru antara isu agama dan isu politik.




TERKINI: Hinaan terhadap Tuanku Sultan Johor tersebar lagi. KLIK baca ni!


Kurang ajar. Itulah perkataan yang boleh diberikan kepada kumpulan facebook yang dikenali sebagai Kita Semua Uncleseekers

Cubaan beliau untuk menghina dan memburukkan Sultan Johor, terserlah apabila menyiarkan posting di dalam Facebook, berunsur sindiran ke atas Baginda Tuanku Sultan Ibrahim mengenai kereta dan plat no W1N.


Sebelum ini, kita semua tahu nama Uncle Seekers pernah terlibat dengan artikal-artikal menghina kerabat Sultan Johor melalui uncleseekers.blogspot.com.

Adakah kumpulan facebook ini datangnya dari pihak yang sama?


Tak henti-henti isu menghina Sultan bermain dilaman-laman sosial. Setiap hari ada saja kumpulan baru timbul dan menunjukkan keberaniannya. Hal sebegini harus dipandang serius. 

Kebebasan menghina dan mengkritik Tuanku Sultan, yang menjadi teras Raja berpelembagaan, di dalam negara Malaysia yang berdaulat, semestinya disekat dari terus berleluasa.

MP: Harap di siasat!

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.