GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

30 March 2011

Anwar pelakon dalam video sex tu...


Dalam menyelak-nyelak blog rakan-rakan yang ada ni... Kawan terjumpa pulak 1 artikal yang bertajuk 1000% Yakin Itu Dia...

Kalau mengikut ceritanya, mungkin juga ada kebenaran... Sebab dia sendiri juga antara orang yang pergi menonton adengan video sex itu di Carcossa..

Satu persatu apa yang dia tonton, dia ceritakan dalam artikalnya itu...

Walaubagaimana pun, kawan tak sabar nak menunggu keputusan terhadap kes isu video ini...
Polis pun sedang menyiasat..
Sembahyang hajat pun sudah di buat...

Sama-sama lah kita terima jawapannya nanti..

Kepada sesiapa yang nak berkongsi baca dengan apa yang saya dah terbaca.. Klik saja tajuk yang kawan sertakan di bawah ini....

1000% Yakin Itu Dia...

28 March 2011

Saksi video pengakuan disini...KLIK!!! Kak Jijah tau Anwar peliwat???





"Benar.. Anwar kat dalam video sex tu" kata Bendahari Perkasa.




“Tiada apa lagi yang menjadi rahsia, semua perkara sudah dimaklumkan kepada polis tanpa satu pun yang tertinggal.

“Setakat mana yang saya tahu, saya sudah maklumkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Shuib bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak pernah membuat penafian bahawa individu yang dilihat dalam rakaman video seks itu adalah Anwar, walaupun anak saudaranya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang turut sama melihat video itu menafikan individu berkenaan.

“Segala kebenaran akan terbongkar, tunggu saja sedikit masa lagi, kata Shuib.

“Saya juga bersedia untuk dipanggil oleh pihak polis bila-bila masa sekiranya diperlukan untuk memberi keterangan,” katanya.


Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim mengesahkan sudah memberi keterangan kepada polis selama tiga jam di Bukit Aman, petang kelmarin berhubung rakaman video seks yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama wanita muda warga asing.

Sumber & Info : Bharian Online.. 27 Mac

27 March 2011

Nik Ajis akan mempertahankan orang yang melakukan hubungan seks?


Nik Aziz dicabar keluar fatwa

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengeluarkan ‘fatwa’ tentang apakah hukumnya pemimpin pembangkang yang didakwa berzina dengan pelacur seperti yang didedahkan melalui rakaman video seks Isnin lalu.
Timbalan Yang Dipertua JMM, Omar Salleh berkata, ‘fatwa’ itu penting kerana Nik Abdul Aziz hanya menyalahkan pihak yang menyebarkan video tersebut tetapi, tidak langsung menyentuh mengenai dosa penzina dalam video itu.
“JMM berharap Nik Abdul Aziz tidak ketandusan ‘fatwa’ kerana sehingga kini masih belum ada sebarang hujah agama digunakan untuk mengutuk perlakuan zina ini.
“Sebaliknya, beliau menyifatkan pihak yang menyebarkan rakaman video seks itu sebagai bodoh dan tidak bermoral. Bagaimana pula dengan penzina? Adakah mereka bermoral?” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilihat cuba mempertahankan akhlak orang yang melakukan perbuatan zina di dalam rakaman itu.
Mengulas lanjut tindakan Menteri Besar Kelantan itu, Omar berkata, pendirian Mursyidul Am Pas tersebut bukanlah sesuatu yang pelik kerana percaya, Nik Abdul Aziz sanggup menghalalkan apa sahaja demi kepentingan politik meskipun sedar tindakannya itu akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.
“JMM yakin Nik Abdul Aziz akan mempertahankan orang yang melakukan hubungan seks berkenaan dan pada masa yang sama akan mengkafirkan orang yang membongkarkan kegiatan tidak bermoral itu,” jelasnya.

Petikan Akhbar Utusan. - 25 Mac 2011

25 March 2011

Kegiatan Seks berlaku Jam 10:23-10:45 malam?


GEMPAR ! Penemuan Tweeter ! Di mana Anwar Ibrahim Di antara 9:20-11:38malam Manakala Video Seks 18SX Tunjuk Jam 10:23-10:45malam?

Wan Azizah sendiri tidak menyatakan sama ada beliau bersama Anwar ketika itu. Malah, keterangan Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa beliau sedang mengakses laman sosial 'Tweeter' pada hari dan waktu itu juga menimbulkan persoalan besar!

Untuk pengetahuan semua, rakaman video itu tertera tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam. Persoalannya, apakah benar Anwar Ibrahim sedang menggunapakai tweeter ketika itu?

Di manakah Anwar Ibrahim disekitar jam 9.20 malam - 11.38 malam iaitu ketika aksi video seks itu dirakamkan (10:23 malam - 10:45malam)?

Sila rujuk blog M.I.M untuk melihat keputusan siasatannya ke atas twitter Anwar. Klik sini  M.I.M

24 March 2011

Tonton Video Sex 'Datok T' : Johari Abdul tahu punggung Anwar kurang berisi?


Dalam kenyataan penuh yakin, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul telah menghuraikan tentang pelaku video seks dan membandingkannya dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Huraian Johari Abdul begitu terperinci. Dia menyebut:
  • Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
  • Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
  • Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Saya cuba membayangkan bagaimanakah Johari Abdul boleh menghuraikan dengan begitu detail dan yakin tentang susuk tubuh Anwar.
1. Bagaimana Johari Abdul begitu yakin dengan ukuran bahu Anwar?
2. Bagaimana Johari Abdul begitu yakin perut Anwar tidak sebuncit pelaku?
3. Bagaimana Johari Abdul begitu yakin punggung Anwar kurang berisi?'

Tidak mungkin dengan sekali pandang, Johari Abdul dapat menghuraikan lebar bahu dan saiz perut Anwar dengan begitu yakin sekiranya beliau hanya pernah melihat Anwar dalam keadaan berpakaian. Lebih musykil lagi, apabila beliau tahu sebesar mana punggung Anwar yang tidak mungkin dapat dihuraikan melainkan beliau sendiri pernah melihat Anwar tidak berpakaian.
Sama ada Johari Abdul;
1. mempunyai pandangan yang sangat tajam dan kasyaf menembusi pakaian Anwar
2. pernah bersama dengan Anwar dalam keadaan tidak berpakaian
3. berbohong atau
4. wallahu 'alam apa berlaku di antara mereka berdua

Musykil, musykil. Mungkin juga elok jika Johari Abdul jelaskan sedikit bagaimana beliau begitu yakin sebab ramai rakyat nak tahu... :)

Dipetik daripada blog Tun Faisal Ismail Aziz

23 March 2011

Datuk T - Shazryl kata beliau ada dalam video itu???

Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay, Shuib adalah ‘Datuk T’



Beliau juga mengaku ada dalam video itu, namun enggan mendedahkan secara terperinci.
“Saya dalam video itu,” jawabnya.
Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.
Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis...




Shazrly yang mengaku kenal baik dengan Anwar sejak tahun 1997 dakwa tidak mahu dipergunakan lagi oleh Ketua Umum PKR itu.
"Enough is enough" tegasnya.
Ditanya sejauh mana beliau dapat menjamin ketulenan video itu, Shazryl secara bersahaja menjadi "saya sendiri ada dalam video itu" .
Beliau menegaskan 100 peratus lelaki dalam video itu yang dikatakan mengadakan hubungan seks dengan pelacur China adalah Anwar. 



Klik sini petikan dari Agenda Daily - 23 Mac 2011




Kita tengok... Siapa yang kenaaa!!!

Klik Video Seks : Belum tonton Anwar dah tahu?


Penafian Anwar Timbul Banyak Tanda Tanya

Penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan aktor lelaki misteri dalam klip video seks dengan perempuan berkulit cerah yang dtayangkan di Hotel Carcosa pagi semalam menimbulkan banyak tanda tanya.
Pertama, tiada mana-mana media arus perdana menamakan lelaki misteri itu sebagai Anwar Ibrahim, namun Ketua Umum PKR itu menafikan dirinya.
Lebih tragis lagi penafian Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dilakukan lebih awal lagi sebelum klip video itu ditayangkan. Klik di sini
Kedua, kenapa perlu Anwar adakan sidang media tergempar di ibu pejabat PKR semata-mata untuk menafikan berkenaan klip video itu.
Pagi ditayangkan klip video, pada sebelah petang, Anwar terus menafikannya, sedangkan dalam beberapa isu lain Anwar mengambil masa beberapa hari untuk menjawabnya, atau terus mengabaikan isu tersebut tanpa sebarang respon.
Kemaskini Twitter
Malaysiakini : “Katanya, beliau juga telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan bahawa beliau bukan lelaki dalam video tersebut. Tambahnya, beliau juga telah merekodkan tulisannya di Twitter pada tempoh berkenaan supaya boleh memperkukuhkan hujah (beliau)”
Wartawan bertanyakan Anwar : Semakan ke atas rekod Twitter Anwar menunjukkan bahawa catatan-catatannya telah dibuat pada jam 9.20 malam dan 11.39 malam, tetapi tidak ada catatan dibuat antara jam 10.23 malam dan 10.45 malam, ketika video itu didakwa dirakam. Anwar tidak menjawab persoalan itu sebaliknya beliau berkata “tak apa, kita ada rekod (Twitter dikemaskini)”.
Sebelum ini di twitter Anwar sendiri sudah kecoh Anwar mengupah pembantunya untuk mengupdate twitter dan facebook. Peminat twitter/facebook mempersoalkan kenapa Anwar perlu upah orang lain untuk mengupdatenya, sedangkan mereka mahu dari tulisan Anwar sendiri.
Isu tarikh juga turut dipertikaikan.  21 Februari tahun bila ?
Isu Perut

Dalam sidang media petang semalam, Anwar turut membangkit isu perut lelaki di dalam klip video itu.
“Memang diberitahu kepada saya bahawa gambar itu mirip kepada gambar saya. Cuma perut orang itu jauh lebih buncit dari saya,” katanya yang disambut gelak ketawa oleh para pemimpin PKR yang turut hadir di sidang media berkenaan. Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.
Dr Novandri, dalam blognya Minda Intelek Melayu (MIM) mempersoalkan kenapa Anwar memilih isu perut berbanding dengan muka dan wajah Anwar sendiri.
“Satu perkara yang kita mesti tahu, Anwar Ibrahim tidak dijemput melihat video tersebut. Maka segala kenyataan beliau pasti merujuk kepada informasi-informasi yang beliau terima daripada mereka yang menonton video itu sendiri.
“Persoalannya sekarang, siapakah di antara mereka yang menonton video kontroversi 20 minit itu begitu teliti hingga dapat membezakan perut Anwar dengan perut lelaki yang berbogel di dalam video seks tersebut?
“Bagaimanakah individu ini boleh tahu kondisi perut Anwar Ibrahim ?”, soal Dr Novandri. Klik di sini
Jam Tangan Omega
Datuk T, individu yang mendedahkan klip video itu mendakwa beliau diminta oleh pemimpin politik itu untuk mengambil jam tangan jenama Omega di bilik hotel tersebut setelah pemimpin politik itu meninggalkan hotel dan menyedari bahawa jam tangannya tertinggal.
Wartawan turut bertanyakan Anwar berkenaan jam tangan Omega itu.
Anwar seterusnya berkata, beliau mempunyai jam seperti itu. “Tanya (Wan) Azizah. Dia yang simpan…” .

Sumber : AIDCNews – 22/03/11 

21 March 2011

Akhirnya PAS terus diperdaya DAP lagi...

Akhirnya PAS terus ditipu dan diperdaya oleh DAP. Tiada kata-kata yang lebih hanyir daripada perkataan Nik Aziz yang mendakwa kononnya "di dalam dada Karpal ada bulan" - sekarang di manakah bulan itu? PAS dan Nik Aziz semakin tersepit dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh Karpal Singh dalam isu pengharaman loteri di Kelantan - sudahlah sebelum ini DAP menolak negara Islam dan hukum Hudud PAS, kini mereka semakin berani campur tangan dalam urusan pentadbiran Islam di Kelantan. Soalnya, apa yang mampu dilakukan oleh Nik Aziz sekarang? Masih sayang dan cintakan DAP? Mana perginya Dewan Ulama PAS yang suka mengeluarkan fatwa itu? Dan apa pula pendirian Ketua Pemuda PAS dalam hal ini? Fikir-fikirkan. Baca laporan menarik di sini...

NIK AJIS TERUS AKUR!!!  
Petikan Akhbar: Klik Disini

Sumber & Info : Azri Shukri Today & n9kini.com

20 March 2011

"Amaran untuk kamu, PAS...Ingat!!! DAP tetap tentang..." - Karpal Singh

 
DAP akan tentang larangan loteri di Kelantan, kata Karpal

SEREMBAN, 19 Mac — Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh memberi PAS amaran bahawa pihaknya akan menentang rakan komponen Pakatana Rakyat (PR) itu jika terus berkeras dengan larangan jualan loteri di Kelantan.

Dilihat sebagai kata dua kepada PAS, Karpal meminta parti Islam itu supaya “tidak bermain dengan undang-undang”, sebaliknya mahu ia menghormati hak bukan Islam di negeri tersebut.

“Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan (pendirian) PAS,” kata beliau pada majlis makan malam sambutan 45 tahun DAP di sini malam tadi.

Kerajaan PAS Kelantan berhadapan dengan kritikan parti-parti yang mewakili kaum Cina dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) ekoran larangan menjual loteri.

Para pemerhati melihat larangan itu sebagai usaha PAS mengembalikan undi Melayu, yang kini kelihatan sudah kembali kepada BN dalam beberapa pilihan raya kecil sejak awal tahun lalu.

Kenyataan Karpal (gambar), yang juga ahli Parlimen dan seorang peguam, seolah-olah menggambarkan semula pendirian beliau dalam isu dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS.

Bagaimanapun pada konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu, Karpal berkata, isu itu boleh dibincangkan dan perlu diselesaikan dengan segera agar tidak dieksploitasikan oleh BN.
Kelmarin, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri ‘big sweep’.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri ‘big sweep’ yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan,” katanya yang turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Lok Siew Fook; ahli jawatankuasa DAP pusat Liew Chin Tong; Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty bagi membincangkan isu judi tersebut.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan ke atas dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri tersebut pada bulan lepas.

Sumber: themalaysianinsider

Pendapat Kawan:
Sudah memang perjuangan mereka. Kalau dah namanya DAP... DAP juga lah... Tapi, yang kawan sedih... Masih ada lagi Melayu kita yang memujanya... Masih ku ingat kata-kata 1 pehak tu yang kata 'Di Dada Karpal Ada Bulan'... So, ni apa cerita beb???

17 March 2011

Ummi buktikan tak da benarnya skandal sex itu... Saman RM 100,000,000.00

Ummi's ex-partner threatens to 'tell all' ( http://www.malaysiakini.com/news/158659 )

KUALA LUMPUR 17 Mac – Saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 iaitu Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan writ saman untuk menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap ahli perniagaan Baginda Minda ekoran artikel fitnah yang disiarkan oleh portal propembangkang, Malaysiakini yang didakwa menjatuhkan maruahnya.
Umi Hafilda selaku plaintif menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Mkini Dotcom Sdn. Bhd. masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.
Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Sahrihan & Hamdan pada pukul 1.30 petang di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.
Plaintif turut memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan secara sendiri atau melalui ejen, pekerja, wakil atau sesiapa pun daripada mengucapkan perkataan fitnah atau menulis atau menyebarkan atau menerbitkan artikel fitnah atau yang serupa dengannya dalam portal berita itu atau media-media cetak lain.
– Utusan

Pendapat Kawan:
Buktikan, jangan tak buktikan... Jangan di biarkan orang lain sesuka hati menuduh diri kita yang bukan2.. Jangan jadi bodoh membiarkan diri kita di fitnah mulut2 yang takda insuran tu... Saman, jangan tak samannnn!!!




"Diminta Najib beserta Rosmah segera bertaubat" - kata Bob Lokman

Macamana PAS tak makin tergelincir... Sekarang Bob Lokman pun sudah boleh buat ceramah agama. Jika dulu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan JAIS kerana dikatakan mengadakan ceramah tanpa tauliah di sebuah rumah, PAS pula tidak memerlukan sebarang tauliah untuk ceramah di atas pentas.

Bagaimanapun tahniahlah kepada Bob kerana sudah menganut PAS. Kalau benar sudah bertaubat  kepada Allah, tidak perlulah muncul di depan khalayak ramai sambil burukkan pihak lain pula. Kita pun tidak tahu setakat mana amal ibadah kita diterima Allah. Dikhuatiri bila jadi terkenal di kalangan umat seParti, rasa taksub akan menguasai diri... Bukankah manusia itu tidak terlepas dari ujian Allah?

Inilah komen blogger mereka...


Memang kelakar brader bob ini..manakan tidak,semasa sedang
berceramah.Tiba-tiba petugas menghulurkan sekeping kertas
untuk di umumkan,lalu dengan spontan brader bob mengumumkan
"Diminta Najib beserta Rosmah segera bertaubat" diikuti gelak tawa
para hadirin...inilah kelebihan ceramah brader Bob,dengan joke
selambanya yang dapat menarik para hadirin.


Petikan dari: Rajahmas

Pendapat Kawan:
Bob... Ini bukan pentas bangsawan atau pun sitcom untuk kamu berdailog sesedap mulut... Kalau rasa masuk PAS atas kesedaran untuk bertaubat... Apa lagi yang dok mengata, menghina insan lain... Hai, sudah la Bob..

15 March 2011

ANWAR marah NIK AJIS... Pening lagi!!!

Anwar Ibrahim tak puas hati dengan Menteri Besar Kelantan, Nik Ajis berhubung Nik Ajis mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu...

DAP pulak mendesak supaya menarik Nik Ajis balik pengharaman berkenaan.

Anwar berkata, sepatutnya kerajaan Kelantan kenalah bincang dulu dengan pemimpin parti lain sebelum buat apa-apa keputusan dari segi undang-undang, peraturan atau pelaksanaan undang-undang di negeri itu.

Macam ni, payah la...


Pendapat kawan:
Emmm... Tak kemana la urusan pakatan puak-puak ni... Islam ke mana, rakyat kemana....

SERAH DNA : Anwar Ibrahim mengigil da...

 

Anwar Ibrahim (dua kiri) mengelak daripada ditemu bual pihak media berhubung desakan pelbagai pihak agar beliau memberikan sampel DNA kepada pihak mahkamah di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - UTUSAN: 14 Mac.2011



ANWAR Ibrahim nampaknya  mengigil dan mengalih perhatian bagi   mengelak daripada menyahut cabaran  rakyat Malaysia yang di seluruh negara  yang mendesak beliau supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi merungkai siapa identiti lelaki 'Y' yang meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Seperti dijangka , pemimpin  yang digelarkan anugerah Tuhan  itu cuba mengalihkan desakan  yang disuarakan rakyat Malaysia melalui demonstrasi secara aman di seluruh negara semalam kepada isu yang tiada kaitan dengan kes liwatnya, iaitu kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu dan Datuk Seri Dr Rais Yatim .

Menurut sumber , Anwar dikatakan kelihatan sedikit menggigil ketika menerima asakan soalan oleh media dan sebaliknya mempersoal  pulak kenapa tidak didesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kabinetnya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyerahkan DNA terlebih dahulu.



"Hendak mempermainkan isu ini, seolah-olah ada DNA dan saya takut hendak bagi DNA...Itu hanya helah politik jahat mereka, ini fitnah, khianat dan inilah mainan mereka yang akhirnya terpaksa bergantung di dubur orang lain untuk mengekalkan kuasa.

"Tapi kalau soal tuntutan (supaya diserahkan DNA), kenapa tidak buat tuntutan supaya Perdana Menteri bagi DNA, pasal apa tidak desak Rais serah DNA atas tuduhan yang dikaitkan dengan kes rogol pembantu rumahnya," katanya.


PB nak jawab mudah saja spin Anwar ini . Adakah Anwar boleh  bersumpah seperti mana DS Najib lakukan di Masjid Guar Perahu dahulu bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya ?

Selain itu , Anwar juga tak berani jawab soalan pihak media mengenai buku bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad  yang menulis mengenai kegiatan seksnya dalam memoir A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Itu saya jawab kemudian...Saya akan jawab kemudian. Saya sudah bincang tadi dengan pasukan peguam saya. Hari ini sudah terlalu banyak isu dan kita simpan perkara ini kemudian," katanya.

Macam ini kah pemimpin nak jadi Perdana Menteri Malaysia ??  BERANI KERANA BENAR ! 


Sumber: Pejuang Bangsa. 

PENDAPAT KAWAN:
Takpelah kalau dia nak cakap cam tu, tapi kita semua tahu yg FAKTAnya adalah
1) SAIFUL dah buat sumpah 
2)SAIFUL dah repot polis dan buat pemeriksaan doktor 
3)SAIFUL dah ke Mekah mengerjakan ibadat haji dan berdoa dihadapan Kaabah yg suci...
Jadi... kita cuma menantikan tindak balas ANWAR utk "membersihkan" namanya... Sekurang2 buatlah apa yg dah dibuat SAIFUL,buat sumpah utk melawan sumpah SAIFUL, repot polis dan buat ujian doktor--termasuklah juga DNA kan?-dan pergilah ke Mekah berdoa hadapan Kaabah- doa disana wahai ANWAR sgt makbul....
KITA TUNGGU!!!!!!!!

11 March 2011

Terpaksa Hadapi Masalah 3 Fahaman Berbeza... PAS pening...

Pas kini sedang menderita diserang penyakit berbagai fahaman yang berbeza dalam parti.



Bermula dengan slogan retorik "daulah Islamiah" Pas menjaja ideologi ciptaanya melalui ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz politik mereka. Diikuti dengan slogan "kepimpinan ulamak" sebaik sahaja dapat menguasai negeri Kelantan.

Bagi menguatkan keyakinan bahawa Pas adalah parti Islam, mereka memainkan lagu "UMNO mengekalkan perlembagaan Lord Reid" dan UMNO "MENOLAK al-Quran sebagai Perlembagaan Negara". Maka bertambahlah keimanan Ahli-ahli dan pengikut terhadap ajaran Pas. Membuak-buaklah lagi kebencian terhadap UMNO kerana tafsirannya UMNO itu adalah kafir kerana mengekalkan perlembagaan kafir.

Dengan berfahaman dan berpakaian "Serban Ekstrem" ini Pas berjaya memusnahkan perpaduan umat Islam dengan mewujudkan fenomena sembahyang dua imam, kenduri dan sembelihan orang UMNO haram di makan, tidak sah nikah di tangan jurunikah UMNO. Kemuncaknya adalah peristiwa Memali dan al-Maunah serta penangkapan beberapa orang yang terlibat dengan kumpulan dan aktiviti militan.

Akhirnya setelah hampir kalah teruk pada PRU 2004, Pas terpaksa meningkatkan kerjasama dengan personaliti Liberal Nuar Berahim dan Parti China DAP. Percaturan pada era ini adalah dilakukan mengikut rentak Nuar Berahim dan diselaraskan dengan matlamat politik cauvinist-racist Parti China DAP yang sedang mara ke hadapan dengan Malaysian Malaysianya.

Bagimanapun sebaik sahaja Tun Dr Mahathir melepaskan teraju kepimpinan kepada Pak Lah,  UMNO telah  dilanda masalah kepimpinan yang amat serius. Parti dan Kerajaan menjadi kucar-kacir dan pembangkang mengambil kesempatan ini sepenunya. Sebahagian rakyat menjadi keliru dan sebahagiannya terjebak dalam perangkap pembangkang. Akibatnya PRU 2008 memihak kepada Pembangkang.

Bagaimanapun kejayaan pembangkang yang mereka sendiripun tidak jangkakan itu, hayatnya tidak begitu lama dan dapat dipudarkan sebaik sahaja DS Najib mengambilalih pucuk pimpinan parti dan kerajaan.


Beberapa siri piliharaya kecil yang diadakan telah memberi petunjuk yang jelas bahawa keadaan telah kembali tenang dan rakyat kembali rasional. Konsep 1Malaysia berjaya mengekalkan momentum keyakinan rakyat kepada UMNO-BN dan sekaligus mengenepikan retorik pakatan pembangkang.

Bermulalah kembali kedudukan asal yang sebenar Parti Melayu Pas di kalangan masyarakat. Kemerosotan dan kekalahan Parti Melayu Pas di Manik Urai dan Galas, telah memaksa Pas mengundur diri dari pentas perjuangan yang berslogankan negara Islam dan hudud yang dihebohkannya selama ini untuk meningkatkan kerjasama dengan parti China DAP.

Pas terpaksa mencampakkan "serban Ekstrem" sebagai prasyarat mengikut telunjuk parti China DAP dan Nuar Berahim, untuk mendapatkan sedikit undi. Dengan penuh rela dan setia Pas terpaksa memakai "Topi Liberal".

Pas sanggup mengaku sebagai parti yang tidak "berbangsa" di hadapan khalayak kaum bukan melayu dan mengistiharkan menganut fahaman "liberal". Pas bermaksud memberitahu kaum bukan Islam bahawa penggunaan nama Allah bukan isu besar, minum arak dan makan babi dibolehkan, berjudi tiada dalam Islam dan tiada masalah dilakukan oleh bukan Islam, mesjid dan surau adalah sama tarafnya dengan dewan pelbagaiguna. Dengan ini Pas berharap mendapat pertambahan undi dari kaum China.


Akibat memakai "Topi Liberal" ini, Parti Melayu Pas semakin dibenci oleh umat Islam kerana pendiriannya yang sering bertukar-tukar mengikut keuntungan, kepentingan dan matlamat politik. Makala di kalangan kaum China pula, mereka bertambah hilang keyakinan kepada Pas kerana melohat parti itu tidak ikhlas dan tidak setia pada perjuangannya sendiri.

Akibatnya Parti Melayu Pas ditolak mentah-mentah di PRK Tenang.

Kekalahan yang memalukan Pas menjadikan rakan-rakan gerombolannya turut berasa cemas. Mereka bersidang dan mencari jalan untuk membaiki keadaan supaya tidak terus ditolak oleh rakyat dan matlamat memecahbelahkan umat Islam dapat diteruskan.

Akhirnya tercetus idea baru yang luar biasa. DAP dan Nuar MBerahim mengarahkan Pas menukar lagi sekali perjuangannya kepada perjuangan kebangsaan. Pas dikehendaki menjilat semula ludah mereka yang menyatakan bahawa dalam perjuangan Pas tidak ada isu memperjuangkan bangsa. 

Tetapi perubahan ini memaksa Pas menjaja slogan baru "memperkasa ekonomi bangsa Melayu" dengan hasrat untuk memperdaya bangsa Melayu memberi sokongan keada parti itu. Pas memaksakan dirinya memakai "Songkok Kebangsaan" untuk bersandiwara di hadapan bangsa Melayu bagi menyelamatkan nyawa politiknya dan membantu China DAP memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Akibatnya mereka telah kehilangan sokongan daripada kaum China kerana berpendapat Parti Melayu Pas itu seperti talam dua muka. Kaum China hilang keyakinan sekali lagi dan bangsa Melayu tetap tidak mudah tertipu dengan sandiwara baru Pas.

Kaum China melihat Pas sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai manakala bangsa Melayu dan umat Islam menganggap Parti Melayu Pas sudah tidak relevan dan tidak perlu wujud dalam dunia politik ummah di negara ini.

Akibatnya Pas kalah teruk di PRK DUN Merlimau Melaka  dan Kerdau Pahang.

Kini, Parti Melayu Pas semakin tertekan kerana terpaksa menghadapi masalah wujud TIGA fahaman yang berbeza dalam parti.

Dalam parti Melayu Pas sekarang, ada yang memakai "Serban Ekstrem', ada yang memakai "Topi Liberal" dan ada yang memakai "Songkok Kebangsaan".

Petikan dari : PENDITA KAIN SINGKAT.

9 March 2011

Kalau Benar… Anwar Tak Perlu Takut Serah DNA Secara Sukarela

 

 

Keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan tiga barang yang diambil dari sel tempat beliau ditahan semalaman pada 16 Julai, 2008, membuktikan sistem kehakiman di Malaysia telus dan tidak dirancang seperti yang Anwar dakwa di luar negara sebelum ini.


Anwar semasa berucap di New America Foundation, sebuah badan pemikir AS yang berpengkalan di Washington DC, 10 Februari lalu menuduh perbicaraan kes liwat adalah usaha terancang untuk membunuh karier politiknya kerana sistem kehakiman di Malaysia telah disusun.

“Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan”, tuduh Anwar.

Bermakna keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menggugurkan tiga bahan bukti sehelai tuala kecil Good Morning, satu botol air mineral dan satu berus gigi kerana diperolehi secara tidak sah membuktikan kata-kata Anwar di luar negara itu hanya bersifat hasutan untuk menagih simpati sokongan semata-mata.

Mana konspirasinya, jika keputusan hakim hari ini tidak seperti yang diharapkan oleh pihak pendakwa?
Sebelum ini, pihak pendakwa telah membuktikan profil DNA sehelai tuala kecil Good Morning, satu botol air mineral dan satu berus gigi adalah sepadan dengan profil DNA lelaki Y.

Jadi bagaimanakah pihak pendakwa mahu membuktikan siapakah Lelaki Y itu jika tiga bahan bukti itu yang telah dianalisis sepadan dengan profil DNA Lelaki Y itu ditolak mahkamah dengan alasan teknikal ?
Keputusan mahkamah hari ini akan menyukarkan pembuktian kes rogol atau sodomi kepada mana-mana pihak lain selepas ini, kerana setiap bahan bukti atau DNA mestilah diperolehi secara sah.

Maka bermaharajalelalah perogol bersiri dan peliwat di negara ini kerana semua bahan bukti mesti didapati secara sah dan sekaligus teraniayalah semua mangsa rogol dan liwat hanya kesalahan-kesalahan teknikal di mahkamah. Itukah keadilan ?

Kami di AIDC, mahukan kebenaran, jika mahkamah berjaya membuktikan Anwar bukan Lelaki Y, maka kami akan menarik balik semua artikel yang mengaitkan Anwar dengan Lelaki Y yang pernah kami siarkan sebelum ini.

Untuk menentukan benar atau tidak profil DNA Anwar sama dengan Lelaki Y, maka kami mencabar Anwar menyerahkan sampel darahnya secara sukarela kepada pihak mahkamah.

Setakat ini, kes Anwar diibaratkan seperti seorang peliwat yang amat takutkan bayang-bayangnya sendiri.
Tidak mahu bekerjasama dengan polis dalam melengkapkan siasatan. Tidak mahu menyerahkan sampel darah secara sukarela. Dan dalam masa sampel DNA yang diperolehi dari sehelai tuala kecil Good Morning, satu botol air mineral dan satu berus gigi pun turut dimohon gugur dengan alasan tidak mendapat kebenarannya.

Jadi salah satu jalan penyelesaian yang terbaik adalah sikap kerjasama Anwar membenarkan sampel darahnya diambil secara sukarela.

Jika Anwar masih enggan bekerjasama dan mencari pelbagai alasan untuk tidak menyerahkan DNA secara sukarela, maka kami sesungguhnya amat mempercayai bahawa Lelaki Y iaitu adalah Anwar Ibrahim.

LELAKI Y = ANWAR IBRAHIM. Itulah hakikat yang paling ditakuti Anwar !

Di atas sebab itu, maka wajar beliau amat takut untuk menyerah sampel darahnya dan berusaha menggugurkan tiga bahan bukti yang telah dibuktikan profil DNA adalah sama dengan Lelaki Y yang air maninya ditemui dalam dubur pengadu. Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam konteks politik, bersihkan imej Anwar sebagai peliwat, yang sekadar menang menggunakan hujah teknikal di mahkamah tetapi takut menyerahkan sampel darah untuk menentukan status Lelaki Y ?.

Layakkah peliwat yang amat penakut ini menjadi ketua kepada Pas dan DAP ?

Berani kerana benar. Takut kerana salah. Seandainya Anwar mahu membersihkan dirinya daripada imej peliwat dan mengembalikan sokongan umat Islam kepadanya, sahutlah cabaran ini, serahkan DNA saudara secara sukarela !

Petikan dari: anwaraidc.com

PIKIRAN KAWAN:
Menurut Pendakwaraya, DNA air mani yang diperolehi daripada dubur Saiful dengan DNA perbandingan yang diperolehi daripada sampel Anwar Ibrahim adalah sama dan bertepatan.

Pendek kata, rumusan yang dibuat oleh Pendakwaraya, memandangkan DNA air mani dalam dubur Saiful dan DNA perbandingan yang diperolehi adalah dari sumber yang sama iaitu Anwar Ibrahim....Maknanya dakwaan Saiful "dikunyitkan" oleh Anwar tu betul lah ye???

Cuma sumbernya sahaja yang dipertikaikan, dan di dalam kes ini ditolak oleh YA Hakim kerana sebab teknikal, ianya diperolehi tanpa izin dan tidak sah.

Tidak sepatutnya mana-mana pihak mendakwa pertuduhan itu tidak benar, apatah lagi mempolitikkannya dan memutarbelitkan penolakan itu.

6 March 2011

Rakyat Sayangkan BN!!! Apa macam PAS???

Tahniah Tuan Syed Ibrahim... 
BN Menang Bergaya Di DUN Kerdau

TEMERLOH: Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kemenangan bergaya padapilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan majoriti 2, 724 undi.
BN yang diwakili Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau berjaya memperolehi 5,060 undi sekaligus menewasakan calon PAS, Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336undi.
Kekalahan ini merupakan kali kedua bagi Hassanuddin yang sebelum ini turutbertanding di kawasan yang sama pada pilihan raya umum ke-12.
Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau,Datuk Tarif Abdul Rahman di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh(MPT) di sini, Ahad.
Pada pilihan raya umum 2008, BN yang diwakili Allahyarham Datuk ZaharuddinAbu Kassim memenangi kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi.

 
Tahniah Roslan Ahmad
BN Menang Dengan Majoriti Lebih Besar

JASIN: Seperti yang dijangkakan, calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad berjaya menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Ahad dengan majoriti lebih besar.
Majoriti yang diperoleh Roslan 3,643.
Roslan, 44, memperoleh 5,962 sementara Yuhaizad sekadar menerima 2,319.
Pada Pilihan Raya Umum 2008 BN hanya memperoleh majoriti sebanyak 2,154 undi.
Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff ketika mengisytiharkan keputusan itu di Pusat Penjumlahan Undi, Politeknik Merlimau, di sini berkata, undi ditolak ialah 135.
Kerusi DUN Merlimau kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari UMNO pada 20 Januari lalu.

...........................................................................................................................
Kata SATU MELAYU:
Sikap samseng dan kurang ajar juak-juak Pas dari luar yang sengaja didatangkan khas untuk tujuan ‘buat kacau’ adalah petanda bahawa calob parti itu akan tersungkur menyembah bumi.

Sudah menjadi kebiasaan, apabila juak-juak Pas merasakan calon mereka kan kalah, maka ikhtiar yang ada pada mereka ialah menimbulkan huru-hara dan kekecohan dengan harapan supaya para pengundi takut untuk keluar mengundi.

Inilah dawah cara Rasulullah SAW yang diajarkan oleh Tok Guru ‘Mazhab Nik Aziz’ kepada para penyokong tegar yang tak pernah cerdik itu.




Info & Sumber : Satu Melayu....mStar Online....bharian Online...

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.