GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

27 February 2011

Anwar, Nik Abdul Aziz Pengkhianat Bangsa: Dr M


Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.
Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.
"Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian," katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini, Sabtu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.
"Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam," katanya.
Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.
Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara kira-kira 5,000 orang yang menghadiri perhimpunan itu.
Sumber: BERNAMA 26 Feb. 2011

25 February 2011

Dan tidakkah Nik Aziz sedar ???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTcMLdrNUCrT8gecwzNTiTWh9Pg4spTzG8Zvx3uwbDMoWuHiOB7XsHBFWRhTgKa3bLfiPhLOlm_7PEvMI2BzQ-U-AmvgdEGci-aQoRQkSLbcAIa3SgUO6R-M0EZG-0whJRYJe3Wavfy4A/s1600/nik%252Baziz%252Bsalam%255B1%255D.jpg

Mungkin benar pendapat yang mengatakan terdapat unsur khawarij dalam PAS kerana parti itu dengan senang menuduh UMNO kafir semata-mata tidak sealiran dengannya walaupun matlamat perjuangan sama. Justeru Nik Aziz tidak boleh lari daripada tanggungjawab jika umat Islam berpecah, rosak akidah dan kuasa politik Melayu hancur. Dan beliau juga tidak boleh menganggap tohmahan itu sebagai ‘cakap-cakap politik sahaja' apabila tersepit nanti...

Jika para pemimpin PAS tidak membetulkan kesalahan ‘fatwa’ Nik Aziz ini, jika disalah tafsir oleh para pengikut PAS dan jika disalah lafaz kepada ahli UMNO oleh golongan fanatik PAS, adalah dibimbangi kekafiran itu akan kembali kepada mereka...

Dan tidakkah Nik Aziz sedar dengan kedudukannya yang dikatakan sebagai sebagai ulamak, Menteri Besar dan Mursyidul Am yang lebih tinggi daripada Presiden PAS, fatwa songsangnya boleh merosakkan akidah pengikutnya sendiri?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEix6BdUs37sFAOO2F-tPcsARyr3sKfxtIuJOlOcmUGbVMdpLt6CzEmdeCbsX-DoQieQ7oPZzuec2q0fSCz0Pd1Ud2cAA7KkzUNIcLtTuyeNi6z1HBL0MF7GKYgcvXWpZ1OPa9hrPeAZRFk/s1600/18062_103574832997643_100000353810531_87391_98276_n%255B1%255D%255B1%255D.jpg 
Berikut adalah antara himpunan " fatwa " Nik Aziz selama ini :

" Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir " - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

" Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran. " - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.– Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

" Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam " - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.– Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

" Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima. " - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

" Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid. " - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

" Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram " - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

" Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam. " - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

" Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang " - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

" Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya. " - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

" Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri. " - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

" PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan) ”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhu30qL7mhZTGjupS31bEWCemLVXG-0-w-U7ETGXYBABEXWBlDrlLcuSCU38VN4MMEkCcdz1FtcWttJwo2piqsWjvHI-MOpYBwyTEQvSLoephVeFNxMHzusfurUQZOIkk5BNbLnz9rt5RM/s1600/14667_101554956532964_100000353810531_36429_6405497_n%255B1%255D%255B1%255D.jpgIni hanyalah sebahagian daripada " fatwa-fatwa " pelik Nik Aziz yang telah banyak memesongkan aqidah umat Islam dinegara kita. Terlalu banyak penghinaan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz terhadap orang Melayu malah terlalu banyak kenyataannya bertentangan dengan ajaran Islam. Perkara ini harus disedari supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan kata-katanya.

Nik Aziz tidak pernah menyesal dengan kenyataan yang dibuatnya, malah tidak pernah untuk menarik balik kata-kata beliau! Kalau beginilah caranya ajaran yang dibawa oleh PAS, alamatnya hancurlah Melayu dan Islam jika PAS memerintah!!!..Wallahuallam.


Sumber dari:
Taminsari / belantan.blogspot.com

Umi Hafilda dedahkan kegiatan seks Anwar

Fikir-fikirkan lah...

24 February 2011

Jawapan Kepada Nik Aziz - TUN M


1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.




4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat);"Innamalmukminu na ikhwatun..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atautheory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.




Petikan Dari Che Det.blogspot
By Dr. Mahathir Mohamad

23 February 2011

Pas Ganti UMNO… Fakta Atau Sekadar Jual Temberang?

Pas sedia ganti UMNO itulah kata-kata yang penulis secara tak sengaja terlihat pada waktu tengahari tadi sewaktu makan tengahari di sebuah kedai makan di Kota Bharu, Kelantan.


Hebat bunyinya Pas Ganti UMNO…. adakah ini menunjukkan Pas sudah bersedia untuk menggantikan UMNO.

Slogan yang digunakan di atas sehelai T-Shirt bewarna Hijau Menyilau ini sudah tentu menarik, tambahan pula ia akan memberikan semangat kepada pejuang-pejuang Pas. Namun, penulis sendiri tidak nampak adakah Pas benar-benar boleh menggantikan UMNO atau tidak.

Kenapa penulis berkata demikian di dalam Barisan Nasional, UMNO yang mendominasi Barisan Nasional manakala di dalam Pakatan Rakyat ianya langsung tidak didominasi oleh Pas jadi mana boleh mereka kata mereka boleh gantikan UMNO melainkan mereka adalah parti yang dominan di dalam Pakatan Rakyat.

Melainkan mereka (yakni Pas) mempunyai bilangan kerusi yang tertinggi di dalam Pakatan Rakyat, inilah baru boleh mereka nak mendakwa mereka boleh gantikan UMNO atauapun mereka sedia ganti UMNO.

Dalam konteks sekarang ini, umum mengetahui parti manakah yang mendominasi Pakatan Rakyat dan sudah tentunya bukanya Pas yang menjadi parti dominasi tersebut. Jadi dalam keadaan sekarang mana mungkin mereka boleh gantikan UMNO.

Memang senang membuat dakwaan dan juga perancangan namun perlaksanaanya tidak semudah apa yang kita rancangkan itulah hakikatnya yang terpaksa kita terima walaupun pahit kita nak telan.

Sumber dari : suaragenerasimuda.blogspot.com

Nik Aziz Amal Politik “Machiavellian”

Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat dilihat semakin jauh menyimpang daripada agenda utama partinya apabila terus-terusan mengamalkan konsep falsafah politik Machiavellian, iaitu sanggup melakukan apa saja asalkan matlamat untuk mendapatkan kuasa tercapai.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat melihat tindakan Nik Aziz lebih cenderung ke arah agenda politik daripada untuk menegakkan agama Islam.

“Hanya kerana mahu menunjukkan kesetiaan kepada sekutu pakatan pembangkang khususnya menjaga hati kawan iaitu DAP, perjuangan Pas yang asal untuk menegakkan hukum hudud kini telah berubah menjadi perjuangan membela bangsa lain iaitu DAP,” katanya kepada UMNO-Online.

Katanya, tindakan Nik Aziz yang seringkali mengeluarkan pelbagai fatwa dan kenyataan-kenyataan kontroversi berkaitan agama sebenarnya adalah tindakan bersifat politik semata-mata.

“Hudud sekarang hanya tinggal kenangan kerana apa yang Nik Aziz lakukan menterjemahkan bahawa matlamat beliau menghalalkan cara sebagaimana kesongsangan Machiavellian sendiri,” katanya.

Falsafah politik Machiavelli cenderung menghalalkan segala cara untuk mendapatkan kuasa malah ia melihat bahawa pemimpin mestilah bijak untuk mengaburi mata rakyat biarpun bersikap prejudis terhadap agama atau menafikan peranan agama demi kuasa walaupun persepsi dari sudut moralnya amat buruk.

“Dalam hal ini, Nik Aziz lebih dilihat kepada seorang yang tidak berpendirian sehinggakan segala isu yang muncul atau diperlakukan oleh DAP terhadap Islam akan dianggap sebagai bukan perkara besar.
“Dalam hal ini, Nik Aziz lebih dilihat kepada seorang yang tidak berpendirian sehinggakan segala isu yang muncul atau diperlakukan oleh DAP terhadap Islam akan dianggap sebagai bukan perkara besar.
“Sebagai parti politik, Nik Aziz sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan sedangkan kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir, akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan perkara sama dan dipertahankannya dengan pelbagai alasan.”

Ujarnya lagi, banyak situasi telah membuktikan bahawa Nik Aziz sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik.

“Nik Aziz adalah pemimpin Pas paling cekap dalam memanipulasi pemikiran dan menukar tafsiran mengikut keperluan politik sedangkan dalam masa yang sama sebenarnya dia tersepit antara tuntutan agama dan matlamat politik itu sendiri.

“Niat Nik Aziz adalah mahu menggantikan UMNO dan memainkan peranan dalam pakatan pembangkang sebagaimana UMNO menjadi tunjang dalam Barisan Nasional tetapi bagaimana mungkin ia akan menjadi realiti?” soalnya.

Terang beliau, jika Nik Aziz memasang angan-angan untuk Pas menjadi seperti UMNO yang dapat menjadi teraju maka tentunya Pas perlu bertanding dalam semua pilihan raya umum dan menguasai lebih daripada 100 buah kerusi.

“UMNO pernah melakukannya apabila dalam Pilihan Raya Umum 2004 mampu membina kerajaan sendiri namun masih mengekalkan persefahaman dengan parti lain dalam BN sedangkan Pas gagal membentuk kesepakatan dan lebih bersifat sebagai menurut kehendak DAP semata-mata.”

Soal beliau lagi, apakah semua ini dilakukan oleh Nik Aziz kerana percaya DAP akan lebih menghormati Islam daripada UMNO sendiri?

“Biarpun Nik Aziz pernah menyatakan keakrabannya dengan DAP adalah untuk mentarbiah mereka dan memberi lebih kefahaman berkaitan Islam sedangkan dalam masa yang sama kita dapat melihat bagaimana pendirian mereka biarpun pemimpin DAP mempermainkan ayat-ayat Quran dan mempersenda Islam.

Tegasnya lagi, Mursyidul Am Pas itu juga pernah menyuarakan bahawa hubungan tersebut membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP kerana perkara itu gagal dilakukan oleh UMNO.

“Dengan pentadbiran dalam BN yang ditunjangi UMNO, Perdana Menteri juga pernah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan negara ini telah model negara Islam di persada antarabangsa sedangkan Pas yang hanya mentadbir Kelantan pun gagal untuk membangunkannya.”  

Petikan dari MediaUMNO.

22 February 2011

"Ambo tak tolak Melayu lah.." - Pok Nik






Baru-baru ini di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pok Nik memberi kenyataannya...


“Bagi PAS, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu,” katanya ketika berucap merasmikan konvensyen tersebut..

Akhirnya Pok Nik terpaksa mengubah pendiriannya dan mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa peribumi di negara ini.


Antara kata-kata lain Pok Nik...
"Parti-parti politik perlu bertanggungjawab untuk mempertahankan hak orang-orang Melayu kerana mereka adalah masyarakat dominan negara ini."

Pok Nik juga sebelum ini beberapa kali menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam secara keseluruhannya.

Kali ini Pok Nik pulak juga berkata  menolak perjuangan nasionalis, ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam.


Adakah perubahan pendirian ini ekoran kebimbangan Pok Nik dan PAS terhadap penurunan sokongan masyarakat Melayu yang kian ketara dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini?

Pendapat kawan:
Sifat Sesumpah...
Tak pelik dengan sikap puak-puak ni berubah-rubah cakap... Ni strategy dan formula terbaru untuk menagih kemenangan dalam 2 PRK yang semangkin hampir lah..Apa lagi..

PETIKKAN SELANJUTNYA : Klik Tajuk Di bawah...

1. Dilema Pas: Islam vs bangsa

2. PAS Perlu Minta Maaf Kafirkan UMNO

3.ISU MELAYU : DENDAM LAMA PKR TERHADAP PAS BERBALAS ?

 

16 February 2011

Minda Pondok selar Nik Aziz


Sebuah badan pemikir, Minda Pondok menyelar tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul.

Jurucakap badan tersebut, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman berkata, sambutan besar-besaran Maulidur Rasul mempunyai hikmah yang besar iaitu memupuk perpaduan di kalangan ummah dan mengingatkan kembali terutama generasi muda tentang sirah Rasululullah.

“Ibnu Tamiyyah, ulama kontorversi yang banyak menentang amalan tradisi Islam turut menyokong supaya Maulidur Rasul disambut secara bermusim kerana terdapat pahala yang besar kerana niatnya elok dan menjunjung Rasulullah SAW dan keluarganya.

“Ulama besar, Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi juga memberi pendapat yang sama dan wajib ke atas kita untuk mengingati sirah baginda dan menjadi iktibar kepada kita,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan kuliah mingguannya Jumaat lalu supaya sebahagian daripada wang yang digunakan untuk menyediakan makanan sempena sambutan Maulidur Rasul dimasukkan ke dalam tabung masjid atau surau.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, kebanyakan tandas masjid atau surau di negeri ini kotor dan memerlukan pembiayaan bagi memastikan ia dapat diselenggara dengan baik.

Mohd. Saifuddin berkata, berdasarkan pandangan ulama, sambutan Maulidur Rasul bukan suatu amalan yang bidaah kerana ia jelas memberikan manfaat dari banyak aspek politik serta jati diri umat Islam.

“Kami merasa amat dukacita dengan kenyataan Nik Abdul Aziz ini ia seolah-olah untuk menarik perhatian orang ramai untuk kepentingan politik.

“Maulidur Rasul sewajarnya disambut dengan meriah di negeri ini untuk mengingatkan umat Islam terutama generasi muda tentang sirah Rasulullah,” katanya.

Sumber & Info : http://n9kini.com/?p=26585

Anwar bakal 'diMubarak​-kan' ahli sendiri...



Krisis keyakinan ahli terhadap PKR dijangka berpanjangan dan tiada tanda akan berakhir biarpun proses pemilihan kontroversi parti itu sudah lama berlalu.

Seperti rumah yang sedang dimakan anai-anai, masalah dalam parti itu bukan hanya melibatkan satu dua cabang bahkan lebih 50 cabang di seluruh negara.

PKR Pusat sudah hilang kawalan terhadap cabang, dan selepas ini lebih banyak kritikan terbuka, ahli dan pemimpin keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada PKR,” kata satu sumber.
Ini termasuk email terus-terang dari Ketua Cabang PKR Batu Sapi Hassnar Hj Ebrahim yang melampirkan surat beliau kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 13 Febuari lalu.

Surat lapan muka surat itu ‘Fuziah Saleh jahanamkan PKR Sabah’ itu antara lain menceritakan kronologi yang membawa kepada pergolokan politik parti itu di sana dari kaca mata penulis.

“PKR Sabah dah tak dapat diselamatkan lagi, kalau pengerusi majlis pimpinan negeri yang tidak sampai sebulan dilantik boleh sertai UMNO, bayangkanlah betapa teruknya masalah dalaman parti itu,” kata sumber tadi.

Sebelum ini, Pajudin Nordin menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada 5 Febuari lalu.

“Kes Pajudin adalah contoh klasik cara urus tadbir buruk yang diamalkan oleh pucuk kepimpinan PKR, mereka lantik Pajudin yang bukan pun ketua cabang, dan apabila dibantah keras oleh ketua-ketua cabang maka Pajudin cuba digantikan.

“Tapi dalam kes ini, belum sempat hendak ganti, Pajudin angkat kaki dan sertai UMNO, dengan jawatan pengerusi majlis pimpinan negeri, PKR malu, sampai terpaksa tubuh Majlis Presiden untuk tangani masalah di Sabah,”kata beliau.

Menurutnya lagi, pergolakan di Sabah termasuk yang terbaru bila cabang Kalabakan dibubarkan membuktikan PKR Pusat sudah hilang kawalan terhadap cabang-cabang.

Sabah hanya permulaan, selepas ini kita akan dengar masalah di Sarawak pulak, dan jangan terkejut ia lebih panas dari cerita di Sabah,” katanya.

Sarawak yang sudah bersiap sedia untuk mengadakan pilihanraya negeri dijangka akan menambahkan ‘bahang’ perebutan kuasa dalam barisan kepimpinan negeri.

“Antara yang paling panas adalah pemilihan calon-calon yang akan mewakili PKR, di mana, sudah pasti berlaku perang antara fraksi yang mewakili kaum Melayu, Cina dan Iban di dalam PKR,”.

“Saya tidak terkejut nanti, sepanjang tempoh berkempen ada saja pemimpin PKR umum keluar parti dan cabang bubar,” jelasnya.

Sementara itu, turut berlaku bantahan ‘senyap’ dikalangan ketua-ketua cabang PKR Perak selepas Dr Muhd Nur Manuty diumumkan pengerusi majlis pimpinan negeri yang baru.

PKR Pusat suruh buat undian pilih pengerusi, ketika undian, 23 dari 24 ketua cabang hadir, 13 undi Mustapa Kamil Ayub dan 10 undi Muhd Nur Manuty, tapi sudahnya Muhd Nur Manuty juga diumumkan sebagai pengerusi, tak ke pelik?” soal beliau.

“Baik dari awal tak payah buat undian, lantik terus siapa yang pemimpin pusat hendak,”tambah beliau.

Selain itu, blogger popular pro pembangkang, Mat Saman Kati juga buat kenyataan di blognya (ureka.asia) ucap selamat jalan PKR.

Mat Saman Kati yang terkenal kerana anjurkan forum temukan calon-calon ketua AMK dalam pemilihan PKR sebelum ini tulis “Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR."

“Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati. Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka.”

Lagi lawak, di blognya, siap ada borang pra-pendaftaran ahli parti KITA yang diketuai Datuk Zaid Ibrahim.

Selain, Sabah, Sarawak, Perak turut bermasalah adalah PKR Johor yang mana pengerusinya bekas Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Jung Meng.

Perlantikan yang tak mencerminkan realiti politik negeri, di mana orang Melayu merupakan kaum majoriti, dan dibantah oleh cabang-cabang yang ada,”kata sumber itu.

Sementara bagi ahli-ahli yang pro calon ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard terus mendesak parti menunaikan janji untuk membentangkan laporan siasatan mengenai penyelewengan dalam pemilihan PKR tahun lepas.

Sebelum ini, SUA PKR, Saifudin Nasution dilaporkan berkata setiap aduan yang dibuat akan disiasat dan hasilnya diketahui dalam tempoh dua minggu dari tarikh kongres nasional diadakan hujung November lalu.

Sebaliknya, sehingga kini tidak ada apa-apa laporan dibentangkan dan Chegu Bard kemudiannya ditawarkan jawatan timbalan setiausaha agung tetapi ditolak olehnya.

Masej twitter tat_lee dan AidilSMM antara contohnya, “Bukti penipuan pemilihan di cabang Parit Sulung… bukti dah ada tak kan DSAI hendak tengok saja,”tweetnya pada Isnin berserta gambar buku senarai pendaftaran pemilih yang hadir mengundi.

Melihat semua senario ini, tidak mustahil, ‘bara dalam sekam’ akan bertukar jadi api tidak lama lagi. Jangan terkejut kalau Anwar akan di ‘Mubarak-kan” oleh ahli parti sendiri.- Oleh: HELME HANAFI,

Petikan dari : CELAH GELEGAR

14 February 2011

Tanpa topeng politik, apa bezanya Nik Aziz dengan Ayah Pin dan juga rasul melayu Kahar?


Semua rakyat melayu Islam kini harus menyedari bahawa PAS bukanlah pejuang Islam sejati seperti yang mereka war-warkan. 

PAS hanya mempergunakan agama sebagai alat untuk mereka mencapai kuasa pemerintahan. 


Pemimpin-pemimpin PAS hanya tahu berselindung disebalik topeng agama ini semata-mata kerana nafsu mereka untuk berkuasa.

Tanpa topeng politik, apa bezanya Nik Aziz dengan Ayah Pin dan juga rasul melayu Kahar? Jika tiada politik didalam organisasi PAS pasti ia akan sama sahaja seperti ajaran-ajaran sesat yang pernah menggemparkan negara.








Mengapa begitu? Lihat sahaja bagaimana PAS kini mensyaratkan pengikut-pengikut mereka supaya wala’ membuta tuli kepada Tok-tok guru didalam PAS. Hendak menjadi wakil parti didalam pilihanraya perlu mengangkat sumpah talak tiga kepada isteri. Dan syurga hanya diperolehi oleh ahli-ahli kumpulan mereka sahaja yang sudah semestinya direstui oleh ketua mereka juga....


"Jika bukan kerana politik, PAS sudah dikategorikan sesat."


Selanjutnya KLIK SINI: http://pemudatbk.blogspot.com/2010/12/jika-bukan-kerana-politik-pas-sudah.html

13 February 2011

GEMPAR!!! Azmin tak maklum kemana Anwar Ibrahim Dah Cabut..!!!

Azmin memaklumkan Anwar telah pun terbang keluar negara atas satu urusan yang SANGAT penting... 
Beliau tidak memaklumkan kemanakah destinasi dituju oleh Ketua Pembangkang yang sepatutnya menghadiri perbicaraan kes liwatnya pada hari Isnin ini, 14 Februari 2011.

Menurut sumber sumber yang sangat boleh dipercayai, Anwar sudah ke New York! Mengadap boss boss Yahudinya... Sempatkah Anwar kembali ke Malaysia untuk perbicaraan kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari Azlan..??

Apakah Anwar akan pulang???
Selanjutnya ikuti petikan info yang telah saya terima di bawah ini....

12 February 2011

Datuk Zaharuddin Abu Kassim disahkan meninggal dunia - Al-Fatihah...

 

PRK Ke-16 Menyusul


PETALING JAYA: 12 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim disahkan meninggal dunia di hospital Temerloh, Pahang kira-kira pukul 6.30 petang tadi.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krau, Rodzuan Zaaba berkata, Allahyarham jatuh di bilik air di kediamannya di pekan Kerdau sebelum dikejarkan ke hospital sejurus selepas itu.
“Keadaan kesihatan Allahyarham sebelum ini memang kurang baik, berjalan pun perlu dipimpin.
“Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham jatuh dalam bilik air dirumahnya,” katanya ketika dihubungi media, di sini, Sabtu.
Sebelum ini Allahyarham beberapa kali dilaporkan kritikal dan pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Kematian Allahyarham Zaharuddin menyaksikan negara bakal menghadapi pilihan raya kecil ke-16 selepas pilihan raya umum 2008.
Terbaru ADUN Merlimau, Melaka, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada 20 Januari lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan berkenaan pada 26 Februari ini manakala pengundian akan diadakan pada 6 Mac depan.
Rodzuan yang ketika ini berada di bilik mayat Hospital Temerloh berkata, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan untuk menziarahi Allahyarham di Hospital Temerloh.
“InsyaAllah, Tuanku Sultan Pahang akan tiba menziarah Allahyarham sebentar lagi,” katanya.
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kerdau pagi Ahad

Kalaulah pemimpin-pemimpin PAS mahu berfikir..


Kalaulah pemimpin-pemimpin PAS mahu berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, tak mungkin ada pemimpin DAP yang sanggup mempermainkan agama Islam dengan memburuk-burukkan umat Islam lain dan mencemarkan kesucian rumah Allah. Kalaupun ada puak DAP yang melakukan begitu, PAS pasti akan bangun menentang segala perlakuan jahat kafir laknatullah tersebut. Bukannya menyokong mereka seperti sekarang ini.
Kalaulah pemimpin-pemimpin PAS mahu berfikir tentang apa yang diajarkan oleh para ilmuan Islam dahulu berkenaan sistem politik dan juga sistem pentadbiran Islam.., PAS tak akan mungkin menderhaka kepada Ketua agama Islam didalam negara dengan sengaja membiarkan para penyokongnya menimbulkan huru hara. Itu semua akan mengaibkan Islam dan bangsa melayu keseluruhannya.
Kalaulah pemimpin-pemimpin PAS tahu erti sebenar apa itu Khalifah, PAS tak akan sewenang-wenangnya menabalkan seorang kafir yang sememangnya anti kepada Islam sebagai seorang Khalifah setaraf dengan Umar r.a. Apakah pemimpin serta pengikut PAS tak rasa bersalah melihatkan khalifah kafir mereka memerangi dan menganiaya bangsa sendiri dan merasuah umat Islam di P.Pinang dengan wang sumber judi?
Kalaulah pemimpin-pemimpin PAS masih mengekalkan perjuangan partinya yang mereka dakwa sebagai berlandaskan Islam, takkanlah PAS rela membiarkan puak-puak kafir DAP mempertikaikan hal ehwal berkaitan Islam dan membisu seribu bahasa tatkala seluruh umat Islam di negara ini tersinggung dengan rakan politik PAS tersebut?
Kalaulah pemimpin-pemimpin PAS tegas dan tauhid dengan perjuangan menegakkan imej Islam di Tanah Melayu, tak akan ada pihak yang berani mempertikaikan hak penggunaan nama Allah sebagai hak mutlak umat Islam. Sebaliknya, PAS pula bersekongkol dengan para kafir untuk melacurkan nama yang maha Esa demi perjuangan yang berkiblatkan sokongan politik semata-mata.
Kalaulah pemimpin-pemimpin PAS masih menganggap diri mereka sebagai penyambung perjuangan Islam terdahulu, mana mungkin mereka sanggup melihat ruang mimbar dicemari tapak kaki kafir yang terang-terangan berpolitik didalam ruang solat utama rumah Allah. Apatah lagi maruah rumah ibadat itu dilacurkan hanya dengan nilai wang ringgit untuk menghalalkan perlakuan biadap mereka.
Dan kalaulah pemimpin-pemimpin PAS ada sekelumit rasa sayangkan agama, bangsa dan juga tanahair mereka, takkan mereka buang perjuangan untuk mewujudkan negara Islam yang sebenar yang selama ini mereka jadikan keutamaan. Tapi mengapa selepas PAS bersekongkol dengan kafir-kafir DAP serta melayu sekular PKR, semua janji-janji perjuangan negara Islam ini dibakul sampahkan?
PAS kini telah jauh menyimpang dan tak lagi seperti mana PAS yang pernah wujud dahulu. PAS kini tak berani angkat muka dihadapan DAP dan menyatakan pendirian mereka kerana takutkan kehilangan sokongan untuk meraih jawatan. Jika adapun pemimpin-pemimpin PAS yang bersuara, dia akan kembali diam setelag telor nya direnggut oleh kafir didalam DAP.
Tak salah bagi PAS untuk mengakui mereka itu sebagai sebuah parti yang bercirikan keislaman, tapi apakah kini masih ada roh Islam itu sendiri didalam parti tersebut. Apa yang jelas terlihat kini, PAS tak lagi layak untuk bercakap soal perjuangan Islam. Jika PAS benar-benar mahukan umat Islam menjadi tuan di Tanah melayu ini, pemimpin-pemimpin PAS tak mungkin sanggup menjadi kaldai kepada DAP!
Soalnya kini.., adakah pemimpin-pemimpin PAS mahu meluangkan masa mereka untuk berfikir….?

Sumber: MyKMU.Net

11 February 2011

DUA MUFTI DESAK NIK AZIZ BERUNDUR JAWATAN MB KELANTAN!!



Dua Mufti bersuara. Mendesak Nik Aziz hentikan serta merta laungan perdebatan. Akan tetapi jika hendak diteruskan, beliau mesti meletak jawatan terlebih dahulu. Mufti Selangor dan Johor lantang menolak sebarang perdebatan sesama pemimpin Islam semata2 mahukan populariti murahan.



"Kita perlu ingat pesan Rasullullah saw bahawa apa jua masalah timbul tentang Islam perlu dilakukan secara rahsia dan tertutup". Itu antara pandangan Penasihat Agama Islam Johor, Datuh Noh Gedut mengenai isu debat yang dicanang Diktator PAS, Nik Aziz Nik Mat. Beliau juga mendesak Nik Aziz dan mana2 pemimpin politik yang ingin mengadakan perdebatan sebegini meletakkan jawatan serta merta.

Datuk Noh Gedut mendakwa, Debat yang dicanang Menteri Besar Kelantan ini bukan hanya akan memecahbelahkan umat Islam di Malaysia, malah ianya akan menimbulkan pandangan negatif mengenai wadah perpaduan Islam yang menjadi pegangan Agama.

Sebarang permasalahan yang berlaku mestilah mengamalkan sistem musyawarah dan diadakan secara tertutup dan rahsia. Budaya yang cuba dibawa Nik Aziz ini menampakkan ketamakan kuasa dan populariti murahan demi kepentingan diri sendiri.

Pandangan Datuk Noh Gedut ini turut mendapat reaksi positif dari Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyeas Abdul Wahid yang berkata, istilah debat tiada dalam Islam sebaliknya musyawarah adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu yang berbangkit.


Mufti Selangor berharap agar Nik Aziz menghentikan serta merta keegoan beliau yang mahukan perdebatan secara terbuka kerana ianya menunjukkan keperibadian beliau yang angkuh dan rakus untuk mengekalkan kuasa. Islam dijadikan alat dan Agama suci ini akan terus tercemar.

Sumber: Malaysia United

PANAS !!! INILAH SEBENARNYA FAKTA !!! NIK AZIZ RUPANYA TAK PANDAI BERDEBAT !!!



sebelum ini saya mengeluarkan artikel berkenaan dengan PAS telah sesat dan berkenaan dengan penjelasan isu negeri kelantan.

SILA KLIK DI SINI DAN DI SINI

kali ini saya akan membuka pula pekung Nik Aziz yang kononnya kata pandai berdebat.sebenarnya Nik Aziz tak pandai berdebat walaupun dengan sahabatnya sendiri.sila lihat di bawah ini kebenarannya akan terbuka satu persatu.terima kasih kepada rakan saya Lias Marzuki yang memberi fakta ini kepada saya untuk di sebarkan kepada semua pembaca artikel BADUT RAKYAT.minta maaf kalau artikel ini panjang.tarik nafas panjang-panjang,baca dan renung-renungkan

Tok Guru PAS sebenarnya bukan kaki debat sebab dia seorang yang panas baran.Kalau dalam berdebat dia hendak menang.Kita berdebat bukan nak menentukan menang atau kalah tetapi nak cari kebenaran.Natijahnya Debat Nik Abdul Aziz hanya 'khayalan politik'.Inilah contoh wayang ulamak politik bukan ulamak agama....

MUNGKIN ramai sudah terlupa bagaimana Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memperlekeh ulama tersohor Sheikhul Al-Azhar,Allahyarham Dr. Muhammed Sayyid Tantawi sebelum Pilihan Raya Umum 2008.Semuanya disebabkan Tantawi mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan mengesahkan konsep Islam Hadhari yang dilaksanakan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri,Tun Abdullah Ahmad Badawi menepati ajaran Islam.

siapakah Tantawi ??? Tantawi orang Arab yang belajar di Al-Azhar (universiti).Saya pun belajar di Al-Azhar,Datuk Seri Presiden (Abdul Hadi Awang) juga belajar di sana.Kita tak rujuk pada Tantawi kerana dia pun kena rujuk al-Quran.Takkan dia buat sendiri. Kalau rujuk al-Quran, saya pun rujuk al-Quran. Apa susah?," bait-bait perkataan ini terkeluar dari mulut Nik Aziz pada 5 Mac 2008 beberapa hari sebelum hari pembuangan undi.

Daripada apa yang dikatakannya itu,jelas menunjukkan bahawa beliau tidak mengiktiraf mana-mana ulama termasuk dari luar negara disebabkan merasakan dirinya 'benar' dan tidak ada orang lain yang lebih benar daripadanya.Disebabkan itu juga, maka hari ini Menteri Besar Kelantan itu bersetuju untuk bermuzakarah atau berdialog atau berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.Namun,persoalannya adakah persetujuan itu akan menjadi realiti ataupun sekadar kenyataan politik kerana jelas pandangan sesiapa pun tidak akan diterimanya.Bagi pendakwah bebas, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman, muzakarah tersebut tidak akan menjadi kenyataan kerana terlalu banyak halangan terutama faktor dalaman Nik Aziz itu sendiri.

"Kalau Nik Aziz yang saya kenal, muzakarah ini tidak akan menjadi, dia bukan ahli debat dan seingat saya, dia tidak pernah berdebat atau bermuzakarah dengan mana-mana ahli agama untuk mencari penyelesaian dalam isu-isu yang berbangkit.Saya bersama beberapa tok guru pondok pernah beberapa kali mahu bertemu dengannya (Nik Aziz) untuk bermuzakarah tetapi dia tidak mahu berjumpa sejak tahun 1988. Dia seorang yang panas baran dan tidak boleh mengawal diri sekiranya berdebat dan kerana itu juga, Pas tidak pernah menyenaraikan namanya untuk berdebat," dakwanya.

Mohd. Saifuddin juga merupakan jurucakap kepada sebuah pertubuhan yang mengumpul pentadbir serta penuntut di pondok-pondok tradisional, Minda Pondok.Justeru, bagi seorang yang memiliki ilmu agama, Mohd. Saifuddin menyifatkan kenyataan Nik Aziz untuk bermuzakarah hanya 'wayang politik' bagi memastikan pengaruhnya terus kekal.

"Kalau saudara tidak percaya tunggu selepas ini. Nik Aziz akan tukar ayat lain pula. Hari ini pun, dia telah meletakkan syarat itu dan ini, lama kelamaan ia akan hilang begitu sahaja.Umat Islam harus sedar, muzakarah ini penting bagi menyelesaikan banyak isu, terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz menimbulkan kekeliruan sehingga boleh memesongkan akidah seperti Allah pun mencarut," katanya.

Tambahnya,muzakarah seperti itu sememangnya dianjurkan oleh Islam kerana ia bukan sahaja menjelaskan kekeliruan tetapi juga menyatukan umat yang kini berpecah kepada beberapa kumpulan sehingga menyebabkan Islam mungkin tidak akan berkuasa di negara ini, sekiranya tidak diberikan perhatian serius.Perlu diingat muzakarah ini bukan isu baru, ia isu lama. Biar dengan siapa pun waima Majlis Fatwa Kebangsaan pun,ia sukar menjadi kenyataan kerana Nik Aziz adalah orang politik.Sifir orang politik amat mudah, setiap tutur kata dan gerak laku mesti memberikan keuntungan politik, tidak kira pada parti mahu pun diri individu itu sendiri. Jadi, anggaplah cadangan muzakarah ini hanya satu khayalan politik biarpun Majlis Fatwa Kebangsaan atau ulama seperti Mohd. Noor Deris bersetuju. Nik Aziz tetap Nik Aziz dan beliau tidak akan berubah biarpun usianya mencecah 80 tahun.

Apa yang dikatakannya seolah-olah syurga dan neraka hanya ada untuk ahli PAS.Ingat Tuan Guru,kita semua mahu masuk syurga.

INILAH SEBENARYA TUAN GURU NIK AZIZ.ANDA NILAI LAH SENDIRI TUAN GURU NIK AZIZ SEBENARNYA.NAK MENANG DAN BAGI NYA HANYA PAS BOLEH MASUK SYURGA PARTI LAIN TAK BOLEH MASUK SYURGA

RENUNG-RENUNGKAN DAN FIKIR LAH SEJENAK

SUMBER : BADUT RAKYAT

Nik Aziz Menyeleweng...

Kritikan Tuan Guru Haji Lah terhadap Nik Aziz yang disifatkan beliau menyeleweng...

8 February 2011

Lambat Laun Anwar Cuma Tinggal Seluar Dalam




Baru Rabu lalu saja Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lambat laun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditinggalkan seorang diri.
Beliau memberi komentar itu sebab ramai anggota pengasas dan pimpinan penting parti itu sudah 'chow liao' atau cabut lari.Ini ekoran tindakan Ahli Parlimen PKR Padang Serai, Kedah N Gobalakrishnan meninggalkan parti itu pada 29 Januari lalu.

Belum hilang lagi desing pukulan Muhyiddin itu, Sabtu satu dunia melihat Pengerusi PKR Sabah, Pajudin Nordin pula cabut.

Bagi mereka yang tidak mengikuti al-kisah PKR Sabah sangat,Pajuddin belum pun sebulan memegang jawatan itu.

Namun seperti biasa Anwar tetap ada alasannya.

Kalau bab Gobalakrishnan Anwar menyepi tak berani komen,dalam hal Pajuddin beliau cuba menutup malu dengan mendakwa sebenarnya parti itu sudahpun memutuskan pembekuan sementara pelantikan Pajuddin sebagai Pengerusi Perhubungan Sabah.

Beliau mendakwa Pajuddin cabut kerana Pajudin kerana tidak dapat menerima keputusan itu.
Sebaliknya Pajuddin yang membuat membuat pengumuman keluar parti dalam satu sidang akhbar bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu petang Sabtu berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah yang didakwa tidak serius menangani masalah dan isu-isu berkaitan Sabah.

Antara sebab Gobalakrishnan kata beliau memutuskan keluar parti kerana PKR abaikan nasib kaum India.

Sebelum itu beliau sudah bising mengenai kepincangan pemilihan PKR.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menilai tindakan Pajudin melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah dan keluar dari parti itu menjadi satu lagi bukti bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan parti itu.
Katanya kemelut terbaru yang berlaku dalam parti pembangkang itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini sudah ramai anggota parti itu, termasuk mereka yang berjawatan timbalan pengerusi dan setiausaha agung sudah meninggalkan parti berkenaan.
"Kalau sudah ramai yang keluar termasuk mereka yang mengasas parti, tentu sekali ada yang tidak kena dengan parti ini," katanya dalam satu persidangan akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional Sarawak di Miri, Ahad.

Sementara itu sumber parti itu kata Anwar tidak pernah merasa gusar dengan tindakan kalangan pemimpin parti itu khususnya golongan lama keluar parti.

Ini,katanya kerana beliau dipercayai lebih merasa selesa dapat ‘control’ kalangan pemimpin baru yang tidak berani banyak cakap ataupun tahu sangat tentang perangainya.

Lagipun,menurut sumber itu Anwar masih hidup dalam awang-awangan dan merasa nothing to lose .

Ini lebih-lebih lagi disaat bergelut dengan perbicaraan kes liwatnya di mahkamah.

Sumber itu berkata dia melihat Anwar merasa kalangan ahli baru parti tetap percaya apa saja cakapnya.

Ibarat kata satu keluar 10 mari.

Lagipun katanya DAP terus bergantung harap pada Anwar untuk mencapai cita-cita politik mereka.PAS pula terpaksa terus telan saja kerana tujuan yang sama.

Katanya kalau nak kira memang sangat menghairankan lihat kebanyakan pemimpin lama dan pengasas PKR sudah cabut.

“Kalau seorang dua lainlah...ini Dr Chandara Muzafar,Rahman Osman,Zul Nordin,Zahrain dan ramai lagi.

Kesimpulan yang dapat dibuat seperti kata Najib mesti ada yang tidak kena dengan parti itu.
 
Sumber : CELAH GELEGAR

4 February 2011

Nik Aziz Guna Peluang Burukkan Musuh Politik, Bukan Pertahan Islam


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menggunakan apa juga peluang yang ada untuk memburukkan musuh politiknya di Malaysia termasuk sanggup mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew.

Menteri Besar Kelantan itu rela mempertahankan Kuan Yew, yang juga bekas Perdana Menteri Singapura, dengan menganggap cadangannya supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk daripada Islam nasionalis Melayu.

"Nik Aziz lebih teruk daripada Islam nasionalis. Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik daripada segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia.

"Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal (Singh), (Lim) Kit Siang, (Lim) Guan Eng. Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew,"

Hasil terbesar PAS dan Nik Abdul Aziz ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini.

"Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam Umno untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam.

"PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan solat Jumaat dua Imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan orang Umno, larangan anggota PAS menghadiri kenduri orang Umno dan pengasingan kubur orang PAS daripada orang Umno, seolah-olah di Akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.

Apabila PAS bertanding pada pilihan raya 1955 dan seterusnya hingga 1986, ia mendakwa bahawa Umno yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, menjadi kafir.

"Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia.

Apabila PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP pada pilihan raya 1990 dan 1995, parti Semangat 46, iaitu serpihan daripada Umno, mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan.

"Alhamdulillah, Semangat 46 kembali semula kepada Umno dan perpaduan orang Melayu Islam dalam Umno dipulih semula.

Tetapi apabila Anwar,Timbalan Presiden Umno dikeluarkan daripada parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepadanya supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada anggota Umno dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

"Hasil daripada sokongan Nik Aziz, orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini, Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan (Rakyat)," katanya sambil menambah PAS sanggup mengetepikan soal kafir kerana ingin menjadikan Pakatan Rakyat musuh kuat Umno.

Dengan cara ini, Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.

"Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu daripada ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara, tidak dihiraukan oleh Nik Aziz.

Sumber dari: Bernama Online ,31 Jan. 

3 February 2011

Janji Anwar tentang harga minyak...

Hari ini Anwar menang, besok harga minyak turun…?


Anwar Ibrahim tak habis-habis menaburkan janji-janji yang tak munasabah kepada rakyat Malaysia. Baru-baru ini semasa berceramah di Gopeng, Anwar berjanji untuk menurunkan harga petrol sebaik sahaja Pakatan menawan Putrajaya selepas PRU13.
Anwar juga dengan bangga berkata “semasa saya jadi Menteri Kewangan dulu, harga minyak dalam negara amat murah, dalam RM1.20 seliter sahaja”. Apakah Anwar ingat rakyat Malaysia tiada otak untuk membezakan nilai sekarang dan juga nilai 14 tahun yang lalu?
Bagaimana Anwar nak turunkan harga minyak sedangkan nilai minyak kini dipengaruhi oleh harga pasaran dunia? Apakah Anwar mahu korek telaga sendiri bagi menyediakan minyak murah kepada seluruh rakyat negara?
Anwar mungkin boleh menurunkan harga minyak petrol didalam negara untuk jangkamasa yang pendek bagi memuaskan hati pengikut-pengikutnya jika dia berjaya memerintah selepas PRU13 nanti.
Tapi Anwar tak akan mampu untuk mengekalkan harga minyak tersebut terutamanya jika kekayaan negara sudah habis. Semua rakyat tahu bahawa kini kerajaan mengekalkan subsidi terhadap minyak dan beberapa barangan keperluan asas lain melalui kekayaan negara yang dibahagi-bahagikan.
Jika sumber subsidi ini dihabiskan secara kurang cermat seperti yang Anwar war-warkan, generasi anak cucu Malaysia di masa depan langsung tidak akan dapat menikmati kehidupan selesa seperti apa yang kita kecapi sekarang.
Rakyat tak seharusnya membuat penilaian terhadap janji-janji Anwar ini secara ringkas dan mudah. Segala perancangan yang dibentangkan oleh Anwar hanyalah semata-mata retorik kosong demi untuk memenuhi keinginan peribadinya bagi menjadi Perdana Menteri.
Segala janji-janji yang dilafazkan oleh Anwar dan juga Pakatan bukanlah berstatus nyata. Ia cuma seperti bayangan pelangi yang cantik dipandang tetapi tak akan mampu disentuh secara zahir.
Janji Anwar tak jauh bezanya daripada segala fatwa yang keluar dari mulut Mursyidul Am PAS Nik Aziz. Siapa yang mampu mengesahkan ahli-ahli PAS akan masuk syurga serta mengundi PAS dapat pahala?
Sebab itulah Nik Aziz berani berjanji perkara-perkara serupa ini kerana dia tahu tiada siapa pun yang mampu membuktikan dia berbohong. Begitulah halnya dengan Anwar yang galak berjanji kepada para penyokong dan pengikut gerombolan Pakatan.
Siapa yang tak mampu berfikir dengan waras, sudah tentu akan mempercayai bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Anwar. Tetapi, sesiapa yang meneliti serta memikirkan secara rasional, semua kata-kata Anwar tak lain hanya sekadar cakap-cakap kosong di kedai kopi sahaja.

Petikkan dari MyKMU.net

2 February 2011

Dermalah Untuk Bekalan Ke Syurga PAS!





Sepanjang kempen di Tenang dan beberapa prk sebelum ini Pisau banyak menghadiri ceramah ceramah PAS. Cemuhan ,maki hamun dan fitnah diselang seli disambut dengan laungan takbir yang memalukan adakalanya mereka bertakbir ketika pemimpin DAP mencemuh saudara seagama dan sebangsa dengan mereka.


Takbir Allahuakhbar dilaungkan untuk mencapai inzal politik gampangan mereka. Selesai mencemuh,fitnah dan adakalanya memaki hamun,pengerusi majlis kemudian mengumumkan kutipan derma kononnya untuk perjuangan jihad mereka.Unit amal yang sentiasa bersedia dengan beg palstik didalam kocek mereka terus mengeluarkan dan menadah kepada hadirin.


Sambil memasukankan wang mereka menyebut Allahuakhbar dan ada yang berniat.Begitulah gelagat mereka.


Paling memualkan mereka berkata kutipan derma itu untuk bekalan ke akhirat.Seolah olah menderma untuk perjuangan songsang PAS adalah untuk mendapatkan jaminan syurga maka wang ringgit harus dihabiskan.


Kutipan derma meningkat tinggi mengikut ranking pemimpin yang hadir berceramah,jika yang maki hamunnya , fitnahnya kuat dan mencarut berkualiti lagi tinggi kutipan dapat dikaut.Jika yang kurang berkualiti dan tidak popular adakalanya mereka tidak membuat sebarang kutipan derma.


Tak kala mereka mereka ini sibuk mengaut duit penyokong PAS,Pisau melihat kebodohan penyokong khawarij yang sanggup memasukkan duit kedalam karung plastik atau pun tabung tabung derma.


Mengapa Pisau kata mereka ini bodoh dan diperbodohkan, bandingkan jika pemimpin pemimpin PAS pergi berceramah di depan penyokong DAP adakah mereka berani membuat kutipan derma daripada penyokong cina ataupun india?Pernahkan unit amal mengutip wang daripada penyokong DAP ?


PAS hanya berani mengutip wang daripada penyokong melayu Islam didalam ceramah mereka tetapi tidak berani pula mengutip wang dari hadirin semasa mereka berceramah dihadapan penyokong DAP.Siapa bodoh siapa pandai?


Wang yang dikutip daripada penyokong totok semata mata untuk menampung perjuangan Malaysian Malaysia.PAS secara langsung menghalalkan perjuangan DAP dan memperbodohkan penyokong mereka yang berhabis wang ringgit untuk melihat DAP menjadikan PAS sebagai tunggangan.

Petikan dari: PISAU.net

Mael Pengerang kata:
Ramai puak2 PAS ni mengadu.. Kononnya perjuangan mereka di Tenang menggunakan duit kocek sendiri... Ye ke?

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.