#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

2 February 2011

Dermalah Untuk Bekalan Ke Syurga PAS!





Sepanjang kempen di Tenang dan beberapa prk sebelum ini Pisau banyak menghadiri ceramah ceramah PAS. Cemuhan ,maki hamun dan fitnah diselang seli disambut dengan laungan takbir yang memalukan adakalanya mereka bertakbir ketika pemimpin DAP mencemuh saudara seagama dan sebangsa dengan mereka.


Takbir Allahuakhbar dilaungkan untuk mencapai inzal politik gampangan mereka. Selesai mencemuh,fitnah dan adakalanya memaki hamun,pengerusi majlis kemudian mengumumkan kutipan derma kononnya untuk perjuangan jihad mereka.Unit amal yang sentiasa bersedia dengan beg palstik didalam kocek mereka terus mengeluarkan dan menadah kepada hadirin.


Sambil memasukankan wang mereka menyebut Allahuakhbar dan ada yang berniat.Begitulah gelagat mereka.


Paling memualkan mereka berkata kutipan derma itu untuk bekalan ke akhirat.Seolah olah menderma untuk perjuangan songsang PAS adalah untuk mendapatkan jaminan syurga maka wang ringgit harus dihabiskan.


Kutipan derma meningkat tinggi mengikut ranking pemimpin yang hadir berceramah,jika yang maki hamunnya , fitnahnya kuat dan mencarut berkualiti lagi tinggi kutipan dapat dikaut.Jika yang kurang berkualiti dan tidak popular adakalanya mereka tidak membuat sebarang kutipan derma.


Tak kala mereka mereka ini sibuk mengaut duit penyokong PAS,Pisau melihat kebodohan penyokong khawarij yang sanggup memasukkan duit kedalam karung plastik atau pun tabung tabung derma.


Mengapa Pisau kata mereka ini bodoh dan diperbodohkan, bandingkan jika pemimpin pemimpin PAS pergi berceramah di depan penyokong DAP adakah mereka berani membuat kutipan derma daripada penyokong cina ataupun india?Pernahkan unit amal mengutip wang daripada penyokong DAP ?


PAS hanya berani mengutip wang daripada penyokong melayu Islam didalam ceramah mereka tetapi tidak berani pula mengutip wang dari hadirin semasa mereka berceramah dihadapan penyokong DAP.Siapa bodoh siapa pandai?


Wang yang dikutip daripada penyokong totok semata mata untuk menampung perjuangan Malaysian Malaysia.PAS secara langsung menghalalkan perjuangan DAP dan memperbodohkan penyokong mereka yang berhabis wang ringgit untuk melihat DAP menjadikan PAS sebagai tunggangan.

Petikan dari: PISAU.net

Mael Pengerang kata:
Ramai puak2 PAS ni mengadu.. Kononnya perjuangan mereka di Tenang menggunakan duit kocek sendiri... Ye ke?

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.