GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

31 October 2012

Siapa PM Selepas Anwar Disingkir? Baca ni!!!


Telah tersebar akan perjanjian sulit secara lisan antara PAS-DAP bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah maka PAS dan DAP akan memastikan hayat Anwar sebagai Perdana Menteri tidak lama. Malah, lebih singkat dari dua tahun iaitu jangkamasa yang dicongak sebelum ini.

Sumber terbaru memberitahu bahawa mengikut perkiraan, PAS dan DAP hanya akan memberi masa selama dua bulan kepada Anwar untuk duduk di atas takhta Putrajaya sebelum disumbat kembali ke dalam penjara.

Perjanjian ini dibuat kerana DAP dan PAS cukup maklum akan siapa Anwar sebenarnya dan mereka juga tidak sanggup untuk berketuakan seorang yang sebegitu kotor sekali. Lebih dari itu, dengan tersingkirnya Anwar, sekurang-kurangnya kuasa yang diperolehi tidak perlu dibahagi tiga, tetapi hanya dua iaitu antara PAS dan DAP.

PRU 2008 menyaksikan DAP memenangi 28 kerusi dan PAS 23 kerusi, sekali gus menandakan yang kuasa DAP adalah melebihi PAS. Dalam PRU-13, DAP nekad bertanding lebih banyak kerusi iaitu pertambahan 43 kerusi menjadi 90. Tetapi ini dinafikan oleh DAP yang menyatakan bahawa parti tersebut hanya akan bertanding 60 kerusi berbanding PAS 66.

Penafian DAP diragui memandangkan kesungguhan mereka untuk meletakkan calon Melayu dalam PRU nanti, sekali gus menjejaskan peluang PAS. Mengenali sikap kiasu dan perkauman DAP, mereka tidak akan sekali-kali membiarkan parti mereka berada di bawah penguasaan parti lain, terutama PAS, yang mewakili Melayu.

Melihat dari senario ini, PAS tidak mungkin mampu mengatasi DAP dari segala segi iaitu dari segi jumlah kerusi, kekuatan diri untuk menentang keputusan dan kehendak DAP serta dari segi kebolehan untuk mentadbir. Oleh itu, DAP akan dengan mudah mengenepikan PAS dan melantik pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri.

Kita tidak melihat bagaimana Hadi Awang mampu mengatasi kelicikan Kit Siang, sedangkan kelicikan kumpulan Anwarinas di dalam PAS juga tidak mampu diatasinya. Hadi Awang adalah lebih sebagai simbol sahaja dan bukan Presiden dalam ertikata sebenar. Malah beliau juga sering melepaskan tanggungjawab mempengerusikan mesyuarat kepada orang lain dan sekadar memberi kata aluan pembukaan dan penutup sahaja.

Jika Hadi Awang adalah simbol, Nik Aziz pula hanyalah maskot bagi mempromosikan imej ‘Ulama’. Maskot ini terus digunakan sebagai ‘logo’ walaupun sudah terlalu uzur dan segala segi. Jelas, kewujudan Nik Aziz di dalam PAS bukanlah untuk memimpin tetapi untuk dipimpin tangan bila berjalan. Ke mana arah kakinya berjalan pula bergantung kepada siapa yang memimpin tangannya.

Dengan hakikat yang amat menyedihkan ini, bagaimana PAS mampu mengatasi DAP dan memastikan jawatan utama menjadi milik mereka? Apatah lagi dengan Timbalan Presiden, Mat Sabu yang sudah terkenal sebagai barua DAP yang paling setia?

Justeru, senario yang pasti berlaku sekiranya PR mengambil alih tampuk pemerintahan ialah Anwar akan menjadi Perdana Menteri selama dua bulan sebelum jawatan itu dirampas oleh DAP, manakala PAS menjadi Timbalan yang bersifat boneka atau tiada jawatan penting langsug.

Maka DAP pun akan meneruskan agenda mereka untuk menghapuskan hak istimewa Melayu, institusi Raja-raja, Askar Melayu DiRaja serta menjadikan negara ini sebagai sekular akan dilaksanakan seberapa segera.  

25 October 2012

Nilai korban yang sempurna


JUTAAN tetamu Allah SWT, termasuk jemaah haji dari tanah air sedang bersiap sedia untuk melaksanakan kemuncak ibadah haji iaitu wuquf di Padang Arafah bermula daripada gelincir matahari hari ke-9 Zulhijah hingga terbit fajar hari ke-10 Zulhijah.

Kegagalan untuk berada di kawasan Arafah bagi jemaah haji yang mukallaf akan memberi impak kepada kesahan ibadah haji yang dilakukan sekali gus gagal meraih peluang beribadat, berdoa dan bermunajat di tempat suci yang sangat mustajab doa itu.

Sementara itu di tanah air, umat Islam turut tidak melepaskan kesempatan istimewa untuk berkorban wang ringgit, masa dan tenaga dengan menyembelih ternakan sebagai menghayati falsafah agung pengorbanan Nabi Ibrahim as. yang menyembelih anaknya Nabi Ismail as. semata-mata mentaati perintah Allah SWT.

Di sana sini kelihatan pelbagai ternakan seperti unta, lembu, kerbau dan kambing yang terikat dan bersedia untuk dikorbankan setelah selesai solat sunat Hari Raya Aidiladha dan berlanjutan hingga hari ke-13 Zulhijah.

Apa pun yang lebih utama bukanlah banyak atau sedikit ternakan yang dikorbankan. Akan tetapi niat yang suci dan benar-benar ikhlas melakukan ibadah kerana Allah SWT yang bakal diterima sebagai ibadah yang sempurna dan beroleh ganjaran takwa.

Allah SWT berfirman maksudnya "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada Nya adalah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.

Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya" (Surah Al-Hajj: 37).

Hal ini juga bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud "Tiadalah Bani Adam, pada hari Nahr, mengamalkan suatu perbuatan yang lebih disenangi oleh Allah Azza Wa Jalla, dibanding amalan menyembelih korban. Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat kelak dengan tanduknya, kukunya dan bulu-bulunya. Sesungguhnya darah korban akan jatuh dari Allah di suatu tempat, sebelum darah tersebut jatuh ke bumi. Maka kerana itu, baguskanlah oleh mu sekalian jiwa mu dengan berkorban". (Riwayat Ibnu Majah)

Selain itu, beberapa kriteria ternakan dan sunah dalam penyembelihan binatang turut memberi kesan kepada penerimaan ibadah korban yang sempurna. Binatang yang paling afdal untuk dikorbankan adalah unta di kedudukan teratas, diikuti lembu, kerbau dan kambing. Ini dinilai berasaskan jumlah daging yang paling banyak sehingga manfaatnya dirasai oleh sebilangan besar masyarakat setempat.

Sementara itu, dari segi warnanya pula yang paling afdal adalah ternakan yang berwarna putih, diikuti, kuning, kelabu, merah, belang putih dan terakhir hitam. Disyaratkan juga ternakan yang dipilih adalah yang paling gemuk, sempurna daripada sebarang kecacatan dan cukup umur, iaitu bagi lembu dan kerbau hendaklah berumur genap dua tahun.

Individu Muslim yang berniat hendak berkorban juga disunatkan untuk tidak mencukur sebarang rambut dan bulu di badan, termasuk memotong kuku selama 10 hari pertama bulan Zulhijah.

Bagi mereka disediakan ganjaran pengampunan dosa dan pembebasan daripada api neraka Allah SWT bagi setiap cukurannya selepas menjalani ibadah korban tersebut.

Selain itu, daging korban yang sudah dilapah dan ditimbang hendaklah diagih-agihkan kepada penduduk setempat. Daging itu kemudiannya boleh dibahagikan kepada tuan punya bahagian korban, golongan fakir miskin dan orang kaya sebagai hadiah.

Dalam hal pengagihan daging juga penduduk setempat hendaklah diutamakan berbanding yang tinggal di kawasan yang jauh. Malah ada pendapat yang mengatakan haram memindahkan daging korban ke tempat yang lain kerana di situ ada hak fakir miskin setempat.

Adapun trend melaksanakan ibadah korban di luar negara yang banyak dilakukan hari ini berkemungkinan disebabkan pandangan yang memikirkan ada Muslimin lain yang lebih memerlukan daging korban berbanding masyarakat Islam di Malaysia yang mewah dan selalu makan daging. Ini ditambah dengan pelbagai promosi oleh pihak tertentu yang turut menawarkan harga murah pada setiap bahagian binatang yang dikorbankan.

Dalam hal ini umat Islam diseru berhati-hati supaya tidak ditipu dalam beribadat. Malah yang afdal ternakan yang dipilih adalah yang paling mahal, paling sempurna dan tiada tawar menawar dalam proses membeli binatang korban.

Sebagai menghayati falsafah ibadah korban ini, para Muslimin secara umumnya diseru untuk berkorban mempertahankan akidah dan keyakinan kepada Allah SWT dengan tidak melakukan perbuatan syirik dan khurafat.

Amalan nikah batin untuk hajat tertentu sebagai contohnya adalah menyimpang daripada ajaran yang sebenar. Begitu juga berubat dengan pawang dan bomoh yang menggunakan anasir jin dan makhluk halus dikhuatiri akan merosak akidah dan jauh daripada rahmat Allah SWT.

Dalam usaha untuk melaksanakan segala tuntutan perkara fardu dan sunat dalam ibadah setiap individu Muslim diseru bersedia untuk berkorban masa, usaha dan tenaga bagi melakukan yang terbaik. Ibadat solat lima waktu hendaklah sentiasa dipelihara dan diperkemas segala rukun dan syarat-syaratnya hingga diterima dengan sempurna. Kesibukan tugasan harian sepatutnya tidak menjadi alasan untuk mengorbankan solat lima waktu yang difardukan.

Bagi yang belum berkesempatan untuk menunaikan fardu haji mereka diseru pula berkorban dengan bersungguh-sungguh menabung sikit demi sedikit hingga dapat ke Tanah Suci bagi menyelesaikan tuntutan fardu haji, jika tidak sampai bila pun niat yang suci itu tidak akan kesampaian.

Golongan yang seronok dan leka melakukan pelbagai dosa dan maksiat yang saban hari menjadi paparan akhbar tempatan juga diseru bersedia untuk berkorban dan bertaubat daripada terus bergelumang dalam kancah dosa dan maksiat sepanjang masa.

Ambillah kesempatan sempena hari raya korban ini untuk memulakan gaya hidup baharu tanpa perilaku dosa dan songsang supaya dirahmati dan diberi petunjuk oleh Allah SWT.

Rebutlah peluang masa muda sebelum sampai masa tua dan rebutlah peluang beramal semasa hayat di kandung badan agar tidak menyesal di kemudian hari.


Oleh MOHD ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandar raya Johor Bahru
Sumber: Utusan Online.

24 October 2012

ISU RAPID PENGERANG: Lawak bodoh pembangkang


Bagai nak gila tepekik telolong. Sudahnya sembang kosong je lebih...
Nah, bacalah ni!



23 October 2012

Perangi Propaganda Grand Final PR

This summary is not available. Please click here to view the post.

19 October 2012

PRU 13: PAS Pasti Tersungkur Di Kelantan


Suka atau tidak, pemimpin PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 22 tahun negeri ini diperintah oleh PAS.

Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di lembah Sireh, Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011, pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri.

Bertahun-tahun sebelum ini, sudah ramai penduduk setempat yang bangkit membantah projek berkenaan kerana meragui keberkesanannya dalam menaik tarafkan kehidupan mereka selain isu pengambilan tanah pada harga pampasan yang tidak munasabah.

Kini apabila Laporan Audit sendiri pula mengesahkan projek pembangunan PTSK tersebut bukan sahaja masih gagal disempurnakan, malah tanah negeri seluas 716.8 ekar yang bernilai RM318.29 juta juga telah dipindah milik kepada syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd tanpa melalui prosedur yang betul.

Ini sekaligus mengesahkan desas desus sebelum ini berkaitan wujudnya salah laku, penyelewengan dan rasuah dalam urusan tender dan kontrak projek tersebut yang melibatkan beberapa orang pemimpin negeri dalam Kerajaan PAS Kelantan.

Sudahlah begitu, janji manis Kerajaan PAS Kelantan konon rakyat negeri bakal menerima sebuah masjid baru yang indah dan besar bernilai RM20 juta juga langsung tidak nampak bayangnya walaupun tanah negeri sudah bertukar milik sejak bertahun lamanya.

Tambah menyemarakkan orang ramai apabila Laporan Audit juga mengesahkan projek Ladang Rakyat yang terbentang luas di Selatan Kelantan hingga kini hanya menguntungkan segelintir pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin PAS Kelantan.

Janji dividen RM200.00 sebulan serta peluang bekerja di Ladang rakyat sebagai peserta dengan gaji RM700.00 sebulan hanya tinggal janji. Segelintir yang bernasib baik dapat meraih habuan dividen dan gaji itupun disebabkan adanya hubungan kepartian dengan PAS negeri sahaja.

Lebih 80,000 ekar tanah kerajaan dan tanah milik rakyat termasuk tanah adat Orang Asli kini dikuasai syarikat milik Cina Singapura serta Taiwan.

Berulang kali rakyat bangkit membantah dan menyerahkan memorandum, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat hanya memekakan telinga kononnya semua bantahan itu hanya bermotifkan politik.

Walhal, hak rakyat ditindas dan nasib rakyat terumbang ambing dek kerana kerakusan pemimpin PAS merampas hasil negeri untuk kepentingan diri dan kroni.

Sebelum ladang dibuka, segala pokok balak serta konsesi pembalakan hanya dirasai oleh tauke Cina Singapura yang turut dikongsi bersama dengan beberapa pihak yang berkepentingan dalam PAS dan kerajaan negeri. Inilah sebenarnya sasaran utama pemimpin PAS negeri yakni hasil kayu balak dan komisyen.

Bila segala isi perut hutan belukar habis diratah meninggalkan tanah-tanah bukit sahaja kemudian membawa kepada pencemaran sumber air, barulah ladang dibuka namun hasil dari pembukaan Ladang Rakyat itu pun tak terjangkau oleh majoriti rakyat negeri.

Kononnya tujuan pembangunan Ladang Rakyat itu akan dapat menandingi kejayaan tanah rancangan FELDA, ternyata hanyalah omong kosong pemimpin PAS sahaja.

Itupun pemimpin PAS masih mahu tunjuk lagak konon mahu membela nasib peneroka FELDA sedangkan sejak sekian lama peneroka FELDA memang sudah terbela hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional.

Patutnya pemimpin PAS perlu berani membela nasib rakyat Kelantan terutama penduduk di Selatan Kelantan yang sudah bertahun-tahun tertindas dek kerana kegagalan Ladang Rakyat yang diluluskan oleh MB dan Exconya.

Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) kelak, usahlah PAS berharap untuk kekal di Kelantan, majoriti rakyat sudah muak dan mual dengan sikap hipokrit dan kuat mentekederah harta benda negeri oleh pemimpin PAS.

PRK DUN Galas tahun 2010 dulu hanyalah tanda awal bahawa kebangkitan rakyat Kelantan bermula dari Selatan kemudian bergabung bersama kekuatan rakyat di pusat bandar untuk sama-sama menumbangkan rejim pemerintahan diktator Nik Aziz Mulut Berus dan gerombolan PAS Kelantan.

PAS pasti tersungkur menyembah bumi sama seperti pokok balak yang jatuh menghempap tanah selepas digergaji dan ditarah sesuka hati.

18 October 2012

Kerajaan PAS tak ambik kisah 'Pengesahan Sijil Halal'.


Islam Ala PAS: Papan Tanda Islam Tetapi Rakyat Makan Makanan Haram?

PAS sememangnya parti yang keliru hala tuju, yang dipimpin oleh orang yang celaru dan bekerjasama dalam Pakatan yang haru-biru. Islam menjadi mainan politik seharian, dijadikan slogan promosi bagai iklan.

Islam digunakan sebagai pakaian untuk menutup kemunafikan. Akibat bersifat keterlaluan dalam politik, PAS akhirnya telah di’hijack’ syaitan. Kerana itu, segala yang baik dilihat buruk dan yang buruk ditatang dan dijulang. Musuh Islam dijadikan sahabat dan ketua manakala saudara seIslam ditentang.

Justeru, Islam bagi PAS kini hanya tinggal pada nama parti, di pakaian, dan retorik jalanan. PAS lebih mementingkan Islam dari segi luaran berbanding dalaman iaitu untuk dipertonton dan ditayang kepada manusia dan bukannya untuk Allah SWT.

Maka tidak hairanlah penemuan audit negeri Kedah mendapati bahawa kerajaan PAS Kedah telah memandang remeh akan soal sijil halal yang dikeluarkan di negeri itu. Sedangkan sijil inilah yang dapat memberi panduan kepada rakyat mengenai halal-haram sesuatu barangan atau makanan yang bakal menjadi darah daging mereka.

Laporan audit 2011 menunjukkan bahawa di antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati bahawa sijil halal lewat dikeluarkan atas sebab-sebab kelemahan dalam aktiviti pemantauan dan Penguatkuasaan serta perkhidmatan rujukan maklumat halal tidak dikemas kini.

Namun, apa yang disebut kelemahan dalam laporan audit sebenarnya lebih tepat jika disebut ‘kemalasan’ kerana antara penemuan mengejutkan yang dilaporkan ialah, Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal Tidak Bermesyuarat. Jawatankuasa tersebut hanya bermesyuarat 2 kali pada tahun 2009 dan 3 kali pada tahun 2010. Manakala pada tahun 2011, Jawatankuasa ini langsung tidak bermesyuarat.

Walau apa jua alasan untuk tidak bermesyuarat, ia tidaklah boleh diterima, kerana kerajaan PAS Kedah sepatutnya tidak mengambil ringan soal sijil halal apatah lagi setelah berjaya menjatuhkan BN atas alasan parti itu tidak Islamik.

Apa yang lebih mengejutkan ialah MAIK telah mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal kepada 72 syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal atas alasan teknikal.

Untuk itu, Yang Dipertua MAIK menggunakan budi bicaranya untuk meluluskan SPH demi kepentingan pihak industri. Persoalannya, apakah kelayakan YDP MAIK untuk memberi kelulusan secara persendirian?

Apakah jaminan yang beliau telah melakukan ujian atau pemantauan dengan sempurna sebelum memberi kelulusan?

Dan yang lebih penting ialah rakyat kini tertanya-tanya apakah terdapat unsur rasuah di sini apabila alasan yang diberikan ialah ‘kepentingan pihak industri’ yang mana sekali gus bermakna keuntungan adalah lebih penting dari soal agama mahupun rakyat.

Selain itu, semakan Audit juga mendapati tiada pemeriksaan berkala dijalankan bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011. Bagaimanapun, bagi tahun 2011 terdapat 2 pemeriksaan dibuat, itupun setelah mendapat aduan.

Malah, operasi penguatkuasaan bersepadu untuk memastikan penguatkuasaan penggunaan logo halal bersama KPDNKK juga tidak pernah dijalankan.

Nah inilah pentadbiran Islamik yang dilaung-laungkan PAS di mana soal halal haram makanan yang menjadi darah daging rakyat juga tidak dititikberatkan. Jika perihal halal-haram makanan juga boleh diremehkan, tidak perlulah PAS terus berlakon alim melalui isu papan tanda iklan yang mewajibkan model wanita menutup aurat dan memaparkan tulisan jawi.

Dosa mata itu adalah dosa kecil dan tidak akan menjadi darah daging serta tulisan jawi di papan tanda pula hanyalah simbol usaha mendaulatkan bahasa AlQuran. Membaca tulisan jawi di papan tanda tidak boleh menghalalkan kembali makanan haram yang dah tertelan.

Kesimpulannya, laporan audit yang dibentangkan bukan sahaja mendedahkan kelemahan pentadbiran PAS Kedah yang hangat diperkatakan kini, tetapi ia juga mendedahkan betapa munafik atau hipokritnya PAS dalam soal agama.

Jelaslah kini bahawa agama hanyalah kosmetik bagi PAS. Pun begitu, PAS harus tahu bahawa kosmetik tidak semestinya membuat kita cantik. Kosmetik yang berlebihan membuatkan wajah lebih buruk malah merosakkan kulit dalam jangka panjang.

17 October 2012

Baik peluk DAP dari peluk UMNO bagi PAS. Baca ni!


PAS mengatakan ikatannya dengan parti rasis Cina DAP adalah satu bentuk tahaluf siyasi iaitu kerjasama dalam landasan yang sama dalam perjuangan untuk mencapai satu tujuan politik.

Dalam kerangka kerjasama PAS-DAP tahaluf siyasi mereka adalah penentangan terhadap Umno-Barisan Nasional dan menumbangkan kerajaan berteraskan kuasa Melayu yang sediada. PAS kini berbelah bagi kerana tahaluf siyasi yang dipertahankan oleh pimpinan tertinggi parti itu semakin mendapat tentangan lapisan akar umbi.

Walaupun secara zahir anggota PAS memilih untuk memendam rasa dan perasaan demi perpaduan parti tetapi seperti 'pressure cooker' ia hanya menunggu masa yang sesuai untuk meletup dan menghemburkan keluar segala isi dan kotoran yang busuk. Hanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sahaja yang nampaknya bersungguh-sungguh mempertahankan kerjasama parti itu dengan DAP.

Kenyataan beliau yang berkata parti itu sanggup bersekongkol dengan DAP sekalipun demi mencapai kemenangannya dalam perjuangan politik tidak disenangi oleh sesetengah tokoh dalam PAS. Malah Menteri Besar Kelantan itu merasa tidak salahnya PAS bekerjasama dengan DAP walaupun secara jelas parti perkauman itu menentang pelaksanaan hukum hudud yang selama ini diperjuangkan olehnya.

Bagaimanapun dalam pendiriannya mempertahankan DAP, Nik Aziz sebenarnya telah mengesahkan dakwaan pelbagai pihak sebelum ini bahawa PAS adalah keldai tunggangan DAP. Inilah yang berlaku dalam sebuah parti politik apabila pemimpin tidak lagi mendengar luahan hati nurani akar umbi tetapi tetap dengan sikap sombong bodoh yang akhirnya akan membawa kepada kerugian.

Walaupun bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa telah mendedahkan perihal agenda DAP untuk mengkristiankan negara ini apabila parti itu menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu, suara beliau seolah-olah diketepikan.

Malah pemimpin PAS seperti Khalid Samad yang menjadi golongan talibarut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam parti itu yang dipanggil 'Anwarinas' turut menghentam Nasharuddin. Nik Aziz juga dengan lantas melabelkan Nasharuddin sebagai pengacau atau berlidah panjang.

DAP kini mahu menyaman Nasharuddin atas pendedahan rahsia besar DAP itu tetapi tidak kedengaran pun suara pimpinan PAS mempertahankan ahli parlimen Bachok itu. Begitu juga nasib yang menimpa bekas Exco PAS Selangor, Hasan Ali yang dipecat daripada parti apabila beliau membangkitkan bahaya gerakan Kristian di negeri itu.

Dengan mempertahankan DAP adakah Nik Aziz menunjukkan toleransi tidak bertempat terhadap agenda kristianisasi DAP? Sebagai tokoh agama yang dihormati oleh ahli PAS tidakkah sikap ganjil yang dipamerkan oleh Nik Aziz sebenarkan akan membawa kemusnahan kepada parti itu sendiri apabila peringkat akar umbi lambat laun akan memberontak?

Perjuangan politik PAS kini menjadi begitu teruk kerana kerenah Nik Aziz yang lebih mementingkan politik daripada agenda Islam. Suara Abdul Hadi Awang sebagai presiden sudah tidak laku kerana PAS telah dikawal sepenuhnya oleh ideologi Nik Aziz.

Nik Aziz seolah-olahnya tidak pedulikan lagi maruah PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam yang sanggup menolak mentah-mentah permintaan Umnom untuk bermuzakarah dalam semangat persaudaraan sesama Islam tetapi memilih untuk melihat titik persamaan dengan sebuah parti bukan Islam dan rasis pula.

Suara-suara bantahan sudah mula kedenganran dan semakin lantang apabila bekas ahli parlimen Baling, Dr Shahanon Ahmad berkata perjuangan politik PAS tidak lagi menepati kehendak Islam apabila ia bekerjasama dengan DAP. Begitu juga Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi. Timbalan Mursyidul Am PAS,

Datuk Dr Haron Din mengkritik Anwar yang berpegang kepada fahaman liberal dan pluralisme agama apabila tokoh ulama itu mengatakan tindakan Ketua Umum PKR itu bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal jelas menunjukkan beliau menolak kesesuaian Islam dalam pembentukan sebuah negara.

Islam diserang daripada pelbagai sudut namun PAS membiarkan perkara ini berlaku. Nik Aziz mempertahankan Anwar walaupun beliau menyokong negara Zionis Israel dan memperlihatkan pegangan ideologi pluralisme agama yang nyata. Nik Aziz berdiam diri apabila wartawan bertanya mengenai komen Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan tindakan umat Islam berdemonstrasi membantah filem anti-Islam dalam twitternya.

Mengapa Nik Aziz begitu menikus apabila berdepan dengan DAP tetapi sanggup memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saudara seagamanya dalam Umno?

Adakah kedudukan DAP yang anti-Islam lebih mulia daripada ahli-ahli Umno yang sama-sama mempunyai pendirian serta prinsip agama dan berkongsi kalimah syahadat yang sama?

15 October 2012

Nik Aziz, Orang Tua Mulut Berus


Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dalam kenyataannya Sabtu lepas tanpa berselindung meluahkan kemarahannya dengan menggelar Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai pemimpin berlidah panjang berikutan sikap bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dianggap tidak senada dengan pendirian parti.

Reaksi keras daripada Nik Aziz itu sebenarnya berkait rapat dengan kontroversi terbaru membabitkan Nasharudin yang dalam ucapannya minggu lalu, secara terbuka telah menegur sikap sesetengah orang Islam yang terlampau mendahulukan matlamat mengejar kuasa hingga mengabaikan prinsip Islam itu sendiri.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu, dalam ucapannya di PWTC ketika Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah juga telah mengkritik tindakan pihak tertentu yang memandang enteng isu kesatuan ummah terutama sekali membabitkan penyatuan UMNO dan PAS.

Walau dibaca berkali-kali ucapan Nasharudin itu, tiada satu pun yang bertentangan dengan ajaran Islam tapi peliknya ia begitu menyakitkan hati Mursyidul Am PAS sehingga tergamak memanggil pemimpin separti dengannya sebagai berlidah panjang.

Jelas sekali, Nik Aziz sudah tidak dapat menahan sabar melihat tindak-tanduk Nasharudin yang berterusan melontarkan pendapat dan idea berkaitan perpaduan sesama Islam, seolah-olah bagi Nik Aziz isu-isu sedemikian tiada maknanya disaat PAS begitu kemaruk mahu mengejar kausa.
Barangkali bagi Nik Aziz, kerjasama PAS dengan DAP yang kini berpeluk erat dan berdakap sakan itu terlalu mulia untuk dipertikaikan, sementelah lagi Nik Aziz sendiri mengakui tanpa DAP amat sukar untk PAS menggapai puncak kuasa yang diangan-angankan.
Hanya kerana Nasharudin menegur partinya sendiri yang semakin terkeluar dari landasan prinsip Islam, beliau digelar berlidah panjang. Dek kerana Nasharudin pernah menemani Perdana Menteri dalam pertemuan mesra dengan para ulama Arab Saudi, beliau dihalau keluar dari PAS oleh Mursyidul Am PAS.

Nasharudin bukanlah orang pertama yang pernah diremehkan maruahnya dengan gelaran sedemikian. Para ulama kerajaan sendiri suatu ketika dulu pernah digelar sebagai 'ulama haid dan nifas' oleh Nik Aziz, manakala Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri pernah dihamburkan dengan doa pelik oleh Nik Aziz supaya perut PM pecah berterabur isi dalamnya.

Malah Nik Aziz juga pernah melabel ulama-ulama pro UMNO gelaran syaitan bisu, ulama terompah kayu dan lain-lain panggil buruk yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang manusia yang mengaku sebagai 'tok guru dan ulama'.

Orang ramai tak pelik kalau gelaran-gelaran jelik sebegitu tersebut keluar dari mulut penyokong bawahan atau orang biasa yang cuma menjadi pengikut parti politik, tapi bila ucapan buruk sebegitu keluar dari mulut sang pemimpin yang mengaku 'ulama', memang pelik bin ajaib.

Hakikatnya, masalah tutur kata buruk dan kelancangan mulut Nik Aziz sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa pun. Itulah reputasi hakiki Nik Aziz sejak sekian lama.
Bagi sebahagian besar rakyat Kelantan, imej Nik Aziz sebagai pemimpin bermulut berus telah lama disedari ramai.

Bagi orang Kelantan istilah 'mulut berus' selalunya dikaitkan dengan seseorang yang lancang mulutnya, kerap mengata pada orang lain , tutur katanya pula hodoh dan lebih banyak menyakitkan hati berbanding memberi pedoman pada pendengarnya.
Cuba anda semua tulis perkataan 'mulut berus' pada engin carian Google kemudian klik pada tab imej, pastinya gambar-gambar Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat kelihatan di dua barisan teratas paparan keputusan.

Itulah reputasi sebenar Nik Aziz, sejak dulu lagi sudah sinonim dengan sebagai pemimpin bermulut berus, gemar menggelar orang lain dengan gelaran buruk disamping cukup sinonim dengan perangai buruk suka memperlekehkan sesama Islam.

14 October 2012

PAS-DAP: Nik Aziz bukan nyanyuk, tapi dah cukup tua.


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai pemimpin yang keliru dan tidak faham perkara yang berlaku di sekelilingnya sehingga menganggap DAP sebagai kawan karib yang tidak pernah menyusahkan Pas.

Pengasas Pondok Geting di Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, Nik Abdul Aziz seolah-olah lupa bahawa DAP adalah satu-satunya parti politik yang sangat agresif dalam menentang hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara.

Berikutan itu, katanya, sudah tiba masanya untuk Menteri Besar itu melepaskan jawatan dalam parti sebelum lebih ramai orang Melayu dan Islam terpengaruh dengan kenyataannya.

"Macam mana tidak menyusahkan bila Pas nak tegakkan hukum Islam tidak boleh. Tidakkah itu merupakan penentangan secara terang-terangan oleh DAP?

"Tidakkah itu namanya menentang Pas? Jadi maknanya Nik Abdul Aziz sendiri keliru dan tidak faham apa yang berlaku sehingga akhirnya dia mengelirukan orang lain dan membuatkan mereka juga tidak faham.

"Jadi, kita pakat minta beliau turun jawatan. Bukan kita nak kata dia sudah tua atau nyanyuk, tapi banyak kenyataannya sekarang memang menunjukkan dia sudah cukup tua dan keliru," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdullah diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menegaskan Pas akan terus bekerjasama dengan DAP demi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti meskipun mendapat tentangan daripada ahli Pas di peringkat akar umbi.

Nik Abdul Aziz berkata, kerjasama itu penting untuk mendapatkan undi bukan Melayu, malah beliau turut menganggap DAP tidak pernah memberi masalah kepada Pas.

Sementara itu, bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan bahawa beliau semakin angkuh dalam mengejar cita-cita peribadinya menentang UMNO.

Katanya, Nik Abdul Aziz telah termakan umpan DAP sehingga beliau melihat kerjasama itu sangat indah dan tidak mempedulikan tentangan yang ditimbulkan ahli-ahli parti itu sendiri.

"Apabila dia sudah dihasut maka dia melihat diri sendiri seorang yang paling hebat, jadi apa pun yang orang lain katakan semuanya akan dibangkang.

"Dia nampak kerjasama itu cantik tetapi sebenarnya dihiasi syaitan. Tetapi disebabkan sejak dulu dia menentang UMNO jadi sekarang UMNO yang jahat bukannya DAP," ujar beliau.

Sumber © Utusan Melayu 

KLIK & BACA ARTIKAL BERKAITAN : 
http://maelpengerang.blogspot.com/2012/10/nik-aziz-mengaku-pentingnya-dap-pada-pas.html

13 October 2012

Nik Aziz mengaku pentingnya DAP pada PAS


Shahnon yang pernah mewakili PAS sebagai Ahli Parlimen di Sik, Kedah tanpa berselindung mengkritik kerjasama PAS dan DAP yang disifatkannya telah bercanggah dengan tuntutan Islam.

Katanya, pendekatan di zaman Rasulullah SAW yang bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik waktu itu langsung tidak sama seperti kerjasama PAS dengan DAP tika ini kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.

Jelas Shahnon teramat kecewa melihat senario semasa di mana PAS terlalu mengikut rentak DAP sehingga mengorbankan banyak prinsip dan dasar perjuangan Islam.

Kenyataan Shahnon itu sebenarnya secara tersurat dan tersiratnya telah mengesahkan parti utama yang sedang menguasai halatuju PR sekarang ini ialah DAP dan bukannya PAS.

Namun kritikan dan kekesalan Shahnon nampaknya tidak berbekas di hati Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat apabila dalam reaksi balasnya, beliau mempertikaikan kritikan itu dengan mengaitkan konon Shahnon telah terpengaruh dengan propaganda media UMNO.

Orang PAS sendiri yang mempertikaikan hubungan parti itu dengan DAP, alih-alih UMNO pula yang dijadikan kambing hitam. Ajaib, unik dan pelik benar sikap pemimpin tertinggi PAS ini.

Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan, dalam kenyataan balasnya itu juga secara terbuka mengakui peri pentingnya kerjasama PAS dengan DAP demi untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam perkembangan berkaitan, ketika ditanya perihal kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang mengkritik dasar PAS yang terlampau mengutamakan kuasa dan amat bergantung harap pada DAP berbanding prioriti mendahulukan prinsip Islam, Nik Aziz secara terbuka mengakui PAS memerlukan sokongan pengundi Cina DAP untuk menjamin kemenangan duniawi.

Jelas dari kenyataan MB Kelantan itu, betapa besar harapannya pada DAP. Dengan kata mudah, pengakuan Nik Aziz itu mengesahkan tonggak sebenar PR adalah DAP dan PAS pula hanyalah balaci dan keldai tunggangan semata-mata.

Berpuluh tahun dulu kita tidak lupa dengan sikap PAS yang cukup alergik dan fobia melihat kerjasama antara UMNO-MCA-MIC yang membentuk PERIKATAN kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional.
Saban hari waktu itu pemimpin PAS menghasut orang Melayu Islam supaya menjauhi UMNO kerana didakwa telah jatuh kafir selepas redha mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam.

Kini, PAS menjilat kembali ludahnya malah dimasa yang sama secara sedar telah mengiktiraf kepentingan DAP sebagai tonggak utama demi membolehkan PAS mengejar kuasa duniawi. Prinsip negara Islam dan hukum hudud hilang entah ke mana, sebaliknya yang menjadi tatapan sekarang ialah, PAS terus kekal sebagai balaci DAP.

10 October 2012

Sudah... PAS Akan Pecat Haron Din & Shahnon?



Laman Suara PR semalam mengecam keras Datuk Dr. Shahnon Ahmad kerana menyifatkan kerjasama DAP-PAS adalah bercanggah dengan Islam. Kata laman tersebut yang mengaku membawa aspirasi Anwar/PR tulen, Shahnon tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu tanpa merujuk kepada kepimpinan atasan lalu menyarankan agar Shahnon disingkirkan dari PAS.

Selain Shahnon, Dato’ Dr. Haron Din juga tidak ketinggalan menjadi kecaman laman tersebut kerana menyifatkan fahaman liberal yang disokong Anwar adalah salah dan tidak ingin PAS dikaitkan dengannya.

Kenyataan Haron Din dan Shahnon Ahmad dilihat bertentangan dengan pendirian PR yang dipersetujui bersama oleh ketiga-tiga parti PKR, DAP dan PAS yang membawa imej parti berbilang kaum dan kepercayaan.

Sumber-sumber dalaman PAS memberitahu bahawa tulisan di laman Suara PR itu telah benar-benar mengejutkan golongan pro-Ulama di dalam PAS. Bagaimanapun, mereka agak ‘segan’ untuk menyanggahnya secara terang-terangan, bimbang dianggap mengkhianati kesepakatan.

Dari kacamata politik PR, apa yang ditulis oleh laman tersebut tentulah tepat dan wajar diterima kerana jelas Shahnon dan Haron Din tidak berpijak di bumi nyata. Kedua-dua mereka nampaknya masih menafikan hakikat bahawa PAS itu adalah sebahagian dari PR di mana hala tuju PR wajib dan tidak dapat dielak dari menjadi hala tuju PAS juga.

Oleh itu, tindakan mereka mengkritik persoalan asas yang menjadi tali pengikat pakatan itu dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada PR dan juga PAS.

Lebih-lebih lagi apabila PAS telah menerima baik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika PR memerintah. Ini bermakna, PAS sedia dan redha akan ke arah mana jua Anwar ingin membawa negara ini.

Justeru tindakan Haron Din menolak fahaman liberal Anwar serta tindakan Shahnon mengkritik kerjasama dengan DAP adalah sama dengan menolak mentah-mentah Pakatan Rakyat, sekali gus PAS itu sendiri. Ini kerana, PAS adalah PR dan PR adalah PAS.

Kewujudan individu seperti Haron Din dan Shahnon di dalam PAS pastinya menyukarkan usaha PR untuk mempamerkan kekuatan gabungan pakatan mereka kepada rakyat. Dan pastinya juga menyukarkan usaha PAS untuk meyakinkan DAP dan PKR mengenai kesetiaan mereka terhadap pakatan tersebut.

Apatah lagi dengan keadaan di mana PAS masih lagi belum dapat memulihkan ketegangan antara parti itu dengan DAP yang ditimbulkan oleh Nasharuddin Mat Isa.

Sehingga kini, kepimpinan tertinggi PAS masih berdiam diri. Mungkin pening memikirkan cara untuk menghadapi perkembangan terbaru ini tanpa memperjudikan sokongan umat Melayu Islam dan tanpa menyinggung DAP dan Anwar atau menjejaskan Pakatan Rakyat.

PAS cukup maklum bahawa Haron Din dan Shahnon masing-masing punya pengaruh dan kekuatan sendiri di kalangan penyokong PAS dan orang Melayu. Mengambil tindakan tegas terhadap mereka bermakna bala kepada PAS. Sedangkan bala yang bernama Dato’ Dr. Hasan Ali juga, PAS masih terkial-kial untuk menepis.

Memandangkan PRU hampir tiba dan penyokong mereka juga semakin resah maka PAS perlu membuat pilihan iaitu sama ada menerima hakikat bahawa parti itu dan PR adalah satu, atau keluar saja dari pakatan yang mengelirukan mereka itu.

PAS tidak boleh menjulang seorang Perdana Menteri berfahaman liberal tetapi di masa yang sama ingin menegakkan Islam. Dan PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP yang membawa agenda Kristian, tetapi di masa yang sama ingin menegakkan Islam.

Justeru, Haron Din dan Shahnon dan semua penyokong PAS perlu melihat artikel di laman Suara PR itu sebagai satu cabaran untuk memilih hanya satu jalan untuk meneruskan perjuangan. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menyusuri dua jalan yang bertentangan, kecualilah jika diri mereka dikerat dua dan diheret menuju kedua-dua destinasi dalam keadaan tidak bernyawa.

9 October 2012

Pembangkang Malaysia Penipu No.1? Bacalah ni!


SUARAM, sebuah NGO yang didalangi pembangkang Malaysia dan ditaja oleh Zionis dan Soros, terkantoi lagi, dan lagi dan lagi, dalam isu pembelian kapal selam scorpene. Tetapi, walaupun telah berapa kali kantoi, setiap kali juga mereka akan menafikan, menebalkan muka serta tidak malu bersemuka dengan media, rakyat Malaysia serta dunia sambil meneruskan lakonan dan penipuan mereka.

Mungkin kerana dana yang diterima mereka terlalu banyak, maka SUARAM a.k.a pembangkang tidak punya pilihan selain meneruskan lakonan dan penipuan dengan harapan kerajaan Islam Malaysia akan jatuh jua akhirnya.

Namun, dengan kenyataan pendakwa kerajaan Perancis yang tersohor, Yves Charpenel yang dikeluarkan semalam, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di Perancis dan bahawa apa yang berlaku hanyalah perbicaraan oleh media pembangkang Malaysia, dilihat sebagai titik noktah kepada siri penipuan SUARAM dan pembangkang itu.

Charpenel juga mengulangi penjelasan kerajaan sebelum ini, bahawa apa yang berlaku ialah dua ‘hakim penyiasat’ bebas telah menyiasat isu ini sejak awal tahun ini berdasarkan aduan oleh SUARAM. Ini kerana mengikut undang-undang, semua aduan perlu diberi perhatian dan disiasat sewajarnya secara tertutup dan rahsia.

Walaubagaimanapun, hakim penyiasat ini tidak punya hak untuk menyiasat atau menyoal siasat merentasi sempadan negaranya tanpa mendapat kebenaran dari kerajaan negara terbabit sebagai menghormati Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama yang dipegang oleh semua negara di dunia.

Oleh itu, bagi SUARAM dan pembangkang untuk menegaskan bahawa perbicaraan sedang berjalan dan beberapa orang telah dikenalpasti untuk disapina serta mendedahkan dokumen kapal selam yang berbahasa Perancis kononnya sebahagian daripada bukti, menunjukkan betapa rendahnya akhlak para pendokong SUARAM yang memakai nama pejuang hak asasi manusia ini.

SUARAM seolah-olah memperbodohkan dan meludah ke muka setiap manusia di dunia dengan sanggup berbohong bagi memenuhi agenda syaitan yang membawa kemusnahan melalui peperangan dan pembunuhan menggunakan bantuan satu lagi syaitan yang memanipulasi pasaran mata wang dunia.

Selaras dengan sikap angkuh Zionis dan Soros itu, SUARAM telah menunjukkan sikap tidak menghormati sesiapa dan mana-mana kerajaan di dunia termasuk Malaysia dan juga Perancis. Sudahlah kerajaan Malaysia difitnah dan diburuk-burukkan, kerajaan Perancis pula dipermainkan mereka.

Dalam usaha SUARAM ‘mengenakan’ kerajaan Malaysia, mereka telah menggambarkan yang mahkamah Perancis tidak telus kerana telah membocorkan maklumat siasatan termasuk bahan bukti kepada mereka yang kemudian didedahkan pula oleh mereka kepada umum. SUARAM juga memberi gambaran yang polis Perancis tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara itu dalam jangka masa urusniaga berlaku.

Dan kini, SUARAM dan pembangkang Malaysia masih lagi enggan mengaku yang semuanya sudah berakhir dan bahawa penipuan mereka sudah sampai ke penghujung. Sebaliknya, Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia telah berusaha membawa masuk peguam Perancis, William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM dalam isu menerima dana asing. Kedatangan Bourdon pastinya dibayar dan bayarannya pula pastinya bukan sedikit, sesuai dengan namanya yang tersohor sebagai peguam kepada George Soros.

Secara langsung, tindakan pembangkang membawa Bourdon bagi membantu SUARAM menguatkan lagi fakta bahawa SUARAM dan pembangkang Malaysia bukannya memperjuangkan hak asasi manusia mahupun rakyat jelata, sebaliknya sedang dalam proses melancarkan misi ‘pertukaran rejim’ di Malaysia demi kesejahteraan Soros dan Yahudi penakluk dunia melalui strategi berbohong atau menipu, tanpa had dan batasan. 

Video Panas: Haron Din bantai Anwar. Saksikan!


Haron Din kata Anwar tidak asaskan politik kepada Islam


Semakin hari tembelang Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin koyak, lepas satu demi satu kejadian yang boleh jadi bukti kepada orang Islam terutamanya penyokong PAS untuk menilai kembali hubungan parti itu dengan Anwar apakah menguntung atau merugikan PAS dalam jangkamasa panjang.

Terbaru Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pula ‘bantai’ Anwar yang disifatkan beliau bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian Islam untuk membentuk sebuah negara.

Ulama terkenal tersebut bahkan menuduh Anwar sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.

Semuanya gara-gara Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar atau juga dikenali dengan nama M.J Akbar di Lake Club Kuala Lumpur minggu lalu.

Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia.

Beliau berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), “sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia” hari ini.

Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia.

“Islam adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara,” tegas Akbar pada majlis yang dihadiri oleh Anwar dan pimpinan PKR yang lain.

Haron kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi “tidak semestinya sembahyang lima kali sehari,” diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.

Haron meminta rakyat tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.

“Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.

“Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.

“Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita,” tegas Haron Din.


Haron berkata partinya tidak mahu diheret dengan politik PKR.

“Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,” kata Haron dipetik dari sebuah portal berita pada Ahad.

Bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya tidak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dalam membentuk sebuah negara yang sempurna.

“Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam,” katanya.

“Yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap. Maknanya (meliputi) apa sahaja kehidupan manusia. Islam juga menawarkan penubuhan negara Islam yang lengkap,” kata beliau.

“Ikutlah ayat Al-Quran, dan sunnah Nabi Muhammad,” tambahnya.

Anwar melancarkan buku Akbar yang juga Pengarah Editorial majalah mingguan India Today berjudul ‘Tinderbox: The Past and Future of Pakistan’ dalam satu majlis khas di Lake Club Kuala Lumpur minggu lepas.

- Agendadaily.com

8 October 2012

HANGAT: Pembangkang terus bertengkar sesama sendiri. Baca ni!

Kalau dah sampai jadi begini, payah lah.... HIASAN
Pertelingkahan antara Pengerusi PKR Selangor dan Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim semakin meruncing.

Kata mengata, caci mencaci sesama sendiri nampaknya sudah menjadi suatu budaya yang lumrah di kalangan pemimpin pembangkang.

Tahap kritikal dilihat berlaku apabila Azmin yang juga orang nombor dua dalam parti itu secara terangan menyatakan kemungkinan besar Khalid tidak lagi akan menjadi menyandang jawatannya sekarang jika pembangkang menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti.

Dengan angkuhnya Azmin berkata menteri besar yang hanya berjawatan sekadar ketua cabang di dalam struktur PKR di Selangor akan dipindahkan ke pusat.

Bayangkan betapa merah padamnya muka Khalid apabila Azmin yang hanya menjadi ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri iaitu PKNS boleh menentukan kedudukan dan nasib politik seorang yang bergelar menteri besar.

Seperti biasa apabila berita tersebut sudah menjadi satu isu politik yang memakan diri sendiri, mangsa yang paling senang dijadikan kambing hitam ialah media dan para wartawan yang hanya menjalankan tugas mereka secara profesional.

Azmin lalu menyalahkan media kerana salah tafsir atau silap dengar apa yang beliau ucapkan minggu lalu.

Yang menjadi persoalannya siapakah bakal mengisi kekosongan jawatan MB jika Khalid ke Pusat?

Tidak lain tidak bukan jawatan idaman itu akan jatuh ke riba Azmin kerana sejak dahulu timbul desas desus beliau amat kecewa apabila tidak diberi jawatan itu oleh Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim.

Kini perasaan marah dan sengketa antara dua pemimpin pembangkang itu tidak dapat diselindung lagi apabila Azmin sudah menendang Khalid keluar dari Selangor sebelum PRU lagi.

Malah lebih mengecewakan Khalid, nama beliau tidak pun disenaraikan di dalam Kabinet Bayangan pembangkang ang tersiar di dalam internet baru-baru ini.

Pimpinan PAS Selangor pula pula mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu tidak keberatan menerima Azmin sebagai menteri besar yang baru menggantikan Khalid, malah ia juga menaruh harapan jawatan itu jatuh kepadanya.

Jadi jawatan MB Selangor akan menjadi pertaruhan antara puak Azmin dan Khalid di dalam PKR dan juga PAS yang sememangnya bercita-cita merampas takhta politik daripada sekutunya itu.

Sudah tentu Dr Wan Azizah Ismail selaku Presiden PKR dan sekutu kuat Khalid tidak akan berdiam diri apabila kepentingannya tergugat.

Walaupun tidak memberi apa-apa komen mengenai perkara ini namun Wan Azizah tidak kurang liciknya dalam berpolitik kotor demi mempertahankan kroni dan kepentingannya.

Kemungkinan beliau akan menggunakan senjata politik dengan mengenengahkan anaknya Nurul Izzah sebagai calon bagi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti tahun depan.

Jika ini berlaku, kemungkinan besar Nurul Izzah akan menang kerana Azmin dibenci oleh segolongan besar ahli pada peringkat akar umbi disebabkan pembabitannya dalam politik wang dan konspirasi dalam pemilihan parti pada 2010.

Tahun 2013 adalah tahun penentu bagi Azmin kerana sekiranya PKR kalah teruk pada PRU 13 kelak, kesalahan akan diletakkan pada bahu beliau selaku pengarah pilihan raya pusat.

Ini akan melemahkan kedudukannya menjelang pemilihan parti apatah lagi bila berdepan dengan senario Selangor jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional.

Bak kata pepatah Melayu, yang di yang dikejar tak dapat yang digendong pula keciciran.

Jangkaan ini semakin menjadi realiti apabila dilihat daripada kemelut politik yang berpanjangan di Selangor antara pimpinan PKR.

Bukan sahaja Khalid di dakwa sebagai gagal mengurus negeri itu dengan baik malah Anwar yang dilantik sebagai Penasihat Ekonomi juga turut gagal membawa sebarang kemajuan ekonomi kepada negeri terkaya itu.

Jika Anwar gagal, Azmin sebagai budak suruhan beliau yang setia juga akan sama-sama kecundang kerana Azmin hanyalah burung kakak tua bagi Anwar dan tidak lebih daripada itu.

BN pula semakin mendapat keyakinan untk kembali berkuasa di Selangor setelah dihukum rakyat pada 2008.

Malah rakyat merasa tersilap menghukum BN empat tahun lalu dan tidak sabar agar BN memperbetulkan porak peranda akibat penyelewangan dan salah urus Pakatan Rakyat di negeri itu.

Memang benar telahan sesetengah pihak yang mengatakan tatkala di ambang kekalahan pemimpin pembangkang akan bertelagah sesama mereka, menuding jari menyalahkan orang itu dan ini tetapi tidak pernah menunjukkan jari pada diri sendiri.

4 October 2012

Pengerang 309: Banyak bohong dari yang benar!


Sekali lagi Mazlan Aliman menyeret dirinya untuk ke makamah kerana perkara bohong, Tetapi siapa yang mengaku dia berbohong yer dak? bawak pun lah ke makamah apa nak heran? sebab dia tahu kes nak bicara makan masa lama, silap hemat makan tahun, tetapi kesan pada orang yang di bohong?.

Bersungguh benar, agak paham ke apa yg tertulis tu... Pok Cik?
Yang dia bohong orang kampong, yang dia fitnah adalah YB Dato Seri Azalina MP Pengerang.

Orang kampong mungkin tahu cerita sebenar itu sebab tak ramai yang percaya, yang buat buat percaya hanyalah orang luar dari Pengerang dan yang tak tahu apa apa, cuma dia tahu sorak ‘Hidup Rakyat’.

Ini lah kes “masuk kandang kambing tetapi mangaum macam Harimau”

Walaupun dia berkata tidak gentar dengan cabaran Azalina untuk menyaman dan tidak akan memohon maaf, bukanlah menunjukkan dia berada di jalan yang benar, tetapi orang ini telah di latih supaya memain dan bermain dengan makamah yang mana mentornya sudah terlepas banyak kali hanya kerana kesilapan teknik sahaja, bukan lah maknanya dia tak salah.

Dari Kulai tu, berhajat sangat nak selamatkan Pengerang. 
Pada dia perkara penting yang perlu dilakukan ialah kemajuan Pengerang perlu di sekat dan “Rakan Kongsi” mereka boleh terus kekal menguasai “saham gelab” di bumi Pengerang serta kekal terhadap harta yang mereka tidak boleh miliki walaupun telah melabur begitu banyak.

Penganjuran Himpunan Hijau di Sg Rengit pada 30 Sept 2012 yang lalu ternyata berakhir dengan sebaran berita yang hanya indah khabar dari rupa sahaja. Apa yang dibawa ke Pengerang banyak perkara bohong dari kebenaran yang dinyalakkan sejak dari mula sahinggalah berakhirnya himpunan tersebut.


Bohong pertama bila pengacara majlis Hishamudin Rais memperkenalkan yang hadir dan seterusnya menyebut ” Kita ada menjemput Ahli Parlimen YB Dato Azalina dan kita telah sediakan tempat duduknya tetapi dia tak datang”, memang kelihatan ada sebua sofa yang di sediakan. Tetapi betul ke YB Azalina ada di jemput?, Memang tak ada jemput sebenarnya. Hal ini di sahkan oleh Pegawai dan YB Dato’ Azalina sendiri. KLIK.


Dengan selamba mereka berbohong. Siapa yang dia bohong? Orang kampong ke? Siapa pula yang dia fitnah? YB Azalina la...

Seterusnya memperkenalkan kumpulan yang hadir, Tuhan nak tunjukkan penipuan dan kebodohan mereka, semua yang di perkenalkan ialah orang dari luar Pengerang, dari Selangor, dari Muar, Johor Bahru, dari Pahang dan sebagainya, senang cerita semua orang luar lah. Jadi mananya orang Pengerang?.


Ceramah dari ‘speaker’ jemputan yang banyaknya menyebut ” kerajaan merampas tanah mereka” itu sahaja yang banyak keluar dari mulut mereka tetapi mereka tak sebut pula wang pampasan yang bakal mereka terima, rumah bunglo dan tanah yang bakal di beri menggantikan rumah kereka sekarang, rumah yang kalau di tiup angin pun boleh runtuh.

Mereka menunjukkan kapal yang sedang berlabuh sebagai contoh, tetapi yang mereka tidak tahu kapal itu bukan berlabuh di Pelabuhan Pengerang atau Johor tetapi di Singapura, mengapa mereka tak tunjukkan persisiran pantai yang penuh dengan sampah sarap di belakang pentas mereka (Dataran Sg Rengit) akibat dari pembungan sampah dari kapal yang berlabuh tersebut?.


Baik yang tadi tu pencacai kecil yang bercakap, mungkin kekurangan fakta, kini tiba giliran ‘Bigshop’ mereka pula, disinilah masa nya Mazlan Aliman membuat kenyataan yang menyebut ” Azalina pergi berjumpa Najib untuk memujuk agar meluluskan Projek RAPID di Pengerang dan segala urus niaga ini ada berunsur sogogokkan (rasuah) yang melibatkan Menteri Besar Johor”. siapa yang dia bohong? orang kampong, siapa yang dia fitnah? Dato Seri Azalina dan Menteri Besar Johor.

Jadi elok sesangat YB Dato Seri Azalina teruskan saman, Sudahlah permohonan maaf tidak dibuat tetapi semakin takbur lagaknya, lagi pun dia dah kata “Saya bukan budak kecil yang takut, dan ia tidak akan membuatkan saya terhenti untuk terus membuat pendedahan yang saya andaikan satu sandiwara dan lakonan. Saya akan dedahkan pada bila-bila masa,”

Dalam berkata ‘ Kita bersepakat dan bersatu suara’ rupanya indah kabar sahaja, hanya pencacai bawahan sahaja yang perlu bersepakat dan bersatu, sedangkan kepala kepala mereka mempunyai agenda tersendiri.


Bila giliran Chua Jui Meng, dia berkata membawa amanah Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir untuk menyampikan ” sekiranya Pakatan Rakyat dapat ke Putrajaya projek RAPID ini akan di hentikan” , tetapi bila di tanya dengan Salahudin Ayup selepas majlis dia berkata “Projek ini tidak akan di hentikan, akan di teruskan cuma pendekatannya ada sedikit berbeza, mungkin kita ubah lokasi”. siapa kena bohong? wartawan lerr.., sebab orang kampong tak ada masa tu.

Kemudian mengistiharkan jumlah kehadiran, tidak boleh disalahkan Hishamudin mungkin dia mengalami kerosakkan mata, dengan bangganya mengistiharkan kehadiran adalah seramai 8 ribu orang dari sasaran awal seramai 30 ribu orang yang disebutkan oleh Pengerusinya Sdr. Hanis Afidah semasa di Parlimen tempoh hari.

Bukan soal perbezaan jangkaan awal dan semasa kejadian , tetapi memaklumkan kehadiran yang tidak betul juga sudah di kira satu pembohongan, tetapi apa nak hairan yang umum tu pun bukan nya ada agama ‘free thinker’ lah katakan.

Ini lah kehadiranyang dimaklumkan seramai 8 ribu orang itu.. Ada percaya ka? 

Sumber bersama:  http://ob21.net/?p=3339 


1 October 2012

Pembangkang kecoh berdemo tolak projek RAPID Pengerang... Baca ni!


Wahhh! Bukan main heboh lg laman-laman portal & blog pro-pembangkang menyebarkan berita kejayaan Perhimpunan Hijau yang dianjurkan di Pengerang, pagi semalam. Tang mana berjayanya tu?

Khabarnya, bukan main hebat promosi yang telah dibuat. Edaran risalah saja mencecah 50 ribu. Tapi tak ramai nampak yang datang... Menurut laporan Polis, cuma 3 ribu je yang hadir. Tu ke yang dikata berjaya?

Yang paling tak senonoh lagi puak ni, MP terbaca di Agenda Daily mengatakan dimana minggu lepas pada sidang media di Parlimen, Naib Presiden PAS, Salahduddin Ayob memberitahu pemberita bahawa PAS tidak membantah projek RAPID Pengerang,

Tetapi pada perhimpunan Hijau di Sungai Rengit semalam... Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng melaungkan jika Pakatan menang PRU ke-13, mereka akan tolak projek itu. DAP awal-awal lagi sudah menentangnya.

Jadi, cakap siapa yang nak kita percaya?

Pastinya cakap Jui Meng sebab katanya dia datang dan bercakap mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Waimanya, ternyata berhubung isu RAPID pendirian Pembangkang ternyata kucar-kacir!

MP pun dah agak dah, takkan ada apa yang berfaedahnya perhimpunan yang dianjurkan puak-puak ni untuk masyarakat Pengerang... Tak sudah-sudah dengan merapunya saja lebih. Sekadar nak menyalak memang mudah woiii!!!

Sememangnya mereka sebenarnya bukan mahu memperjuangkan penduduk Pengerang, tetapi menjadikan perhimpunan itu sebagai topeng untuk berkempen bagi pilihanraya akan datang. Meraih undi la tu... Tak kira lah benda baik ke, projek bagus ke kerajaan dan Barisan Nasional lakukan... Semuanya dikatakan buruk, tak elok dan macam-macam lagi lah.

Agenda Daily juga sempat menghubungi DS Azalina ( MP Pengerang ) dan menurut DS Azalina, beliau menganggap Salahuddin dan Jui Meng sebagai pemimpin yang tak tahu malu dan hanya pandai bercakap berkobar-kobar di khalayak ramai, tetapi apabila diajak berdebat dengannya takut pula.

"Dulu saya ajak Jui Meng berdebat apabila di parlimen dia dakwa projek RAPID boleh akibatkan kanser, tapi dia tak mahu, dan saya dimaklumkan pada perhimpunan hijau ini dia beritahu orang ramai dia tak sudi bahas dengan saya tetapi nak bahas dengan Perdana Menteri.

"Salahuddin pula sebelum ini tolak cabaran saya dan bagi alasan nak berdebat dengan Menteri Besar Johor.  Baik Salahuddin mahupun Jui Meng sebenarnya bukan pemimpin politik. Pemimpin selalunya bercakap benar. Saya nak tergelak apabila mereka laungkan konon 20,000 akan berhimpun tapi menurut laporan polis, 3,000 aja yang hadir," kata DS Azalina.

Seperkara lagi, DS Azalina terkejut apabila diberitahu bahawa penganjur perhimpunan umum mereka telah menjemputnya menghadiri Perhimpunan Hijau, malah siap menyediakan kerusi istimewa untuknya. Menurut Azalina dia tidak menerima sebarang jemputan, baik di Parlimen mahupun di Pengerang.

"Bila masa pula mereka jemput? Sidang Parlimen mula sejak Isnin lalu dan tidak ada orang datang jemput saya. Bila saya balik Pengerang pun tak ada orang hantar jemputan. Mereka sibuk anjurkan Bersih, tapi pelawaan tak bersih. Janganlah nak tipu rakyat sampai putar belit fakta. Ini gimik politik untuk memburukkan wakil rakyat BN. Dari dahulu, pemimpin pembangkang dari peringkat atas sampai bawah cakap bohong," katanya lagi.

DS Azalina juga menganggap dakwaan Presiden ANAK, Mazlan Aliman bahawa dia ada bertemu Perdana Menteri dan merayu supaya projek RAPID dibawa ke Pengerang, sebagai fintah. Azalina lagi terkejut apbila Mazlan turut menuduh Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Johor menerima rasuah daripada Kumpulan Dialog berhubung projek RAPID.

Katanya Mazlan itu memang suka kena saman. "Saya akan hubungi peguam saya untuk mendapatkan laporan rasmi sebelum tindakan lanjut dibuat. Dia kalau nak jadi orang politik, jadilah yang berhemah dan bercakap ikut bukti yang sahih. Jangan cakap ikut sedap mulut sebab nak popular," tambahnya lagi.

DS Azalina juga pelik mengapa Pembangkang nak menyerang projek RAPID seolah-olah di Malaysia projek seumpama itu belum pernah dibuat. Katgnaya porjek yang dibuat di Rapid adalah sama dengan yang dibuat di Terengganu dan Melaka.

"Kenapa pembangkang tak bantah projek di Terengganu dan Melaka dulu? Ternyata niat mereka ialah untuk menyamakan projek RAPID dengan Lynas," katanya.

Pada perhimpunan hijau berkenaan, anggota jawatankuas Himpunan Hijau Kuantan, Clement Gan berkata Singapura bimbang dengan kerosakan alam sek itar di Pengerang kerana ia akan menjejaskan negara tersebut. Mungkin dia tak tahu bahawa Singapura adalah negara pertama di rantau Asia Pasifik yang mewujudkan hab minyak dan gas di Jurong.

Apa cerita beb.... Tak kecoh pun!!!
Bak kata rakan MP, Di negara lain pembangkang mengerakkan DEMO untuk peluang pekerjaan, tapi pembangkang di Malaysia DEMO utk menghapuskan peluang pekerjaan... Nah nampak tak perbezaanya?

Ntah lah, daripada bercakap tak tentu arah, berarak demo yang tak berfaedah tu... Baik KLIK SINI, baca cerita sebenarnya weiii!!!

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.