#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

23 December 2011

Penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holding : Kelebihan tetap akan dijanjikan untuk warga FELDA...


Penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings membawa banyak menafaat kepada warga FELDA, orang Melayu, negara dan juga memacu ekonomi Malaysia kehadapan. Ini bersesuaian dengan dasar Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk menjadikan ekonomi Malaysia sebagai masyarakat berpendapatan tinggi dan merealisasi Wawasan 2020 untuk meletakan negara sebagai negara maju dan industri.

Walaupun telah diumumkan bahawa ‘durian runtuh’ akan datang sebagai hadiah penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings kepada 112,000 warga FELDA dan ahli Koperasi Permodalan FELDA (KPF), namun ada usaha tertentu untuk mengagalkan gerak-kerja korporat ini.

Penentangan keras penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings ini dipercayai datang dari segelintir yang berkepentingan. Ini kerana selepas penyenaraian IPO ini, semua syarikat yang bernaung bawah KPF dan anak anak syarikat FELDA akan terangkum dibawah  struktur FELDA Global Ventures Holdings sepenuhnya. FGVH kemudian akan tertaluk kepada syarat syarat dan peraturan sebagai syarikat awam yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Ini bermakna, perjalanan keseluruhan keluarga FGVH akan tertakluk kepada urus tadbir korporat (corporate governance) yang ketat.

Jawatan kuasa tertentu akan diujudkan secara mandatori, termasuk JK audit dan imbuhan/pengajian.

Antara isu yang akan timbul ialah Lembaga Pengarah (BOD) syarikat syarikat dibawah KPF, akan akan diserapkan sebagai anak syarikat FGVH pra-penyenaraian IPO. Ada personaliti tertentu yang menduduki berpuluh BOD dan beroleh keuntungan peribadi yang lumayan dan berada dalam kedudukan amat selesa.

Seorang pengarah ‘Z’, menduduki 30 BOD syarikat berbeza dan menerima habuan sebanyak RM 597,000 sebagai yuran pengarah (directors fee) disamping elauns mesyuarat sejumlah RM 75,000 setahun. Seorang lagi ‘S’ dibayar RM 546,000 dan elaun mesyuarat RM 75,000 setahun. Seorang pengarah lain ‘A’ menerima RM 245,000 setahun sebagai yuran pengarah dan elaun mesyuarat RM 88,000 setahun.

Seorang pengarah ‘Y’ menerima RM 700,000 sebagai yuran pengarah dan elaun mesyuarat yang ditaksirkan sejumlah RM 120,000 setahun.

Semua ini tidak termasuk faedah faedah yang datang sebagai ahli lembaga pengarah syarikat seperti elauns rumah, elauns keraian, elauns motorkar, bil perjalanan yang ditanggung sepenuhnya (termasuk keluar negara), bil keraian dan juga perbelanjaan lain (akaun perbelanjaan) yang dibayar. Ada yang mendapat pengawal keselamatan dirumah, yang dibayar oleh syarikat.
Jelas, ini semua adalah kos yanggungan syarikat dan sekiranya kos ini tetap dibelanjakan tetapi hanya segelintir sahaja yang mendapat faedah sedangkan perbelanjaan ini adalah sama nilai sekiranya ianya dibelanjakan kepada ahli BOD sepuluh kali ganda lebih besar. Namun nilai dan khidmat professionalism untuk urus tadbir dan peranan strategik sesebuah syarikat adalah lebih bermutu sekiranya individu tertentu itu menduduki hanya tiga BOD berbanding dengan 30 BOD berasingan.

Selepas penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings, peraturan sebagai syarikat awam tersenerai tidak akan membenarkan urus tadbir bertimpa (30 BOD) ini berlaku. Mereka yang akan dan boleh dilantik sebagai BOD kepada lebih 100 buah anak syarikat bawah FELDA Global Ventures Holdings termasuk professional dikalangan orang Melayu yang tidak terlibat langsung dalam FELDA sebelum ini, samada sebagai warga FELDA Holdings Bhd atau FELDA sebagai agensi Kerajaan Persekutuan.

Sistem dan kawalan urus tadbir yang lebih kemas dan ketat boleh mula diterap dan laksanakan sejajar dengan penyeneraian FELDA Global Ventures Holdings. Sistem yang lebih telus termasuk pengagihan kontrak dan lantikan kontraktor akan datang, sejajar dengan kehendak dan persepsi sebagai syarikat awam tersenarai. Ini kerana sebelum ini banyak kontrak FELDA telah diberikan kepada anak anak syarikat dibawah KPF dan cara pengagihan kontrak ini termasuk kerja tanah bagi program penanaman semula pokok dikatakan tidak telus dan memihak kepada personaliti tertentu.

Bagi program CSR FELDA sebagai agensi, FELDA Global Ventures Holdings memberikan jaminan bahawa jumlah RM 1 billion akan diperuntukan setiap tahun. Ini termasuk meningkat infrastruktur dan program pembangunan sosio ekonomi dan kemasyarakatan semua gugusan FELDA seluruh negara.

CEO Proxcell Global System Sdn. Bhd. Cristoph Zilian
Penyeneraian IPO akan memberikan lebih ruang bagi FELDA Global Ventures Holdings untuk menimbangkan kedudukan mereka yang tersedia berkhidmat dalam mana mana syarikat Kumpulan FELDA sediada. Ini juga peluang untuk mengukuhkan usaha untuk menengahkan bakat dan kepakaran dikalangan professional Melayu. Kedudukan personaliti seperti seorang mantan Naib Presiden sebuah syarikat Telco di Singapuradan bebangsa Jerman Cristoph Zilian yang dilantik  sebagai CEO Proxcell Global System Sdn. Bhd. tidak melambangkan keyakinan bahawa professional dikalangan orang Melayu mampu mengalas tugas sebagai CEO sebuah syarikat perkhidmatan ICT.

Sebagai syarikat berasaskan perladangan kelapa sawit yang disenaraikan, FELDA Global Ventures Holdings akan berpeluang untuk menonjolkan kemampuan professional dikalangan orang Melayu yang mampu untuk mengurus syarikat MNC. Penjajaran syarikat syarikat dinegara asing termasuk ladang ladang di benua lain adalah peluang untuk professional Melayu yang dibawa masuk kedalam FGVH diberikan pendedahan dan pengalaman dipersada antarabangsa.
FELDA Global Ventures Holdings akan menjadi sebuah MNC pilihan bagi graduan Melayu untuk menimba pengalaman dan pendedahan sebuah MNC bertaraf global, sama seperti pilihan MNC luar negara sebelum ini.

Jelas penyeneraian FELDA Global Ventures Holdings bukan sahaja meningkatkan keududukan kommersial Kumpulan FELDA, membebas kuncikan (unlocking) nilai sebenar dan menjamin kesejahteraan perniagaan dengan urus tadbir korporat yang lebih baik, malah ianya akan menjadi pemangkin transformasi. Kedudukan sosio ekonomi asyarakat FELDA sejumlah 1.2 juta akan ditingkatkan secara strategik.

FELDA yang diujudkan bawah perhatian dan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh ayahanda PM Najib akan ditingkatkan perlaksanaanya dan FELDA Global Ventures Holdings akan menjadi agen tranformasi agar Wawsan 2020 itu menjadi realiti dengan menjaga kepentingan orang Melayu secara strategik dan menyeluruh.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.