Menurut pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, dia tetap bertekad untuk meneruskan perjuangannya menuntut kebebasan mahasiswa di negara ini.
Walaupun sedar jalan yang ditempuhinya itu amat rumit, tetapi beliau dan rakan-rakannya dari kalangan mahasiswa tetap akan meneruskan perjuangan mereka sehingga pihak Kerajaan BN sendiri sedar dengan kesilapannya selama ini.
Menurut Adam, Kerajaan BN perlu sedar para mahasiswa juga mempunyai hak untuk bersuara dan tidak selamanya boleh dikongkong dengan pelbagai sekatan termasuk menerusi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang telah dilaksanakan sejak sekian lama di negara ini.
Apa benar kenyataan Adam dan rakan-rakannya dari kalangan mahasiswa ini bercakap di atas landasan yang sebenar? Atau ada udang di sebalik batu?
Adam Adli bersama ketua pembangkang negara, Anwar. |
Ternyata parti pembangkang memang mahukan pelajar IPT diberi kebebasan untuk berpolitik supaya pembangkang mudah untuk memperalatkan mereka terutama pelajar Melayu.
Ia adalah serampang dua mata, selain memperalatkan pelajar Melayu agar membenci pemerintah ia juga satu usaha untuk menggagalkan usaha kerajaan meningkatkan modal insan orang Melayu.
Kebanyakan pelajar yang menjadi mangsa mereka ialah pelajar yang datang dari kampung dan pemikiran mereka sudah dipesongkan oleh Pas dan Pkr sejak kecil lagi tambahan pula jika ibubapanya adalah Pas totok.
Pelajar Melayu patut malu kepada DAP yang tidak langsung menghasut atau mengganggu pelajar-pelajar bukan Melayu. Oleh sebab itu, ramai pelajar anak-anak DAP yang menuntut di IPTA lulus dengan cemerlang dan tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN. Malah mereka membantu dari segi kewangan kepada pelajar mereka.
Lihat sahaja David Nga Kor Ming, Teresa Kok dan ramai lagi dari kalangan Adun dan MP Dap, hampir kesemua mereka adalah graduan dari universiti tempatan.
Bezanya mereka tidak sibuk untuk berpolitik seperti pelajar Melayu. Kebanyakan pelajar Melayu hanya mendapat keputusan biasa-biasa sahaja dan mereka ini lah yang enggan membayar balik pinjaman pelajaran.
Manakala anak-anak Dap begelar siswazah cemerlang dan ada yang mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran mereka ke luar negara.
Sekarang siapa yang bodoh? Siapa pengkhianat? Jawapannya ialah anak-anak Melayu Pas totok dan Pemimpin Pas dan PKR seperti Anwar Ibrahim. Maka tidak salah jika mereka diberi gelaran pengkhianat dan perosak bangsa.
Apa pun ‘tahniahlah’ kepada SMM, sekurang-kurang kita mampu menilai bahawa ada di kalangan mahasiswa yang tidak layak digelar mahasiswa. Kebebasan bersuara yang diberikan telah dicemari dengan perbuatan biadab yang jelas membuktikan mereka tidak tahu menghormati pemimpin negara.
Adalah sesuatu yang malang apabila SMM menganggap tindakan menurunkan bendera wajah Perdana Menteri adalah perkara kecil berbanding tuntutan mereka.
Tanpa adab dan biadap menurunkan bendera wajah Perdana Menteri. |
Kalau itulah pandangan mereka jelaslah, SMM adalah terdiri daripada sekelompok mahasiswa yang tidak matang dalam bertindak. Mereka melakukan sesuatu tindakan berdasarkan emosi dan bukannya akal.
Kalau benar mereka mahu melakukan protes atau memberikan pandangan berhubung AUKU lakukan secara beradab, jangan lupa ini Malaysia yang rakyatnya mempunyai tata susila dan adab sopan yang tinggi.
Sebenarnya, dari satu segi, protes SMM itu tidak perlu dilayan kerana pindaan AUKU baru peringkat perbincangan, belum lagi ada kata pemutus berhubung pindaan yang hendak dibuat.
Tidak sedar kah ini?
NI LA KEBODOHAN BUDAK MELAYU...
ReplyDeleteKENCING PUN DOK BERCABANG NAK TUNJUK PANDAI...
PEJUANG HAMAS...
Mengambil kesempatan dalam kesempitan, mahasiswa belaan pakatan haramjadah ni..
ReplyDelete