#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

26 Disember 2011

Negeri Johor kekal Biru selepas PRU 13. Klik baca sini!

Walaupun berhadapan dengan serangan bertali arus daripada pembangkang, bagaimana pun penduduk negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini tidak akan terpedaya dengan “gelombang fitnah” pembangkang.

Percaturan politik pembangkang yang bertunjangkan kepada fitnah dan pembohongan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kini telah terbongkar.


Satu demi satu permainan pembohongan oleh mereka (pembangkang) terbongkar dan rakyat menyedari akan gelombang fitnah yang dipelopori oleh pembangkang. Rakyat Johor tidak terpedaya.


Ramalan pembangkang yang mengatakan ia akan memecahkan kubu kuat BN di Johor dengan menambah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sebagai “jauh tersasar daripada realiti.Tentang peluang mereka di Johor, negeri kelahiran Umno, itu hanyalah satu “gimik” dan percaturan politik pembangkang yang akan terbukti salah selepas PRU 13 kelak.


Pembangkang tidak mempunyai sokongan daripada penduduk Johor, malah ceramah politik mereka di negeri ini kebanyakannya dihadiri oleh “orang luar”, merujuk kepada rakyat dari negeri lain.


Dengan tidak ada pengalaman sebagaimana yang dibuktikan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, usaha pembangkang yang mahu menukar kerajaan daripada BN kepada pembangkang bakal menyebabkan negara ini “porak-peranda. Akhirnya, penduduk yang akan menanggung kesan buruk daripada ketiadaan pengalaman pembangkang itu.


Negeri Johor akan kekal Biru selepas PRU 13.

Sumber: N9kini.com : Temuramah BERNAMA bersama Sharifah  Azizah. ( Ketua Wanita Johor )
Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.