Selepas tujuh tahun, bencana tsunami yang melanda rantau ini sehari selepas sambutan Krismas pada 2004 dan mengorbankan ratusan ribu nyawa termasuk hampir 70 di negara ini, kian dilupakan.
Di Kota Kuala Muda , 12 nyawa terkorban akibat ombak gadang yang tercetus susulan gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter di Banda Aceh, Indonesia itu.
Namun, selain pembinaan tugu peringatan serta tinggalan rangka beberapa rumah yang musnah akibat bencana itu, tidak ada sebarang acara diadakan terutama oleh pihak berkuasa bagi mengenang tragedi tersebut.
Walau bagaimana pun, MaelPengerang mengajak semua rakan-rakan serta pembaca bertafukur sejenak memberikan Al-Fatihah kepada seluruh umat Islam yang terkorban menjadi mangsa Tsunami 2004.
Al-Fatihah...Amin.
0 comments:
Post a Comment