PLKN merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan bagi remaja yang terpilih setelah menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas.
Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri serta mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, dan memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional selain membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun 2015 dengan penjimatan RM400 juta, bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.
Pengerusi PLKN, Datuk Hj. Noor Ehsanuddin Hj. Mohd Harun Narrashid yang ditemui selepas majlis pengumuman tersebut di Putrajaya, berkata pengumuman itu melibatkan pelatih pengambilan kedua dan ketiga sahaja kerana pengambilan pertama sudahpun selesai.
“Ini langkah penjimatan oleh kerajaan... dan juga peluang yang baik untuk kita kukuhkan struktur yang ada.
“Kita akan ambil peluang ini untuk meningkatkan kemahiran jurulatih dan kem yang sedia ada. Mungkin urus-tadbir juga dapat ditingkatkan. Kita juga masih boleh melakukan aktiviti untuk alumni (lepasan) PLKN... dengan beberapa penambahbaikan dari segi modul dan kemahiran, PLKN akan menjadi lebih menarik tahun hadapan,” katanya lagi.
Ehsanuddin yang juga AHli Parlimen Kota Tinggi berkata, penangguhan PLKN itu boleh juga memberi rahmat kepada golongan lain, terutama mangsa banjir.
“Mungkin di Kelantan, sementara menungguh Kerajaan membina rumah kekal yang akan mengambil tempoh antara enam hingga sembilan bulan, kem PLKN dapat digunakan sebagai penempatan sementara. Kita boleh meningkatkan kemudahan untuk memberikan keselesaan kepada mangsa banjir,” katanya.
Sementara itu, bagi Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Mohmed Asri Yusof berkata pihaknya akan menunggu keputusan mengenai pelaksanaan program transformasi PLKN berserta pengenalan kursus baharu yang akan dibincangkan bulan depan dalam program makmal yang akan dianjurkan Kementerian Pertahanan.
"Setelah perbincangan itu selesai dan program dihasilkan, kami akan mengadakan latihan dan kursus kepada para operator dan jurulatih terhadap pelaksanaan program yang baharu itu nanti," katanya mengulas penangguhan PLKN tahun ini.
Dalam perutusan khas pada Selasa, Najib mengumumkan bahawa PLKN ditangguh tahun ini dengan penjimatan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.
Pada Oktober tahun lepas semasa membentangkan Bajet 2015, Najib telah mengumumkan bahawa PLKN, yang telah mengeluarkan lebih 800,000 pelatih sejak diperkenalkan pada 16 Feb 2004, akan dikaji semula, selain memperkenalkan konsep baharu menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.
SOUTHERN Blogger
-
Irregular and peculiar transactions of Fashion Valet
-
The tip-off by Thick as a Brick (TAAB) on November 4th on the takeover of
Vivy and Fadza's company, 30 Maple Sdn Bhd towards the end of 2018 by the
Khaza...
1 week ago
-
Wanita DAPig Mulakan Pancutan Di Mahkota
-
*Bercukur la para pengikut umdap kerana tuhan politik dapig mereka dah mula
bekerja menawan hati pengundi cina. Kiranya atas kertas macam umdap dan
se...
2 months ago
-
Mat Hasan should take over from Zahid and rebuild Umno/BN
-
Umno was thrashed once again the other day.
It won only 19 of the 108 seats contested in the six state elections.
Fourteen of the seats won by the party ...
1 year ago
-
CARILAH CALON YANG MEMERANGI RASUAH DAN LGBT KAWASAN ANDA.
-
Carilah Calon dikawasan anda yang Partinya memerangi Rasuah dan menolak
amlan LGBT.
Wahai Rakyat Malaysia sesungguhnya mati itu benar, Soalan Kubur Nokar D...
2 years ago
-
-
BN UMUM CALON SABTU INI
-
BN UMUM CALON SABTU INI KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan
mengumumkan 28 calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri
(PRN) Melaka pada j...
3 years ago
-
Senarai Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri PN mengikut parti
-
Di bawah adalah senarai menteri dan timbalan menteri mengikut parti-parti
politik.Ianya terdiri daripada 25 ahli parlimen PPBM, 18 ahli parlimen
UMNO, 4 ah...
4 years ago
-
PRU 15 - UMNO BOLEH MENANG?
-
UMNO boleh menang PRU15? ....boleh. UMNO boleh menang PRU 15 nanti kalau:
Kalau mana-mana pemimpin yang sudah kalah ataupun lengit semasa PRU14 yang
lepa...
4 years ago
-
Harga YAHUDI, Harga MUJAHID
-
Sebelum ini, kalau barang mahal kita cakap harga YAHUDI. Sekarang ni kalau
barang murah, kita boleh cakap harga MUJAHID.
Gila ke apa jual tanah satu hekt...
4 years ago
-
ITIK DAGING UNTUK DI JUAL
-
Jualan bersih Kandang.
Sebanyak hampir 30 ekor itik daging berusia 16 minggu ke atas akan di jual.
Yang berminat membeli secara pukal atau sekor boleh hubung...
4 years ago
-
#JUARA4JDT : Pertahan 'SUMBANGSIH' Jgn Lupa, Jgn Gila.. Ok!!!
-
*AYOOHHH!!! JOHOR.*
*Gemakan Stadium Kitaaaa!!!*
Pada malam ini, *'Juara 5 Kali Berturut-Turut'* iaitu tentunya sekali
pasukan kebanggan kita... Team JDT...
5 years ago
-
Kakitangan SPAD Harap Kerajaan Pertimbangkan Semula Bubar SPAD..
-
Agak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri..itulah luahan yang dirasa
rata-rata pekerja dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang
mana S...
6 years ago
-
-
Tujuh Beranak Tinggal Di Kaki Lima Kedai Dapat Perhatian Wakil Rakyat
-
JOHOR BAHRU, 23 Feb — Nasib tujuh sekeluarga yang menjadikan kaki lima
sebuah rumah kedai di Masai, di sini, sebagai tempat berteduh mendapat
perhatian Ahl...
7 years ago
-
mentafsirnya.
-
PERHATIAN rakyat seluruh negara kini pastinya kembali terarah kepada 2 PRK
yang telah diputuskan oleh SPR yang akan berlangsung pada 18 JUN 2016
ekoran k...
8 years ago
-
KEKAL MB : Khalid Ibrahim 'Penderhaka'. Saksi video.
-
Setelah Menteri Besar Selangor di istihar status ahli serta kedudukannya
dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di 'pecat'...
Lunyai Khalid Ibrahim dikerjakan...
10 years ago
-
JELAJAH 1 BELIA 1 KEMAHIRAN : Di Kota Tinggi 26 Februari.
-
JELAJAH 1 BELIA 1 KEMAHIRAN akan berada di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi
sempena PROGRAM MEMBARA UMNO BHG. KOTA TINGGI pd 26 FEBRUARI 2014 (RABU)
bermula j...
10 years ago
-
0 comments:
Post a Comment