KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan blogger di negara ini supaya tidak menulis isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
Beliau berkata, peringatan itu bagi menyedarkan golongan terbabit agar tidak menyalahgunakan kemahiran dan kemajuan teknologi sehingga menyinggung perasaan pihak lain.
“Usahkan blogger, anak kita pun kalau buat salah kita marah. Kita bagi penerangan, sama ada dia nak dengar atau tidak, itu dia punya pasal.
“Macam kita dengan saing (kawan), kalau dia buat salah kita kena tegur. Kalau tak dengar juga, nak buat macam mana. Dia tanggung dosa,” katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah mingguan di Medan Ilmu, di sini, semalam.
Nik Aziz menyatakan demikian ketika diminta mengulas tujuan rancangan pertemuannya dengan 180 penulis blog dan pengguna Facebook pro-Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.
KLIK DIBAWAH UNTUK SETERUSNYA...
0 comments:
Post a Comment