#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

7 January 2011

P'TEMUAN DGN. NIK AZIZ & NAJIB - PKR BERI AMARAN PADA PAS !!

Spekulasi mengenai pertemuan Nik Aziz dan Dato' Seri Najib yang telah mengadap Yang Di Pertuan Agong menjadi bualan mulut orang ramai. Malah, ada yang membuat anggapan bahawa Sultan Mizan mahu PAS dan UMNO berdamai dalam persaingan politik. Namun, PKR nampaknya tidak selesa dengan perkembangan tersebut. Ketua Penerangan PKR, Dr. Muhammad Nur Manuty yang menjadi jurucakap Anwar amat curiga dan tidak diberitahu mengenai pertemuan tersebut.



PAS seolah2 merahsiakan pertemuan itu dan pihak PKR mengetahuinya setelah Nik Aziz memaklumkan kepada media. Dr. Manuty seolah2 berasa agak hairan kerana PAS tidak langsung memberitahu perkara tersebut walaupun Kongres Pakatan Rakyat ke 2 baru sahaja berlalu.

PKR tidak mempertikaikan arahan Yang Di Pertuan Agong . Akan tetapi, sekurang2 nya, pihak PAS memaklumkan perkara tersebut kepada pemimpin2 Pakatan sebelum mengadakan pertemuan. Selain Dr. Manuty, terdapat beberapa pemimpin PKR dikatakan sedang membincangkan hal ini dan tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut yang dilakukan secara rahsia.

Pembongkaran ini sedikit sebanyak telah mengurangkan rasa keyakinan PKR terhadap PAS terutamanya di peringkat Bahagian atau Cabang. Dikatakan beberapa Cabang PKR berulang kali meminta pihak PAS Kawasan untuk bertemu pemimpin atasan PAS bagi memberi penjelasan mengenai hal ini.

Beberapa Program kerjasama di beberapa Cabang PKR dan PAS Kawasan menghadapi masalah setelah mengetahui isu ini. Mereka berpendapat PAS seolah2 sedang merancang untuk menjatuhkan krelibiliti kerjasama Pembangkang.

PKR panik. Apa nak panik? Kata PKR parti terkuat? Melayu CinDia menunggu respons dari DAP pula.

ps : Kritikal dunia politik hari ini sejak Pembangkang menang di beberapa Negeri. Sampaikan Sultan terpaksa masuk campur. Bayangkanlah jika Pembangkang pegang Kerajaan Persekutuan. Apa akan jadi?

Sumber: gelombang-rakyat.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.