Apa kita panggil ruang seluas 6 kali 8 kaki dengan lorong bermacam-macam saiz dan ada yang hanya seluas 3 kaki di hadapannya. Itulah dia keluasan ruang niaga di Bazaar Tok Guru di Kota Bharu yang tidak ubah akan menjadi kubur pemberian Nik Abdul Aziz kepada peniaga-peniaga Melayu Kelantan.
Pada 12 Januari 2011, lebih kurang 300 orang peniaga Pasar Lama MPKB telah membuat demonstrasi di Kota Bharu kerana tidak berpuas hati dengan Bazaar Tok Guru. Para peniaga ini adalah diantara rakyat Kelantan yang telah diperdayakan oleh manifesto pilihanraya PAS 2008.
Saya telah menulis panjang lebar berhubung dengan skandal Bazaar Tok Guru ini dan apabila saya dedahkan bagaimana rakyat Kelantan kerugian RM50 juta akibat Bazaar Tok Guru angkara menantu Nik Aziz, akhirnya Nik Aziz tiada pilihan melainkan menandatangani surat pemecatan menantu kesayangannya dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Hari ini, tiada penyelesaian yang dapat dilihat oleh peniaga terbabit sebagai penunaian janji oleh Kerajaan PAS Kelantan. Semua perbincangan dan dialog menemui jalan buntu kerana Kerajaan PAS Kelantan tidak dapat mencari jalan menunaikan janji pilihanraya itu.
Akhirnya, wakil Kerajaan PAS Kelantan hanya mampu memaki para peniaga dan menuduh mereka sebagai tidak bersyukur. ‘Bagi betis hendak peha’ kata mereka.
‘Suruh exco tu bagi betis dia!’ kata saya kepada seorang wakil peniaga. ‘Mari kita pakat takir (cincang) betis dia dengan kapak,’ tambah saya.
Lubang Kubor Tok Guru itu hari ini sudah 95% siap. Bagaimanapun ianya di dalam keadaan yang menyedihkan. Bukan sahaja sempit dan tidak selesa untuk peniaga tetapi beberapa keretakan pada konkrit dapat dilihat di sana sini.
Apabila peniaga mengadu soal ruang niaga yang sempit dengan laluan selebar 3 kaki sahaja, jawapan yang diberikan ialah, ‘jadikan ruang bazaar ini sebagai showroom, barang simpan di stor tempat lain’. Ini bererti setelah membayar di antara RM70 ribu ke RM80 ribu untuk setiap ruang niaga ‘showroom’ 6 kali 8 kaki ini, peniaga terpaksa pula mencari tempat lain untuk menyimpan stok mereka.
Selain daripada itu, pihak pemaju juga telah menghantar pelan berlainan kepada Jabatan Bomba yang menunjukkan ruang laluan seluas 8 kaki. Sedangkan setelah pembinaan dibuat, ruang laluan hanya seluas 3 kaki. Sehingga kini pihak Bomba belum lagi melawat ke bazaar itu.
Situasi ini amat merisaukan peniaga disebabkan ia amat merbahayakan bukan sahaja diwaktu malapetaka tetapi juga kemalangan boleh berlaku apabila pengunjung sesak di bazaar ini.
Maka sesuailah bazaar ini dengan jolokan Lubang Kubur Tok Guru. Hadiah PAS Kelantan untuk peniaga Melayu Kota Bharu. Penuh dengan resipi membawa petaka dan boleh juga membiakkan maksiat bila ruang sempit dilalui lelaki dan wanita bukan muhrim. Dari pasar lambak, boleh jadi pasar gesel punggung.
Di petik dari: http://kickdefella.wordpress.com
KITA TUNGGU PULAK LEBUH RAYA RAKYAT (MEMORANDUM BARU DITT). Silap hari bulan, "LEBUH RAYA" tu jadi LEBUH HANTU RAYA...ATAU HANYA UNTUK LALUAN BASIKAL JE...BILA KOMEN, EXCO KERAJAAN NEGERI BERKENAAN AKAN KATA: DAH BERI PEHA NAK YANG CELAH PEHA PULAK.....Tak caya, sama-sama kita tunggu.
ReplyDeletePAS FOR ALL? HUDUD KEUTAMAAN KAMI, NEGERI BERKEBAJIKAN MATLAMAT KAMI. MAKIN BANYAK SLOGAN, LAMA-LAMA JADI "SHOGUN" DI NEGERI JEPUN (DAN LENYAP DITELAH ZAMAN).MANA SATU PAS YANG SEBENAR. ISTIQOMAHLAH PERKARA YANG DIREDHOI NYA. INI TIDAK BERPUSIING-PUSING MACAM GASING DAH
ReplyDelete