#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

7 September 2011

Anwar Al-Juburit senang hati, Mat Sabu alih isu? Klik, baca sini...

Nampaknya dalam isu Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu yang mengangkat komunis sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong, pemimpin pakatan pembangkang yang lain terutama ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim membiarkan saja Pas terutama Mat Sabu terkontang kanting menangkis dan menjawab isu tersebut.

Sedangkan jika isu yang membabitkan Anwar terutama dalam kes video seks dan liwat, pemimpin Pas yang paling ke hadapan menjadi wira mempertahankan Anwar.

"Kita tak terkejut dengan tindakan Anwar dan kuncu-kuncunya menikus dalam kes Mat Sabu ini kerana Anwar sememangnya pakar dalam mengalihkan isu.

"Bagi Anwar ini peluang terbaik buat dirinya dalam meredakan sedikit kehangatan isu liwat yang sedang dihadapinya.  Saya yakin Anwar akan biarkan isu Mat Sabu ini berlarutan apatah lagi dalam dia berdepan perbicaraan kes liwatnya minggu hadapan", demikian menurut bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari.

Anuar seterusnya percaya rakyat semakin nampak tembelang Anwar Ibrahim apabila Anwar memilih memberi keterangan bela diri dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi berhubung kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini.

"Ini membuktikan dia takut untuk disoal balas walaupun sebelum ini, dia sering melaung-laungkan ketelusan dan keadilan.

"Rakyat mengharapkan Anwar akan beri keterangan dari kandang saksi dan membiarkan dirinya disoal balas oleh pihak pendakwaan. Tapi ternyata Anwar takut untuk disoal balas kerana dia sendiri risau jika jawapannya apabila disoal balas akan memakan diri. Biasanya penipuan akan terdedah apabila sesi soal balas dilakukan", katanya.

Justeru beliau melahirkan rasa simpati terhadap Pas yang terus ditipu hidup-hidup oleh Anwar yang ternyata hanya menggunakan Pas untuk melepaskan dirinya.

"Kalau perkara sebegini pun Pas tak nampak lagi, saya ucapkan syabas kerana Pas telah memilih untuk menjadi keldai tunggangan rakan pakatannya terutama Anwar Ibrahim", katanya.

Sumber - MediaUMNO 

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.