#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

16 September 2011

Perutusan Hari Ulang Tahun 'Kabinet 16 Sept.' Anwar??? Klik tengok video ni...

Dalam pada kita menyambut hari Malaysia pada 16 Sept, hari ini, janganlah kita lupa kepada kabinet 16 Sept Anwar yang dicanang di seluruh dunia tiga tahun yang lalu. 

Tarikh ini kena ingat kerana ianya merupakan berlakunya cubaan untuk menjajah pemikiran kita semula. 

Kabinet 16 Sept yang hari ini tinggal kenangan dan diyakini akan menjadi lipatan sejarah buat selama-lamanya kepada Anwar dan sekutu pembangkang lain yang sehingga ke hari ini masih termimpikan Putrajaya.

Setelah sekian lama kita bebas daripada penjajahan, rupa-rupanya masih ada lagi segelintir manusia yang berhati busuk cuba menjajah pemikiran kita rakyat Malaysia. Biarlah kabinet 16 Sept ini terus terpahat bersama Anwar.

Tahun ini merupakan “ulangtahun ketiga kabinet 16 Sept” Anwar apabila beliau mencanangkan seluruh ceruk negara dan dunia bahawa pada tarikh tersebut sejurus pilihan raya umum pada 2008 yang lalu bahawa beliau bersama kuncu-kuncunya akan mengambil alih Putrajaya.

" Tahniah " kepada rakan-rakan dan macai-macainya di dalam pakatan pembangkang yang haram masih setia menjadi pencacai dan pengampu kepada manusia hipokrit yang bernama Anwar Ibrahim.

Sungguhpun ditipu dalam peristiwa 16 Sept lalu, mereka masih taat dan sanggup menjadi pak turut kepada Anwar yang hanya mementingkan nawaitu untuk menjadi Perdana Menteri.

Masihkah kau ingat???


Mengapa masih ramai percaya dengan kata-kata 
retorik si penipu besar ini?. 
Sedarlah, wahai pencacai PR... 
Anwar tak layak menjadi Perdana Menteri... 
Ada akai ka?

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.