Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sekarang ini dalam moodnak saman menyaman. Dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur Khamis beliau memberi kata dua kepada Timbalan Perdana Menteri agar berdebat dengannya mengenai isu Bukit Kepong.
Jika tidak mungkin akan saman. Namun jika setuju debat, tindakan saman akan dikaji semula.
PAS lebih berminat nak selesai isu dengan Timbalan Perdana Menteri ‘menerusi debat’.
Muhyiddin telah menolak hajat Mat Sabu.
Pada akhbar Utusan, Mat Sabu beri tempoh 24 jam (hari ini peguam PAS hantar surat tuntutan kepada Utusan) agar tarik balik dan minta maaf atas artikel yang mendakwa beliau sokong komunis.
Jika laporan di muka depan Utusan Malaysia 27 Ogos tidak ditarik balik dalam tempoh itu saman akan difailkan minggu depan.
Mat Sabu mendakwa setelah mendengar rakaman ceramah di Tasek Gelugor berkali-kali ia tidak sama seperti apa dilaporkan.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican juga perlu ambil ingatan ini.
Mat Sabu bercadang saman beliau kerana mendakwa fitnahnya berhubung dengan bil perubatan yang dibiayai oleh Jabatan Bekalan Air Pulau Pinang.
Reezal baru-baru ini mendakwa ada unsur penyelewengan kerana JBAPP tanggung kos rawatan kecederaan Mat Sabu kerana ia berlaku semasa beliau menyertai perhimpunan haram Bersih 9 Julai lalu.
Pada sidang akhbar berkenaan Mat Sabu mendakwa ada terima ugutan termasuk menerusi SMS ada orang hendak simbah asid ke atas isteri dan anaknya kerana isu Bukit Kepong.
Katanya beliau belum lagi buat laporan polis mengenai ugutan SMS itu yang diterima berulang-ulang dari nombor yang sama.
Sumber: Agenda Daily
0 comments:
Post a Comment