#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

8 January 2012

Kerana Azmin dan 'BEBASKAN ANWAR 901' Hasan Ali PAS pecat? Klik baca sini!



Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat dalam mesyuarat yang diadakan hari ini, pihaknya telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat "keahlian Hasan sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta merta."

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas," kata parti itu lagi.

Keputusan ini juga diambil tiga hari selepas Hasan, Exco Kerajaan Negeri Selangor, sekali lagi dilihat memberi pandangan membelakangi parti dengan meminta penyokong dan pengikut Pakatan Rakyat tidak menyertai perhimpunan 901 di ibu negara, esok.

Hasan, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dilihat telah mengeluarkan kenyataan 'melawan arus' apabila meminta pengikut dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) tidak menyertai perhimpunan 901.

Kemlarin, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendesak Pas mengambil tindakan sewajarnya terhadap Hasan ekoran kenyataanya meminta orang ramai khususnya pengikut dan penyokong PR tidak menyertai perhimpunan 901.

Azmin berkata, kenyataan Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam PR dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.


Sumber: Empayar Pemuda

Kata MP:
Puas hati PKR dan gelak sakanlah DAP.
Ini terbukti lagi bahawa PAS sudah semakin hilang prinsipnya...


Tidak nampak kerana sebab lain. Tapi apabila Hasan Ali mempersoalkan dan mengkritik perhimpunan 901 dan secara direct memerli pasal isu peribadi individu yang bergelar Anugerah Tuhan, Hassan Ali diambil tindakan yang cukup tegas! iaitu dipecat serta merta. Inilah dia realiti politik Pakatan Haram, tiada org bawahan yang boleh mengkritik Al-Juburit itu . Ini bukan demokrasi tetapi kuku besi !!

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.