GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

25 June 2012

Senjata baru BN untuk menangkis dakyah dan fitnah pembangkang... Mari sertai!!!




"I AM BNYV".Kalau melihat anak-anak muda memakai t-shirt biru bertulis perkataan ini jangan silap anggap mereka adalah dari sebuah sayap baru dalam Barisan Nasional. Kalau nak tahu...mereka adalah dari Sukarelawan Pemuda BN,satu jenama baru yang sedang dipopularkan oleh Pemuda BN.

Semalam, kumpulan pertama seramai lebih 300 sukarelawan itu yang dikenali dengan nama ringkasnya BNYV menghadiri bengkel sehari di Pusat Dagangan Dunia Putra,di Kuala Lumpur.

Melihat dari suasana dan semangat pada bengkel itu,jangan terkejut satu masa nanti BNYV akan muncul sebagai satu faktor baru dalam arina politik tanahair yang boleh memeningkan kepala pembangkang. Menariknya peserta pasukan ini terdiri dari golongan belia berbagai kaum dari seluruh negara yang bukan dari mana-mana ahli parti komponen BN.

Status mereka yang bebas itu tentunya akan memberi banyak kelebihan dalam menjadi jentera tambahan kepada Pemuda BN untuk berdepan dengan berbagai tindak tanduk pembangkang.

Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN,Khairy Jamaluddin sendiri yakin BNYV dapat memainkan peranan yang cukup strategik dan penting. Beliau hadir memberi ucapan kepada BNYV di program itu.Turut sama menyampaikan amanat ialah Setiausaha Agung UMNO/BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Khairy menjelaskan BNYV diwujudkan untuk memberi ruang kepada mereka yang minat politik tetapi tidak mahu menyertai mana-mana parti politik atau mereka yang berdepan masalah untuk masuk mana-mana cawangan parti kerana sebab-sebab tertentu tetapi menyokong perjuangan BN.

Katanya sebenarnya terdapat ramai di seluruh negara yang terdiri dari golongan seperti ini. Mereka ini sayangkan negara dan ingin memberi sumbangan cuma tidak mahu terikat dengan mana-mana parti politik.

Beliau gembira kerana kempen menyertai BNYV telah mendapat respon yang baik. Namun katanya untuk kumpulan pertama ini mereka cuma memilih seramai 500 orang sahaja.

Pemilihan dibuat dengan teliti selari dengan konsep sukarelawan dan mereka yang benar-benar ikhlas. Katanya tiada ganjaran kewangan ditawarkan bagi mereka yang menyertainya. Mereka bukan sahaja akan berperanan setakat pilihanraya umum ke 13 tetapi akan memainkan berbagai peranan selepas itu.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas bengkel itu,Khairy memberitahu BNYV tidak akan mengantikan peranan jentera Pemuda BN yang sedia ada di bahagian-bahagian. Sebaliknya mereka akan menjadi jentera tambahan yang akan turut sama membantu menerusi berbagai cara.

Bagi Khairy sebagai orang yang bebas dari ikatan parti politik, BNYV dapat membuat 'engagement' atas dasar peribadi rakan dengan rakan yang lebih berkesan dalam menyampaikan mesej dan menyanggah putar belit pembangkang.

Sementara itu Tengku Adnan dalam ucapannya mengakui masalah besar yang dihadapi oleh BN ketika ini ialah ' problem of perception' akibat dakyah pembangkang.

Katanya hakikat sebenar sekalipun bukan 100 peratus sempurna, BN tidak ada masalah. Namun akibat dakyah dan fitnah pembangkang timbul masalah persepsi ini. Apapun beliau menerimanya sebagai satu hakikat politik yang perlu dihadapi.

Beliau meminta BNYV turun padang menjelaskan isu berbangkit dalam menangkis gejala ini. Tengku Adnan menilai peranan golongan belia ini sangat penting dalam menentukan hala tuju negara.

"Kalau sayangkan negara kita marilah kita sama-sama bersatu dengan satu semangat dan tekad untuk mempertahkan negara kita,"katanya.

Beliau memberitahu atas semangat ini juga beliau meninggalkan bidang perniagaan yang memberi pendapatan cukup lumayan di masa lampau untuk cebur diri sepenuh masa dalam politik. Katanya beliau tidak pernah menyesal dengan keputusan itu kerana dapat turut sama memberi sumbangan kepada negara.

Penyertaan dalam BNYV sentiasa terbuka.


Untuk pertanyaan lanjut boleh juga menghubungi Unit Komunikasi Sukarelawan Pemuda BN, Loganesh Sivabalan, Tel : 010-210 8897 atau Ainul Aizat Ishak, Tel : 012 393 8884

Mereka yang berminat boleh mengikutinya menerusi http:www.facebook.combnyv2012 atau twitter @BNYV2012 atau emel pertanyaan anda di bnyv.workshop@gmail.com.

Wajib baca! Reformasi yang di cedok Anwar dari Indonesia, tiada gunanya...


Reformasi Gagal Merubah Nasib Indonesia, 
Kenapa Kita Nak Ikut?

Kaji selidik rasmi yang dilakukan oleh Indo Barometer pada 25 April sehingga 4 Mei 2011 menemukan jawapan yang tentu sahaja sukar untuk diterima oleh para reformis Indonesia yang terlibat secara langsung dalam gerakan reformasi jalanan pada tahun 1998.

Mengikut kajian tersebut yang dijalankan di sejumlah 33 wilayah merumuskan Orde baru yakni polisi pemerintahan zaman bekas Presiden Suharto yang digulingkan ternyata jauh lebih baik berbanding Pasca Reformasi 1998.

Sejumlah 28.2 peratus responden dari seramai 1,200 orang yang ditemubual menyatakan pasca reformasi menyebabkan tahap kehidupan rakyat lebih buruk dan amat tidak memuaskan.

Manakala sejumlah 27.2 peratus lagi menyifatkan pasca reformasi 1998 lebihkurang sama sahaja seperti sebelumnya. Hanya 22.8 peratus sahaja bersetuju pasca reformasi adalah lebih baik berbanding Orde baru zaman Suharto.

Kenyataan hasil kajian tersebut ada benarnya kerana tiga tahun sebelumnya yakni pada tanggal 20 Mei 2008, ribuan mahasiswa dan rakyat Indonesia telah memprotes kegagalan pemerintahan pasca reformasi yang gagal membantu kehidupan rakyat.

Jika 10 tahun sebelum itu mereka berhimpun di jalanraya menuntut pengunduran Suharto sebagai Presiden, tanggal 20 Mei 2008 mereka seperti menyesali penyertaan rakan-rakan mereka dalam demonstrasi jalanan era reformasi yang ternyata hanya indah khabar dari rupa.

Dari segi ekonomi pula nyata tiada perubahan yang berlaku walaupun tampuk pemerintahan berkali-kali bertukar tangan sejak era pasca reformasi. Indonesia terus kekal sebagai penyumbang terbesar dalam sektor pembantu rumah kepada negara-negara lain.

Satu-satunya kejayaan mereka disebalik gerakan jalanan reformasi 1998 ialah kebebasan yang lebih baik berbanding zaman Suharto namun natijahnya pula membawa keburukan dari segi hubungan sesama rakyat berbilang kaum dan agama.

Sudah 14 tahun era reformasi 1998 di Indonesia berlalu dan dalam jangka masa tersebut ratusan peristiwa berdarah terjadi yang memburukkan suasana hubungan kaum dan agama.

Reformasi 1998 terbukti gagal merubah nasib rakyat, realitinya hingga kini agak ramai rakyat Indonesia seakan merindui kembali ketegasan Suharto memimpin negara mereka.

Jika demikian hakikat selepas 14 tahun orde reformasi Indonesia gagal sama sekali dalam merubah nasib rakyatnya, mana mungkin untuk kita rakyat Malaysia menyambut baik gerakan reformasi yang sama acuannya.

Umum menyedari, sejarah reformasi di Malaysia khususnya yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim segalanya diceduk dan diciplak dari Indonesia.

Saat Indonesia dilanda permulaan kelam zaman reformasi pada bulan Mei 1998, sebulan kemudiannya yakni pada 18 Jun 1998 Anwar mula melaungkan teori reformasi dengan harapan tempias di Indonesia akan menyemai ke sanubari rakyat seterusnya membantu dirinya ke puncak kuasa.

Selepas kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula 2 September 1998 Anwar memanipulasi sepenuhnya semangat gerakan reformasi Indonesia yang akhirnya menyaksikan ibukota Kuala Lumpur hampir lumpuh dengan demonstrasi jalanan di merata tempat.

Gedung perniagaan dan premis kerajaan terpaksa di tutup, huru hara dan rusuhan bermaharalela di sekitar Kuala Lumpur. Tika itu sebahagian besar mahasiswa universiti yang terpengaruh dengan adu domba slogan anti KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme) yang dilaungkan oleh Anwar beramai-ramai turun ke jalanan.

Manakala masyarakat Cina Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati memandangkan sejarah hitam reformasi di Indonesia yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pembantaian kaum Cina Indonesia masih segar dalam ingatan.

Bagaimanapun setelah kalut ribut rusuhan di Kuala Lumpur seakan hampir mirip dengan apa yang berlaku di Indonesia, menyebabkan mereka secara total menolak perlakuan ganas yang diimport dari negara jiran tersebut.

Mereka sedar, jika sudah buruk permulaan sesuatu gerakan yang menyebabkan ramai nyawa tidak berdosa menjadi mangsa hingga ramai gadis dirogol dan dilapah kulitnya kerana prasangka kaum dan agama, tentu sahaja sukar sekali untuk mengambil teladannya untuk diimplementasikan dalam negara sendiri.

Malah kalut malut era reformasi Indonesia diikuti kejadian sama di Malaysia nyata hanya merosakkan suasana pemulihan ekonomi negara selain mengancam nyawa dan harta benda rakyat.

Majoriti rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India dan lain-lain akhirnya sependapat perubahan ganas di negara jiran bukan jawapan terbaik apatah lagi ianya disemai oleh seorang politikus yang hanya mengutamakan kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ketenteraman negara.

Justeru itu, budaya politik ciplak dan songsang yang dirintis oleh Anwar telah terbukti gagal dan tidak sesuai untuk diamalkan di negara kita yang tercinta ini. Tiada sebab untuk kita meneladaninya apatah lagi untuk dibudayakan di negara ini.

Reformasi jalanan bukan cara kita dalam membangunkan negara yang pelbagai kaum dan agama, hanya transformasi yang berhemah dan kepimpinan yang berdaya saing, jitu pemikiran dan cakna rakyat sahaja yang mampu membawa kita makmur dan maju ke depan.

Sumber: www.freemalaysiakini2.com

23 June 2012

Terang-terang terdesak... Suara Keadilan menipu & memfitnah lagi... Baca sini!

Muka depan akhbar Suara Keadilan memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu. Tajuk ini bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.

Dalam mengulas berita tersebut, Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin pula dengan tidak semena-mena mencabar Datuk Seri Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post yang mula-mula menyiarkan berita mengenai Daniyar Nazarbayev. Begitu juga dengan Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail menyuruh keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu ini.

Mendesak Datuk Seri Najib atau keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu akhbar yang menyiarkan berita tersebut amatlah tidak masuk akal. Jika ada pihak yang perlu mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev sendiri. Datuk Seri Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing sahaja.

Kita tahu bahawa parti Pakatan Rakyat amat terdesak untuk mencari isu bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.

Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa kisah mengenai bakal menantu Perdana Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena mengena dengan rakyat dan negara. Begitu juga, apabila kisah tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu ibu kepada Daniyar, Maira, telah pun membuat penafian.

Menurut Maira, beliau masih punya ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev dan tidak pernah dikehendaki oleh Interpol. Malah, pada ketika beliau ditanya, mereka sekeluarga sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.

Jelas, Maira dan anaknya bebas bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Jika benar beliau adalah orang yang dikehendaki oleh Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya sedangkan wartawan juga mampu menghubunginya?

Suara Keadilan harus belajar mengenalpasti yang mana satu isu politik dan yang mana tidak. Jika tidak tahu mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama dan lambang parti untuk menerbitkan akhbar. Lebih elok jika akhbar ini digelar akhbar tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca.

Lebih dari itu, parti PKR sendiri harus belajar untuk mengenalpasti mana isu yang penting dan mana yang tidak untuk dijuarai mereka. Dengan menyerang keluarga, atau lebih tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang PKR sudah hilang pertimbangan. Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan bukannya antara lawan politik.

Jika isu ini dibawa oleh PKR ke pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus menunjukkan yang benarlah Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang hebat dan BN adalah parti yang tepat untuk rakyat sehinggakan PKR tidak mampu mencari isu lain untuk menyerang. Kerana itulah PKR terpaksa memainkan isu bakal keluarga yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara.

22 June 2012

SPRM Tolong Siasat Keluarga Faekah Husin

Faekah Husin

Belum reda isu percakaran dalam PKR Selangor kini timbul pula dakwaan membabitkan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang dikatakan telah mempengaruhi keputusan pengambilan panel peguam oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Berdasarkan pendedahan oleh Sel13.Com, Faekah dilaporkan telah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyokong permohonan anak saudaranya yang memiliki kepentingan dalam firma guaman Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates.

Hasil semakan oleh portal tersebut mendapati, Zeenat Asyiqin Binti Dato’ Ahmad Zaki yang merupakan rakan kongsi firma guaman tersebut adalah anak kepada abang kandung Faekah, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin.

Sekadar untuk rekod, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin adalah bekas Ketua Pengarah BPR bermula dari 24 Mac 1999 hingga 23 Mac 2001. Sekarang beliau adalah Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Portal tersebut turut melampirkan dua bukti bertulis bagi menyokong pendedahan berkenaan yakni surat serahan tangan yang diterima oleh Faekah diikuti dengan surat sokongan dari Faekah kepada PNSB.

Pada Julai 2010, MB Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengeluarkan arahan melarang pihak berkepentingan dalam kerajaan negeri daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan terhadap mana-mana permohonan tender atau kerja.

Jelas terdapat kontradiks diantara arahan tersebut dengan situasi terkini yang membabitkan Faekah.

Timbul persoalan yang agak mengasak minda kita, adakah dalam kes Faekah ini polisi dan arahan tersebut terkecuali?

Apakah Khalid Ibrahim sengaja memejamkan mata membenarkan penyalahgunaan kepala surat pejabatnya semata-mata untuk membantu sanak saudara dan ahli keluarga Setiausaha Politiknya?

Apapun, amat wajar untuk pihak berkuasa khususnya SPRM memberi perhatian serius dalam isu ini dan melakukan siasatan rapi terhadap Faekah dan ahli keluarganya demi kepentingan umum.

Soal besar atau kecil nilai sesuatu kontrak yang diperolehi bukan persoalan kerana sebarang unsur salah guna kuasa apatah lagi untuk kepentingan kroni dan ahli keluarga sendiri tidak boleh dipandang sepi.

21 June 2012

Singapura Kurang Ajar!


Jika kita menakrifkan Singapura sebagai seorang manusia, maka ia pastinya seorang manusia yang paling busuk hati di dunia ini. Sejarah penubuhan negara tersebut iaitu dengan keluar dari Malaysia juga, menyaksikan yang negara itu ditubuh atas dasar khianat, angkuh, perkauman dan pentingkan diri sendiri. Akibat penubuhan yang tidak berasaskan niat yang baik, Singapura mempunyai sikap ‘paranoid’ yang kronik iaitu sentiasa menyimpan syak wasangka dan memusuhi Malaysia.

Sikap ‘paranoid’ berlebihan inilah yang menyebabkan ruang angkasa Malaysia sering diceroboh mereka. Malah, bukan kita tidak tahu bahawa agen-agen mereka sentiasa bergerak cergas mengumpul maklumat dan memerhati pergerakan dan perkembangan negara ini. Walaupun Malaysia menghulurkan tangan persahabatan dan sering mengajak untuk bekerjasama dan menjunjung sifat sefahaman serta toleransi dalam menangani masalah-masalah yang membabitkan kedua-dua negara seperti perairan, ruang udara serta bekalan air mahupun dalam isu jambatan bengkok, tetapi huluran tangan Malaysia sering disambut dengan sepakan kaki sahaja oleh Singapura.

Kini, Singapura semakin kurang ajar apabila mula campurtangan dalam urusan politik negara. Ini dilakukan dengan menyelinap masuk melalui aktiviti-aktiviti yang didalangi pembangkang yang bertujuan untuk melemahkan kerajaan. Antaranya, Singapura telah menghantar wakil ke perhimpunan BERSIH 3.0, dan Himpunan Hijau yang menentang Lynas. Agen-agen mereka yang dikenalpasti bukannya ke perhimpunan tersebut untuk memerhati tetapi turut berdemonstrasi bagi memburukkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara ini.

Amat kurang ajar sekali apabila antara yang agen yang dihantar untuk menyertai himpunan ini bukanlah orang-orang biasa atau rakyat marhaen tetapi terdiri dari diplomat-diplomat negara mereka, seperti:

1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.

2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).

3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.

Bagi sebuah negara yang mendabik diri sebagai negara maju, tindakan tidak bertamadun iaitu tidak menghormati jiran dan tidak tahu batas-batas hubungan diplomasi membuktikan betapa busuk dan buruknya hati perut dan perangai Singapura.

Maka tidak hairanlah Singapura digelar Yahudi Asia kerana hati perutnya yang busuk, biadap serta angkuh. Jika anda mengorek punca kenapa kaum Yahudi di laknat dan kenapa mereka dihalau lebih 70 kali sepanjang sejarah bangsa mereka di dunia ini, anda akan dapati bahawa secara umumnya, (walaupun bukan semua), kaum Yahudi terkenal dengan busuk hati, angkuh, biadap dan pentingkan diri juga.

Lee Kwan Yew dalam bukunya "From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000” pernah mendedahkan bahawa tentera Singapura diasaskan oleh tentera Israel. Beliau menulis, “misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika itu berpangkat kolonel, kemudian dinaik pangkat ke brigadier jeneral. Setelah meninggalkan tentera,beliau menjadi penasihat tentera Singapura”.

Hubungan akrab Singapura dengan Israel ini dengan sendirinya menjelaskan kenapa Singapura tidak senang dengan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan berpotensi, yang menjadi jirannya yang sabar dan setia.

Sikap kurang ajar Singapura tiada batasnya. Baru-baru ini, terdedah lagi bagaimana Singapura merancang untuk ‘menceroboh’ pilihanraya negara ini. Ini dilakukan dengan melatih beberapa wakilnya untuk menyertai pilihanraya dan semestinya dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan parti memerintah untuk digantikan dengan parti anak didiknya iaitu DAP, dengan kerjasama dua ekor keldai iaitu PAS dan PKR.

Sebagai musuh azali, tidak mustahil Singapura mempunyai pelan yang jauh lebih besar terhadap Malaysia. Menyertai demonstrasi dan menceroboh pilihanraya adalah Pelan A. Justeru, jangan sekali-kali kita terlepas pandang bahawa mereka pasti telah melakarkan Pelan B dan seterusnya sekiranya percubaan menakluk Malaysia melalui Pelan A tersebut gagal.

Sebelum ini, Wikileaks pernah mendedahkan bagaimana pemimpin Singapura merendah dan menghina hampir semua pemimpin dunia lain melalui perbualan sulit yang dirakam. Namun, Singapura langsung tidak terasa malu, jauh sekali meminta maaf.

Maka, kita yakin bahawa Singapura akan mengambil sikap jelik yang sama dalam isu campurtangan dalam politik Malaysia ini. Seperti seorang manusia yang tidak pernah dididik dengan adab sopan serta nilai-nilai murni kemanusiaan, Singapura hanya akan mengambil sikap selamba walaupun sikap dan rancangan jahat mereka telah terdedah luas.

Apa yang pasti, Lee Kwan Yew tentu merasa megah melihat bagaimana negaranya menjadi negara paling biadap dengan diplomat-diplomat yang amat kurang ajar sekali.

Jika beginilah sikap Singapura, maka Malaysia wajib berpegang kepada pepatah iaitu ‘buat baik berpada-pada’ apabila berurusan dengan Singapura kerana Singapura telah berbuat jahat kepada kita, bukannya sekali - tetapi berkali-kali.

Diharap kerajaan akan mengambil tindakan sebaiknya dalam menghadapi ancaman negara jiran ini. Harapan kita juga agar rakyat akan semakin membuka mata dalam membuat pilihan antara parti yang mendapat bantuan Singapura, dengan parti pemerintah yang tegas mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

KLIK UNTUK ARTIKAL TERDAHULU:
ANWAR & RM 3 BILION

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.