GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

26 November 2013

Ancaman Liberalisme di Dalam Parti Melayu. KLIK baca ni!


Muktamar PAS yang membawa kemenangan kepada kumpulan Erdogan iaitu pihak pro-Anwar Ibrahim dan DAP, menjadikan akar umbi PAS kecewa dan putus asa. Ini kerana, Anwar dan DAP merupakan dua pihak yang bertindih dalam membawa agenda liberalisasi dan juga Kristianisasi di Malaysia. Penglibatan ‘orang-orang kuat’ Anwar dan DAP di dalam COMANGO membuktikan agenda sebenar kumpulan ini.

Justeru, kemenangan kumpulan Erdogan di dalam PAS bermakna agenda itu kini lebih mudah untuk diperpanjangkan melalui PAS.

Perasaan kecewa dan putus asa turut melanda ahli UMNO selepas Pemilihan UMNO yang baru lalu. Ia berikutan kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dilihat sebagai kemenangan pihak Anwar dan DAP.

Bukan rahsia lagi bahawa Khairy membawa agenda liberal serta ingin memisahkan perjuangan UMNO dari bangsa Melayu.

Tindakan beliau melantik Regina Lee yang tegar menyokong DAP sebagai setiausahanya, mengesahkan hala tuju perjuangannya.

Persoalannya, apakah kemenangan mereka ini bermakna bahawa orang-orang Melayu telah mula menerima liberalisme? Jawapannya mungkin ‘ya’ jika kita mampu merasa yakin dengan proses pengundian yang membawa kepada kemenangan mereka.

Memandangkan Ketua Pemuda mempunyai rekod politik wang, maka adalah sukar untuk rakyat mempercayai bahawa pemilihan UMNO bagi jawatannya berjalan secara telus.

Walaupun terdapat penambahbaikan dalam sistem pemilihan, namun hakikat bahawa undi popular tidak didedahkan dan bahawa wang adalah permainan biasa baginya, maka kemenangannya tetap diterima secara sinis sahaja.

Begitu juga dengan kemenangan kumpulan Erdogan di dalam PAS yang menyaksikan ‘ulangan’ dari pemilihan UMNO ketika Khairy mula-mula memenangi jawatannya dahulu di mana mengambil masa yang begitu lama untuk mengira undi selain kehadiran mereka-mereka yang tidak sepatutnya di tempat menyimpan peti undi.

Berdasarkan apa yang berlaku ini, kita tidak boleh menyalahkan persepsi rakyat. Kita tidak boleh menghalang manusia dari berprasangka buruk berdasarkan apa yang dilihat di hadapan mata.

Jika persepsi rakyat itu benar, maka ia menunjukkan bahawa pihak yang memperjuangkan liberalisasi ini, tidak kira sama ada di dalam PAS atau UMNO, semuanya gemar bermain kotor. Mereka terpaksa bermain kotor kerana mereka tahu yang mereka tidak mendapat sokongan di kalangan orang-orang Melayu.

Walaupun golongan liberal ini gemar memperlekeh orang Melayu sebagai mudah dibeli dan ditipu, tetapi mereka lupa bahawa mereka lebih lekeh lagi kerana terpaksa membeli dan menipu semata-mata untuk berkuasa. Ini bermakna, sekiranya mereka menang, maka kemenangan mereka adalah tidak tulin.

Andainya persepsi ini tidak benar, dan mereka sebenarnya menang secara telus dan bersih, maka kita akan melihat agenda liberalisasi dilaksanakan tanpa apa-apa bantahan besar dari orang-orang Melayu.

Bagaimanapun, penolakan orang-orang Melayu terhadap PAS akhir-akhir ini membuktikan bahawa agenda itu tidak diterima di dalam parti itu. Kritikan terhadap UMNO yang semakin lantang didengari juga menguatkan lagi hujah bahawa liberalisme tidak pernah diterima oleh orang-orang Melayu.

Masalah liberalisasi bukan sahaja mengancam masyarakat kerana ia membawa bersamanya kebebasan tanpa sempadan tetapi juga membawa ancaman ketegangan kaum kerana ia didokong oleh parti perkauman tegar iaitu DAP, yang berselindung di sebalik seruan Kristianisasi.

Keadaan menjadi lebih terancam kerana kumpulan Melayu liberal di dalam UMNO dan PAS ini mentafsirkan sebarang usaha untuk membela adat, budaya, bahasa dan agama orang-orang Melayu sebagai kolot. Di masa yang sama, tindakan membela adat, budaya, bahasa dan agama kaum lain pula ditafsirkan sebagai ‘keterbukaan’ yang wajib diterima oleh semua.

Justeru, dengan tekanan dari sikap rasis dan chauvinis Kristian DAP dan kebodohan kumpulan Melayu liberal, yang bakal menjadi mangsa akhirnya ialah orang-orang Melayu di negara ini. Amatlah malang sekali jika ini berlaku, sedangkan orang-orang Melayu yang menolak liberalisme merupakan kumpulan majoriti.

Kesimpulannya, Melayu PAS dan Melayu UMNO yang menolak liberalisme tidak mampu duduk berasingan di dalam PAS, UMNO dan atas pagar. Melayu yang sedar, yang jujur sayangkan agama dan bangsa tidak ada pilihan selain bersatu di atas satu platform bagi membentuk kumpulan pendesak yang kuat ke atas pemerintah.

Perdengarkan suara kita menolak liberalisme dalam satu nada yang sekata.

Lupakan PAS atau UMNO, fikirkan strategi terbaik untuk mencapai matlamat ini.

Siapa kata Anwar tak 'kencing'..? KLIK saksi video ni!


Bila ditanya tak mengaku...
Tapi MP memang tak pelik.
Itulah tabiat Anwar dari dulu hingga kini.
Bagilah apa saja bukti...
Pengikut 'totok' Anwar juga tak akan percaya.

Sumber KLIK SINI

Nah...
Baca dan saksikan video dibawah berkaitan penafian Anwar kononnya beliau tidak sekali pun ada mendakwa tentang kehadiran 40 ribu pengundi bangla pada PRU13 yang lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat pernah mendakwa terdapat rombongan warga Bangladesh berjumpa dengan beliau Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat pernah mendakwa terdapat rombongan warga Bangladesh berjumpa dengan beliau sebelum Pilihan Raya Umum… …read more 



Manusia ni, memang pandai mempengaruhi fikiran rakyat..
Yang peliknya rakyat yang sangup mempercayainya membuta tuli...
Apa nak jadi?
Apa buta? Adakah tuli?
Renungilah!

SELANJUTNYA KLIK DISINI


Nah... Ahli Pas mengaku Pas Hanya ‘BARUA’ DAP. KLIK baca ni!


Sekiranya sebelum ini, apabila ada yang mengatakan Pas hanyalah kuda tunggangan DAP ramai yang mengatakan ia merupakan propaganda Umno. Mereka mendakwa, kononnnya secara realiti hubungan Pas dan DAP tidak seperti yang di dakwa itu.

Namun apabila ada para perwakilan Pas yang membangkitkan isu tersebut, ia telah mengejutkan ramai pihak. Ini kerana ternyata semua yang di katakan itu ada asasnya dan bukanlah merupakan propaganda Umno seperti yang di dakwa.

Di dalam Muktamar Pas baru-baru ini parti itu seakan ‘mati kutu’ dengan amukan para perwaklan yang jelas tidak berpuas hati dengan pendekatan ‘tahluf siaysi’ parti itu dengan DAP.

Sebagai contoh Wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika membahaskaan ucapan Presiden iu membangkitkan isu tersebut yang mendesak barisan kepimpinan parti wajar menangani kedua-dua isu tersebut dengan segera. Menurut beliau, jika perkara itu tidak diselesaikan, ahli-ahli Pas berhak menukar kepimpinan yang sedia ada.

"Kedua-dua isu ini sangat kritikal dan sangat besar kesannya. Oleh itu jika Pas gagal selesaikannya menjelang Pilihan Raya ke 14 (PRU-14) kita akan gagal ke Putrajaya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Kamaruzaman turut mengingatkan kepada semua perwakilan bahawa Pas tidak boleh meninggalkan asas perjuangannya iaitu menegakkan syariat Islam.

"Jangan kita lupakan perjuangan menegakkan Islam hanya semata-mata kita mahu ke Putrajaya. Jangan kita tinggalkan syariat Islam di pintu pagar ke Putrajaya.

"Kita sebenarnya amat bertanggungjawab dalam menegakkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kita juga bertanggungjawab menunjukkan keadilan Islam kepada setiap rakyat," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa Pas bukan sebuah parti yang berjuang atas sebab isu tetapi berdasarkan kepada perintah agama.

Sementara itu, wakil Pulau Pinang, Mohd. Nor Haron berkata, segala jasa dan pengorbanan Pas Pulau Pinang telah diketepikan begitu sahaja oleh rakan pakatan pembangkang sebaik sahaja negeri itu dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Malah tegas beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP telah meletakkan Pas sebagai rakan kongsi utama pakatan dalam kedudukan lebih rendah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Mohd. Nor, pihaknya tidak berhasrat membawa perkara itu kepada media namun segala saluran rasmi yang digunakan langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

"Pas hanya diberi kerusi sebagai ahli majlis PBT (pihak berkuasa tempatan) tetapi empat kerusi diberikan NGO, adakah ini batu nisan yang hendak diberikan kepada Pas?," katanya.

Tegasnya, sebagai rakan kongsi utama pakatan, Pas sewajarnya diberi peranan besar sebagai pembuat dasar bersama tetapi yang berlaku adalah sikap 'double standard' kerajaan negeri dan berlakunya campur tangan.

"Tetapi bila hendak hampir PRU-13, mereka berjumpa kita terangkan manifesto, tetapi bila berdepan dengan kemenangan, kita disingkirkan, apakah Pas telah menjadi musuh lagi besar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Namun disebalik semua kecaman yang diberikan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu masih cuba mempertahankan hubungan parti itu dengan DAP dan PKR.

Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 di sini, beliau berkata tanpa bantuan DAP dan PKR, Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan Terengganu.

"Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. Kalau Pas berjuang secara sendirian, sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).


"Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johor kita dapat tawan, nadi Umno akan tamat di Malaysia," katanya.

Kesimpulannya, Pas tidak ubah seperti resam anjing yang sentiasa menurut perintah tuannya, ini kerana itulah analogy mudah yang boleh diberikan apabila kita membicarakan hubungan haram dua parti pembangkang tersebut.

Malah Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Pas Sik, Kedah sebelum ini turut mengesahkan perubahan ketara yang sedang menghantui Pas. Katanya secara realitinya Pas telah gagal memimpin PR sebaliknya kedudukannya kini lebih tertakluk pada kehendak DAP.

Menurut Shahnon, "apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam".

Kenyataan ahli seumur hidup Pas memang terbukti kebenarannya malah tak keterlaluan jika dikatakan status parti itu semenjak menjalin kerjasama dengan DAP sama sahaja macam anjing peliharaan layaknya, terpaksa dipimpin tali oleh tuannya dan taat mengikut sahaja perintah si tuan.

25 November 2013

Kesian!!! Ramai gila ulama yang 'ke parit'. KLIK tengok ni!


Inilah keputusan pemilihan agong PAS kali ini yang menyaksikan kumpulan 'Ulama' semakin diterajang dan ke parit oleh pengikut mereka dari menguasai tampuk kepimpinan dalam Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Ternyata, jenama 'Kepimpinan Ulama' sudah menjadi 'Kepimpinan Fulamak' apabila didalamnya terdiri dari Peguam yang mem'backing' Syiah, penyokong pluralist agama, barua DAP dan lain-lain lagi.

Sumber: Pena Minang

Apa-apa pun inilah PAS yang akan memandu perjalanan PARTI 'ISLE' Se-Malaysia ini menjelang PRU14. Kelompok Anwarinas, pluralist dan Syiah semakin menguasai PAS dengan jenama KUMPULAN PROFFESIONAL.

Tahniah dan takziah kepada yang menang. Dan yang kalah, boleh cuba 5 tahun lagi.

MP:
Suruh dia org buat party tupperware jeklah..
Kehkehkehhh!!!

24 November 2013

HINA MELAYU/ISLAM: Titah DYMM Sultan Johor di tuduh 'stupid'. KLIK baca ni!

SUMBER: KLIK SINI

Baru semalam, MP menyiarkan maklumat berkaitan individu berbangsa india dengan biadapnya menghina 'Wasiat Raja Melayu" ( KLIK SINI )

Hari ini, timbul lagi isu memperkotak-katikkan institusi raja-raja kita.

Berikutan DYMM Sultan Johor menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu. ( KLIK SINI )

Sekelip mata keluarla lagi suara-suara sumbang dari puak puak haramjadah ni.


Semakin hari semakin banyak rasanya MP terima dan siar berkenaan isu caci mencaci serta hinaan daripada puak-puak bukan Melayu ni.

Semakin menjadi-jadi pulak tu. Mana silapnya? Atau adakah mungkin kerana sikap Kerajaan yang kita terlalu berlembut dan terlalu menjaga sensitviti kaum-kaum lain yang ada tu? 

Senang senang saja mereka menyalak dengan mencaci,menghina agama, bangsa hingga ketahap berani persoal kedaulatan Raja-Raja dan hak Melayu sesuka hati..


Naik menyampah pulak rasanya.... Malas nak cerita banyak. Kepada pihak pihak berkuasa di luar sana tu, apa tunggu lagi. Heret perosak bangsa ni!

TOLONG BERTINDAK!!!


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.