Salam 1Malaysia,
Masanya telah tiba untuk kita sekali lagi bertemu minda dan berkongsi idea, kali ini untuk Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada 25hb Oktober 2013.
Justeru itu, saya menjemput anda untuk menyalurkan idea dan saranan anda tentang Bajet 2014, secara langsung di www.1malaysia.com.my/bajet2014.
Sepanjang beberapa tahun lepas, saya dan pihak kementerian kewangan amat menghargai setiap maklum balas yang kami terima apabila bajet tahunan negara dibentangkan.
Pada tahun lepas sahaja, sebanyak lebih 2,500 cadangan telah kami terima untuk Bajet 2013. Terima kasih saya ucapkan.
Dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar, adalah penting untuk kita merangka bajet tahunan yang mapan dan seimbang. Hanya melalui bajet tahunan yang mapan dan seimbang, kita dapat memacu ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, insya-Allah.
Oleh itu, saya amat mengalu-alukan idea dan pandangan anda untuk Bajet 2014 ini.
Sepanjang beberapa tahun lepas, saya dan pihak kementerian kewangan amat menghargai setiap maklum balas yang kami terima apabila bajet tahunan negara dibentangkan.
Pada tahun lepas sahaja, sebanyak lebih 2,500 cadangan telah kami terima untuk Bajet 2013. Terima kasih saya ucapkan.
Dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar, adalah penting untuk kita merangka bajet tahunan yang mapan dan seimbang. Hanya melalui bajet tahunan yang mapan dan seimbang, kita dapat memacu ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, insya-Allah.
Oleh itu, saya amat mengalu-alukan idea dan pandangan anda untuk Bajet 2014 ini.
Najib Razak.
Menggesa pihak Kerajaan khususnya Kem Kwangan supaya memperuntukkan bajet besar yang mencukupi bagi mengambilalih secara serious untuk memulihkan semua projek perumahan yang terbengkalai diseluruh Negara.Walaupun selama ini Kerajaan telah menangani masaalah asas rakyat bersabit dengan perumahan tetapi sebahagian besar rakyat masih tidak mendapat pembelaan yang setimpal daripada pihak Kerajaan.Terlalu banyak yang menanggung derita akibat daripada menunggu terlalu lama untuk memiliki serta menduduki rumah2 yang dibeli melalui pinjaman dari institusi kewangan samada drp bank2 komersial atau pun pinjaman Kerajaan.Yang menyedihkah ada lagi pinjaman yang masih perlu dijelaskan sedangkan tiada jaminan untuk rumah2 tersebut dapat disiapkan.Ada peminjam yang telah bersara,ada yang uzur sakit serta ada juga yang telah meninggalkan dunia tanpa berpeluang untuk menjejak kaki dirumah idaman masing2 semasa mereka masih hidup.Kerajaan selama ini telah memberikan perhatian terhadap masalah asas rakyat tetapi terlalu sedikit isu rumah tak siap yang dapat diselesaikan samada melalui KPKT,SPNB,PPIM,Tribunal dan berbagai2 kaedah lagi tetapi yang nyata masih terlalu ramai yang tidak mendapat pembelaan yang setimpal.Dengan adanya dana khas kelak dibawah bajet 2014 ini nanti adalah menjadi harapan sejumlah besar rakyat agar mereka tidak lagi perlu terus menunggu sehingga akhir hayat untuk merasai tinggal dirumah hasil titik peluh sendiri setelah bertungkus lumus berkorban untuk memiliki kediaman sendiri sebagai bekal dihari tua.Hentikan segera amalan selama ini yang menjadikan wang rakyat sebagai modal kepada pemaju2 yang gagal menyiapkan projek mereka yang menghilangkan diri setelah meraih keuntungan tanpa dikenakan tindakan undang2 sedangkan pembeli terutama yang meminjam melalui pebankan islam terus dikehendaki menjelaskan ansuran bulanan sehingga pinjaman selesai sedangkan rumah belum dapat pasti disiapkan.Setakad ini belum nampak kesan positif yang memihak kepada pembeli dalam isu yang melibatkan projek2 rumah yang terbengkalai.Diharapkan Kerajaan benar2 dapat melakukan sesuatu kali ini secara serious.INI KALI LAH!!!!!!!!!!
ReplyDeleteSalam 1 Malaysia...Bagus Najib....
ReplyDeleteSaya sarankan apabila setiap Bumiputera berusia 21 tahun dan berkahwin diberi kurnia tanah sebidang seluas satu hectare atau ekar yang tidak boleh di tukarmilik sampai bila2... ianya untuk membina rumah,berkebun atau menternak serta usahaniaga sendiri. Ianya dapat menjamin sosio-ekonomi raayat itu sendiri.jika ini dilakukan ianya satu transformasi kerajaan yang terbesar bagi mereka yang bergelar Bumiputera.
Perkara utama yang perlu kerajaan ambil perhatian adalah seperti berikut:
ReplyDelete1. Menurunkan kos kehidupan harian rakyat seperti kos pengangkutan, barang makanan, perumahaan, perubatan & ubat-ubatan, pendidikan, air & elektrik, dll. Salah satu cara dengan menghapus monopoli pembekalan barang makanan harian 2. Syarikat-syarikat kerajaan yang membekal kemudahan utama jangan terlalu taksub dengan mengaut keuntungan 3. Kerajaan HAPUS pembaziran perbelanjaan operasi. Perbelanjaan untuk kepentingan rakyat perlu dikekalkan dan mesti berkualiti - value for money 4. Kemudahan kerajaan kepada rakyat asing perlu di caj pada kos komersyel 5. Elak membuat projek atau program yang membazir dan memberi nilai jangka pendek 6. Kerajaan segera membangunkan projek perumahaan kos rendah (harga jualan RM40k-RM60k/atau sewaan RM80-RM100 sebulan) dan sederhana rendah (harga Jualan RM100K-RM150K/Sewaan RM250-RM500 sebulan) 7. Enforcement dan hapuskan aktiviti seleweng barangan subsidi 8. Pemberian tender kepada harga terendah, ketelusan peroses tender dan hapus rasuah dalam pemberian tender 9. Tutup atau jual syarikat kerajaan (GOC/GLC) yang kerugian 10. Pengawalan dan pengawasan projek dan program kerajaan dengan rapi untuk elak pembaziran dan penyelewengan.....