GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

17 November 2012

Gugurkan Hudud & Negara Islam: PAS tandatangani perjanjian sulit dalam PR. Baca ni!


Seorang bekas ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai CN Al-Afghani mendedahkan PAS telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam.

Menurutnya, perjanjian sulit itu ditandatangani pada 18 Disember 2009 di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Kita ini ditipu oleh pimpinan.

Kalau baca dalam buku saya ini, ada saya sebut, persefahaman pada 18 Disember 2009 telah disebut dan ditandatangani oleh tiga orang pemimpin.

 “PAS oleh Tuan Guru Haji Hadi, PKR oleh penasihat dia, dan DAP oleh Lim Kit Siang. “Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,”dedahnya dalam Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.

“UMNO memang jahat, tak mahu buat hudud, tapi UMNO tidak pernah janji untuk buat hudud. Dan dia (UMNO) tidak pernah tandatangan untuk menafikan hudud. “Tetapi pimpinan kita menandatangani..tidak akan laksanakan hudud. Ini kita tidak tahu perkara ini. Ini kesilapan pemimpin-pemimpin kita, buat sesuatu tidak hebah kepada rakyat,”katanya lagi.

Semua pendedahan itu terkandung dalam buku terbarunya yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
C.N Al-Afghani sebelum ini pernah menulis buku kontoversi bertajuk ” Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali,” mendedahkan wujudnya penyelewengan dan penipuan berjuta-juta ringgit milik berpuluh-puluh anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak kepimpinan PAS.

Akibatnya, buku tersebut dilarang dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali pada November 2010, namun difahamkan saudara mara dan anak-anak mangsa Memali berusaha gigih menjual buku tersebut agar penyelewengan itu terdedah kepada umum.

Menurut penulis, kutipan derma yang dibuat dari tahun 1986 sehingga ke 2001 iaitu selama 15 tahun, tidak pernah dibuat laporan penyata kewangan yang jelas. Kesannya, pada tahun 2001, salah seorang keluarga mangsa pernah membuat laporan polis tentang penyelewengan tersebut.

16 November 2012

Tingginya cita-cita PAS nak menawan Putrajaya.

Muktamar PAS ke-58: Semakin Dekat Ke Putrajaya, Semakin Jauh Meninggalkan Islam

Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort semalam berlangsung dalam keadaan tenang walaupun umum tahu bahawa parti tersebut sedang bergelora di peringkat akar umbi.

Dalam ucaptamanya, Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS menyeru para Ulama PAS mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahli mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat. Untuk itu, Datuk Harun juga mengingatkan mereka agar menggunakan dalil-dalil dalam Al-Quran dan hadith yang bersesuaian, untuk meyakinkan pengundi.

Secara dasarnya, Ulamak PAS mengambil pendirian untuk menumpukan kepada perkara besar dan mengenepikan perkara kecil dalam membawa usul ke Muktamar Tahunan ke-58 yang akan bermula hari ini di Pusat Tarbiyah Pengkalan Chepa (Putik).

Apa yang menarik ialah, Dewan Ulama PAS telah memutuskan ‘menawan Putrajaya’ sebagai satu-satunya agenda besar.

Manakala soal lain, termasuk kebebasan umat Islam menukar agama yang berbangkit dari kenyataan Nurul Izzah, hala tuju dan prinsip Pakatan Rakyat dalam soal hudud, Malaysian-Malaysia, liberalisme dan pluralisme yang menjadi kontroversi dalam mendefinasikan jatidiri PAS hari ini, telah diremehkan.

Malah, soal jawatan Perdana Menteri serta pembahagian kerusi yang merupakan isu asas dalam memperkatakan agenda besar untuk ‘menawan Putrajaya’ juga turut diketepikan. Dalam kata lain, penyokong PAS wajib menerima hakikat bahawa Anwar adalah bakal perdana menteri kerana Anwar saja yang mampu menyatukan jasad PAS dengan DAP yang mana tanpa penyatuan ini, PAS tidak mungkin mampu mengimpikan Putrajaya.

Dalam kata lain, para penyokong yang mempunyai kemusykilan atau persoalan mengenai perkara-perkara di atas dan berniat untuk mengusulkannya untuk dibahaskan telah disarankan agar membatalkan niat mereka sebaik tiba di pintu Muktamar.

Bagi menyimpulkan pendirian Dewan Ulama atau mungkin juga kepimpinan PAS keseluruhan, petikan tulisan seorang blogger pro-PR menyatakan segala-galanya, iaitu “Ahli perlu membincangkan bagaimana mahu melurus dan melebarkan jalan menuju ke Putrajaya. Jangan pula ada yang primif dengan menyempitkan jalan ke Putrajaya dengan menzahirkan kebimbangan ataupun konfius; DAP akan menyekat pelaksanaan Islam ataupun masih konfius apakah suci ataupun tidak Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri? Perkara itu tidak perlu ditimbulkan dan yang penting gapai dulu Putrajaya kemudian baru bahaskan.”

Malah, blogger tersebut juga berpesan agar penyokong PAS jangan tamak mendesak agar kerusi pilihanraya diberikan lebih kepada PAS berbanding PKR. Katanya, “Lebih baik Pas menang sedikit daripada menang besar kalau penyertaan itu memberi untung kepada Umno. Juga tidak ada gunanya Pas menang besar kalau kemenangan itu nanti digunakan untuk bergabung dengan Umno tanpa ada konsensus dari ahli.”

Alasan beliau ialah walaupun gabungan PAS-UMNO merupakan perkara spiritual iaitu hubungan agama dan bangsa tetapi “tidak elok kalau ditimbulkan dalam muktamar kerana ia boleh menyinggung rakan Pakatan yang lain.”

Seperti juga blogger tersebut, Dewan Ulama PAS telah memutuskan yang PAS tidak pernah terpesong dari landasan asal iaitu masih memperjuangkan penubuhan Negara Islam dan melaksanakan Hudud. Bagaimanapun, ahli-ahli dilarang bertanya bagaimana untuk memperjuangkannya sedangkan ia ditentang hebat oleh DAP.

Nampaknya, kerana terlalu inginkan kuasa, Ulama dan kepimpinan PAS mula menunjukkan sikap kuku-besi. Ahli-ahli tidak dibenarkan bersuara atau bertanya. Jika ada yang berbuat demikian akan dituduh sebagai agen UMNO, pengkhianat dan kemungkinan besar dikenakan tindakan pecat. Ahli-ahli dipaksa untuk menerima hakikat bahawa jika mereka perlu menggadaikan agama, bangsa, negara, maruah, wang mahupun nyawa untuk mendekatkan mereka ke Putrajaya, maka mereka wajib melakukannya tanpa banyak soal.

Nampaknya, Muktamar PAS kali ini tidak ada faedahnya jika ahli-ahli menerima saranan blogger PAS di atas. Jika isu-isu yang menjadi kemusykilan di peringkat akar umbi tidak dibenar disuarakan, maka apa lagi yang boleh dibincangkan?

Apakah Muktamar hanya untuk ahli berjumpa untuk mengeratkan silaturrahim dan mendengar ucapan kepimpinan semata-mata? Sedangkan, akar umbi mendambakan satu gambaran yang jelas lagi terang berkenaan arah tuju parti sebelum dan juga selepas Pilihanraya.

PAS tidak boleh mengharapkan semua ahli menerima arahan untuk tutup mulut dan memenangkan parti dahulu sebelum bertanya ke mana mereka akan dibawa. Tidak semua ahli-ahli PAS sebodoh pemimpinnya. Ramai yang berupaya membayangkan kekecohan selepas Pilihanraya sekiranya PAS tidak mampu menjelaskan di manakah kedudukan parti mereka dan ke manakah arah atau apakah gaya pemerintahan PR nanti.

Muktamar ini sepatutnya digunakan sebaiknya untuk menjelaskan segala-gala kemusykilan akar umbi ini dan bukannya menggelapkan terus pandangan mereka. Jika PAS gagal memuaskan hati akar umbi melalui Muktamar ini, maka Putrajaya nampaknya akan semakin jauh lagi.

14 November 2012

Portal PR gelar peneroka felda lembu... KLIK, baca ni!

Portal Suara Pakatan Rakyat
Penulis portal itu yang cenderung mendewakan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin paling suci berkata demikian setelah menerima bulat-bulat dakwaan AJK PAS Pusat yang menuduh pemberian wang durian runtuh RM5,000.00 telah menyebabkan ramai anak peneroka bergaduh adik beradik berebutkan pembahagian wang tersebut.

Sedangkan sekalipun jika dakwaan oleh Pengerusi ANAK, NGO proksi kepada PAS itu adalah benar, namun penulis portal itu tidak sepatutnya menyamakan peneroka Felda mahupun generasi mudanya dengan kebodohan seekor lembu.

Apa hak penulis pro PR merendah-rendahkan taraf pemikiran generasi baharu Felda? Adakah menjadi kesalahan untuk generasi baharu peneroka felda menerima imbuhan durian runtuh itu, sedangkan mereka berhak menerimanya berikutan sokongan mereka kepada usaha penyenaraian FGVH di BSKL.

Portal suarapakatanrakyat.com jelas sekali tidak mengambil iktibar disebalik keterlanjurannya sebelum ini yang menulis artikel mempertikaikan tarian tradisi Sumanzau yang tampak jelas menghina orang Sabah.

Bila rakyat Sabah bangkit menyuarakan kemarahan, pandai pula si penulis berdolak dalik mencipta alasan untuk menegakkan benang basah sehinggalah bila keadaan semakin tak terkawal, barulah portal itu menarik balik artikel penghinaan selepas mendapat nasihat pemimpin-pemimpin PR.

Sekarang penulis suarapakatanrakyat.com mengulangi perangai sama, kali ini menghina warga Felda yang disamatarafkan dengan lembu pula.

Sama saja perangai dan sikapnya seperti Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang tidak pernah terdetik di fikiran untuk mengambil pengajaran dari kelemahan dan kesilapan sebelumnya.

Tahun lalu Nurul Izzah telah mempromosikan Bangkung Christmas Bazzar yang menyediakan minuman keras dan nyanyian keagamaan Kriastian, tahun ini pula diulangi lagi kesilapannya dengan mencetuskan kontroversi berkaitan akidah orang Melayu Islam pula.

Dek kerana kuasa, penghinaan terhadap kelompok lain dihalalkan dan akidah agama digadai dijual sesuka hati, ia satu gambaran jelas betapa terdesaknya PR dalam usaha mereka untuk merampas kuasa demi memuaskan nafsu puak mereka.

Bila sudah beginilah pembawaan sikap penyokong dan pemimpin PR, usahlah berangan-angan untuk memerintah negara ini. Rakyat Malaysia tidak kerugian pun menolak kehadiran PR yang ternyata hanya banyak mencetuskan kontroversi dan kecelaruan berbanding manfaat untuk rakyat.

13 November 2012

ISU NURUL IZZAH: Kebodohan akhirnya memakan dirinya sendiri


Sudah lebih seminggu kontroversi kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang menyokong kebebasan beragama bagi orang Melayu meletus dan masih belum reda lagi.

Kebodohan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu cuba menunjuk pandai dalam mentafsir ayat suci Al-Qur'an akhirnya memakan dirinya sendiri.

Lebih buruk lagi sikap bermuka-muka anak Ketua Pembangkang itu terserlah apabila kenyataan yang menggalakkan orang Melayu murtad dibuat pada forum yang dianjur oleh pihak gereja.

Truth Matters Forum bertajuk “Negara Islam: Versi mana?, Tanggungjawab Siapa?” adalah anjuran Oriental Hearts and MInd Study Institute (OHMSI) dan diadakan di Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November lalu.

Apabila ditanya oleh seorang peserta forum bernama Siti Kasim yang merupakan ahli Majlis Peguam serta menganggotai jawatankuasa hak asasi manusia berhubung isu kebebasan beragama, Nurul menjawab,"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama, mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata. Melayu sepatutnya bebas beragama."

Perbahasan yang berlaku selepas itu sudah banyak dilaporkan di dalam semua saluran media termasuk media arus perdana, media elektronik, laman sesawang, blog, twitter, facebook dan laman media sosial yang lain.

Yang menjadi kemusykilan sehingga mengapa Biro Agama PKR yang dipengerusikan oleh kroni Anwar Ibrahim bernama Dr Muhammad Nor Manuty tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mahupun komen peribadi mengenai perkara ini.

Sikap membisu ini membawa kesimpulan bahawa ustaz-ustaz PKR hanya terkenal dengan skandal peribadi seperti Dr Badrolamin Bahron yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di dalam bilik hotel.

Golongan intelektual agama di dalam PKR sebenarnya tidak berani menegur apa lagi mempertahankan Islam apabila salah seorang pemimpinnya membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam.

Jika mereka berdiam, dua pengertian boleh dibuat daripada sikap itu, samada mereka bersetuju dengan kenyataan Nurul Izzah ataupun takut untuk bercanggah pendapat dengan Anwar yang agresif mempertahan anaknya itu.

Apapun PKR bukanlah satu parti yang boleh diharapkan oleh umat Melayu-Islam untuk membela hak mereka atau kedudukan Islam sebagai agama persekutuan di dalam Perlembagaan.

Kuliah mingguan yang diadakan di kediaman Ketua Umum PKR tanpa putus dengan menjemput ulama luar negara dan para ustaz rupa-rupanya hanyalah satu lakonan Anwar semata-mata untuk menunjukkan dirinya Islamik.

Begitu juga majlis tazkirah yang diadakan di surau dan masjid oleh Anwar di setiap persinggahan dalam siri jelajahnya hanyalah sandiwara Anwar untuk menutup sikap hipokritnya.

Anwar bercakap mengenai isu-isu besar seperti ketelusan, keadilan sosial, memartabatkan Islam dan melawan rasuah tetapi apabila terkena batang hidung sendiri, beliau gagal melakukan muhasabah diri tetapi seperti kebiasaan meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Anwar anggap dirinya suci dan tergolong dalam kategori mazlum atau orang yang dizalimi tetapi hakikatnya beliau hanya menggunakan Islam untuk menegakkan idealogi politiknya songsang.

Kenyataan Nurul Izzah secara terang dan dibuat di khalayak ramai yang jelas bertentangan dengan pengertian sebenar ayat al-Qur'an yang dirujuk dan pendirian Islam dalam isu murtad tetap mahu dipertahankan oleh Anwar hanya kerana yang menyuarakan pendapat sedemikian adalah darah daging sendiri.

Jadi bagi Anwar Islam adalah kuda tunggangannya yang boleh dimanipulasi sekehendaknya dalam apa-apa keadaan sekalipun asalkan ia memberi manfaat politik kepada beliau.

Kelemahan yang ditunjukkan oleh biro agama PKR yang disebut sebagai Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA) dalam menangani kemelut yang dicetuskan oleh Nurul Izzah amat memalukan sekali.

Nama biro yang diberikan sungguh gah sekali tetapi malangnya apabila situasi timbul di mana Islam perlu dipertahankan, BiPPA hanya pandai menikus dan membenamkan kepalanya dalam pasir seperti seekor burung kasawari (ostrich).

Peristiwa di Gereja Full Gospel Tabernacle akan tercatat di dalam memori Nurul Izzah sebagai sejarah hitam sehingga akhirnya hayatnya.

Dari segi karier politik Nurul Izzah, ia sudahpun tamat sebelum pun ianya bermula, jadi eloklah beliau bersara sahaja daripada bidang yang bukan menjadi kepakarannya.

Pastinya orang Melayu di Lembah Pantai yang diwakilinya akan berfikir sepuluh kali sebelum memberi undi kepada Nurul Izzah pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Pengundi Islam akan terfikir apakah mereka akan terus menyokong seorang yang tidak sayangkan Islam dan merelakan orang Islam murtad dengan mudah sekali ataupun mengundi pihak yang sekian lama telah membela dan menaikkan syiar Islam sejak merdeka.





12 November 2012

Darjat Nurul Izzah...Klik, baca ni!


Darjat Nurul Izzah Lebih Tinggi Dari Dewan Ulama PAS

Selama ini, PAS sering menganggap bahawa Islam adalah hak ekslusif parti mereka. Kononnya, hanya Ulama mereka yang layak bercakap mengenai Islam dan hukum hakam. Kata-kata Tok Guru mereka mengatasi keputusan dan pandangan para mufti mahupun Majlis Fatwa.

Malah, seorang yang jahil juga, jika menjadi ahli PAS akan secara automatik dianggap alim. Yang berzina, meliwat, berkhalwat, menipu, rasuah dan apa saja maksiat di dunia ini tidak menjadi soal sekiranya yang terlibat itu adalah ahli atau sekutu PAS. 

Menentang Islam juga tidak salah, sekiranya bekerjasama dengan PAS untuk menjatuhkan UMNO. Memperjuangkan hak untuk murtad juga boleh dijulang menjadi pejuang Islam, sekiranya tindakan individu tersebut mampu membantu politik PAS dan menjatuhkan UMNO.

Ertinya, sekiranya anda menjadi ahli PAS atau berbaik-baik dengan PAS atau memusuhi UMNO, maka anda boleh melakukan apa saja kejahatan atau maksiat di dunia ini dan akan tetap dipandang mulia atau jauh lebih Islam dari UMNO. Malah orang kafir yang menyokong atau bekerjasama dengan PAS juga adalah lebih Islam dari UMNO.

Berdasarkan hakikat ini, maka kita merasa amat terkejut apabila dengan tidak semena-mena, Dewan Ulama PAS enggan mengambil pusing akan isu terbaru yang melibatkan agama, hukum Islam dan juga akidah umat Islam. Malah, Dewan Ulama PAS menyerahkan kepada orang ramai untuk memutuskan sendiri akan perkara ini.

Mungkin kerana yang mengeluarkan kenyataan yang kontroversi itu adalah Nurul Izzah, maka Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tiba-tiba kelu, tidak mampu mengeluarkan pendapat, pandangan mahupun hukuman dalam isu kebebasan memilih agama bagi Umat Islam. Menurut beliau, Nurul Izzah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan tahu apa yang terbaik untuk semua pihak.

Secara tidak langsung, Harun Taib meletakkan Nurul Izzah lebih tinggi dari Ulama dalam memperkatakan isu berkenaan agama sehinggakan beliau sebagai Ketua Dewan Ulama sendiri tidak layak untuk mengulas kenyataan Izzah.

Kata-kata Nurul Izzah adalah terang dan jelas, lengkap dengan rakaman video dan transkrip. Kata beliau, “Bila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam agama…bagaimana saya boleh berkata, maaf ini hanya termaktub kepada bukan Melayu, sedangkan ia bersifat sama rata.” Maksudnya juga mudah untuk ditafsirkan iaitu Melayu atau Umat Islam juga berhak untuk menukar agama.

Benar, agama Islam adalah berakar tunjang dari hati atau roh dan tidak boleh diterjemahkan di atas kertas kad pengenalan mahupun tudung dan serban. Namun, bagi Nurul Izzah untuk menyatakan bahawa Umat Islam berhak menukar agama adalah merupakan satu kesalahan secara spiritual, syariat Islam dan perlembagaan negara.

“Untukku agamaku dan untuk mu agamamu.” Jelas, Islam tidak memaksa, tetapi Islam meletakkan kesempadanan yang tegas terhadap murtad. Murtad atau keluar Islam atau menukar agama adalah satu kesalahan besar dalam Islam. Murtad tidak boleh dimaafkan, dengan kata lain Umat Islam tiada hak untuk murtad. Umat Islam murtad bukan kerana beliau berhak tetapi kerana jahil atau sesat.

Namun, Izzah melihat ‘murtad’ sebagai hak asasi, sama seperti puak penyokong IFC dan penganut fahaman liberal dan pengamal pluralisme. Sedangkan, Islam mengatasi semua agama ciptaan manusia. Oleh itu, ‘hak asasi’ untuk murtad adalah tidak relevan sama sekali bagi mereka yang benar-benar memahami Islam.

Memandangkan Izzah bukan Ulama, maka tidak hairanlah jika beliau melihat Islam dari sudut mata kasar. Tetapi, apabila Ulama PAS sendiri angkat tangan mengaku kalah dengan Izzah, serta membiarkan orang ramai yang membuat keputusan sendiri, maka tidak salah jika kita menyatakan bahawa Ulama PAS bersetuju dengan Nurul Izzah iaitu Umat Islam berhak menukar agama.

Dalam kata lain, Ulama PAS juga melihat Islam dari mata kasar sepertimana Izzah, dan bukan memahaminya secara rohaniah. Dan ini juga tidak mengejutkan kerana telah terbukti bahawa Ketua Dewan Ulama PAS sendiri meletakkan dirinya lebih rendah dari Nurul Izzah dalam soal agama.

Justeru, wajarkah jika penyokong PAS terus menyokong parti itu atas alasan agama? Sedangkan Nurul Izzah seorang yang tidak pernah mendalami agama juga diletakkan lebih tinggi dari Dewan Ulama?

ARTIKAL BERKAITAN KLIK:
ISU NURUL IZAH: Ini jawab Nik Aziz & Hadi... Klik!!!




SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.