GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

3 December 2013

#PAU2013: lngat harapan Melayu... KLIK baca ni!


Sayap UMNO perlu lebih lantang, berani perjuang parti.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO memainkan peranan lebih besar, lantang dan berani dalam membawa perjuangan parti serta terus meyakinkan rakyat bahawa UMNO parti tempat mereka bernaung.

Timbalan Perdana Menteri berkata ketiga-tiga sayap itu yang merupakan tonggak kekuatan parti, memiliki kekuatan masing-masing untuk menggalas harapan rakyat khususnya orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO.

Bagaimanapun, katanya, mereka mesti kembali memahami idealisme dan matlamat perjuangan UMNO yang berjuang bukan sahaja untuk parti tetapi demi orang Melayu dan Bumiputera.

"Kita mesti ingat harapan orang Melayu dan Bumiputera yang amat tinggi kepada UMNO. Orang Melayu dan Bumiputera telah memberikan sokongan padu kepada UMNO dan mereka amat berharap kita dapat membela nasib mereka.

"Bila kita diberi mandat, kita melakukan yang terbaik untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera, serta menjamin kaum-kaum lain juga mendapat pembelaan yang adil," katanya ketika merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Perhimpunan kali ini yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas dan pemilihan parti pada Oktober.

Muhyiddin dalam ucapannya mengingatkan sayap parti mengenai komitmen, kerjasama dan perpaduan yang harus diperkukuhkan untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU-14 yang disifatkan lebih mencabar.

"Jangan kita ulangi kesalahan, kesilapan dan kelemahan lampau. Bina kekuatan baharu. Selesaikan sebarang masalah dengan segera supaya Wanita, Pemuda dan Puteri benar-benar wujud sebagai pergerakan yang dihormati," katanya yang juga mahu ketiga-tiga sayap parti itu untuk berusaha menangani kempen membenci UMNO dengan segera.

Lebih penting, menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, ketiga-tiga sayap parti perlu menterjemahkan konsep transformasi politik sebagai hijrah minda dan sikap kepada yang lebih baik.

"Generasi lama di dalam UMNO telah menyumbang, yang penting ialah sumbangan generasi hari ini sebagai penyambung risalah perjuangan parti demi agama, bangsa dan tanah air kita," katanya yang menambah UMNO perlu sentiasa mencari pendekatan baharu untuk kekal relevan.

Beliau berkata sebagai pewaris perjuangan UMNO yang memahami aspirasi golongan muda, Pergerakan Pemuda dan Puteri perlu bijak mendekati generasi itu dan mengajak mereka menyertai perjuangan UMNO.

"Pemuda perlu berinteraksi dengan generasi muda termasuk di kampus dan kampung. Mereka juga wajib menjadi jurubicara umat mewakili suara orang muda.

"Lantanglah bersuara, beranilah membuat pendirian, muncullah di semua pentas menjuarai isu rakyat. Biarlah kehadiran Pemuda dan Puteri benar-benar dirasai dan dihargai oleh rakyat," katanya.

Sementara Pergerakan Wanita sebagai obor perjuangan parti perlu terus cekal dan kental dengan tradisi menawan hati dan budi wanita-wanita termasuk golongan profesional dan agamawan wanita, katanya.

"Kalau Wanita hendak menjadi tulang belakang UMNO, teruskanlah semangat itu. Yang penting Wanita mampu menyahut apa jua cabaran," kata Muhyiddin yang turut mengiktiraf sumbangan pergerakan itu yang disifatkan sebagai tulang belakang parti. - BERNAMA

ARTIKAL BERKAITAN: KLIK SINI

GEMPAR!!! Tersebar Drummer 'Search' meninggal? KLIK baca ni!


Menurut vokalis Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi bin Abdul Rahman, 55, Yazid sudah mula membuka mata dan beliau menyangkal sama sekali khabar angin yang mengatakan Yazid sudah meninggal dunia.

“Berita terbaru Yazid sudah mula membuka matanya.

“Jadi jangan percaya kepada khabar angin,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Baru-baru ini, Yazid telah dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor akibat sesak nafas.

Menurut anak perempuannya, Shikin, ayahnya telah mengadu sesak nafas sebelum dimasukkan ke ICU sekitar jam 5 pagi.

“Menurut doktor, ayah sesak nafas kerana keadaannya yang penat dan sekarang ayah masih lagi di bawah pemerhatian doktor,” katanya.

JENAYAH: Benteras politik pembohongan pembangkang!


Pada saya, politik pembohongan dan putar-belit pembangkang adalah satu jenayah demokrasi yang harus dibenteras segera. Jika tidak dibendung, ianya akan memudaratkan dan mengancam keselamatan dan keharmonian negara!

Masih ingat lagi kisah dongeng pembohongan 16 Sep 2008?

Konon cerita lebih 30 Ahli Parlimen BN akan melompat ke pembangkang. Kerajaan BN akan jatuh dan 16 Sep 2008 akan menyaksikan Kerajaan baru pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dengan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

Inilah antara 'politik bohong', putar belit pembangkang dimana ia satu perbuatan jenayah demokrasi.

Hitler dan Menteri Propaganda Nazi Goebler pernah berkata, ‘the bigger the lie, the more people will believe it – lebih besar sesuatu pembohongan itu, lebih mudah orang percaya’. 

Baca selanjutnya KLIK SINI

NUSAJAYA: Bakal di 'China' kan. KLIK lihat ni!


Iklan berbahasa dan guna tulisan cina.
Dimana undang-undang pengiklanan?
Dan di mana integriti PBT?

Kecenderungan pihak tertentu yang lebih mengutamakan bahasa asing pada papan iklan dalam menyampaikan mesej kepada orang ramai, seumpama diatas tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.

Undang-undang mengenai perkara itu sudah ada. Kenapa ini boleh berlaku?

"DBP sudah membuat persetujuan dengan PBT untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua papan iklan, nama taman perumahan dan sebagainya.

PBT seharusnya memainkan peranan yang penting dan perlu menguatkuasakan undang-undang sedia ada dengan lebih serius.

Pantau-pantau laaa!

2 December 2013

HANGAT!!! Nik Aziz gugur di Kelantan. KLIK baca ni!


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan diganti dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

Ahmad turut dilantik sebagai bendahari PAS Pusat yang baharu.

Pengumuman jawatan lantikan ini dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2013 - 2015 yang pertama malam tadi.

Datuk Mahfuz Omar yang tewas dalam persaingan merebut jawatan Naib Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Sementara Datuk Mustafa Ali dikekalkan sebagai Setiausaha Agung PAS.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang tewas kepada Mohamad Sabu dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.

Seorang lagi calon yang tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden PAS, Datuk Abu Bakar Chik turut dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Bagi jawatan Penolong Setiausaha Agung dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember nanti.
-AstroAwani

MP- Nik digugurkan... Mahfuz melopong. Selanjutnya KLIK SINI.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.