GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

7 January 2014

KALIMAH ALLAH: Marina lantang membela Kristian? KLIK baca ni!


Selain pembangkang, antara pihak yang turut teruja memburukkan imej JAIS dan Islam ialah NGO yang membawa perjuangan liberal iaitu kebebasan tanpa had serta kesamarataan dalam beragama.

Bukan hanya tidak menghormati... Malah pihak ini, langsung tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara. Sekali gus menidakkan undang-undang dan perlembagaan.

Sejak akhir-akhir ini, kedua-dua mereka iaitu pembangkang dan NGO liberal ini dilihat sedaya upaya mencuba untuk cetuskan ketegangan antara Islam-Kristian melalui berbagai cara. Modus Operandi mereka ialah dengan menggerakkan laman-laman sosial peribadi mereka untuk memperlekeh dan menghina Islam bagi mengundang tindak-balas.

Dan apabila pihak berkuasa mengambil tindakan, mereka akan menuduh kerajaan Islam sebagai zalim dan berat sebelah.

Lepas itu, mula bertindak burukkan kerajaan dan undang-undang negara di peringkat antarabangsa dengan tujuan memberi tekanan agar undang-undang berlandaskan Islam dilonggarkan. (KLIK)

Kononnya perubahan perlu di buat, bagi memastikan hak asasi setiap golongan di Malaysia terjamin dan tiada lagi diskriminasi.

Namun apa pun kenyataanya, mereka tetap dengan mengambil pendirian untuk membentuk sifat berat sebelah dalam setiap isu Islam-Kristian.

Hinggakan dah jelas pihak mereka melanggar undang-undang. Boleh lagi tunjukkan sikap seolah-olah  langsung tidak berbuat salah, yang disalahkan hanya Islam dan umat Islam semata-mata.

Justeru, kita ingin bertanya kepada wakil NGO liberal bernama Marina ni... Yang begitu lantang membela Kristian dan menghentam JAIS dalam isu ini.

Apakah benar Marina memperjuangkan hak asasi manusia atau sebenarnya berjuang menentang Islam?

Isu kalimah Allah bermula tanpa alasan yang jelas.

Selama ini rakyat Malaysia tenang dan aman mengamalkan kepercayaan masing-masing atas dasar saling menghormati. Tiada siapa yang mencabar sesiapa, atau dengan sengaja menimbulkan ketegangan dengan ‘mencuit’ agama lain.

Rakyat yang rasional tertanya-tanya, sudah sekian lama menyebut ‘Father’ kenapa perlu ditukar kepada ‘Allah’?

Mungkin juga Marina boleh bantu pihak Kristian, menjawab soalan yang menyemakkan kita ni.

Di samping itu, kita mintaklah sekali Marina jawab soalan ini...

Kenapa Marina tak pernah persoal dan tiada sekali pun mengherdik anak-anak Cina DAP yang menghina nama Allah SWT dan Rasulullah di laman-laman sosial mereka?

Termasuklah dalam isu tuntutan Kristian menggunakan kalimah Allah... Kenapa Marina tidak pernah sekali pun kita nampak ada bersama semasa kumpulan-kumpulan pejuang Islam laungkan bantahan terhadap biadapnya tuntutan itu?

Nak di ikutkan, banyak lagi persoalan di kepala kita yang sehingga kini Marina (NGO liberal) dan pihak Kristian masih tidak dapat menjawab.

Dan, kita ingin sekali mahu tahu serta memahami, adakah Kristian sengaja mencari gaduh dan kenapa Marina nampak begitu berat sebelah?

Apakah Marina sudah terkena sindrom gila glamour atau sememangnya gila? Selanjutnya KLIKSINI...

MP: Manusia yang tiada jatidiri, enggan menerima dirinya sendiri dan juga budaya serta adat kaumnya, secara semulajadinya adalah manusia yang keliru. Kekeliruan yang berserta dengan keangkuhan akhirnya membawa kepada kebodohan...


GST: 8 Perkara Anda Perlu Tahu. KLIK baca sini!


Kenapa GST diperkenalkan?

Selanjutnya KLIK tajuk di bawah:


5 January 2014

PANASSS!!! Marina hilang terus rasa hormat. KLIK baca ni!


Haramjadah jadinya...
Bila langsung dah hilang hormat.
( KLIK )


Ini jawapannya...

"Dan sekiranya anda tidak menerima jemputan saya anda mesti (sekurang-kurangnya ) membayar Jizyah ( penghormatan ) kepada Kerajaan Islam ( sebagai ganti dilaksana perlindungan nyawa dan harta anda) , jika tidak anda adalah dengan ini diberi amaran dan akibatnya berbahaya", kata Rasulullah.

Ini perjanjian yang wajib kita genggam!


Marina bersama bunga di tangan di perkarangan gereja katolik Our Lady of Lourdes. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Januari, 2014

Selanjutnya KLIKSINI


BANTUAN RM100 : Seramai 5.4 juta pelajar terima bulan ini.


Seramai 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara di beritakan akan menerima bantuan awal persekolahan sepertimana yang dijanjikan kerajaan.

Kerajaan memperuntukkan RM540 juta untuk program itu tahun ini. Ia bertujuan bagi meringankan beban kewangan ibu bapa bermulanya sesi persekolahan anak-anak.


Ini adalah tahun ketiga kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut yang akan memanfaatkan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.


Bagi mengelak bantuan itu disalah guna atau tidak sampai kepada golongan sasar. Wang bantuan tersebut tidak akan diserahkan kepada orang tengah atau wakil ibu bapa dan pelajar.

Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Razak berharap semua pelajar menjalani pembelajaran mereka dengan selamat di sekolah seluruh negara yang bermula kelmarin.


“Selamat belajar kepada semua. Lebih 5 juta pelajar akan terima RM100 bermula 15 Januari ini,” kata beliau dalam Tweet terkininya semalam.

MP: Satu lagi janji ditepati... Syukur!

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

4 January 2014

@SPADChannel : Peningkatan pengguna pengangkutan awam beri semangat - SPAD.


Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata daripada hasil beberapa inisiatif kerajaan dan dilaksanakan SPAD serta operator pengangkutan awam.

Trend penggunaan pengangkutan awam pada 2013 di Lembah Klang telah menunjukkan peningkatan sebanyak1.2 peratus kepada 20.8 peratus berbanding 19.6 peratus pada 2012, lalu.

Sumber dari Astro Awani (KLIK)

Ia jelas menunjukkan perubahan, lebih ramai penduduk warga kota dan sekitarnya kini menggemari pengangkutan awam berbanding sebelum ini.

Peningkatan itu tambahnya, juga memberi semangat kepada SPAD untuk terus meningkatkan mutu dan perkhidmatannya.


Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mengulas dimana kerajaan akan terus berusaha menyediakan sistem pengangkutan awam yang terbaik untuk rakyat.

“Kita terus berusaha sediakan sistem terbaik,” kata Najib dalam Tweet beliau, malam kelmarin.

.....................................................................

MP: Dengan menggunakan pengangkutan awam... Sudah tentu kesesakkan lalu lintas berkurangan, jimat masa, jimat duit, lebih selamat dan macam-macam lagi lah!

ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.