GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

7 February 2014

MAHARAJA LAWAK : Kecoh di Kedah? KLIK baca ni!


ALOR SETAR - Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Khazali Din mengesahkan penganjur program Maharaja Lawak Mega suku akhir yang diadakan di Dewan Wawasan Jitra, 24 Januari lalu, membuat permohonan tajaan sebanyak RM1.2 juta.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat menerusi exco penerangan, namun tidak mendapat kelulusan kerana jumlahnya yang tinggi.

“Permohonan itu tidak diluluskan, ada cadangan supaya mereka mohon penaja lain antaranya syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

Menurutnya, beliau tidak pasti sama ada penganjur ada membuat rayuan terhadap permohonan itu menerusi exco berkaitan.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah

5 February 2014

#PRKKajang : PAS memang POYO! KLIK baca ni...


Marah Pada Anwar, Hanya Lakonan Untuk Buktikan Pas Masih Ada Maruah... Emm, poyo laaa!

Ramai di kalangan penyokong dan pemimpin Umno yang dilihat begitu teruja dengan tindakan beberapa tokoh pimpinan Pas yang menyatakan pendirian seolah-olah tidak bersetuju dengan tindakan PKR.

Ia berhubung dengan isu pilihan raya kecil DUN Kajang dan desas-desus yang mengatakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ada yang mengatakan Pas sudah mula ‘celik hati’ kerana berani untuk bangkit menempelak tindakan Anwar yang seolah-olah tidak menghiraukan pandangan dan kehadiran parti itu di dalam pakatan pembangkang.

Namun ada yang merasakan tindakan tersebut hanyalah merupakan satu lagi bentuk lakonan di dalam lakonan. Ini kerana Pas sedar, sejak parti itu memutuskan untuk ‘bertahaluf siyasi’ dengan PKR dan DAP, sokongan terhadap mereka sudah semakin berkurangan khususnya di kalangan masyarakat Melayu dan Islam di luar bandar.

Di tambah pula dengan beberapa isu yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu terpaksa diketepikan oleh parti itu demi untuk menjaga hubungan dan hati pimpinan rakan sekutu mereka. Malah ada ketikanya parti itu turut dilihat seperti akur dan tunduk dengan tekanan yang diberikan oleh DAP dan PKR.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan perkara itu terus dijadikan isu untuk melemahkan Pas, mereka perlu melakukan sesuatu bagi mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat. Maka jalan terbaik adalah mewujudkan ‘kumpulan kecil’ untuk membuat ‘sedikit’ tentangan terhadap mana-mana tindakan PKR dan DAP yang dilihat agak melampau.


Motifnya mudah, supaya masyarakat khususnya penyokong dan ahli parti itu dapat melihat Pas bukanlah merupakan kuda tunggangan atau boneka di dalam pakatan pembangkang seperti yang didakwa sebelum ini.

Hanya dengan cara itu sahaja, Pas dapat membuktikan dan meyakinkan penyokong dan ahli mereka, parti itu masih mempunyai maruah untuk bersuara lantang dan garang.

Cuba klik dan baca disini (KLIK)


Sedangkan pada akhirnya, Pas tetap terpaksa bersetuju dan menerima segala keputusan yang telah dibuat oleh PKR dan DAP.

Contoh paling mudah, Pemuda Pas Pusat sebelum ini begitu hebat mengkritik dan mengecam tindakan PKR yang menjadi ‘pelacur politik’.

Namun selang beberapa hari, nada dan suara mereka itu mula berubah sehingga akhirnya bersetuju dengan pendekatan yang dicorakkan oleh Anwar Ibrahim.

Begitu juga Pemuda Pas Selangor yang sebelum ini menyatakan akan memboikot pilihanraya kecil sekiranya PKR gagal memberikan alasan yang munasabah secara bertulis.


Percayalah, sebaik sahaja SPR mengumumkan tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan pembuangan undi semua jentera parti itu akan berhempas pulas bagi memastikan kemenangan Anwar di Kajang. Semua ancaman, ugutan dan kritikan yang dilemparkan sebelum ini akan hilang begitu sahaja.

Begitu juga dengan kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor sebelum ini, kononnya Pas akan bertegas dalam soal perlantikan Menteri Besar yang baru sekiranya PKR ingin memecat Khalid.


Sama seperti drama yang dipentaskan sebelum in, akhirnya parti itu tetap akan akur dan tunduk dengan segala kehendak serta kemahuan Anwar Ibrahim. Dalam bahasa mudah, inilah yang dinamakan lakonan dalam lakonan.

Baik PKR mahupun Pas semuanya berlakon untuk menipu penyokong dan ahli sendiri.

Bak kata Awie, ini semua poyo….

4 February 2014

Indahnya Selangor setelah 2 penggal memilih 'Fuckatan Rakyat' mentadbir negeri. KLIK baca ni!


Emmm... Bukan saja ini, tapi banyak dah perkara yang bukan-bukan  seumpama ini berlaku di Selangor dan kita ketahui. Nak undi, dah pun di bagi undi.. Nak kuasa, dah masuk penggal kedua pun dapat memerintah...

Apa lagi yang PR mahu? Kalau begini balasannya? Phuiii! Moh baca, bawah ni...

SHAH ALAM 4 Feb. - Kira-kira 30 kakitangan anak syarikat kerajaan negeri, PKNS Holdings Sdn. Bhd. kesal dengan tindakan pengurusan tertinggi syarikat itu memecat mereka serta-merta berkuat kuasa semalam.

Menurut mereka, keputusan tersebut amat mengejutkan. Malah, mereka turut mendakwa pihak pengurusan tidak memberikan sebarang alasan pemecatan mereka. - UTUSAN ONLINE

MP: Kepada rakyat Johor... Kalau rasa nak merasa dan ingin lihat keadaan serupa seperti itu berlaku di negeri sendiri. Rakyat berbangsa Melayu yang ada tu, teruskanlah hidup berpecah belah ye... 

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI



1 February 2014

VIDEO HANGATTT!!! Pemimpin fuckatan terasa dirinya 'cun'... KLIK saksi disini!



Video sindiran sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang memaparkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim selaku moderator bersama tiga orang tetamu undangan mendapat kecaman pelbagai pihak khususnya pengguna laman sosial.

Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.


Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut : “But then, you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire" (anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan).

Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. - Sumber

MP: Kalau nak saksi video Teresa Kok, ni banyak lagi... KLIK dan saksikannya di bawah: 

1. Pendedahan Skandal Rasuah Teresa Kok.

2. Teresa Kok Dibogel Bekas Pembantu Peribadi.

3. Teresa Kok Songlap Duit Ibu Tunggal. KLIKSINI : https://www.youtube.com/watch?v=h09IEYONtLA&feature=youtube_gdata_player

4. Teresa Kok Biadap Menghina Islam!! KLIKSINI : http://youtu.be/-L4oo6Nulno

5. Teresa Kok Kata Perajurit Lahad Datu Dimangsakan.


7. Teresa Kok Tak Tepati Janji

8. Wajah Sebenar Teresa Kok Yang Pemalas!!! 

9. Teresa Kok Hina Pemimpin Malaysia "Onederful" Malaysia CNY 2014 Video Clip KLIKSINI: https://www.youtube.com/watch?v=JtsRcId70bk&feature=youtube_gdata_player

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

#PRKKajang : Lee Chong Wei vs Anwar di gelanggang Kajang. KLIK baca ni!



Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Menurut Chong Wei, beliau langsung tidak mengetahui tentang cadangan agar beliau menukar haluan dan mencuba nasib melawan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di gelanggang politik.

“Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang desas-desus mengatakan beliau dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai adalah dua nama yang disebut kemungkinan menjadi calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Chong Wei juga menolak untuk memberikan sebarang komen tentang kesediaan beliau untuk beralih ke bidang politik jika diberi peluang bertanding di kawasan tersebut.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.