GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

20 December 2014

Murid Menaiki Bas Sekolah Terus Nikmati Perlindungan Insurans - SPAD.


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘S.P.A.D’ atau ‘Suruhanjaya’) mengumumkan bahawa murid-murid sekolah yang menaiki bas sekolah berdaftar, akan terus menikmati perlindungan Skim Insurans Murid Sekolah pada 2015. 

Skim insurans ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa sesi pembentangan Bajet 2013 di mana kerajaan telah melantik S.P.A.D. sebagai agensi penyelaras skim ini.

Pihak kerajaan telah meluluskan penerusan perlaksanaan skim insurans ini berdasarkan kepada keperluan dan sambutan baik oleh ibubapa, pengurusan sekolah dan pengusaha bas sekolah. 

Skim insurans ini merupakan suatu langkah SPAD dalam mempertingkatkan perkhidmatan industri bas sekolah dan pada masa yang sama membantu murid-murid dan keluarga murid bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga.

Untuk makluman juga, bantuan khas juga telah diberikan kepada pengusaha bas sekolah yang ingin menggantikan bas sekolah lama kepada bas baru melalui Skim Penggantian Bas Sekolah yang akan berakhir pada 31 Disember 2014. 

Sehingga kini sebanyak 200 pengendali bas sekolah telah berjaya mendapat bantuan tersebut.

S.P.A.D. juga ingin mengambil kesempatan ini, menjelang musim balik ke sekolah, untuk mengesyorkan agar ibubapa memilih pengendali bas sekolah yang berdaftar bagi keselamatan anak-anak. 

Suruhanjaya juga mengalakkan pengendali bas sekolah yang masih belum berdaftar dengan S.P.A.D., supaya tampil ke hadapan untuk mengesahkan perkhidmatan mereka dan dengan itu melayakkan mereka bagi Skim Insurans Murid Sekolah dan manafaat-manafaat lain.

Bagi maklumat tambahan sila baca di bawah:



17 December 2014

Grand Plaza Kensington London Kini Milik FELDA


FIC LAKSANA PEMBELIAN HARTANAH PERTAMA DI LONDON DALAM USAHA MEMPELBAGAIKAN ASET PELABURAN

Di dalam mempelbagaikan aset pelaburannya, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), sebuah anak syarikat milik penuh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), telah mengorak langkah yang lebih kompetitif dengan mengambil alih sebuah hotel di Kensington, London.


Pembelian Grand Plaza Kensington merupakan pelaburan hartanah pertama bagi FIC dan yang kedua bagi FELDA.

Ia melakar sejarah yang tersendiri bagi FIC sebagai salah satu langkahnya untuk memperkukuhkan jenama FELDA di dalam industri perhotelan yang sebelum ini telahpun memiliki Grand Plaza Serviced Apartments di Bayswater pada tahun lalu.

Grand Plaza Kensington merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang dengan 62 unit bilik dan 2 unit servis apartment, terletak di Lexham, sebuah daerah eksklusif di Kensington dan Chelsea.


Lokasi hotel ini juga terletak berhampiran kawasan membeli belah paling popular di Barat London iaitu Kensington High Street. Kedudukan strategik hotel ini dan populariti London sebagai salah satu destinasi percutian utama di dunia, terutamanya di kalangan rakyat Malaysia, merupakan antara faktor penting yang dapat menjadikan hotel ini sebagai pilihan utama di kalangan pengunjung kota London.

Berucap di majlis pembukaan hotel tersebut di London, Pengerusi Kumpulan FELDA, Tan Sri Haji Mohd Isa Samad berkata, “Pembelian Grand Plaza Kensington merupakan sebahagian daripada perancangan strategik FIC dalam mempelbagaikan aset pelaburannya serta memastikan pulangan pelaburan yang maksima untuk manfaat semua pemegang saham.”

Beliau turut berkata bahawa hotel yang baru dimiliki FIC ini juga mampu menjadi aset pelengkap kepada hotel milik FELDA di Bayswater, satu lagi kawasan tumpuan rakyat Malaysia di London.


“Grand Plaza Serviced Apartments mensasarkan pengunjung yang bercuti bersama keluarga mahupun secara berkumpulan, manakala Grand Plaza Kensington lebih bertumpu kepada pengunjung yang inginkan penginapan mewah pada kadar yang berpatutan.

Selain itu, hospitaliti Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan kami yakin hotel ini dapat menarik pengunjung Malaysia dan juga pengunjung asing dengan penawaran perkhidmatan yang terbaik serta pilihan juadah Malaysia yang lazat.”

Isa turut menjelaskan bahawa dengan pembelian hotel Grand Plaza Kensington, jumlah keseluruhan hotel dan resort milik FELDA kini telah mencecah 12.


Majlis perasmian hotel tersebut telah disempurnakan oleh Isa dengan disaksikan oleh para jemputan khas antaranya Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Northern Ireland, Dato' Ahmad Rasidi Hazizi, Ahli-ahli Lembaga Pengarah FIC serta tokoh-tokoh korporat di London.

Turut hadir di majlis perasmian tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil. Mohd Zaid menerangkan bahawa pembelian hotel Grand Plaza Kensington di dorong oleh sambutan menggalakkan yang diterima oleh Grand Plaza Serviced Apartments dengan purata kadar penghunian sebanyak 90%, serta potensi tinggi yang dimiliki pelaburan tersebut.

“Malaysia kini merupakan antara pelabur paling aktif dalam pasaran hartanah di UK terutamanya di London. Organisasi-organisasi utama seperti KWSP, KWAP, Tabung Haji dan PNB telah pun memiliki beberapa hartanah di UK.

FIC kini juga telah mengambil pendekatan yang sama dan turut mengorak langkah dalam pasaran hartanah ini.”

Mohd Zaid turut berkata beliau yakin bahawa pelaburan dalam sektor hospitaliti khususnya di UK mampu memberikan pulangan jangka panjang yang mampan, selaras dengan peningkatan jumlah pengunjung antarabangsa ke UK yang telah mencapai kadar tertinggi pada 2013 iaitu 32.8 juta pengunjung.

Ia turut di dorong oleh kadar pertumbuhan sebanyak 8.6% bagi London, sekaligus menjadikannya Bandar paling kerap dikunjungi di dunia.

Walaupun FIC merupakan syarikat yang baru ditubuhkan, ia sudah bergiat aktif dalam beberapa pelaburan strategik termasuk pengambilalihan syarikat pembangunan hartanah, Encorp Berhad, baru-baru ini.

Pengambilalihan syarikat ini jelas menggambarkan hasrat FELDA untuk mempelbagaikan perniagaannya dengan lebih meluas terutamanya dalam bidang pembangunan hartanah dan pembinaan, selain menjadi antara organisasi terkemuka dalam sektor hospitaliti.


13 December 2014

Persetujuan UBER - SPAD Bagaikan 'Omong Kosong'


Cakap tak serupa bikin..!!?

Bukankah semua pihak terutama pengusaha pengangkutan awam darat termasuk UBER telah diingatkan berkali-kali supaya mematuhi undang-undang di bawah Akta PAD2010. 

Dan sudah tentu tidak akan ada pihak yang terkecuali dan terlepas dari hukuman seandainya terlibat dalam melanggar atau menyalahi undang-undang yang telah termaktub.

Malangnya, kesediaan UBER membuat persetujuan berserta jaminan yang diberi dimana akan mematuhi syarat dan undang-undang SPAD sepertimana yang war-warkan sebelum ini (KLIK) bagaikan 'omong kosong' belaka.

Apakah UBER terpaksa atau sengaja membuat kenyataan bersetuju dengan peraturan dan syarat SPAD dek kerana program yang telah dirancang ini?



UBER bukan hanya menganjurkan program tanpa memberi maklum dan pengesahan pihak SPAD... Pada program tersebut juga artis-artis yang terlibat akan turut diarah memandu kenderaan UBER dan mengenakan caj.

Segala yang dilakukan ini, jelas sekali telah menyalahi syarat serta bercanggah dengan undang-undang sedia ada. Mengapa UBER langgar?

Atas kejadian dan tindakkan UBER bersama Walkswagen Malaysia dalam menganjurkan acara atas nama 'Charity Drive With The Star' yang tidak mengikut syarat yang sepatutnya...

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan perutusan dan peringatan media bagi kepentingan orang awam seperti berikut: 

PERUTUSAN PERINGATAN MEDIA
PERINGATAN MEDIA SPAD
BERKAITAN
‘CHARITY DRIVE WITH THE STARS’ ANJURAN UBER DAN VOLKSWAGEN MALAYSIA
12 Disember 2014
.......................................

Merujuk kepada acara 'Charity Drive with the Stars' anjuran Uber dan Volkswagen Malaysia pada hari ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ('SPAD' atau 'Suruhanjaya') ingin mengeluarkan kenyataan dibawah bagi kepentingan orang awam:

Walaupun SPAD memuji niat murni penganjur di dalam aktiviti amal bersama selebriti, Suruhanjaya ingin menasihatkan orang awam, selebriti, semua yang terlibat termasuk Uber dan Volkswagen Malaysia, bahawa sebarang kenderaan yang digunakan sebagai teksi dan mengambil tambang daripada penumpang, mesti mematuhi undang-undang sepertimana termaktub di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010. Ini bermaksud pemandu kenderaan diwajibkan mempunyai Lesen Perkhidmatan Awam (PSV) dan kenderaan yang digunakan mesti didaftarkan dengan SPAD lengkap dengan perlindungan insurans yang sesuai bagi perlindungan penumpang yang membayar tambang.

SPAD juga memuji niat murni semua pihak yang terlibat; tetapi Suruhanjaya juga ingin menasihatkan agar mereka mendapatkan pengesahan daripada SPAD bagi menentukan pematuhan undang-undang yang berkaitan pengangkutan awam darat ketika menjalan program-program sedemikian.


12 December 2014

Pendidikan Anak-Anak Pelaburan Terbaik Buat Ibu Bapa - Datuk Ehsan.


Kota Tinggi, Perhatian pihak kerajaan menumpukan dan memberi keutamaan terhadap sektor pendidikkan dari sektor-sektor yang lain, tentunya satu keputusan yang tepat.

Kesan dari tindakkan bijak kerajaan yang ada, jelas Malaysia dilihat begitu menyerlah dan berada dalam keadaan yang lebih mantap berbanding negara-negara lain pada hari ini.

"Sejak merdeka hingga kehari ini, pendidikan adalah belanjawan paling besar sekali diantara kementerian-kementerian lain yang ada", kata YB. Datuk Noor Ehsanuddin dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Persekolahan Parlimen Kota Tinggi, di Dewan Jubli Intan, kelmarin.


Menurut beliau, dengan melihat pendidikan sebagai satu mekanisma penting terhadap pembangunan insan dan juga pembangunan negara, sektor pendidikan terus dibangunkan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan selaras dengan keperluan dan cabaran masakini kearah yang lebih mantap dan cemerlang.

"Banyak perkara, antaranya hal-hal yang membabitkan kos yang perlu di tanggung pihak ibu bapa di ringankan dan hingga ada yang di hapuskan seperti yuran persekolahan.

"Apa yang penting, setiap individu (anak-anak) berpeluang memasuki alam persekolahan. Kepada yang tidak berkemampuan, kerajaan bantu seperti buku-buku teks termasuk kelengkapan serta pakaian seragam untuk ke sekolah" jelas YB. Datuk Ehsanuddin.

Tidak dinafikan, sudah tentu setiap kerajaan mahukan setiap warganegaranya menjadi baik, dapat melahirkan rakyat yang berilmu dan dapat menentukan corak masyarakat bangsa berprofil dan warganegara yang diharapkan. Mampu memberi sumbangan kepada pembangunan, baik kepada pembangunan insan mahupun kepada pembangunan negara.

"Dalam pada itu, kerjasama dan peranan ibu bapa memberi pendidikan yang tepat juga amat penting dalam meletakkan anak-anak menjadi insan yang berupaya merancang masa depan mereka, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan dengan masa depan mereka, berupaya membuat pilihan dengan bijak, tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang akan dihadapi," tambah Datuk Ehsanuddin yang juga merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi.


Beliau turut mengesa pihak ibu bapa agar dapat bersama-sama kerajaan memberikan keutamaan, sepenuh perhatian serta usaha yang berterusan dalam pendidikan kepada anak-anak.

Dengan tujuan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Terdahulu, YB. Datuk Noor Ehsanuddin turut menyampaikan bantuan kelengkapan serta pakaian seragam sekolah kepada 500 pelajar di sekitar Parlimen Kota Tinggi dan majlis dianjurkan dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, JPMM DUN Sedili dan DUN Johor Lama, Yayasan Mesra dan PLUS.

Berikut, gambar-gambar sekitar majlis penyerahan bantuan kelengkapan serta pakaian seragam sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah sekitar Parlimen Kota Tinggi pada 10 Disember 2014, lalu.






















10 December 2014

UBER Beri Jaminan Akan Patuhi Undang-Undang Malaysia.



Terdahulu (KLIK), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan arahan dan larangan serta merta kepada pihak UBER menghentikan perkhidmatannya dari mengambil atau mengangkat penumpang awam di seluruh negara bermula 1 Oktober lalu.

Ia berikutan dari tindakkan syarikat terbabit (UBER) yang telah menjalankan khidmat mengambil atau mengangkat penumpang awam bagaikan teksi sapu yang menggunakan kenderaan pribadi berserta pemandu tidak mempunyai lesen komersial sepertimana yang diperuntukkan undang-undang bagi setiap kenderaan perkhidmatan dan pengangkutan awam.

Kesalahan dengan menyalahi undang-undang berkaitan, pelaku yang bersalah boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Namun begitu, baru-baru ini, pihak UBER telah membuat kenyataan dan menjelaskan bahawa mereka bersedia dan akan mematuhi segala terma yang ditetapkan oleh pihak SPAD

Pihak UBER menyatakan persetujuan untuk mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan mengikut undang-undang dalam negara Malaysia.

Pihak SPAD turut mendapat jaminan daripada pihak Uber Asia Pasifik berdasarkan polisi awam Jordan Kondo yang mana mereka akan beroperasi mengikut undang-undang pengangkutan Malaysia, selepas ini.

Menurut jurucakap SPAD lagi dalam satu temu bual baru-baru ini, "Berdasarkan jaminan yang diberi, kita tidak mempunyai apa-apa isu dengan mereka."

Walaupun begitu, pihak SPAD akan meneruskan tanggungjawab dan tugasnya memantau pihak-pihak atau individu termasuk UBER daripada menyalahgunakan kenderaan persendirian atau lesen sewa dan pandu mereka untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan melalui aplikasi mudah alih seperti UBER...

Tan Sri Dr. Syed Hamid, turut berkata, "Sama-sama cari makan, eloklah pihak UBER telah menyatakan persetujuan...

"Asalkan mematuhi undang-undang itu sudah cukup bagus, renung-renungkanlah." tambah Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu.

Berikut ialah antara isu-isu yang dikaitkan dengan salahlaku pihak UBER yang bercanggah dengan peruntukkan undang-undang pengangkutan awam negara serta Akta PAD2010 iaitu :


1) UBER menggunakan kenderaan persendirian dan juga kenderaan yang berdaftar di bawah perkhidmatan limosin "Sewa dan Pandu"

2) Penggunaan kenderaan persendirian untuk membawa penumpang yang membayar tambang adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010. Perkhidmatan seumpama ini lazimnya dikenali sebagai 'kereta sapu', Oleh kerana ianya telah ada lebih daripada 70 bandar mungkin masyarakat mengabaikan istilah 'kereta sapu', Namun pelanggan perlu memahami bahawa UBER tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan SPAD...

3) Kenderaan yang didaftarkan di bawah perkhidmatan "Sewa dan Pandu" di bawah SPAD tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai perkhidmatan teksi atau limosin.

4) Siasatan SPAD mendapati ada antara pemandu UBER tidak memiliki lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV). Ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam 1987.

5) Kenderaan yang sedang digunakan oleh UBER sekarang tidak dilindungi insurans kenderaan komersil dan mungkin juga tidak melalui pemeriksaan tahunan PUSPAKOM.


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.