GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

24 November 2013

LAPOR POLIS: Individu hina 'Wasiat Raja Raja Melayu'. KLIK baca ni!


Pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, petang tadi bertindak membuat laporan polis atas rasa tidak puas hati dan mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakkan tegas terhadap individu yang telah menghina Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu di laman sosial pertubuhan tersebut dan tersiar di laman sebuah blog.


Memetik laporan di ruangan blog
http://maelpengerang.blogspot.com pada semalam, kenyataan pemilik akaun laman sosial itu (menggunakan nama 'Kumaran Muthiah') dianggap biadap dan boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Lebuh Pantai di sini, Salleh berkata tindakan menghina kesultanan Raja-Raja Melayu perlu dihentikan kerana ia boleh mengakibatkan perpecahan kaum di negara ini.

Dalam nada yang sama, Salleh Ismail selaku Pengerusi pertubuhan turut melahirkan rasa terkilan beliau terhadap pihak-pihak yang sanggup memperkotak-katikkan dan dilihat gagal mempertahankan titah Sultan.

"Setiap rakyat di negara ini perlu menyedari bahawa Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu itu adalah asas kepada keamanan dan kesejahteraan", katanya lagi.

Sumber : BERNAMA
Foto       : Persatuan Mukabuku P.Pinang.








23 November 2013

KANTOIII!!! Menipu... Anwar mana nak letak muka? KLIK tengok ni!


Nak tutup bukti daripada dituduh penipu... Kelang kabut puak puak pembangkang ni 'delete' artikal-artikal yang berkaitan isu '40 ribu pengundi bangla' tu...

Nampak ni... Baca lah!


Beginilah sikap mereka? Padahal mereka lah yang mulakan dulu termasuk Anwar Ibrahim. Sampai masa, taknak mengaku. (KLIK)

Pas tu, UMNO disalahkan dan dituduh yang mulakan dulu.

Dah buang segala bukti... Akhirnya UMNO jugak lah yang kena.

Bukan kah aku sudah bilang???
Stupid betulll!!!

ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI


Hilang akal ke Rafizi ni? KLIK baca sini!


Dek kerana mendapat tau SPRM hanya mampu membuat lima kes pendakwaan terhadap ahli politik sejak tahun 2010 hingga Ogos 2013

Si Rafizi Ramli tiba-tiba menyalak dakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melindungi ahli politik rasuah.

Sumber KLIK SINI

Katanya, jumlah tersebut tidak masuk akal, malah jumlah tersebut adalah lebih kecil berbanding pendakwaan yang dibuat terhadap penguatkuasa undang-undang.

Tak masuk akal atau 'hilang akal' dia ni?

Ingin MP bertanya... Apakah Rafizi terlupa dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong dengan mengurniakan surat cara pelantikan kepada tujuh anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Istana Negara, Oktober lalu?

Tiga wakil parti pembangkang turut serta dan telah dilantik menganggotai jawatankuasa tersebut.

Apa gunanya ketiga-tiga wakil pembangkang yang di beri fungsi memeriksa laporan tahunan serta mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan SPRM?

Takkan mereka bertiga hanya 'makan tidur' atau makan elaun buta saja?

Berbalik kepada dakwaan yang dibuat, jelas sekali Rafizi dilihat langsung tiada keyakinan terhadap 3 rakan beliau dari Pakatan itu.

Kalau begitu ceritanya... Letih lah, Rafizi woiii! Baik tak payah sebuk untuk letakkan wakil pakatan yang ada tu...

Rafizi juga perlu ingat... Jawatankuasa yang mewakili pihak parti tu semua adalah lantikan Yang Di Pertuan Agong...

Apakah beliau juga mempersoal lantikan Tuanku?

Sultan Johor titah cuti hujung minggu ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.

D.Y.M.M Sultan Ibrahim Iskandar

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almrhum Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.

Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.

Keputusan yang telah dijangkakan itu diumumkan pada sebentar tadi, sempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-55.

"Keputusan ini dibuat ekoran maklum balas daripada beberapa pihak bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat Jumaat dengan tenang pada hari Jumaat," titah baginda ketika berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di bandar diraja.

Spekulasi pertukaran hari cuti minggu di Johor timbul lebih awal apabila dokumen kerajaan negeri bocor di Internet.

Pada ketika ini, negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu di negeri masing-masing.

Sebelum ini pada 1994, Johor juga telah menggunapakai sistem yang sama di mana hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu. - Sumber

22 November 2013

'Si Bangsat' hina Wasiat Raja Raja Melayu. KLIK tengok ni!

Tujuh Wasiat oleh Sembilan Raja-Raja Melayu sebagai sesuatu yang sangat jelas dan tidak boleh dipertikaikan.


Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu.

Ia dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui:

Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2.
Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a. 
Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b.

"Wasiat ini sangat terang lagi bersuluh,"

Tapi apa masaalah 'si bangsat' ni mempertikaikannya lagi?

KLIK SINI:https://www.facebook.com/kumaran.muthiah.3

Wasiat ke 2 yang disentuh antara 7 wasiat yang diistiharkan kumpulan Raja Raja Melayu.

Kepada pihak-pihak yang bertanggung jawab di luar sana...

TOLONG AMBIL TINDAKKAN!!!



SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.