Tan mendakwa orang Melayu, Cina, India adalah pendatang, kecuali Orang Asli, Sabah dan Sarawak yang menjadi penduduk asal negara ini.
“Orang Melayu bukan pendatang … orang Melayu tinggal di sini sebagai satu Kepulauan Melayu. Wujudnya Malaysia, Indonesia, Filipina dan juga negara lain adalah disebabkan oleh penjajah yang datang yang membahagi-bahagikan negara ini.
Jadi, tidak timbul soal orang Melayu pendatang ataupun tidak.
Perkara ini telah menyentuh emosi dan rasa kesal Badan Perhubungan UMNO N.Sembilan. Datuk Seri Hj. Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan turut menyuarakan rasa tidak puas hati dan berkata apa yang keluar dari mulut perwakilan parti Gerakan itu semuanya adalah salah baik dari segi fakta sejarah, fakta geografi dan sebagainya
![]() |
| Datuk Seri Hj.Mohamad Hasan |
Datuk Seri Hj. Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, berkata, perkara itu terkandung dalam pernyataan yang diputuskan pada mesyuarat BadanPerhubungan Umno Negeri Sembilan dan Umno Bahagian Rembau semalam.
“Saya harap Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan partinya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius, bukan ditolak begitu sahaja dengan menyatakan ini suara perseorangan dan jangan minta maaf dengan cara yang sambil lewa,” katanya.






.jpg)


