Apabila Nik Aziz pula ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung
isu bebas untuk memilih agama itu pula.
Mursyidul Am PAS itu juga enggan mengulasnya dengan mengambil sebab juga mendakwa isu
tersebut disiarkan oleh akhbar yang sudah beberapa kali disaman diatas laporan palsu.
Selanjutnya saksikan ulasan penuh Nik Aziz dibawah:
Emm... Senang cerita, kira Pok Nik ambil tak percaya dan mengangap
ianya adalah isu palsu yang disebarkan pihak media.
Sekiranya begitu, apa kata Pok Nik saksi dengan mata sendiri dan nilai
video anak Anwar si Nurul Izah yang sedang menyanyi agaknya
dibawah ni kot...Nah, saksikan!
Kalau tak paham juga, di bawah ni terjemahannya...
TERJEMAHAN DARI BAHASA INGGERIS KE BAHASA MELAYU
Soalan:
"Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama,
adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali?
Terima kasih."
Nurul Izzah :
Bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". Ia mesti diaplikasi secara saksama. Inilah asas.
Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk Melayu. Inilah apa yang sepatutnya. Saya berpegang, semestinya, kepada pendapat sedia ada, tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang dimahukan, semestinya, adalah kualiti. Anda begitu yakin dengan pegangan agama anda hinggakan saya sendiri, yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan,
dan kumpulan nyanyian biarawati dan persatuan Katolik yang aktif tidak akan menjejaskan anda.
Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment