#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

6 November 2012

PAS subahat benarkan umat Islam murtad.


Agenda Plural dan fahaman liberal yang dibawa Anwar Ibrahim bukan lagi satu rahsia. Walaupun Anwar masih berdolak-dalih dan tidak berterus-terang mengenainya tetapi setiap ungkapan, ucapan dan tindakannya menyerlahkan lagi pendiriannya dalam soal ini.

Anwar yang menyukai cara hidup bebas menemui keserasian dalam liberalisasi Yahudi Zionis yang berpegang kepada keterbukaan atau kebebasan tanpa batasan. Bagi mengelirukan dan memperdaya masyarakat agar melihat perjuangan mereka sebagai sesuatu yang benar, suci dan murni maka gologan berfahaman liberal ini merujuk agenda mereka sebagai perjuangan membela ‘hak asasi manusia’.

Bagi menepati keinginan mereka untuk hidup bebas dan terbuka, mereka berusaha memaksa manusia sejagat menerima bahawa yang buruk itu baik dan yang baik itu buruk. Antaranya, amalan homoseksual, lesbian, transeksual serta gejala pondan.

Begitu juga dengan seks bebas. Kesemua amalan buruk ini terbukti membawa kepada berbagai penyakit serta kehancuran kepada struktur keluarga dan masyarakat, tetapi golongan ini berjuang untuk menobatkannya sebagai hak yang asas, atau semulajadi, bagi manusia, agar mereka boleh mengamalkannya tanpa dipandang serong atau dihukum.

Bagi memastikan mereka berjaya memaksa manusia menerima idea ini, maka mereka wajib terlebih dahulu menggoyahkan pegangan agama manusia sejagat, terutamanya Islam.

Walaupun secara dasarnya semua agama melihat amalan buruk di atas sebagai dosa dan salah, tetapi jelas hanya Muslim yang bersungguh-sungguh memeranginya.

Justeru, terbukti bahawa pegangan agama Islam adalah jauh lebih kukuh dan teguh berbanding agama lain, sekali gus menjadi musuh utama pejuang fahaman liberal ini.

Kerana itu, Islam menjadi sasaran mereka tidak kira di mana, sejak dari dahulu dan selama-lamanya. Untuk itu, agen, boneka, NGO, media dan barua atau balaci-balaci digunakan untuk mempromosi idea ini.

Anwar, sebagai salah seorang pendokong fahaman ini, dilantik sebagai ‘barua’ dan dinamakan sebagai bakal pemimpin boneka bagi Malaysia. Ini bermakna, Anwar bertanggungjawab memastikan agenda ini tercapai di Malaysia dan mungkin juga di rantau ini. Fahaman liberal Anwar diwarisi oleh Nurul Izzah, anaknya juga bukan satu rahsia lagi.

Ini menjelaskan kenapa pemimpin PKR berada di belakang pejuang murtad seperti Ambiga Sreevenasen dalam isu IFC serta turut cuba menutup isu murtad di Selangor. Malah, kumpulan dan pemimpin yang memperjuangkan LGBT di seluruh dunia juga secara terbuka meluahkan sokongan kepada Anwar dalam kes liwatnya. Sokongan itu juga adalah konsisten dengan kenyataan Anwar yang menganggap bahawa undang-undang homoseksual adalah lapuk.

Berdasarkan hakikat ini, kita tidak hairan dengan kenyataan Nurul Izzah yang merasakan bahawa adalah tidak wajar untuk menghalang umat Islam yang ingin murtad. Kenyataan ‘tidak berlapik’ ini dikecam hebat oleh beberapa pihak termasuk aktivis PAS.

Namun, kenyataan oleh aktivis PAS bagi menyangkal pandangan Nurul Izzah adalah tidak cukup. Sebagai parti yang menggunakan Islam sebagai namanya, dan Ulama sebagai simbol kepimpinannya, maka teguran atau kecaman terhadap kenyataan Nurul Izzah dilihat terlalu bersifat politik dan tidak membawa kesan.

Ini kerana, Nurul Izzah bukanlah ketua pertubuhan mana-mana NGO yang tiada kena mengena dengan PAS. Bukan juga wanita pingitan yang mana kenyataannya tidak akan membawa kesan signifikan kepada sesiapa. Tetapi, Nurul Izzah adalah pemimpin dalam parti sekutu PAS.

Lebih dahsyat, beliau juga adalah anak kepada bakal Perdana Menteri yang dipersetujui sendiri oleh PAS. Ini bermakna, kenyataan Nurul Izzah bukan sahaja membawa pengaruhnya tersendiri tetapi ia juga merupakan kenyataan bapanya, iaitu bakal Perdana Menteri PR jika memerintah negara ini.

Maka, pastinya, kenyataan tersebut bakal dilaksanakan dalam pemerintahan PR. Ini adalah sesuatu yang pasti, apatah lagi dengan sokongan tidak berbelah bagi DAP yang begitu tegar, lantang dan degil memperjuangkan negara sekular. Tidak perlu dijelaskan lagi bahawa fahaman liberal Anwar dengan Negara Sekular DAP mempunyai persamaannya yang tersendiri.

Justeru, sekiranya PAS masih lagi hanya ‘mengecam’ kenyataan Nurul Izzah, tetapi tidak mengambil tindakan signifikan untuk menyatakan ketegasan dalam membela akidah, maka tidak salah jika dikatakan bahawa PAS juga bersubahat dalam menjayakan perjuangan Yahudi Zionis untuk melonggarkan pegangan agama umat Islam di Malaysia serta menyebarkan pluralisme.

Hakikatnya, PAS hanya ada dua pilihan, iaitu terus menjadi rakan subahat golongan ini atau meninggalkan mereka dengan keluar parti. Tiada jalan tengah lagi.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.