GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

RM2.6 wang 1MDB?

31 Januari 2012

Tun Mahathir terperangkap? Klik tengok sini!

“Saya sendiri pun terperangkap. Saya ingatkan beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) betul-betul warak, sebab itu saya bawa masuk UMNO, ingat boleh bawa nilai Islam di dalam parti,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Namun, katanya selepas Anwar menyertai UMNO, beliau menyedari tujuan asal Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri.

“Beliau masuk UMNO, kerana kalau (masuk) Pas tak mungkin beliau akan jadi Perdana Menteri. Beliau punya cita-cita satu saja,” katanya

Dr Mahathir berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Anwar yang menyokong penuh semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel.

Kenyataan itu kata Dr Mahathir, menunjukkan betapa 'dekatnya' hubungan ketua pembangkang itu dengan negara Yahudi tersebut.

Menurutnya, adalah tidak mungkin Anwar menunjukkan sebarang penentangan terhadap Israel memandangkan beliau mempunyai hubungan yang baik dan akrab dengan golongan Yahudi di barat.

''Anwar memang pun mirip kepada Israel kerana bila keluar dari penjara, dia pergi ke Munich, Jerman dan semasa di sana, dia ada perbincangan dengan (Paul) Wolfowitz selama tiga jam.

“Beliau memang dekat dengan Israel. Beliau nak dilihat sebagai seorang yang moden dan mengikut trend, sebaliknya kita ini dianggap lapuk, memang beliau tak setuju dengan cara kita,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Siri Syarahan Razak anjuran Razak School Of Government (RSOG) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.



KATA MP.
Kalau Tun M pun boleh di perangkap...
Tak peliklah bila lihat puak-puak pembangkang ni menggangguk, pabila si Nwar ni kata dia pegang epal walau sebenarnya apa yang di pegangnya itu ialah buah oren.
Dasar pembelit... Pikir-pikirkan lah woiii...



21 Januari 2012

Kalau Bulan Bisa Ngomong... Tentu PAS cakap bohong... Tengok ni!

Tapi lain pula halnya MB Selangor kat sini.. 'Biarlah BULAN Bicara Sendiri' lagunya...Selanjutnya KLIK SINI
Hebat klip video ni, saksikan lah...

16 Januari 2012

Apa yang nak di bersihkan puak Pakatan Haram ni? Klik tengok sini!


PAKATAN pembangkang yang semakin gilakan kuasa dan teruja untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kini melancarkan satu lagi gagasan iaitu ‘Membersihkan Malaysia’.

Sebuk bercakap tentang kelemahan dan keburukkan orang lain sedangkan berderet-deret janji pilihan raya lalu tidak dikotakan lagi.

Persoalan siapakah yang harus dibersihkan? Malaysia, BN, UMNO atau pakatan pembangkang sendiri yang dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kuasa politik?

Pandangan MP, bersihkanlah diri dan puak-puak kamu yang ada tu dulu. Cukup-cukuplah menanam tebu di bibir tu... Rakyat sudah muak dengan janji-janji manis mu...

Pakatan pembangkang masih lagi dibuai dengan kejayaannya pada tahun 2008 dan beranggapan sentimen rakyat masih kekal menyokong mereka seperti mana pada tahun tersebut. 

Untuk kesah selanjutnya KLIK TAJUK INI:   Siapa harus dibersihkan?


13 Januari 2012

LIWAT II: Confirm Peguam Cara Negara II memfailkan rayuan Saiful



Pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar isnin lalu dari tuduhan meliwat.

Perkara itu disahkan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal dalam satu pertemuan eksklusif dengan wartawan Nik Suryani Megat Deraman pada laporan Buletin Utama malam tadi.

"Dengan segala bukti yang ada, saya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini ke Mahkamah Rayuan", katanya.

Beliau akan bertemu Peguam Negara bagi menyatakan pendirian barisan pendakwaraya beliau dalam kes ini secepat mungkin.


12 Januari 2012

LIWAT II: Tindakkan Peguam Cara Negara II dan bapa Saiful, buat Anwar tak nyenyak tidur... Klik baca!

Anwar tidak akan dapat nyenyak tidur sehingga hari ini. Anwar belum 100% bebas & terlepas spertimana apa yang telah MP siarkan dalam blog ini, kelmarin.. KLIK.

Anwar Ibrahim sendiri mengakui beliau masih belum boleh menarik nafas lega walaupun bebas daripada pertuduhan liwat. Katanya masih terlalu awal untuk menyatakan apa-apa kerana ruang untuk meneruskan pendakwaan masih ada.

Apa yang di perkatakan itu kini semakin menjadi kenyataan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat Pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Dengan segala bukti yang ada, saya akan mencadangkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya meneliti semula kes dan mempertimbangkan rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu ke Mahkamah Rayuan,” katanya ketika temu bual eksklusif bersama TV3, semalam.

Walau bagaimanapun, beliau berkata langkah pertama yang akan dilakukan oleh pihaknya adalah memohon mendapatkan penghakiman bertulis untuk menilai semula semua alasan sebelum meneruskan apa-apa rayuan.

Menurut prosedur undang-undang, permohonan rayuan mestilah dibuat dalam tempoh 10 hari daripada keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah tersebut.

Pada 9 Januari lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membuat keputusan lisan ringkas yang hanya memakan masa tidak sampai lima minit.

Sementara itu, FMT yang menemubual Mohd Yusof melaporkan sebarang keputusan untuk apa-apa rayuan bergantung kepada penghakiman bertulis hakim.

“Kita perlu melihat penghakiman bertulis secara terperinci. Fakta-fakta kes itu tetap sama, bukti tidak pernah berubah. Mungkin ada sesuatu yang baru yang hakim lihat yang kita terlepas pandang.

“Tetapi kita perlu penghakiman bertulis untuk membuat keputusan sama ada merayu atau tidak,” katanya.

Pendakwa : Keputusan Merayu Bergantung Penghakiman Bertulis - 
Published by AIDC on January 12, 2012 

Di dalam kenyataan lain, Saiful mesti di belaBapa minta peguam Negara fail rayuan terhadap keputusan Mahkamah bebas Anwar Ibrahim. KLIK

Lain-lain Artikal:
Bapa: ‘Saya yakin anak saya tidak salah’

Ikuti kenyataan video di bawah: 




9 Januari 2012

Majlis Peguam melihat kes Anwar berasaskan hubungan seks suka sama suka?



KUALA LUMPUR 9 Jan. – Majlis Peguam Malaysia menyambut baik pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat dan menyatakan bahawa “prinsip keadilan semula jadi menuntut tidak kurang daripada itu”.

"Dakwaan terhadap Anwar, yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah,” kata Presidennya, Lim Chee Wee dalam satu kenyataan.

"Majlis Peguam Malaysia berharap Peguam Negara tidak akan mengemukakan sebarang rayuan dan sebaliknya terus menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah lebih serius,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. – BERNAMA

LIVE VIDEO 901 MAHKAMAH TINGGI KL: 100 ribu orang tu... Saksikan!



Setelah kempen dan hebahan demi hebahan dilakukan melalui pelbagai sumber media untuk menggerakkan 100,000 orang penyokong mereka memenuhi mahkamah, malangnya sasaran itu jauh tersasar. Kalau ikut laporan malaysiakini dianggarkan 7,000 orang, namun menurut sumber MP, tak sampai pun 3,000 orang yang hadir. Saksikan Video di bawah:




Insiden tolak menolak berlaku ketika DSAI menuju masuk ke kawasan Mahkamah. Saksikan video do bawah:




Punyalah ganas puak-puak ni.. Sapa ko nak sembelih sampai bawak parang tu... 
Saksikan Video di bawah:




Psssttt: Ini membuktikan walaupun mereka dibayar untuk hadir sekalipun, rakyat dah jemu dan jelik untuk menyokong Anwar. Dari membuang masa menyusahkan diri, baik mereka pegi kerja mencar rezeki.

KES LIWAT: Anwar belum 100% bebas & terlepas? Klik baca sini!

Anwar Ibrahim berucap kepada para penyokong selepas 
dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah hari ini mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau hampir empat tahun lalu.

Kalau nak tau kenapa belum 100% Anwar belum bebas dan terlepas klik di bawah...

Klik: n9kini.net

KATA MP:
Kita tunggu dan lihat, apa pula selepas ini...

8 Januari 2012

Kerana Azmin dan 'BEBASKAN ANWAR 901' Hasan Ali PAS pecat? Klik baca sini!



Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat dalam mesyuarat yang diadakan hari ini, pihaknya telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat "keahlian Hasan sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta merta."

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas," kata parti itu lagi.

Keputusan ini juga diambil tiga hari selepas Hasan, Exco Kerajaan Negeri Selangor, sekali lagi dilihat memberi pandangan membelakangi parti dengan meminta penyokong dan pengikut Pakatan Rakyat tidak menyertai perhimpunan 901 di ibu negara, esok.

Hasan, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dilihat telah mengeluarkan kenyataan 'melawan arus' apabila meminta pengikut dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) tidak menyertai perhimpunan 901.

Kemlarin, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendesak Pas mengambil tindakan sewajarnya terhadap Hasan ekoran kenyataanya meminta orang ramai khususnya pengikut dan penyokong PR tidak menyertai perhimpunan 901.

Azmin berkata, kenyataan Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam PR dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.


Sumber: Empayar Pemuda

Kata MP:
Puas hati PKR dan gelak sakanlah DAP.
Ini terbukti lagi bahawa PAS sudah semakin hilang prinsipnya...


Tidak nampak kerana sebab lain. Tapi apabila Hasan Ali mempersoalkan dan mengkritik perhimpunan 901 dan secara direct memerli pasal isu peribadi individu yang bergelar Anugerah Tuhan, Hassan Ali diambil tindakan yang cukup tegas! iaitu dipecat serta merta. Inilah dia realiti politik Pakatan Haram, tiada org bawahan yang boleh mengkritik Al-Juburit itu . Ini bukan demokrasi tetapi kuku besi !!

7 Januari 2012

Anwar Sendiri MENYEKAT Proses Undang2 & Mahkamah Utk Membuktikan Bahawa Dia Di Fitnah. Baca ni!

Wajib Anak Adam Menolak Fitnah Yg Di Lemparkan Kpdnya Demi Menjaga Maruah Diri & Keluarga. 

Sebagai Seorang Yg Dikatakan Berakhlaq Tinggi {Presiden ABIM, WAY DLL) Anwar Wajib Menidakkan FITNAH Yg Dia Kata Org Buat Utk Dia. 

Dlm Semua Ruan
g Keadilan Mahkamah & Islam Anwar Telah Di Beri Ruang & Peluang. 

Maka Anwar TIDAK Mempertahankan Maruahnya Itu Dgn Bukti Bukti & Alibi Yg SeWAJIBnya Malah Memilih Utk Tidak Mahu Bersumpah 

MALAH Memanggil YAB PM & Isteri Dgn Tujuan Utk Memalukan Institusi Pejabat Perdana Menteri. 

YAB PM & Isteri Hadir Di Panggil Oleh Lawyer Anwar. 

Namun BASIC Yg Di Minta Mahkamah Alibi [Saksi ] Wan Azizah Tidak Di Panggil Oleh Peguam Anwar Walau Karpal Menyenaraikan Wan Azizah Sebagai Saksi Utama. 

DNA Juga ENGGAN Di Berikan. 

Adakah Ini FITNAH? 

Anwar Sendiri MENYEKAT Proses Undang2 & Mahkamah Utk Membuktikan Bahawa Dia Di Fitnah. 

Hukum Aqal, Hukum Syaraq & Hukum Adat SEMUA TIDAK DI GUNAKAN OLEH Anwar Bin Ibrahim

Petikan dari komen rakan FB MaelPengerang : Azuddin Jud Ismail

Pendapat MP:
Itulah hakikatnya Anwar... Sesungguhnya marilah kita bersama mengenang nasib Saiful.


' 901 JUSTICE FOR SAIFUL' 

2 Januari 2012

Mahasiswa cari pasal, ini jawapannya.. Saksikan!!!

Jangan asyik menyalahkan POLIS dan KERAJAAN saja bongokkkkk!!! Tengok ni!

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.