Ogos tahun lalu Menteri Besar Johor memaklumkan bahawa perkuburan Islam tidak dipindahkan untuk memberi laluan pembinaan projek Kompleks Besepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) bernilai RM60 bilion di Pengerang.
Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan negeri bekerjasama erat dengan persatuan-persatuan Cina untuk mencari penyelesaian terbaik bagi penempatan semula tanah perkuburan Cina.
Itu isu 5 bulan dahulu, adakah ianya dikotakan? Oleh kerana keperluan pengambilan tanah kubur terpaksa dilakukan juga maka suka atau tidak, tanah perkuburan terpaksa diambil bagi tujuan pembangunan Rapid.
Soalnya bukan isu tanah perkuburan itu diambil tetapi bagaimana cara pengurusan pengambilan tanah perkuburan itu yang menjadi mainan pihak pihak tertentu termasuk parti politik yang mengambil kesempatan seolah olah Kerajaan Negeri Johor memberi ruang kepada mereka (NGO yang pro pembangkang dan parti pembangkang) untuk memperlekehkan kepimpinan YAB Dato Seri Najib.
Adakah kah mereka yang di tugaskan mengurus pengambialihan tanah kubur dan memindahkan jenazah di lakukan dengan tertip dan mengikut adab tertip sebagai orang Islam. Adakah wakil dari JPDC (Johor Petroleum Development Corporation) tidak sesitif terhadap perasaan waris.
Tetapi apa yang berlaku adalah mereka ini ( kerajaan Johor) sengaja atau disengaja membiarkan parti pembangkang dan NGO mereka mengambil kesempatan ini untuk memalukan Perdana Menteri yang memperkenalkan slogan “Janji Di tepati”, akhirnya isu Tanah Kubur di Pengerang menjadi isu yang sengaja di hangatkan oleh pembangkang di atas kelemahan dan terlepas pandang kepimpinan Kerajaan Negri Johor.
Di pahamkan tidak ada seorang pun pegawai Agama Johor datang berunding dengan penduduk kampong yang terlibat untuk memberi penerangan, membuat penjelasan dan memaklumkan tatacara memindahkan kubur serta mendapatkan kata putus keluarga dan waris yang terlibat, mungkin kerana tidak di maklumkan atau tidak di arahkan untuk berbuat demikian.
Lesen menggali semula mayat di bawah Seksyen 10(B) Enakmen Perkuburan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dikeluarkan kepada PIJ Holdings Sdn Bhd. Dan kerja kerja kontraktor memindahkan jenazah dari tanah perkuburan lama telah di berikan kepada dua buah syarikat kontraktor yang mana ramai pekerjanya adalah di bawa dari tanah seberang, yang kita tidak tahu apa anutan agama mereka ini, dan tugas mereka juga tidak di pantau oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ).
Maka apabila tiadanya pemantauan dari pihak Perbadanan Islam Johor (PIJ), maka banyaklah kejadian kejadian yang memilukan hati waris jenazah mahu pun penduduk kampong yang melihat perkara tersebut, kontrator ini tidak lansung menghormati jenazah, malahan mereka ini melakuan pembukusan semula jenazah ( mengkafan) saperti membukus sampah sahaja. Sedangkan jenazah orang mukmin perlu di hormati.
Malahan penyediaan tanah kubur yang baru juga menjadi rungutan waris, di maklumkan tanah kubur yang baru hanya di gali sedalam tidak sampai 1 mtr. dan di kawasan yang mudah di naiki juga menjadi takungan air jika hujan, yang menyebabkan tanah kubur menjadi mendap dan tenggelam.
Ini telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk dan waris terlibat yang akhirnya memaksa Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin mencadangkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor supaya menangguhkan sementara kerja-kerja pemindahan kawasan perkuburan masyarakat Islam di Pengerang.
Oleh kerana kahadiran Mufti adalah ibarat wakil kepada Baginda Sultan Johor, telah mengurangkan sedikit kemarahan penduduk dan waris terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Johor.
Datuk Mufti johor sendiri mengakui bahawa tanah perkuburan yang baru ini belum siap sepenuhnya termasuk tidak mempunyai sistem perparitan, landskap dan pagar.
Tidak di ketahui mengapa begitu lemahnya Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor menangani isu tanah berhubung dengan pembangunan Rapid ini terutama tanah perkuburan yang melibatkan orang melayu dan Islam.
Walaupun isu pengambilan tanah untuk pembinaan projek Kompleks Besepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) berjaya diselesaikan dan ada yang telah pun menikmati agihan mereka, kini timbul pula isu tanah kubur, walaupun kita tahu pembangkang akan sentiasa mencari kelemahan, Kerajaan Negeri Johor sepatutnya mengambil jalan pro aktif dan bersedia untuk berdepan dengan mainan mereka bukan sudah teratuk baru terngadah.
Di maklumkan Anwar Ibrahim dan suku sakatnya akan turun ke Sungai Rengit,Pengerang, pada 25 Jan 2013 ini untuk mengadakan ceramah umum serta berkempen dan sudah pasti diantara isi ceramahnya sudah pasti akan berkisar pada isu tanah perkuburan ini,
Jika di lihat sekarang ini pihak pembangkang kerap mengadakan ceramah di Pengerang ini, sudah pasti ada sesuatu yang menarik di Pengerang malahan di Johor ini sendiri.
Rakyat Johor terutamanya penduduk Pengerang melihat Menteri Besar Johor ini gagal membawa aspirasi sebenar rakyat Johor, jangan sampai rakyat Johor ‘berpatah arang berkerat rotan’ dan menjadikan Johor saperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu satu ketika dahulu.
Adalah amat menyedihkan jika YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak yang bertungkus lumus menggerakan transforamsi namun dalam masa yang sama ada pihak-pihak tertentu berpakat dari dalam untuk mensabotaj kepimpinan YAB Perdana Menteri, dengan mejahanamkan kepercayaan rakyat Johor terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
Jangan marah jika tak rela, lepaskan dengan cermat agar pergi kita di iring dengan hormat dan akan sentiasa di ingat.
Sumber: http://ob21.net/?p=419
Irregular and peculiar transactions of Fashion Valet
-
The tip-off by Thick as a Brick (TAAB) on November 4th on the takeover of
Vivy and Fadza's company, 30 Maple Sdn Bhd towards the end of 2018 by the
Khaza...
5 weeks ago
0 comments:
Post a Comment