Ini bukan kisah baru, tetapi kisah lama yang belum pernah dihebohkan kerana agak sukar untuk ‘dihadamkan’. Mungkin ia sengaja didiamkan bagi membolehkan kita berehat seketika dari kisah-kisah skandal Anwar. Jika setiap hari disogok dengan skandal Anwar pun, boleh muntah kita dibuatnya kerana beliau membuat skandal hampir setiap bulan.
Tetapi, apa yang pasti ialah rakyat di seberang belum muak mendengar skandal Anwar. Justeru, kisah ini kini sedang hangat diperkatakan di Indonesia iaitu Anwar akan berkahwin lagi dengan cewek dari sana berusia 28 tahun yang menetap di Bandung.
Kita tahu bahawa selama ini Anwar ke Indonesia bukan sahaja untuk memburukkan Malaysia, tetapi di masa yang sama turut mengambil kesempatan menjalani kehidupan maksiatnya di sana, di mana rakyatnya lebih terbuka atas nama pluralisme agama. Hanya di negara Islam seperti Indonesia di mana Anwar boleh bercakap mengenai pluralisme tetapi tetap disanjung sebagai pemimpin Islam sejati.
Oleh itu, kisah Anwar berhubungan dengan ‘anak-anak ikan’ Indonesia adalah kisah biasa yang sudah dijangka dan tidak lagi mengejutkan kita. Kisah bahawa Anwar cuba dirawat oleh orang alim Indonesia bagi mengekang selera homoseksualnya juga sudah banyak kali terdedah.
Tetapi, kisah bahawa Anwar punya hubungan dengan wanita Indonesia yang sedang heboh di sana masih belum benar-benar sampai ke telinga rakyat Malaysia. Khabarnya, wanita tersebut pernah dikesan bersama dengan Anwar di dalam kereta, wajahnya cantik kerana berdarah keturunan bercampur-campur termasuk Belanda.
Setiap kali Anwar ke Jakarta, beliau akan memastikan sebuah bilik ditempahkan khas di hotel lain yang berdekatan dengan hotelnya untuk ‘darlingnya’ itu. Ini untuk memudahkan beliau membuat ‘lawatan’ beberapa kali dalam masa yang singkat tanpa disyaki oleh sesiapa termasuk Wan Azizah.
Lagipun, Wan Azizah terlalu ‘paranoid’ dengan ‘anak-anak ikan’ di sekeliling sehinggakan terlepas pandang akan ‘anak-anak ayam’. Kita tidak boleh salahkan Wan Azizah kerana, ramai di antara kita juga turut berpandangan yang sama. Mungkin kerana hubungan homoseksual terlalu ‘taboo’ bagi kita, maka walaupun kita sedia maklum akan hubungan Anwar dengan beberapa wanita termasuk yang terakam di dalam video, kita tetap cenderung untuk terlupa akan hakikat bahawa Anwar adalah biseksual, bukannya homoseksual.
Nampaknya, Anwar bijak sekali mengambil kesempatan ini untuk menjalin hubungan dengan ceweknya itu tanpa dapat dihidu oleh orang-orang sekelilingnya.
Namun, apa yang Anwar mungkin terlepas pandang ialah kelicikan wanita-wanita Indonesia dalam ‘mengunci’ hati orang yang diingininya. Seperti kebanyakan mereka, mereka tidak mungkin akan melepaskan satu ‘tangkapan besar’ tanpa terlebih dahulu mendapat keuntungannya. Justeru, Anwar dikhabarkan baru tersedar kini bahawa lebih mudah untuk membebaskan diri dari penjara, daripada jerat wanita Indonesia.
Sumber dari seberang memberitahu yang Anwar tidak mungkin dapat mengelak dari mengahwini wanita ini. Anwar telah pun mempertimbangkan perkara ini memandangkan ia mungkin membantu dalam memadamkan terus kisah liwatnya dari minda masyarakat. Mungkin inilah satu-satunya cara untuk membuktikan pada rakyat Malaysia yang beliau bukan homoseksual tetapi lelaki normal serta masih layak untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara Islam. Selain itu, ia juga pasti akan membantu mengeratkan lagi hubungan antara kedua negara sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah di mana perkahwinan adalah antara cara terbaik untuk menyatukan antara puak dan juga negara. Lebih dari itu, tindakan berkahwin lagi satu ini pasti akan meningkatkan lagi kedudukannya di mata orang-orang PAS yang melihat perkara itu sebagai simbol status yang tinggi.
Kita perlu tahu bahawa cewek Anwar ini orangnya bijak kerana tidak menggunakan strategi mengugut secara langsung tetapi membiarkan Anwar terpedaya dibuai mimpi indah dengan secara halus sekali.
Apapun, sebarang keputusan dalam urusan peribadi Anwar perlu ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya, kata Anwar kepada darlingnya itu. Setakat ini, ceweknya cukup faham malah beliau juga merasakan itulah yang sebaiknya.
Tetapi, apakah Kak Wan juga merasakan yang sama?
0 comments:
Post a Comment