#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

5 October 2014

VIDEO: Deregulasi tambang bas sekolah bukan bertujuan 'lepas tangan' - SPAD



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyerahkan kuasa kepada sekolah dan ibubapa untuk menetapkan kadar tambang bas sekolah mulai tahun depan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, keputusan itu dibuat setelah suruhanjaya mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak yang berkepentingan.


"Dengan keputusan deregulasi tambang bas sekolah ini, bermakna SPAD menukar peranannya daripada menetapkan tambang kepada memantau dan mengawal selia sahaja. (KLIK)


Dalam pada itu, telah timbul pendapat serta riaksi berbeza dari pihak-pihak tertentu dengan menunjukkan rasa tidak puashati mendakwa keputusan yang dikeluarkan oleh SPAD dianggap sebagai 'lepas tangan' kerana menyerah bulat-bulat hal itu kepada pengusaha kenderaan berkenaan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) serta pihak ibu bapa dalam menentukan kadar tambang bas sekolah.

Bukankah tindakkan seperti ini dimana pihak pengusaha bas berunding terus tanpa mengambil kira harga yang ditetapkan telah dilakukan sebelum ini? 




Kalau kita lihat kadar tambang yang telah dipersetujui antara pengusaha bas dan pihak ibu bapa, kebanyakkannya tidak pun mengikut kadar yang ditetapkan LPKP atau mengikut persetujuan bersama SPAD.

Selama ini pun yang kedengaran hanya rungutan, namun tidak ada ibu bapa yang tampil membuat laporan. Sedangkan SPAD telah menyediakan kemudahan dengan membuka talian bebas tol untuk ibu bapa membuat laporan, agar tindakan dapat diambil kepada mana-mana pengusaha bas sekolah yang memandai-mandai naikkan kadar tambang dengan sesuka hati.

Jadi, tidaklah salah kenyataan yang dikeluarkan SPAD sebelum ini bahawa kenaikan kadar tambang ini tidak akan berlaku kalau tidak kerana ibu bapa yang sanggup membayarnya.


Walau apa pun, pihak SPAD telah menyatakan dengan jelas dimana suruhanjaya itu hanya menukar peranannya untuk tidak menetapkan kadar tambang sahaja. Bagi kerja-kerja pemantau dan mengawal selia tetap akan menjadi tanggungjawab SPAD dan tidak akan melepaskannya begitu sahaja sepertimana yang tercatat pada Deregulasi (Deregulation) Tambang Bas Sekolah yang di bentangkannya, baru-baru ini.




Pada sidang akhbar lalu, Pengerusi SPAD turut menjelaskan, walaupun kuasa menentukan tambang telah diberikan kepada pihak sekolah, SPAD akan mengenakan tindakan jika menerima laporan pengendali meletakkan harga yang tidak munasabah.

"Kita (SPAD) sebagai pemantau akan pastikan tiada pihak yang sewenang-wenang mengambil kesempatan mengenakan harga yang melampau dan sekiranya ini berlaku, tindakan seperti membatalkan lesen operasi boleh dilakukan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat," katanya lagi.

Dalam pada itu, SPAD akan terus berusaha meningkatkan keselamatan pengendalian bas sekolah seperti mewajibkan semua pengendali bas sekolah menghadiri latihan SPAD ICOP-Keselamatan bagi memastikan pelajar selamat semasa menaiki bas sekolah selain memuaskan hati ibu bapa pelajar itu sendiri.


Maka, dengan apa yang di laksanakan SPAD. Jelas disini tiada langsung unsur 'lepas tangan' dilakukan oleh suruhanjaya itu sepertimana dakwaan sesetengah pihak sebelum ini.

Pihak sekolah dan ibubapa juga digalak menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna bagi memastikan tidak ada pengendali yang cuba mengambil kesempatan.

Selanjutnya klik saksikan video dibawah ini sebagai melengkapkan penjelasan ...




0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.