#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

2 October 2014

Dalam PR semuanya kaki buli... Bukan UMNO. KLIK baca ni!


PKR dan DAP dikatakan tidak henti-henti membuli rakan seperjuagan politiknya iaitu parti Pas. sehingga ke hari ini. Berdepan dengan keadaan itu, PAS juga turut kelihatannya seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Segala yang dirancang dan ingin dibuat, semuanya macam tak menjadi.

Seorang daripada pemimpin PAS hari ini secara terbuka, beliau mengakui parti itu kini menjadi mangsa buli sekutunya dalam pakatan pembangkang selain terdapat usaha membakar sentimen masyarakat dan penyokong mereka supaya membenci PAS.

"Masih dalam Pakatan Rakyat pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong pakatan pembangkang agar membenci Pas. Pas ini tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba sahaja. Melawan pun macam tak melawan mana.. Itulah Pas, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli,'' katanya menerusi entri bertajuk 'Pas dan Kisah Buli' hari ini.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dilaman di Facebooknya berkata, keadaan itu menyebabkan PAS seolah-olah berada dalam keadaan serba tidak kena dan kelihatan seperti sukar untuk menentukan pegangannya. Terdapat pemimpin DAP yang mengatakan bahawa Pas akan dihukum rakyat berikutan isu di Selangor yang kelihatan belum berakhir meskipun pelantikan Menteri Besar baharu negeri itu sudah dilakukan.

Umum juga mengetahui dan bukan lagi suatu yang tersembunyi... Dari apa yang di luahkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, sudah tentu bukan lagi sekali atau dua kali, tapi sudah lebih tiga kali nampak gayanya PAS merasakan begitu teruk di buli dek rakan sekerajaannya mereka sendiri.


Antara katanya,yang terbaru bila melihat kepada situasi PAS dalam tahaluf siyasinya bersama PKR dan DAP begitu jelas terumbang ambing. Termasuk melibatkan isu pengurangan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor serta tindakkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menyingkir Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetapnya .

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh turut mengingatkan DAP bahawa PAS tidak akan terkubur kerana nyawa dan ideologinya adalah Islam, Akan menjadi satu kerugian besar kepada pakatan pembangkang seandainya DAP yang menyokong PKR terus membuli PAS.

"Mungkin susah DAP nak terima. Itu pandangan saya. DAP akan rugi lama nanti jika PAS marahkan DAP," tegas Nik Mohamad Abduh.

Selanjutnya, ikuti kenyataan penuh seorang pemimpin PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dipetik terus dari FB Post: Nik Mohamad Abduh.


Namun, sudah tentu tidak seperti apa yang dinyatakannya sama sekali, apabila Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz itu menyebut tentang UMNO dan manyamakan sikap rakan politiknya yang di lebelkan sebagai 'pembuli' itu

Pada MP, kenyataan ini tidak lain hanyalah kenyataan yang berniat mahu menutup kesalahan diri. 


Dalam perjuangan politik sudah tentu sikap buli membuli tidak sepatutnya berlaku. Lagi-lagi terhadap parti lawan. MP percaya UMNO serius menentang dalam semua isu-isu yang dibangkitkan PAS yang sama sekali tidak memberi faedah untuk rakyat khususnya untuk kepentingan orang-orang Melayu dan Islam di negara ini.

Berapa ramai yg bercerai, berapa ramai yang bercelaru mengamalkan Amanat Haji Hadi, tiba-tiba PAS bertentangan dengan apa yang mereka percaya dahulu dan bersekongkol dengan DAP hanya gunakan alasan 'tahaluf siyasi' nya. Daripada parti Islam bertukar kepada

PAS yang dulunya gah sebagai parti yang dilihat memperjuangkan Islam boleh mengubah matlamat menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan kerana kedudukan dalam meletakkan PAS sebaris dengan rakan pakatannya dalam PR


Musuh umat Islam yang kebanyakan orang Melayu bukannya sesama sendiri. Kalau kita malu untuk bersatu kerana Melayu yang kononnya rasis atau kolot, kenapa tidak bersatu atas nama Islam dan perpaduaan ummah itu sendiri. Saya tidak menyatakan agar PAS itu masuk Umno, atau Umno masuk Pas, tetapi berjuanglah atas platform yang sama pada perkara yang boleh menguntungkan ummah Islam, PAS masih tidak mahu.

Malah lebih merasakan dengan ujudnya PAS hanya merugikan ummah dan ada kalanya merosakkan ummah apabila bersama-sama dengan PR khususnya DAP. Lihat isu 'Khalimah Allah', isu murtad dan apa sudah jadi dengan isu 'Hukum Hudud' serta banyak lagi. Kemana perginya PAS?


Kesimpulannya, sikap 'membuli' itu... Lebih tepat diletakkan gelarannya kepada golongan pimpinan parti yang ada di dalam PR itu sendiri.

Kita tidak pernah lupa perlakuan kepimpinan DAP dalam pemilihan CEC yang bercelaru keputusannya sehingga ke hari ini... Pemilihan dalam PKR yang bermacam-macam tipu muslihat terjadi. Berlaku pengundian hantu dan bergaduh sesama sendiri. Jadi apa nak pelik dengan sikap DAP serta PKR yang sanggup membuli rakan partinya PAS pada hari ini?

Dalam PR semuanya kaki buli... Tapi tidak dalam UMNO dan Barisan Nasional.


Itu pun PAS masih mahu bersekongkol dengan parti  'Fuckatan Pembangkang'. Renung-renungkan laaa...


1 comments :

  1. kesian PAS.! kafir harbi yg dikatakan zimi rupanya kaki buli.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.