GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

4 May 2012

Tembelang skandal 'Aiskrem Azmin' semakin berbau... Baca sini!


Hari ini MP terbaca lagi tentang isu skandal seks Azmin Ali di portal pro-pakatan yang sama KLIK. Nampaknya portal tersebut dah mula nak memecahkan tembelang tentang siapa sebenarnya yang terlibat secara langsung dengan kes penyebaran gambar-gambar serta video lucah Azmin Ali yang menjadi bualan di dada-dada blog sama ada di blog pro-kerajaan ataupun pro-pembangkang.

Menurut kata penulis di SuaraPR.com, di hati beliau sendiri kuat mengatakan bahawa perkara ini bukan dilakukan oleh UMNO, tapi dalam PKR sendiri.

Inilah dia, tak sudah-sudah nak menyalahkan UMNO... Siasat la!

Dari maklumat-maklumat yang penulis tersebut dapat, besar kemungkinan dalang disebalik penghasilan video tersebut, berada di pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Asas kepada tuduhan itu mudah, katanya. Umum sudah mengetahui bahawa, kalau pun Pakatan Rakyat mengekalkan kuasanya di Selangor selepas mandat kerajaan negeri berakhir tahun depan, TS Khalid tidak akan dilantik semula ke jawatan Menteri Besar. Sebaliknya Azmin, selaku Pengerusi PKR Selangor yang akan mengisi jawatan tersebut.
Penulis tersebut tidak terus mengatakan bahawa TS Khalid terlibat secara langsung dalam perkara ini,
dengan alasan kononnya TS Khalid mungkin tidak tahu menahu pun tentang pembikinan video itu. 

Dari maklumat penulis tersebut mengatakan ia mungkin dilakukan oleh mana-mana pegawai dalam pejabat Menteri Besar Selangor yang bakal hilang kelebihan/pendapatan jika Azmin mengambil alih jawatan – terutama yang perempuan kerana sudah tentu Azmin akan menyingkirkan semua pegawai yang berkhidmat di bawah TS Khalid dan mengganti dengan pasukannya sendiri, tambahnya.

Pihak-pihak ini pula ada yang melepaskan jawatan selesa dan bergaji besar masing-masing antaranya di syarikat petroleum terkemuka negara untuk menerima tawaran berkhidmat dengan pejabat Menteri Besar Selangor sebaik Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di negeri tersebut pada 2008.

Takkanlah pengorbanan yang sebegitu besar hanya bertahan selama 5 tahun? Penulis tersebut beranggapan, maka itulah digunakan pendekatan kotor sedemikian untuk memastikan Azmin tidak berjaya menjadi Menteri Besar Selangor dan seterusnya membuka jalan kepada TS Khalid mengekalkan jawatan.

Walaupun ia hanya hipotesis penulis di SuaraPR.com, tapi ia berdasarkan maklumat-maklumat yang penulis tersebut dapat. Tak mustahil ada betulnya kot?
Apa pun ceritanya, tak kisahlah sama ada bukti-bukti itu datangnya dari mana-mana maklumat atau beliau diperangkap pihak-pihak tertentu ataupun ia datangnya dari pejabat sesiapa pun  seperti di perkatakan oleh penulis SuaraPR.com itu.

Apa yang penting, sekiranya Azmin benar-benar terlibat dalam skandal seks tersebut, adakah layak individu yang berlatarbelakangkan sifat begini harus diterima sebagai pemimpin masa depan negara?
Jangan la sesedap mulut becakap wahai si penulis SuaraPR.com yang tidak mengambil kisah tentang penglibatan pemimpin di dalam isu skandal seks dan hanya sebuk nak mencari dalangnya ye... 

Sendiri mau ingat la, kerja elok ke tu?

Perkara itulah yang MP ingin nak bincang dan kongsikan hari ini.


KLIK TAJUK DIBAWAH UNTUK ISU BERKAITAN: 





Hadi Awang PAS, melalut lagi!

Presiden PAS, Hadi Awang nampaknya ingin terus bermain dengan kata-kata dengan menggunakan ‘Islam’ sebagai kata dasarnya.

Jika sebelum ini PAS ingin menubuhkan Negara Islam tetapi kemudiannya digugurkan dan ingin menubuhkan Negara Kebajikan seolah-olah di dalam Islam tidak terdapat kebajikan, maka kali ini, Hadi bukan sahaja ingin menukar terma tetapi ingin membuang terus ‘Islam’ dari perlembagaan jika Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah negara ini.

Menurut Hadi Awang, ketika merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda Pas Terengganu di Kampung Kubang Lembek baru-baru ini, “sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Perlembagaan Persekutuan akan diubah dan Islam tidak lagi akan dijadikan agama rasmi tetapi akan dijadikan ‘cara hidup’”.

Menurut beliau, meletakkan Islam sebagai ‘agama’ di dalam perlembagaan adalah tidak wajar kerana agama hanya merupakan kepercayaan seperti yang dipegang oleh barat iaitu hubungan antara manusia dan Tuhan, tetapi tidak mengambilnya sebagai ‘cara hidup’.

Bagaimanapun, untuk kesekian kalinya, Hadi Awang ditempelak lagi oleh Karpal Singh yang menganggap cadangan Hadi Awang itu sebagai satu tindakan yang tidak tepat.

Menurut Karpal, “Islam telah diterima di peringkat antarabangsa sebagai agama sejak sekian lama dan Suruhanjaya Reid pasti telah mengambilkira dan mempertimbangkan perkara itu sebelum memasukkannya di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.”

Karpal juga menegaskan bahawa cadangan itu adalah kenyataan peribadi Hadi dan bukannya pendirian Pakatan Rakyat malah Hadi juga tidak pernah berbincang dengan mana-mana sekutu Pakatan Rakyat mengenai perkara ini.

Kita faham bahawa Hadi ingin sangat mengambil hati DAP dan PKR dan ingin sangat dilihat sebagai seorang yang berfikiran terbuka agar dapat ‘diterima’ sebagai setaraf dengan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR. Selama ini, Hadi dilihat sebagai pak turut dan tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya dari ‘rakan sejawat’ dalam PR.

Mungkin kerana itulah, beliau sanggup membuang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Namun, keterbukaan yang cuba ditonjolkan Hadi nampaknya tidak menjadi kerana ia dilihat sebagai ancaman pula oleh Karpal yang mewakili DAP.

Karpal nampaknya dapat melihat kehadapan, di mana sekiranya Islam dijadikan cara hidup, maka orang Cina dan India pasti akan diharamkan dari minum arak dan berjudi serta tentunya tiada lagi jualan makanan tidak halal di seluruh Malaysia. Sedangkan, arak dan judi dan daging khinzir sudah menjadi sebahagian dari ‘cara hidup’ mereka.

Ini bukan kali pertama PAS membuat kenyataan yang bertentangan dengan aspirasi Pakatan Rakyat. Sebelum ini, isu hudud, arak, judi, Negara Islam dan banyak lagi hukum hakam agama dijadikan isu dan perdebatan antara PAS dengan DAP. Dan seperti yang kita sedia maklum, dalam semua isu, PAS telah mengalah kepada DAP.

Cadangan Hadi untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup itu sebenarnya baik. Tetapi, antara mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara adalah dua perkara yang berlainan sama sekali.

Andainya Islam tidak tertulis secara sah di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi, maka bagaimana kita hendak menjustifikasikan undang-undang menghalang agama lain berdakwah kepada orang Islam?

Dan di manakah kedudukan kita jika terdapat usaha melarang laungan azan di masjid-masjid?

Bagaimana pula dengan kuasa untuk memastikan tanda ‘halal’ atau ‘tidak halal’ dipaparkan sewajarnya di kedai-kedai yang menjual makanan?

Hadi mungkin berhujah bahawa halal atau tidak halal tidak lagi menjadi isu jika Islam dijadikan addin dan bukan sekadar agama di Malaysia.

Namun, bukankah Islam juga menyatakan secara tegas akan hak bukan Islam untuk hidup dengan caranya? Cara hidup Islam juga bermakna kita tidak boleh memaksa mereka untuk melakukan sesuatu semata-mata untuk menepati kehendak Islam.

Justeru, jika Islam tidak termaktub sebagai agama rasmi negara ini, di manakah hak dan kuasa kita untuk menuntut bukan Islam menitikberatkan soal tanda ‘halal’ dan ‘tidak halal’ dalam produk mereka?

Sungguh kita tidak faham kenapa seorang Presiden parti Islam sanggup mencadangkan sesuatu yang boleh merugikan umat Islam. Satu-satunya penjelasan yang ada ialah beliau tidak berfikiran jauh dan tidak mampu menganalisa implikasi dari cadangan yang beliau kemukakan.

Atau mungkinkah beliau sudah mula terpengaruh dengan fahaman pluralis yang menerima semua agama sebagai sama?

BERSIH 3.0: Polis Malaysia sangat ganas? Lihat foto disini!

Ini sebahagian foto yang di sertakan & untuk foto seterusnya, lihat di bawah.
Tika ini banyak media internet pro pembangkang dan beberapa akhbar bahasa Cina giat menjalankan kempen membantah keganasan dan kekerasan polis (PDRM) yang didakwa sengaja dilakukan semasa menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 3.0.

Dakwaan sedemikian mungkin ada benarnya bila di ambil kira tindakbalas pihak polis selepas peserta demonstrasi mula merempuh penghadang yang didirikan. Sepatutnya dalam keadaan kalut bila arahan mahkamah diingkari sewajarnya anggota polis hanya perlu berdiam diri dan biarkan saja perlanggaran undang-undang berlaku tanpa halangan.

Keutamaan perlu diberi kepada golongan vokal minoriti yang berkehendakkan tuntutan mereka dipenuhi secara kuasa jalanan lagipun sebagai negara demokrasi semua orang ada hak mereka sebagaimana perompak mempunyai hak untuk merompak kedai emas dan bank tanpa halangan polis.

NGO BERSIH 3.0 yang hingga kini tidak didaftarkan sebaliknya bergiat secara haram sewajarnya dibiarkan saja bergerak bebas sama seperti pemandu kenderaan yang tidak berlesen kerana hak sama rata lebih penting berbanding penguatkuasaan undang-undang ciptaan manusia yang cukup mengongkong.

Penggunaan jalanraya untuk berhimpun tiada salahnya kerana tujuan jalan-jalan di bina memang bertujuan untuk membolehkan rakyat jelata lepak dan baring di atasnya. Soal ia mengganggu perjalanan urusan harian orang lain bukan isunya, kehendak vokal minoriti lebih penting dan mendesak.

Polis juga seeloknya belajar menjiwai watak sebagai robot, tidak perlu memiliki hati nurani dan perasaan, apa sangatlah setakat kena panggil anjing, babi dan di cop sebagai zalim dan kejam, tak berbekas pun. Dan, kalaupun dipukul dan dipijak biarkan sahaja yang penting keutamaan peserta demo yang sedang menggila mahu melepaskan perasaan perlu diutamakan berbanding ketenteraman orang awam lain.

Jika boleh, kerajaan dan juga pihak polis patut menggalakkan lebih banyak demonstrasi jalanan dan perhimpunan di atas jalanraya di tengah-tengah bandaraya seluruh negara demi memenuhi tuntutan demokrasi yang yang menjadi intipati negara kita.

Nik Aziz, Ambiga dan Anwar pun tak kisah kalau kita nak baring, duduk dan berdemo setiap hari sambil buang sampah merata-rata sekitar halaman rumahnya, jadi apa hal polis nak kisah dengan demonstrasi di tengah bandaraya yang dianjurkan oleh BERSIH?

Soal gangguan terhadap urusan harian rakyat lain dan risiko kerosakan harta benda awam, biarkan saja. Keutamaan berdemo dan berhimpun atas jalan jauh lebih penting. Jika pihak polis dan kerajaan masih bertegas mendahulukan ketenteraman awam dan melebihkan kehendak majoriti, nampak sangat memang tiada hati perut dan kejam. Itu namanya zalim dan ganas. Tak gitu?

Untuk melihat aksi-aksi Polisyang dikatakan ganas semasa perhimpunan BERSIH 3.0 di atas jalanraya sekitar Kuala Lumpur sedang berlangsung dan kesemuanya dikatakan jelas menunjukkan keganasan polis terhadap peserta yang tahap keganasan itu menyamai kekerasan yang dilakukan oleh polis yahudi Israel.

Klik tajuk ini: BERSIH 3.0: Inikah rupanya 'Polis Yahudi Israel' tu?

BERSIH 3.0: Inikah rupanya 'Polis Yahudi Israel' tu?



3 May 2012

BERSIH 3.0: Makhluk 3A ini yang perlu di dakwa!



Sehingga ke hari ini, rakyat masih belum puas bercakap mengenai Perhimpunan BERSIH 3.0 yang paling kotor walaupun Kuala Lumpur telah dibersihkan dari sisa-sisa najis peserta dan pemimpinnya. Rata-rata meluahkan rasa geram yang amat sangat terhadap BERSIH 3.0 yang dilihat sebagai satu perhimpunan yang tidak perlu sama sekali serta berniat jahat atau khianat terhadap negara sendiri.

Tindakan peserta-peserta BERSIH 3.0 yang cedera dan ingin memohon simpati juga dipandang sinis oleh majoriti rakyat. Menurut mereka, bukan peserta-peserta tersebut tidak diberi amaran mengenai risiko berdemonstrasi malah mereka juga telah ditawarkan tempat yang selamat untuk berdemonstrasi. Kenapa mereka dengan sengaja ingin mencederakan diri?

 
Kini, walaupun terbukti BERSIH 3.0 gagal sehingga memaksa pihak penganjur dan penyokong memalsukan gambar-gambar bagi menutup malu, mereka sudah pun berangan-angan untuk mengadakan BERSIH 4.0.

Kita tidak pasti berapa ramai pula lembu-lembu yang sedia dikorbankan dalam siri menghuru-harakan negara oleh BERSIH seterusnya. Tetapi yang pastinya, penganjur BERSIH langsung tidak prihatin dengan nasib lembu-lembu penyokong mereka. Sahlah bahawa penyokong-penyokong mereka sememangnya tidak bernilai di mata mereka dan boleh dikorbankan bila-bila masa.

Pendirian mereka jelas iaitu: sekiranya penyokong mereka tertangkap kerana bertindak ganas, penganjur tidak bertanggungjawab. Begitu juga sekiranya cedera atau kehilangan nyawa.

Bagi menangani kedegilan mereka ini, kerajaan ada pilihan iaitu membiarkan mereka mengadakan BERSIH 4.0 bagi menambahkan lagi rasa benci rakyat terhadap pembangkang dan Ambiga.

Atau kerajaan boleh menangkap Ambiga, Anwar dan Azmin yang menjadi peneraju keganasan BERSIH 3.0 sekali gus menguburkan impian mereka untuk mengadakan BERSIH 4.0 dan seterusnya.

Mana-mana pilihan pun, ia akan tetap memberi kelebihan kepada kerajaan.

Namun, jika diikut sentimen rakyat hari ini, majoritinya inginkan agar Ambiga, Anwar dan Azmin diambil tindakan tegas, begitu juga dengan semua peserta yang terlibat.

Ini perlu sebagai memberi pengajaran kepada mereka agar tidak sewenang-wenangnya membuat kerosakan dan menyusahkan hidup orang lain kononnya atas alasan memperjuangkan 8 tuntutan yang mana 7 daripadanya telah pun diluluskan. Hanya satu sahaja iaitu tempoh berkempen 21 hari yang tidak diterima memandangkan ianya akan membawa lebih banyak keburukan iaitu menjadi antara faktor terjadinya tragedi 13 Mei 1969.

Tindakan tegas terhadap 3-A ini juga dilihat penting sebagai menyatakan bahawa negara ini adalah negara yang mempunyai undang-undang. Sesiapa yang melanggar undang-undang wajib ditangkap. Telah begitu jelas bahawa ketiga-tiga mereka telah mengenepikan undang-undang sejak dari mula lagi, iaitu dengan menolak untuk mengadakan perhimpunan di dalam Stadium Merdeka.

Mereka juga mempermainkan undang-undang apabila mendapat kelulusan untuk membuat protes ‘Duduk Bantah’ tetapi kemudiannya langsung tidak ‘duduk’ tetapi berarak dan membuat kecoh di jalanan.

Tidak cukup dengan itu, kemuncak pelanggaran undang-undang oleh pihak BERSIH 3.0 ialah apabila peserta cuba menceroboh Dataran Merdeka yang dari awal lagi diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh polis. Penganjur boleh menafikan yang pencerobohan itu dilakukan atas arahan mereka, tetapi itu bukan soalnya. Soalnya, perhimpunan tersebut tidak harus dilakukan di sana tetapi di dalam Stadium di mana mereka kelulusan diberikan.

Ini bukan kali pertama 3A ini membuat ancaman anarki sebegini. Selagi tiada tindakan diambil terhadap mereka, rakyat akan meragui kesungguhan pihak berkuasa dan kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang. Selain itu, ia juga akan memberi semacam ilham dan keberanian kepada lebih ramai pengkhianat seperti mereka untuk berbuat yang sama di masa hadapan.

Selepas BERSIH 3.0 tumbuh berbagai kumpulan laman sosial yang bertujuan menunjukkan tentangan terhadap penganjurnya. Dari forum-forum dan komen-komen dalam kumpulan tersebut, tampak jelas yang majoriti rakyat menunggu dalam keresahan saat di mana pengkhianat 3A ini akan ditangkap. Rakyat mendambakan ketegasan dan inginkan kesudahan atau penutup bagi siri drama BERSIH yang memualkan.

Justeru, 3A perlu dikenakan tindakan yang tegas bukannya sekadar kritikan dan kecaman yang tidak berkesudahan di dalam akhbar.

Jangan biar keresahan rakyat berpanjangan kerana ia akan bertukar menjadi keraguan di mana akhirnya pasti bertukar lagi menjadi bosan terhadap kerajaan.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.