GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

23 May 2014

BATAL : Perhimpunan Aman Bantahan terhadap Hong Leong Bank.

 

Selepas perjumpaan diadakan diantara pihak penganjur Perhimpunan Aman Bantahan terhadap Hong Leong Bank yang diadakan bersama wakil dari ibu pejabat Hong Leong Bang Kuala Lumpur serta NUBE, semalam. Telah diadakan satu sidang akhbar dan keputusan bersama telah dibuat.

UMNO Bahagian Johor Bahru membatalkan cadangan mengadakan perhimpunan aman di hadapan Hong Leong Bank Berhad (HLBB) Taman Sri Tebrau yang dirancang 23 Mei 2014 Jumaat ini bagi membantah tindakan pengurus cawangan bank itu didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap seorang kakitangannya.
 
SELANJUTNYA KLIKSINI

WARKAH TERBUKA UNTUK DYANA (Calon DAP PRK Teluk Intan)

 
 
Warkah Terbuka dari Senior Dyana

"Uitm bukan milik UMNO,UiTM milik Rakyat".- kata calon DAP Teluk Intan, Dyana..

Ungkapan Calon DAP Dyana sebelum ini telah diungkapkan berkali-kali oleh Pemimpin Tertinggi DAP. Bezanya dahulu Cina yang ungkapkan dan sekarang Melayu yang ungkapkan..mesej yang dibawa tetap sama iaitu ingin Menghapuskan Keistimewaan Melayu. Sungguh licik permainan DAP ini persis permainan PAP suatu ketika dulu.

Saya adalah salah seorang dari ratusan ribu bekas pelajar UiTM. Saya terpanggil untuk menyatakan kepada semua terutamanya kepada bekas pelajar UiTM Adik Dyana bahawa UiTM bukan Milik UMNO tetapi UITM SEBENARNYA MILIK MELAYU dan UMNO adalah parti yang memperjuangkannya.

Saya pernah beritahu kepada rakan (bekas pelajar UiTM) dan adik-adik yang sedang menuntut ungkapan UITM ini adalah Untuk Islam, (untuk) Tanah Melayu... Universiti Ini Tolong Melayu...Universiti Ini Tempat Melayu..

Anak Melayu tidak kira fahaman politik menuntut dalam pelbagai jurusan di UiTM. Yurannya berbeza dengan Universiti lain. Suasana pengajian berbeza dengan Universiti lain. Penerapan agama berbeza dan pendekatan semangat Melayu juga lebih dari universiti lain.

Wahai Dyana, YA, UITM bukan Milik UMNO... UITM Milik hakiki MELAYU dan UITM adalah kebanggaan Melayu.

Dyana, kamu muda lagi... usia kamu sedang meningkat. Bila kamu bergaul 23 jam besama Cina DAP. Kamu akan mudah terpengaruh dik. Jadi bergaul juga dengan Melayu.. Ingat Dik, Misi DAP adalah hapuskan keistimewaan Bangsa Kita Dik. Ingat ya.

Dik Dyana. Kena ingat pemimpin tertinggi DAP pernah kata Melayu Adalah Pendatang.. DAP tetap dan konsisten pecah belahkan Bangsa Kita Melayu. DAP pengaruhi pemimpin PAS dalam bab penghinaan pada Nabi Muhammad SAW sehingga ada pemimpin PAS berkata Muhammad (Rasulullah) adalah sama dengan Muhammad atau Mamat Kampung. DAP pernah pecah belahkan Islam dan Melayu melalui isu Kalimah Allah. DAP pernah mengharamkan sambutan Maulidurasul di Pulau Pinang..DAP pernah "sound" supaya tiada laungan Azan.. DAP pernah menggunakan Taktik "l
adang babi terbesar" untuk halau orang Melayu. DAP pertikai peruntukan untuk membina Masjid di negara kita.

Ingat Dik, DAP sedang menggunakan adik Dyana untuk pecahkan Islam dan Melayu melalui Isu HUDUD. Ingat Dik Dyana, DAP sedang gunakan adik dan Mak adik untuk pecahkan perpaduan Wanita Melayu yang sebelum ini menjadi TERAS kepada Melayu itu sendiri.

Deen Qassim
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Rekod, UiTM Kelantan dan Shah Alam

Pengerusi Pertubuhan Barisan Darulnaim Negeri Kelantan (BADAR)

21 May 2014

KEMALANGAN 3 MAUT: Gempar Bas bertembung helikopter... KLIK tengok sini!



Sepertimana laporan yang tersebar di beberapa ruang media sosial. Di katakan 3 maut akibat sebuah helikopter terhempas dan bertembung dengan sebuah bas di Lebuhraya PLUS berdekatan Kepala Batas, Pulau Pinang KM 38.5 pada jam 3.45 petang tadi.


Sebaliknya apa yang berlaku, ia adalah satu latihan sebagai langkah persediaan kepada PLUS jika kejadian tidak diingini seperti sebuah helikopter mendarat cemas di atas lebuh raya atas sebab-sebab teknikal.

“Sebenarnya itu adalah latihan tuan, kami adakannya dua hari lepas untuk bersedia jika ada helikopter terpaksa mendarat di lebuh raya jadi kami bersedia untuk semua kemungkinan,” katanya.

Syabas kepada pihak PLUS kerana mengadakan latihan sebegitu kerana ia pastinya tidak terfikir untuk sebuah helikopter mendarat di atas lebuh raya PLUS yang begitu sibuk digunakan oleh pengguna lebuh raya setiap hari.



Sumber

13 May 2014

TERENGGANU BUBAR : Ohhh.. jangan salahkan 'ibu mengandung'...Betul ke ni? KLIK baca ni!


Selepas PRU 13, MB Terengganu yang patut dilantik bukanlah Ahmad Said. Tapi Ahmad Said ugut mahu keluar UMNO. PM bagi peluang setahun sampai March 2014 untuk perbaiki BN Terengganu.

Tapi itu pun masih di tangguh sampai Mei 2014.

Kali ni Ahmad Said mintak tangguh sampai 17 Mei 2014 dengan alasan anak nak kahwin.
Alasan Ahmad Said tidak kukuh. Alasan anak kahwin. Majlis sudah di-set-kan tarikh dan seumpamanya agak sedikit meragukan jika diandaikan point di bawah adalah benar:


Kesimpulan: Sepatutnya Ahmad said sudah boleh aturkan majlis perkahwinan anaknya mengikut tempoh yang sudah diberikan iaitu setahun yg berakhir pada Mac 2014.

Jika Ahmad Said dengan cara yang berdisiplin mengikut tempoh yg sudah ditetapkan ia tidak menjadi isu "Majlis perkahwinan sudah ditetapkan" pada tarikh tersebut.

Jadi, tidak timbul soal maruah Ahmad Said diaibkan oleh sesiapa kerana Ahmad Said sendiri tahu akan tempoh dan tarikh beliau sepatutnya meletakkan jawatan (walaupun sebenarnya telah ditangguhkan). Boleh dikatakan Ahmad Said sendiri yang mencari penyakit. - Sumber.

#MP : So... Kita tunggu dan lihat je lah ye!


11 May 2014

UMNO KE-68 : Jangan sampai 'ditelan zaman' - @khalednordin



"Selamat menyambut dan memperingati hari ulang tahun UMNO ke-68. Semoga seluruh ahli UMNO kekal teguh bersama semangat juang serta terus mempertingkatkan iltizam yang tinggi untuk sama-sama memperkukuhkan kedudukan parti dan memantapkan lagi misi perjuangan dalam menentukan parti UMNO mampu serta berjaya berhadapan dengan cabaran-cabaran yang mendatang"
Itu antara harapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, sempena menyambut dan memperingati hari ulang tahun parti terbesar orang Melayu parti UMNO, hari ini... 
  
“Dalam zaman ini maknanya kita memerlukan ahli yang kualiti selain menjadi golongan yang penuh berpengetahuan, mempunyai idea dan mampu berfikir. bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah dan berhadapan dengan cabaran, tetapi ahli mesti mempunyai idea dan pendekatan untuk membawa dan memperjuangkan parti supaya di terima oleh rakyat, selamanya” tegasnya lagi.

"Sekiranya perkara ini tidak ditekankan maka tidak mustahil zaman teknologi ini akan ‘menelan’ parti UMNO".
Ikuti selanjutnya KLIKSINI

------------------------------------------------------------------------
#MP ::
Pada kesempatan ini juga, di ucapkan kepada para pejuang UMNO
'SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN UMNO KE-68'
Maaf Zahir Dan Batin
Ikhlas dari MaelPengerang

ARTIKAL BERKAITAN KLIK :
UMNO68: Tekadlah membantu umat Me­layu!

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.