GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

20 April 2015

#PRKRompin : Tolak pandangan negatif yang dilemparkan pembangkang - DS Hishammudin




Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini berkata tindakan Barisan Nasional (BN) meletakkan Hassan sebagai calon sudah dijangka kerana mendakwa BN sukar untuk memberi ruang kepada pelapis dalam parti tersebut .

Ia berikutan Barisan Nasional (BN) menamakan pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin, 62, sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei ini.

Walau bagaimana pun, kenyataan tersebut telah dibidas oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein apabila ditanya wartawan pada sidang media selepas menghadiri Hari Terbuka Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Putrajaya, semalam.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga sebagaI Pengarah Jentera BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin itu berkata, apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan, bukan mengambil kira dengan pandangan negatif yang dilemparkan oleh pembangkang.

"Apa lagi yang dia boleh cakap, yang penting keputusan telah dibuat siapa calon kita." tambah beliau.

“Dan tugas kita adalah nak mempastikan calon kita menang dengan majoriti yang lebih besar dan saya dah diminta untuk membantu Timbalan Perdana Menteri untuk membantu Menteri Besar Pahang dimana kita akan berkampung di sana mulai Selasa ini dan kita gerakkan kempen sebaik mungkin,” katanya lagi.




Pengumuman Datuk Hasan Arifin menjadi calon BN pada PRK Rompin akan datang berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih pada 4 April lepas.itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengarah Utama PRK Parlimen Rompin pada 18 April lalu.

Untuk lihat latar belakang calon sila #KLIKSINI 

Modul baru PLKN 2.0 tentu lebih mantap dan mesra rakyat - Datuk Noor Ehsanuddin



Tercetusnya idea melibatkan seramai mungkin suara rakyat bagi membentuk Modul baru PLKN 2.0 melalui Makmal Transformasi PLKN yang dianjurkan 27 Mac lalu, tentunya lebih mantap dan mesra rakyat.

Ia diakui sendiri oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, YB Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid.. Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklum balas dalam mentransformasikan PLKN tersebut, sebuah laman portal telah dibangunkan dan boleh layarinya di www.transformasi.khidmatnegara.gov.my yang akan dibuka sehingga 26 April ini.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara,
YB Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid.

Datuk Ehsanuddin sebelum ini menegaskan penambahbaikkan modul PLKN itu hendaklah mengikut kesesuaian semasa. Dimana hasilnya nanti, para pelatih akan memperolehi sijil selain pakej lengkap dengan ilmu kemahiran serta vokasional sepanjang sesi latihan.

Penambahbaikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melalui Modul baru PLKN 2.0 itu akan membabitkan elemen kemahiran, teknikal dan vokasional kepada semua pelatih sebagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan sekiranya mereka tidak melanjutkan pengajian ke universiti atau kolej, selepas itu.

Penangguhan kemasukan pelatih PLKN sejak Januari lalu dilakukan adalah bagi memberi laluan kepada penambahbaikkan modul sedia ada kepada satu modul yang lebih mesra tentang masa depan pelatih..

Datuk Seri Hishammuddin Hussein diiringi Pengerusi PLKN, Datuk Noor Ehsanuddin
ketika berucap di Program Hari Terbuka Transformasi PLKN
 
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, adanya elemen kemahiran itu, tentunya menjadi nilai tambah kepada pelatih untuk mendapat tempat di pasaran pekerjaan dan selepas tamat latihan bersama kemahiran serta sijil yang mereka perolehi.

“Paling penting sijil baru yang dikeluarkan ini ditambah nilai serta memenuhi kehendak pasaran. Jadi, tiada alasan untuk tidak menerima mereka bekerja di syarikat swasta masing-masing,” katanya pada sidang media sempena Hari Terbuka Transformasi PLKN di IOI City Mall, di sini, semalam.


Program Hari Terbuka Transformasi PLKN tersebut, di anjurkan sendiri Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dengan kerjasama PEMANDU dari Jabatan Perdana Menteri. Program itu merupakan kesinambungan selepas tamatnya Makmal Transformasi PLKN yang telah berakhir 27 Mac lalu

Penganjuran ini diadakan bertujuan membolehkan hasil dapatan makmal dikongsi bersama rakyat dan membuka ruang serta peluang untuk orang ramai memberikan maklum balas, input serta idea terhadap perancangan transformasi PLKN sebelum ianya dilaksanakan dan sekaligus dijadikan dasar kerajaan yang baharu


Selain itu, Datuk Seri Hishammuddin berkata, sebanyak 23 daripada 50 inisiatif yang dicadangkan melalui Makmal Transformasi PLKN dibentangkan ke Kabinet pada minggu lalu dan beliau turut minta supaya ia diserapkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11, nanti.

#PRKPermatangPauh : MCA "all out" bantu kemenangan BN


Penglibatan aktif MCA bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Rompin dan Permatang Pauh kali ini, membuktikan keutuhan semangat kerjasama yang padu yang ditunjukkan pemimpin serta ahli-ahlinya.

Tidak seperti apa yang berlaku di dalam parti pembangkang. Majlis pelancaran jentera PKR bagi PRK Permatang Pauh yang diadakan beberapa hari lalu sepi tanpa kelibat orang kuat PAS dalam PR iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Jauh sekali untuk melihat kelibat Presiden PAS, DS Haji Abdul Hadi Awang, yang terang-terang ditolak untuk bekerjasama bersama dengan parti DAP

Apa yang berlaku pada ketika ini, pergolakan dalaman PAS dan PKR serta DAP di Pulau Pinang semakin parah.

Upacara Pelancaran Bilik Gerakan MCA untuk PRK Permatang Pauh
Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai menyempurnakan upacara Pelancaran Bilik Gerakan MCA untuk PRK Permatang Pauh, semalam. MCA telah bekerja keras di dalam Pilihanraya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi. 

 

Tidak ketinggalan Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa PRU14 MCA turut hadir ke Permatang Pauh untuk memantau persiapan MCA membantu calon Barisan Nasional (BN) di dalam menghadapi PRK Permatag Pauh. MCA telah bertekad untuk "all out" untuk memenangkan calon BN di dlam PRK tersebut.


19 April 2015

BANJIR KELANTAN: Bas Henti-henti Dabong – Kuala Krai Mulakan Operasi - SPAD


Bencana banjir besar yang melanda Semenanjung Malaysia penghujung tahun lalu merupakan banjir paling dahsyat pernah dialami oleh negara dengan jumlah kerugian dianggarkan mencecah berbilion ringgit. 

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami kerugian paling besar (KLIKSINI) akibat kerosakan teruk pada infrastruktur mereka akibat banjir. Hampir semua laluan pantai timur terpaksa ditutup untuk tujuan pemulihan semula. 


ANTARA laluan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dilanda
banjir di kawasan pantai timur baru-baru ini.
Apa tidaknya, stesen kereta api yang terjejas akibat banjir ada 10 buah kesemuanya, dan ada di antaranya yang turut roboh akibat arus air banjir yang sangat kuat. Banjir yang berarus kuat juga telah memusnahkan beberapa batang jambatan di jajaran Gua Musang-Dabong. 


Sebelum ini, penduduk setempat menjadikan perkhidmatan rel KTMB sebagai mod pengangkutan awam mereka yang utama.

Namun begitu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil jalan penyelesaian jangka pendek dengan mengadakan perkhidmatan bas henti-henti sementara perkhidmatan rel sedang dipulihkan 


Perkhidmatan bas henti-henti melalui Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (‘SKMK’) yang menggunakan jenama ‘CityLiner’ telah memulakan operasinya bagi membantu menghubungkan orang awam, termasuk pelajar sekolah sekitar Dabong, Kemubu dan Kuala Krai. Kini penduduk setempat boleh menggunakan perkhidmatan bas awam yang sedia ada bermula sejak 13 April, 2015 lalu.

Menurut SPAD melalui kenyataan medianya, Cityliner menyediakan 3 perjalanan sehari, daripada Dabong ke Kuala Krai dan 3 lagi perjalanan dari Kuala Krai ke Dabong. CityLiner juga telah melanjutkan perkhidmatan laluan Jeli ke Kuala Balah sehingga ke Jelawang dan Dabong, pada 14 April lalu.


Baru-baru ini juga, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD’) telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau operasi bas tersebut di Dabong. SPAD juga mendapatkan maklumbalas daripada penduduk setempat mengenai keperluan pengangkutan awam di kawasan tersebut dan mengenai perkhidmatan pengangkutan awam yang boleh ditambahbaik.
.

18 April 2015

#PRKRompin : LATAR BELAKANG CALON BN PRK ROMPIN



Datuk Haji Hasan bin Arifin telah diumumkan sebagai calon BN bagi pilihanraya P091 Parlimen Rompin yang telah diumumkan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri Malaysia hari ini.


BIODATA

Tarikh Lahir   : 28/4/1953


Umur             : 62 Tahun




LATAR BELAKANG PENDIDIKAN


1976 Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya Kuala Lumpur

1979 Management Course Asia Institute Of Management Manila


PENGALAMAN DAN JAWATAN DALAM POLITIK


1976 Menjadi Ahli UMNO

1978 Menjadi AJK UMNO Bahagian Pekan

1984 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan

1986 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin

1990-2004 Ketua Bahagian UMNO Rompin

1996-2004 Ahli Majlis Tertinggi UMNO

1982-1986 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Rompin Parlimen Pekan

1986-1990 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Rompin Parlimen Pekan

1990-2004 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Ibam Parlimen Pekan

1986-1995 Exco Kerajaan Negeri Pahang

1995-1999 Timbalan Menteri Besar Pahang


TUGASAN YANG PERNAH DI PIKUL

i) Bertanggungjawab membangunnkan Gebeng Industrial Area

ii) Menarik Pelaburan Di Pahang

iii) Bertanggungjawab keatas pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (Karak-Kuantan)

iv) Membesarkan Pelabuhan Kuantan


JAWATAN SEKARANG


i) Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin

ii) Pengerusi PERKIM Negeri Pahang

iii) Pengerusi Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan

iv) Ahli Lembaga Pengarah UDA Holding Berhad.


PENGENALAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

1990-1999 Menjadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Perusahaan Pertanian (LKPP)

Bertanggungjawab :

i) Memulihkan pentadbiran dan kewangan Lembaga

ii) Membangunkan ladang sehingga mencecah 100,000 ekar

iii) Membangunkan kilang CPO dan lain lain kilang

iv) LKPP merupakan agensi yang paling kukuh dan mempunyai harta yang banyak di Pahang

v) Terlibat dalam menguruskan ladang ladang kecil peneroka ,keselamatan dan juga peserta rumah banjir

1991-1995 - Menjadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA

1995-1988 - Pengerusi DARA (Lembaga Pembangunan Kemajuan Wilayah Pahang Tenggara)

1976-1982 - Sebelum memasuki bidang politik pernah bekerja dengan ASPA..sebuah agensi kerajaan yang terlibat dalam industri Perkayuan.Jawatan terakhir adalah sebagai Pengurus Operasi Kilang.


PENGALAMAN PERINGKAT ANTARABANGSA & NGO


1995-2001 - Executive Council Commenwealth Parlimentary Association

Menghadiri Sidang Ahli Parlimen Negara Komenwel di Mauritus New Zealand Barbados Singapore United Kingdom Australia Trinidad & Tobago


LATARBELAKANG KELUARGA

Nama Isteri : Datin Rozidah Binti Karim

Anak Pertama  : Sudah Berumahtangga  ( Ahli Perniagaan )

Anak Kedua     : Sudah Berumahtangga  ( Head Of Communication Tune Talk )
 
Anak Ketiga     : Belum Berkahwin  ( Exsecutive Auditor Delloite )

Anak Keempat : Belum Berkahwin  ( IT Exsecutive )

JASA-JASA BELIAU 


Dalam usianya yang mencecah hampir 56 tahun, Hasan bukanlah calang-calang orang dalam bidang politik di Pahang kerana beliau pernah menjadi timbalan menteri Besar Pahang pada tahun 1995 hingga 1999. 

Semasa memegang jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang, antara peranannya yang menyerlah dan dikenang ialah menjadi orang yang bertangungjawab membangunkan kawasan perindustrian Gebeng, antara nadi kegiatan ekonomi Pahang pada waktu ini. 

Hasan yang dilahirkan di Kampung Ayau, Leban Chondong, juga antara orang penting yang memainkan peranan memastikan kejayaan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur selain memperbesarkan Pelabuhan Kuantan. Bagi penduduk Rompin mahupun Pahang, Hasan dikenali melalui jasa dan sumbangan sejak menyertai Umno pada tahun 1976. 

 Bermula dengan menjadi ahli Jawatankuasa Umno bahagian Pekan pada 1978, Hasan kemudian menjadi ketua pemuda Umno bahagian itu pada 1984 sebelum beralih angin ke kawasan Rompin, memegang jawatan yang sama pada 1986. 

 Melihat kepada kredebiliti yang ditunjukkan, Hasan terus diberikan kepercayaan untuk menerajui Umno Bahagian Rompin pada 1990-2004 selain pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam dan anggota Exco kerajaan negeri. 

Beliau juga pernah menjadi pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian negeri Pahang dan ahli Lembaga Pengarah Felda.




SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.