GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

11 May 2015

UMNO 69: "Kalau di atas kukuh, di bawah pun akan padu" - Presiden UMNO


UMNO telah melalui pelbagai ujian getir sejak penubuhannya dan berjaya menghadapi semua ujian itu bukan sahaja atas kebijaksanaan pemimpin terdahulu tetapi juga sokongan kuat anggota parti kepada pemimpin pada masa itu.

Sokongan kuat anggota parti kepada pemimpin juga dikatakan masih relevan pada hari ini ketika parti berdepan persekitaran lebih mencabar dan menguji perjuangan parti.

Pemimpin datang dan pemimpin pergi tetapi kalau parti masih kuat perjuangan masih (dapat) diteruskan.

Itulah antara kata-kata yang dilahirkan oleh Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya pada sambutan ulang tahun ke-69 UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Datuk Seri Najib Tun Razak turut melaungkan komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat yang menjadi dorongan kepadanya selama 40 tahun mengabdikan diri dalam politik.

Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO itu berkata beliau akan meneruskan semua dasar yang dilaksana bagi membantu rakyat walaupun ada antaranya disifatkan tidak popular.

Namun beliau yakin ia akan memberi kesan positif kepada rakyat dan negara pada jangka panjang.

“Bila saya mengambil alih kepimpinan negara, saya telah memilih slogan ‘1Malaysia – Rakyat Didahulukan (Pencapaian Diutamakan) dan saya mesti mengingatkan diri saya bahawa rakyat mesti didahulukan.

“Apabila rakyat senang dengan parti kita dan kerajaan, apabila program kita sampai kepada rakyat … dalam apa jua keadaan, perjuangan saya adalah untuk mereka yang mahukan Malaysia maju dan adil,” tambahnya lagi

Najib menjelaskan bahawa antara matlamat perjuangannya adalah untuk menjaga kebajikan rakyat seperti menyediakan rumah mampu milik, merapatkan jurang pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaan dan menangani kos sara hidup rakyat.

Katanya, kejayaan UMNO juga bukan hanya bergantung kepada anggotanya sahaja malah rakyat secara keseluruhannya yang menilai setiap gerak geri dan keputusan yang dibuat parti itu.

“Ingatlah bahawa sebagai parti yang mengamalkan demokrasi pada akhirnya rakyatlah yang menentukan kita semua.

“Sambil saya sanjung tinggi lafaz sokongan anggota Majlis Tertinggi UMNO (kepada saya), saya sedar dengan segala rendah diri bahawa saya perlu memimpin sebuah parti yang mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat Malaysia,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan situasi sekarang, UMNO perlu menyesuaikan diri untuk survival masa kini dan akan datang.

“Umpamanya, penyebaran maklumat termasuk fitnah yang dahsyat melalui media sosial dan online memperlihatkan persekitaran baharu, persepsi yang lebih daripada realiti,” katanya.


UMNO69_1 MERIAH...Semangat bersatu padu terpancar pada barisan pimpinan UMNO
termasuk Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika
diatas pentas utama semasa majlis memotong pulut kuning sempena ulangtahun ke 69 UMNO
di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Isnin malam.
Presiden UMNO itu turut mengingatkan anggota parti supaya bersatu dan sentiasa mendahulukan parti kerana dengan cara itu parti akan menjadi lebih kuat dan dapat meneruskan perjuangannya.

“. Saya kata kuat parti mesti ada kuasa kerana kalau kita tidak ada kuasa ia tiada erti,” katanya.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung semalam sebagai yang terbaik pernah diadakan.

Katanya, walaupun pelbagai khabar angin dan adu domba mengenai hubungan dan perpaduan antara pimpinan parti itu, namun anggota MT telah mempamerkan kematangan dengan memberi sokongan terhadap Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

“Ini juga harapan saya, semoga kalau kita mempunyai barisan pemimpin yang serasi, percaya antara satu sama lain, ini akan menjadi isyarat jelas bahawa kalau di atas kukuh, di bawah pun akan padu dalam ikatan sempurna,” katanya.

#MP : Selamat menyambut ulang tahun UMNO Ke-69

7 May 2015

LAPORAN LANGSUNG : Keputusan Undi Tidak Rasmi #PRKPermatangPauh


TIDAK RASMI: PERATUSAN KELUAR MENGUNDI 72.96 PERATUS

Sebanyak 130 saluran mengundi di 25 pusat mengundi telah dibuka pagi ini bagi membolehkan seramai 71,252 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia yang mengamalkan demokrasi.


PRK Permatang Pauh diadakan selepas penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan selepas dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah dalam kes liwat.



TIDAK RASMI: LAPORAN LANGSUNG KEPUTUSAN UNDIAN 
( Klik disini untuk laporan terkini )

7.16 petang : 
Keputusan semasa tidak rasmi PDM Mengkuang
Suhaimi Sabudin Barisan Nasional (BN) = 1,075 undi
Dr. Wan Azizah Wan Ismail Parti Keadilan Rakyat (PKR) = 1,242 undi
Salleh Isahak Bebas = undi
Azman Shah Othman Parti Rakyat Malaysia (PRM) = undi

Majoriti PKR menang 167 undi

7.13 petang :
Keputusan semasa tidak rasmi PDM Sungai Semambu
Suhaimi Sabudin Barisan Nasional (BN) = 471 undi
Dr. Wan Azizah Wan Ismail Parti Keadilan Rakyat (PKR) = 1,032 undi
Salleh Isahak Bebas = undi
Azman Shah Othman Parti Rakyat Malaysia (PRM) = undi

Majoriti PKR menang 561 undi

6.59 petang :
Keputusan semasa tidak rasmi PDM Sungai Lembu
Suhaimi Sabudin Barisan Nasional (BN) = 123 undi
Dr. Wan Azizah Wan Ismail Parti Keadilan Rakyat (PKR) = 282 undi
Salleh Isahak Bebas = 1 undi
Azman Shah Othman Parti Rakyat Malaysia (PRM) = 2 undi

Majoriti PKR menang 159 undi

6.58 petang :
Keputusan semasa tidak rasmi PDM Penanti
Suhaimi Sabudin Barisan Nasional (BN) = 309 undi
Dr. Wan Azizah Wan Ismail Parti Keadilan Rakyat (PKR) = 509 undi
Salleh Isahak Bebas = 5 undi
Azman Shah Othman Parti Rakyat Malaysia (PRM) = 1 undi

Majoriti PKR menang 200 undi

6.55 petang :
Keputusan semasa tidak rasmi PDM Telok Wang
Suhaimi Sabudin Barisan Nasional (BN) = 284 undi
Dr. Wan Azizah Wan Ismail Parti Keadilan Rakyat (PKR) = 247 undi
Salleh Isahak Bebas =
Azman Shah Othman Parti Rakyat Malaysia (PRM) =

Majoriti BN menang 37 undi

6.10 petang :

Secara tidak rasmi peratusan keluar mengundi menurun berbanding PRU13.
Peratusan pengundian PRK Permatang Pauh ialah 72.96% berbanding peratusan PRU13 berjumlah 88.53% iaitu merosot sebanyak 15.57%.

- Sumber -

6 May 2015

#PRKPermatangPauh: Ahli Seumur Hidup PAS bersuara... KLIK baca sini!


SERUAN BUAT UMMAT ISLAM PERMATANG PAUH

Esok adalah hari penentuan untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh. Sekadar renungan dan muhasabah kita bersama. Undi adalah satu tanggungjawab yang perlu kita tunaikan.

Kita ada dua pilihan sama ada untuk memilih DS Wan Azizah - PKR atau Suhaimi Sabudin -BN. Melihat kepada senario semasa, calon parti PKR tidak seharusnya diberikan undi sama sekali bukan atas penilaian politik tetapi atas dasar menegakkan hukum Allah dan mempertahankan kedaulatan Islam.

DS Wan Azizah selaku calon dan juga Presiden PKR yang menolak perlaksanaan hukum hudud PAS Kelantan dan sanggup bersekongkol dengan kafir DAP dan terus menerus menentang hudud demi politik. Bukan sahaja hukum Allah dipersenda dan diketepikan, malah persaudaraan dengan PAS turut diputuskan. Ulama2 PAS terus diserang dan diasak hanya kerana mereka cuba melaksanakan hukum hudud.


Insiden penyerang pemuda PAS yg cuba mempertahankan hukum hudud bukan hanya dibuat melalui media, FB dan whatsapp tetapi PKR kini sudah ke tahap melakukan serangan fizikal dan ganas.

Terbaharu petang tadi 6.5.2015 di Petron seberang Jaya, sekumpulan pemuda PAS diugut, diancam dan diserang dengan senjata merbahaya semata-mata kerana menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Tuan guru Haji Hadi dan menyokong perlaksanaan hukum hudud.

Sehingga hari ini tiada suatupun suara daripada pempinan UMNO yang mengkritik hukum hudud atau pendirian ulama dan pimpinan PAS untuk melaksanakan hukum.Allah.ini. Malah UMNO secara terang-terangan telah megetuai Jawatankuasa Teknikal Perlaksanaan Hukum Hudud bagi merealisasikan imlian kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud ini.

Maka melihat kepada keikhlasan UMNO / BN dan penentangan secara terang-terangan, provokasi melampau, serangan fizikal dan penghinaan berterusan PKR ke atas PAS, maka demi kemaslahatan ummat Islam Permatang Pauh dan Malaysia amnya, sudah tiba masanya kita menolak calon parti PKR ini.

Kita tolak PKR bukan bermakna kita sokong 100% UMNO /BN tetapi dalam dua pilihan yg ada ini jelas calon UMNO / BN adalah lebih baik daripada PKR yg langsung tidak memperdulikan perjuangan Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Terlalu ramai pemimpin munafik di dalam PKR dan selawaknya mereka bersahabat dengan kafir DAP dan bukannya bersama dengan PAS.

Ahli Seumur Hidup
PAS Kawasan Permatang Pauh.


...................................................................................


#MP:
Untuk pilih yang tepat... KLIKSINI

#PRKPermatangPauh : Ini Pilihan Tepat, Cukup La...

"Calon BN... Calon KITA"














Parti PR Berbalah. Pemimpin PR Celaru...
Penyokong PAS demo anti-PKR di Pulau Pinang
Saksikan video ini...











KLIK saksikan video di bawah:
PKR bergaduh dengan PAS di #PRKPermatangPauh
Kecoh!!!






JADI...
#PilihBN #UndiBN #Vote4Mie #CukuplahKamiPulak 











MAKA...
YANG TEPAT, TAK PERLULAH PILIH PKR...




PILIHLAH SUHAIMI... 
UNDILAH BARISAN NASIONAL





KLIK Saksikannya!
VIDEO KHAS UNTUK PENGUNDI PERMATANG PAUH

5 May 2015

#PRKRompin : 32 pusat pengundian ditutup jam 5 petang


Cuaca baik pada sebelah pagi itu membolehkan proses pengundian #PRKRompin berjalan lancar hari ini.
Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin hari ini tamat, selepas 32 pusat pengundian ditutup pada 5 petang sejak dibuka 8 pagi tadi.
Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata empat pusat mengundi telah ditutup pada 2 petang.
Tiga daripadanya di Pulau Tioman yang melibatkan Sekolah Kebangsaan Juara dengan 171 pengundi berdaftar, Balai Raya Kampung Genting (142 pengundi) dan Sekolah Kebangsaan Mukut (136 pengundi) serta Sekolah Kebangsaan Denai di Kuala Rompin yang mempunyai 170 pengundi berdaftar.
Sebuah lagi pusat mengundi di Pulau Tioman iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek (651 pengundi) ditutup pada 3 petang, dan pusat mengundi Dewan Stesen Mardi, Muadzam Shah untuk kawasan Bukit Ridan dekat sini yang mempunyai 312 pengundi, ditutup pada 4 petang.
Proses penjumlahan undi diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata kedudukan pusat pengundian yang jauh dan kawasan Parlimen Rompin yang besar iaitu sebesar Negeri Sembilan dan Melaka, menyebabkan keputusan PRK itu dijangka diumumkan seawal 11 malam ini.
Sementara itu, hujan lebat berlaku di beberapa kawasan Parlimen Rompin petang ini setelah cuaca cerah sepanjang pagi tadi.
PRK Rompin yang merupakan PRK kesembilan selepas pilihan raya umum lepas, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
Jamaluddin yang juga pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) meninggal dunia pada 4 April lepas akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor.


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.